Friday, 18 September 2015

[CERPEN] Jodoh Dari Langit

"Lisa, lepas ni lepak rumah aku jom!"
Lisa yang sedang mengelap peluh di dahi dengan belakang tangan kalih memandang rakannya, "Tak bolehlah, Umai! Papa aku dah tunggu kat kafe mana entah. Karang nak ambik Em dari asrama pulak."
Mata Umaira bercahaya, "Adik kau yang dok asrama ada balik?"
"Jangan nak menggatal. Dia adik aku, tahu. A.D.I.K.!"
Umaira ketawa, "Tahu. Eh, kelas tambahan dekat rumah Puan Hijrah esok, kau pergi tak?"
"Pergilah! Aku dah bayar kot. Okeylah, wei! Gerak dulu!" Lisa menggalas begnya sebelum melambai Umaira yang baru nak mengikat tali kasut.
Umaira menggeleng. Kalut!

"Apek! Tolong kejap, wei! Kau tak ada kerja kan, sekarang?" 
Apek yang baru duduk menjeling Mike, "Kau memang tak boleh tengok aku senang, kan?"
"Ala, tolonglah kejap! Tolong hantarkan Strawberry Mojito ni kat meja nombor dua belas, kejap!"
Apek merengus namun tetap dia capai dulang berisi Strawberry Mojito itu pada meja yang diberitahu Mike tadi, "Your drink, miss!"
Wanita yang sedang merenung dia dengan senyuman manis itu buat dia serba salah. Ni apa tengok lain macam aje ni. Dikerling pula lelaki yang duduk berhadapan dengan si wanita. Kelat aje mukanya, abang dia kot...
Apek pandang lelaki itu, "Er... encik nak order apa-apa ke?"
Si lelaki bermuka kelat itu ukir senyum sinis, "Saya tahu isteri saya cantik, jangan nak renung lama sangat. Jaga pandangan tu."
Apek terkulat-kulat di situ. Eh?! Isteri? Perempuan depan dia ni ke? Perempuan ni yang pandang dia dulu, kenapa dia yang dipersalahkan ni? "Is.. teri...?"
"Maaf ya, saya ralit pandang encik tadi. Muka encik ni seiras suami saya waktu kami mula-mula kenal dulu," wanita itu yang sedar suaminya sedang cemburu laju menerangkan maksud sebenarnya dia memandang Apek tadi.
Apek langsung mengukir senyum. Celah mana muka aku sama macam suami dia? Muka aku bukan main manis, celah mana sama macam suami dia yang muka kelat tu? "Biasalah tu. Pelanduk dua serupa. Maafkan saya jugak ya. Kalau nak pesan apa-apa, boleh panggil saya dekat kaunter sana!"
Apek mengundur perlahan-lahan ke belakang sambil bibirnya masih mengukir senyum.
"Papa... mommy... mana?"
Apek tersentak. Entah dengan apa kakinya tersadung. Keras dan sakit!, "Ouch!"
Sikit saja lagi badannya mahu jatuh mencium lantai, namun dia terasa pinggangnya dipegang. Matanya terbuntang luas. Seorang gadis bertocang kuda, lengkap berseragam warna hitam memandangnya dengan riak terkejut. 
"Lisa!"
Pegangan si gadis terlepas! 
Bam!
"Aduh!!!"
Mike dan Adib di kaunter terjerit terus, "Apek!!"

"Kau okey tak ni?" Mike membantu Apek untuk berdiri.
"Okey!"Apek menggosok belakang badannya perlahan. Sakit gila! "Tapi kalau aku mintak cuti seminggu, lepas tak?"
Mike laju menampar belakang badan Apek, "Berani kau nak mintak cuti seminggu!"
"Woi, sakitlah mangkuk!" Apek mencerun pada Mike.
Lisa yang berdiri keras memandang lelaki yang bermata sepet, "Er... pak cik?!"
Serentak Apek dan Mike kalih memandang Lisa. Pak cik?!
"Sorry! Tadi tak sengaja terlepaskan pak cik!" Lisa ukir sengih.
Mike tekup mulut! Budak perempuan ni panggil Apek pak cik? Rare kau, budak! Rare!
"Pak cik?" Apek tuding jari ke wajah sendiri, "Awak tengah cakap dengan saya ke?"
Lisa angguk kepala, "Ya, saya! Saya tengah cakap dengan pak ciklah!"
Apek kerutkan dahi. Budak ni turun dari langit ke macam mana? Tiba-tiba datang panggil pak cik!
Puan Anna segera mendapatkan Lisa, "Sorry, encik! Ni anak saya. Tadi dia tak sengaja buat encik terjatuh macam gitu."
Kerutan di dahi Apek makin bertambah. Anak perempuan tadi?! Anak? Serius, anak?! Bapaklah anak dia dah besar galah, mak maintain muda! Gila!
"Hoi, kau tersampuk bisu ke apa ni?!" Mike menyiku Apek yang nyata hilang dalam dunianya sendiri.
"Tak apa! Accidents happen," Apek angkat tangan sebelum dia menarik Mike berlalu dari situ.
Adib di kaunter ketawa sendiri! Mangai, Apek! Dalam sehari, macam-macam jadi kat kau, kan?

