Wednesday, 25 November 2015

[CERPEN] Si Sneakers Merah



"Mak, nak beli apa lagi ni? Penuh dah troli ni ha...”
Puan Asmah merenung senarai barang dapur yang dipegang sedari tadi, "Cereals. Aimy merengek nak makan cereals dengan susu pagi tadi."
Mike sengih, "Nak buat macam mana, mak. Cucu kesayangan mak tu kan orang luar negara."
Puan Asmah menepuk bahu Mike, "Yelah, Mikail! Dah, cepat tolak troli tu."
Mike senyum menggeleng sebelum menolak troli mengikut Puan Asmah yang laju berjalan. Mak ni, jalan laju sungguh. Nak kejar apa entah...
Di bahagian bijiran, dia menongkat dagu pada besi pemegang troli melihat emaknya yang sedang membelek dan membaca segala jenis tulisan yang ada pada kotak bijirin, "Mak, lambat lagi ke?"
"Kejap..."
Mike garu kepala sebelum dia kalih memandang kawasan sekitar pasaraya besar itu. Matanya akhirnya terhenti pada satu rak. Bibirnya mengukir senyum, "Mak, abang pergi dekat rak makanan kucing tu kejap."
"Nak buat apa?" Puan Asmah kalih memandang Mike.
Mike senyum, "Mestilah nak beli makanan kucing, takkan nak pergi cari jodoh pulak mak..."
Puan Asmah menjeling Mike, "Ha, cepat sikit!"
Mike laju berjalan meninggalkan lorong bijirin. Laju saja dia berjalan mendekati rak makanan haiwan peliharaan yang sudah disusun kemas.
"Mama, nak beli yang jenis apa ni? Ali makan makanan jenama apa? Banyak sangat jenama ni. Pening dah orang ni."

Thursday, 12 November 2015

[CERPEN] Sweet

"Apa definisi sweet bagi kau?"
"Definisi apa kau ni? Kau ingat aku kamus?"

Zarith ketawa, "Ala, jawablah ngok!"
Nine kerutkan dahi, "Sweet ya? Erm..."
Zarith melunjurkan kakinya ke depan sebelum memandang Nine.
"Entah! Sweet tu... bila orang offer belanja makan?"
"Tu bukan sweet, tu nama dia rezeki!" Zarith memukul bahu Nine dengan botol airnya sebelum dia menuding jari ke arah bangku yang berdepan dengan tasik, "Kau nampak tak uncle dengan aunty tu?"
"Nampak."
"Bagi aku sweet tu macam tulah. Aku tak tahulah kau sedar ke tak yang uncle tu sebenarnya buta. Dia dengan wife dia tiap-tiap petang datang tasik. Ada sekali hari aku jogging sorang-sorang kat sini, aku tegur aunty tu. Aku tanya dia kenapa tiap-tiap petang datang tasik ni. Aunty tu jawab sebab dia dan suaminya selalu dating kat sini dari sebelum kahwin, sampai sekarang dah bercicit. Dari suami dia celik, sampailah suami dia tak nampak apa-apa. Tiap-tiap petang, walaupun suami dia tak nampak, aunty akan cerita apa yang ada di tasik dan menjadi 'mata' pada suaminya. Dia tak pernah jemu, tak pernah bosan walaupun cerita sama diulang-ulang setiap hari. Bagi aku, itulah 'kemanisan' kasih sayang sebenarnya."
Nine menganggukkan kepala. Mengakui definisi 'sweet' yang diberi Zarith, “Kau ni kalau ikut masa, jiwang jugak ek?”
“Bongok!” Zarith menjeling Nine sebelum menyambung cerita, "Aku selalu tertanya-tanya, macam mana kalau aunty tu pergi dulu? Siapa nak jaga uncle tu? Siapa yang nak jadi mata dia? Siapa yang nak bercerita pada dia? Tapi aunty tu ada bagitahu satu benda pada aku. Dia kata... kalau ditakdirkan salah seorang daripada mereka mati dulu, dia nak suami dia mati dulu. Bukan sebab dia tak sayang tapi sebab dia takut tak ada siapa sudi jaga suami dia nanti kalau dia mati dulu."
"She is a strong woman," ujar Nine.
"Hmm...?"
"Aunty tu. Dia sangat kuat."
Zarith senyum pada Nine sebelum dia berdiri, "Wei, jom!"
"Pergi mana?"
"Pergi tegur aunty dan uncle tu."
Nine senyum lalu mengangguk, "Jom!"