Thursday 30 March 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 9)

“Bosannyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!”
Radzi yang sedang ralit dengan komik Dragon Ball di tangan mengerling Danny sekilas, “Bosan, buat assignment!”
“Siap dah...”
“Awal siap assignment kali ni?”
Danny sengih, “Aku tak ada apa nak buat, sebab tu aku buat assignment tu. Dah habis ni... bosan balik!”
Tiba-tiba telefon pintar Danny yang ada di atas meja bergetar! Danny dengan malas bangun dan terus mencapai telefon pintarnya itu. Mesej dari group Kacap dan Empat Budak Kacak dibuka, “Wei, Kasyaf hantar mesej dalam group.”
“Kenapa?”
“Tanya nak makan apa malam ni?”

Sunday 26 March 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 8)

Radzi kerling Danny di sebelahnya, yang sekejap-sekejap mengerling jam di pergelangan tangannya. Sesekali dia mengerutkan dahinya.
“Kau kenapa? Macam tak tentu arah je. Kita tunggu siapa ni sebenarnya? Aku laparlah, nak balik makan.”
“Ala, kejaplah! Tengah tunggu Jihan ni.”
“Kau nak dating pun ajak aku!”
“Bukan datinglah, gila! Dia nak kasi sup kaki ayam.”           
Radzi buat muka menyampah. Tak datinglah sangat.
“Danny!” Dari jauh, kelihatan Jihan berlari-lari anak mendekati meja yang diduduki Danny dan Radzi, “Sorry lambat!”
“Tak apa! Bukan lama pun aku tunggu kau,” balas Danny sebelum tersengih.
Radzi di sebelah Danny mengerutkan dahi. Tak lama? Pigi dahhh...

Tuesday 7 March 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 7)

"Nama apa?" Aman kerut dahi. Dia tak jadi menyuap nasi mendengar nama yang disebut Lutfi.
"Puspa Wangi aku kata."
Radzi dah tersedak-sedak, "Datang dari zaman bila? Klasik benor namanya..."
"Dia sebaya PG kot," jawab Lutfi.
Danny mengacau-ngacau kuah mee kari dengan meenya supaya serasi sebelum bersuara, "PG tua dua tahun dari kita."
"Ha..." Lutfi mengangguk. Nak jawab tak boleh. Mulut penuh dengan makanan.
"Dah kahwin?" Tanya Kasyaf sebelum menyuap nasi yang sudah digaul dengan kuah ayam masak kicap ke dalam mulut.
Uhuk! Lutfi tersedak.
Aman laju menepuk belakang Lutfi.

Thursday 2 March 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 6)

"Okey! First thing first... baju team kita. Team designing?" Kasyaf pandang pada orang-orang yang berada di kirinya, "Macam mana Arif?"
"Okey. Kami ada dua design. Kami dah print untuk senang semua tengok," Arif, ketua team designing menjawab sebelum memberi isyarat mata pada anak buahnya untuk mengedarkan printout yang sudah disediakan sebelum mesyuarat tadi, "As you all can see, ada dua design. Sebelah kanan designnya penuh, yang sebelah kiri kita cuba kurangkan hiasan dan lebihkan motto team kita. Sehati Kita Bersama, Sejiwa Kita Bersatu."
Ika yang sedang meneliti design yang disediakan angkat tangan, "Yang belah kanan ni motto you guys letak kat mana?"
Arif terdiam sebelum dia berdehem. Tanpa mempedulikan soalan Ika, dia menyambung penerangannya yang terhenti, "Kami decide untuk logonya untuk diletakkan di lengan tangan kanan dan..."