"Apek!"
"Apa?"
"Jodoh dari langit kau datang!"
Apek yang baru selesai meletakkan spaghetti bolognaise di dalam pinggang angkat muka, "Siapa?"
"Budak semalam! Dia datang."
"Budak mana ni?"
"Heroin kaulah, dude! Dia datang cari pak cik dia," Mike jungkit-jungkit kening.
Apek kerut dahi sebelum dia membasuh tangan. Apron ditanggalkan sebelum dia berjalan keluar dari dapur.
"Ada apa nak jumpa saya?"
Lisa yang sedang menghirup Kiwi Mojito angkat muka. Bibir terus mengukir senyum, "Hai!"
Apek jungkit kening sebelum dia mengulang kembali soalannya, "Ada apa nak jumpa saya?"
Lisa buat muka, "Saya datang nak kasi ni! Saya rasa bersalah pasal hal semalam!" Satu plastik putih ditolak pada Apek.
Apek pandang Lisa, "Apa ni?"
"Salonpas! Boleh hilangkan sengal-sengal dan sakit badan. Saya selalu pakai benda ni lepas latihan silat," jawab Lisa, bersahaja.
"Kenapa bagi dekat saya?" 
"Lah, sebab saya rasa bersalahlah, pak cik! Pak cik nak saya ulang berapa kali?!"
"Apa pak cik-pak cik? Saya bukan kahwin dengan mak cik awak pun, untuk awak panggil saya pak cik!"
Lisa menjuihkan mulutnya ke depan, "Dah tu? Nak panggil abang? Euwww! Lagipun, saya rasa pak cik ni baya-baya papa saya je."
"Sudahlah, budak kecik! Tak kuasa saya nak gaduh dengan awak. Terima kasih untuk benda ni!" Ujar Apek sebelum berpaling ke belakang.
"Eh, pak cik!"
Apek kembali berpaling pada Lisa.

"Saya Lisa."
Apek buat muka, "Tak tanya pun!" Dan dia terus berlalu masuk ke dapur.
Lisa buat muka menyampah! Kerek!

Apek pandang Iman yang sedang termenung, "Ada masalah?"
Iman senyum, "Taklah. I cuma fikir pasal cakap-cakap orang pasal I tak kahwin lagi."
Apek ketawa, "Ala, mulut orang! Pedulikan. Relakslah, baru tiga puluh tahun."
"You senanglah cakap, you lelaki. Lain dari I. I ni perempuan, senang aje nak jadi buah mulut orang."
"So, you nak kahwinlah ni?"
"Siapa je yang tak nak kahwin? Mesti semua nak kahwin, kan?"
"Apa kata...." Apek senyum senget, "Kita kahwin?"
"You buat lawak?" Iman senyum sinis.
"Ala, kalau I serius pun bukan you nak setuju!"
Iman ketawa, "Tau pun! You dah macam abang I, Apek!"
"Tahu!" Apek mengangguk, "Listen here, Iman. Ni nasihat I, sebagai abang. Ignore je apa yang orang cakap pasal you. Pasal you tak kahwin lagi apa semua. Mulut longkang memang macam tu. Walaupun dah ditutup, busuknya tetap kita akan bau."
"You patut jadi penulis, tahu?"
"Tak nak I! Lebih baik I pegang sudip, itu lagi seronok!"
"Mike mana? I rasa macam dah lama tak jumpa dia," Iman mengacau Iced Americano yang masih separuh berbaki.
"You pun dah jarang datang sini, macam mana nak jumpa pun. Dia keluar dengan tunang dia. Oh, lupa nak bagi! Mike suruh bagi dekat you benda ni," sekeping sampul merah jambu dihulur pada Iman.
"Kad kahwin?"
"Aah!"
"You pergi ke nanti?"
"Pergi. Nak kena pancung dengan Mike kalau tak pergi?"
Iman ketawa sebelum dia memandang Apek, "Apek."
"Ya?"
"Thanks tau tadi..."
"Thanks untuk?"
"Nasihat mulut longkang tadi. I'll keep that in mind."
Apek senyum, "Satu lagi benda."
"Apa?"
"Please move on, Iman. Dah lima tahun pun."
Iman terdiam. Move on?

"Kirim salam Mike ya, Apek?"
Apek mengangguk. Iman ukir senyuman sebelum dia mula memandu meninggalkan kawasan parkir Gulp! Kafe.
"Awek awak, ya?"
Apek kalih memandang suara yang menegurnya. Terbuntang sikit matanya melihat budak perempuan yang memakai baju uniform sekolah menengah, "Budak kecik!"
"Awek awak cantik, nampak muda lagi..."
Apek menjeling Lisa. Nak perli kata aku nampak tualah tu! "Budak sekolah zaman sekarang memang macam ni ya? Lepas sekolah tak reti balik rumah?"
Lisa buat muka. Nak kata aku suka merendeklah tu!
"Lisa!"
Lisa kalih ke belakang, "Umai! Lela dengan Pirah mana?"
"Ada. Dia orang pergi beli pen dekat kedai sana."
Lisa mengangguk sebelum dia kalih memandang Apek, "Pak cik, boleh tak kami nak tumpang buat kerja kat kafe awak?"
Apek jungkit kening, "Apa guna library kat sekolah kalau tak pakai?"
"Library sekolah kami tutup awal hari ni. Mulanya kami nak pergi buat kat McD tapi orang ramai sangat," Umai menjawab.
"Library awam ada."
Lisa garu kepala, "Ala, bolehlah! Kafe awak bukan ramai orang pun. Kami janji tak buat bising. Kami nak buat kerja sekolah aje dengan study group je. Pleaseeeeeeeeeeeee..."
"Kenapa tak buat kat rumah awak je?"
"Awak ingat kalau balik rumah boleh buat kerja ke?" 
"Kenapa pulak tak boleh?"
"Distraction banyak kot. Makanan, televisyen, novel, laptop, telefon lagi, tak termasuk katil dengan bantal... awak ingat kami boleh fokus?"
"Ala, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Lagipun kat kafe kami pun ada banyak distraction apa."
"Distraction apanya? Kalau kat rumah, makanan free. Kat kafe awak kena bayar, kami student... mana ada banyak duit."
"Kafe kami ada ramai lelaki handsome."
"Awak tak handsome pun! Takkan jadi distraction untuk kami pun. Kawan-kawan awak pun tak handsome mana!"
Apek terdiam. Mak aih budak ni... mulutttttttttttt... "Saya tak kata saya handsome pun."
"Tak apalah, abang! Kami pergi buat kerja kat tempat lain..." Umaira mengalah akhirnya. Dia tahu yang abang kafe tu takut kalau mereka mengganggu pelanggan lain nanti.
Lisa buat muka sebelum dia pandang Umaira, "Abang? Orang tua ni kau panggil abang?"
Umaira tepuk dahi, "Dahlah tu, Lisa. Jomlah buat kat library awam je."
Lisa merengus sebelum dia menjeling Apek, "Awak pernah dengar tak, kalau kita permudahkan jalan orang, Allah akan permudahkan jalan kita?"
Tak sempat Lisa nak meneruskan ceramahnya pada Apek, Umaira menarik tangannya, berlalu dari situ.
Apek garu kepala. Dia hela nafas, "Lisa!"
Lisa berpaling ke belakang. Wajahnya yang masam, dimasamkan lagi, "Korang boleh buat kerja kat kafe tu tapi dengan syarat."
"Apa syaratnya?"
"Korang at least kena order air."
Wajah masam Lisa terus bercahaya! "Eh, mestilah!!!"
Apek menggelengkan kepalanya sebelum dia berjalan menuju ke pintu masuk kafe. Bibirnya mengukir senyum. Budak kecik...

"Lisa, aku balik dulu ya? Kau nak stay lama lagi ke kat sini?"
"Aku nak siapkan periodic table ni dulu. Kau balik ni siapa ambik?"
"Abang aku. Kau?"
"Mama aku datang karang."
"Okey, aku gerak dulu tau!" Umaira melambai Lisa sebelum dia keluar dari Gulp! Kafe.
Pensel warna berwarna merah jambu diambil sebelum kotak-kotak besi berakali di dalam jadual berkala diwarnakan. Dia begitu ralit mewarnakan jadual berkala hingga tidak menyedari ada yang sedang memerhatikan dirinya.
Apek yang baru selesai meneguk air berjalan mendekati Lisa, "Banyak lagi kerja sekolah awak, budak kecik?"
Lisa panggung kepala sebelum kembali mewarnakan kotak elemen Natrium, "Tinggal nak warna-warna aje ni."
"Saya ingat budak Generasi Y sekarang cuma pakai smartphone, googling down all information. Tak payah nak buat jadual berkala gedabak macam awak tengah buat ni."
"Pak cik, bukan semua Generasi Y ada smartphone tau!"
Apek senyum lalu berpeluk tubuh, "Nak saya tolong ke?"
"Tolong apa?"
"Tu, warna kotak-kotak elemen awak tu."
Lisa terus ukir sengih lebar, "Awak nak tolong ke?"
Apek angkat bahu sikit, "Boleh ke nak tolong?"
"Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan."
Apek tarik kerusi sebelum dia melabuhkan punggungnya, "So, untuk transition metals nak pakai warna apa?"
Lisa mengetuk pensel warna pada dahinya seperti berfikir sebelum dia memandang Apek, "Biru!"
"Biru?"
"Ya, biru!"
Apek mengangguk sebelum pensel warna berwarna biru ditarik. Tanpa sebarang kata dia mula mewarna.
Adib pandang Mike yang sama tercengang sepertinya, "Apek tu kenapa?"
Mike jungkit bahu, "Aku pun rasa pelik ni. Selalu yang nak bermesra dengan customer ni kau je."
"Bangang! Nak mengata akulah tu!" Adib menepuk belakang Mike, kuat!
Mike ketawa sebelum kembali memandang Apek dan Lisa, "Aku rasa Apek tersampuk dengan perangai kasanova kau kot!"
"Diam!" Arah Adib, garang!

"Pak cik, pinjam telefon boleh?"
"Buat apa?"
"I want to call my mama. Tadi dah telefon dah. Patutnya mama ambik saya kat sini. Ni dah pukul lapan lebih, tak sampai pun lagi."
Apek mengeluarkan telefon pintarnya sebelum dihulurkan pada Lisa, "Mama awak sibuk kot. Telefonlah papa awak."
"Er... tak boleh! Papa tak tahu saya ada dekat luar. Malam ni saya tidur rumah mama, teman mama."
"Eh? Rumah mama? Mama awak tak duduk serumah dengan awak ke?"
Lisa ukir senyum, "Tak. Mama dengan papa dah tujuh tahun bercerai. Papa dah kahwin lain, mama single lagi."
"Oh, sorry! I don't know."
"Hei, chill! Saya tak kisah pun. Benda dah lama jadi," Lisa sengih sebelum dia mendail nombor mamanya.
"Heya, mama!" Lisa bersuara ceria.
Lisa senyap sekejap sebelum dia kembali bersuara, "Ni nombor kawan Lisa. Mama sibuk ke?"
Lisa diam seketika, "Habis tu? Macam mana Lisa nak balik ni? Tak naklah mama bagitahu papa. Papa fikir Lisa ada kat rumah mama dah tahu? Nanti papa marah."
Diam lagi.
"Photoshoot tu habis pukul berapa? Lisa tunggu ajelah mama kat kafe ni, eh?"
Lisa mengangguk-anggukkan kepalanya, "Okey, mama! See you later."
Panggilan dimatikan sebelum telefon itu diberikan pada Apek semula, "Mama saya sibuk pulak. Harap awak dengan kawan-kawan awak tak bosanlah dengan muka saya kat sini."
"Wei, budak!"
"Apa?" Lisa menjeling Apek.
"Was it hard?"
"Apa?"
"Bila your parents bercerai. Was it hard?"
Lisa sengih, "Tipulah kalau saya tak terkesan. Dulu ada mama yang buat semua benda tapi lepas papa dengan mama bercerai, semua jadi tunggang terbalik. Tiap-tiap minggu tukar rumah. Sekejap rumah papa, sekejap rumah mamal It was like hell! Pernah saya pergi sekolah dengan baju tak bergosok. Puncanya sebab papa bangun lambat. Lepas tu, saya take charge untuk gosok baju papa, baju sekolah saya dengan Emran. It was hard but I survived. We... survived! Dan sekarang semuanya getting better, tambahan pula I dah ada seorang mommy! My coolio mommy!"
"Good for you then. Ada orang yang tak mampu nak bertahan pun." Apek senyum, "So, yang hari tu mak tiri awaklah?"
Lisa angguk kepala, "Aah! Tapi saya lagi suka awak sebut dia sebagai mak kedua saya, bukan mak tiri!"
Apek ketawa, "Okey. Sorry! Mak kedua awak."
Lisa sengih lebar sebelum dia tiba-tiba kalih memandang Apek, "You single, kan?"
"Hah?" 
"Nak cuba kenal dengan mama saya?"
Apek tepuk dahi, "Awak nak saya jadi bapa tiri awak ke?"
"Hei, saya cuba risik aje! I have a mommy, papa and mama but I don't have a daddy, yet!"
"Saya lagi rela awak panggil saya pakcik dari awak panggil saya daddy!" Apek buat muka.
Lisa ketawa, lepas! "Daddy..."
"Diamlah, budak kecik!" Bidas Apek sebelum kertas tisu dilemparkan pada wajah Lisa.
Dan Lisa terus ketawa. Pak cik kuat sentap!

"Hai!"
Apek yang sedang menyusun kerusi dan meja mengangkat wajah. Mike yang sedang mengelap meja menoleh ke pintu. Adib di kaunter minuman panggung kepala. Spontan bibirnya mengukir senyuman. Awek bawah umur Apek!
"Kafe tak bukak lagilah, budak kecik!"
Lisa menjuihkan mulutnya ke depan, "Pukul berapa baru nak bukak?"
"Pukul 12.30 tengahari."
Lisa mengerling jam di pergelangan tangannya, "Ada lagi sejam."
"Adik pergilah jalan-jalan dulu. Nanti datang balik," salah seorang pembantu cef mengukir sengih.
Lisa menggeleng, "Banyak lagi ke awak semua nak buat?"
Apek menghela nafas, "Wei, budak! Kalau awak kacau kami semua, bila nak siapnya?"
Lisa buat muka menyampah sebelum dia mendekati Mike, "Er... uncle, ada apa-apa yang boleh saya tolong?"
Wajah Mike berubah. Uncle?!!!!!!!

"Kau ni tak ada kerja sekolah ke? Kelas tambahan ke? Cuti hujung minggu pun datang sini."
"Tak ada! Semua dah settle. Cuti bukan waktu untuk kita stresskan minda, tahu? Cuti... cutilah. Rehatkan minda. Takkan tujuh hari seminggu nak mengadap buku. Tak ada life namanya tu," ujar Lisa sebelum menyuap meatball ke dalam mulutnya.
Apek menggeleng, "Awak SPM kan tahun ni? Awak patut lebih serius tahu?"
Lisa buat muka, "Uncle, shut up, please!"
"Awak datang sini papa awak tahu tak?"
"Tahu."
"Awak ni sengaja cari masalah, Lisa."
"Apa yang cari masalahnya? Saya keluar nak rehatkan minda pun salah ke? Lagipun saya bukan berpeleseran dengan lelaki."
Apek menghela nafas panjang. Budak ni banyak betul jawapannya!
"Apek!"
Lisa dan Apek pandang pintu masuk kafe. Apek langsung mengukir senyuman/
Adib di kaunter sengih lebar, "Wah, penulis novel dah datanglah!"
Iman ketawa sebelum dia mengambil tempat di sebuah meja kosong. Apek terus meninggalkan meja Lisa dan dia terus mendekati meja Iman, "Datang cari inspirasi?"
Iman ketawa, "Habis, takkan datang sebab nak cari jodoh?"
"Mana tahu. Kot ada jodoh kat kafe ni. You je yang tak bukak mata."
"You nak jual minyak kat I ke ni?" Iman berseloroh.
Apek ketawa, "I jual makanan aje kat sini. So... nak order apa?"
"Iced Americano, as usual and beef tacos."
Apek mengangguk! "Tunggu kejap. I pergi buatkan."
Iman ketawa lalu mengangguk sebelum dia membelek telefon pintarnya.
Lisa yang dari memerhatikan Apek dan Iman mengerutkan dahinya. Kemain lebar pakcik tu senyum bila nampak kakak ni datang... makwe dia ke?

"Uncle, saya nak tanya something boleh?" Lisa memandang Mike yang menghantar Strawberry Mojito ke mejanya.
Mike tepuk dahi, "Seriously awak nak panggil abang ni uncle? Panggil abang Mike dahlah. Abang muda lagi, adik."
Lisa mengerutkan dahi, "Muda? Awak yakin awak muda lagi?"
Mike menghela nafas. Budak ni... mencabar kesabaran aku, "Adik nak tanya apa tadi?"
"Tu..." Lisa menjuihkan mulutnya ke meja Iman, "Tu awek pak cik tu ke?"
Mike memandang Apek dan Iman yang sedang berbual sebelum dia kembali memandang Lisa, "Kenapa? Jealous, ek?" 
"Euuwww! Gila ke? Why in the hell should I be jealous?"
Mike ketawa, "Lepaklah! Tanya je pun."
Lisa menjeling Mike, "Memang awek dia ke?"
"Bukanlah! Perempuan tu namanya Iman. Regular customer sini dan kawan baik kami semua. Pak cik awak tu tak ada apa-apa hubungan pun dengan Iman tapi mungkinlah dia ada sikit kot perasaan suka kat Iman tu."
"Oh, kalau suka kenapa tak bercinta je?"
"Adik, suka tak semestinya kena bercinta. Hidup ni bukannya novel yang awak boleh tukar jalan ceritanya, kalau awak suka orang tu, awak buat orang tu pun sukakan awak dalam novel. It's not that easy, kid! Lagipun, cuma Apek aje yang ada perasaan dekat Iman. Iman... dia masih sukakan Jet kot."
Lisa garu kening, "Jet? Jet pejuang?"
Mike ketawa! Aduh, budak ini. "Kawan kami jugak tapi dia tak ada kat sini. Sekarang dia kat Itali. Iman cakap dia dah move on tapi rasanya... dia masih sukakan Jet agaknya."
"Kenapa pak cik tu tak cuba aje mengorat kakak tu? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih."
"Yang tu... awak pergi tanya pak cik awak tu sendiri. Kami pun tak tahu kenapa."
Lisa mengangguk sebelum dia menongkat dagu memandang Apek yang masih berbual dengan Iman. Kalau suka... kenapa tak cakap? Kenapa nak kena pendam? Usahalah kalau suka orang tu. Kalau tak usaha, macam mana nak dapat, kan?

Umaira menyiku Lela yang sedang membuat latihan Matematik Tambahan. Lela panggung kepala memandang Umaira. Keningnya diangkat, bertanya kenapa.
Umaira pula menjuihkan mulut pada Lisa yang sedang merenung ke luar jendela.
"Lisa!" Lela memetik jarinya di depan wajah Lisa, "Woi!"
Lisa tersentak sebelum dia memandang Lela, "Kau apahal?"
"Tanya aku! Kau tu apahal? Termenung jauh aje."
"Lela, kau ada boyfriend kan?"
Wajah Lela berubah, "Hah? Kenapa? Kau nak couple jugak ke? Kau nak kena bunuh dengan Cikgu Hadi ke apa?"
Lisa menjeling, "Kau gila ke, perempuan?! Aku pun tak nak mati oi! Aku tanya aje!"
Umaira ketawa! "Dah apahal kau tanya pasal boyfriend Lela."
"Saja. Aku nak tahu kenapa orang couple."
"Couple sebab sayanglah kot."
"Kau sayang ke boyfriend kau, Lela?"
Lela terdiam sebelum dia memandang Lisa, "Aku... aku pun tak tahu. Dulu aku couple dengan Alif sebab orang cakap kami sesuai dan Alif pun tiap-tiap hari kejar aku."
Lisa menganggukkan kepala sebelum dia pandang Lela, "Jadi... kau sayang Aliflah sekarang?"
Lela jungkit bahu, "Entah!"
Lisa kembali merenung ke luar jendela! Wajah si lelaki yang dipanggil pak cik itu terbayang. Arghh! Pak cik, kenapa kau tak jadi macam Alif? Kenapa kau tak kejar kakak tu?

"Hai, dik!"
Lisa panggung kepala, "Hai, uncle!"
"Adik, ada tak orang pernah ketuk kepala adik pakai dulang?" Mike jungkit kening.
"Uncle pernah kena silat dengan perempuan?"
"O... key..." Mike garu kepala.
Lisa tahan senyum nak menguntum. Tau takutttttt... "Uncle, pak cik sepet tu ada tak?"
Pak cik sepet?! Aduhai, adik... "Ada. Kat dapur. Dia tengah sibuk."
"Oh..." Lisa sengih, "Tak apalah macam tu!"
Mike berlalu ke kaunter. Adib ukir sengih, "Dia cari pak cik dia ke?"
"Haruslah! Dia cari pak cik sepet dia. Dasyat Apek, pancing-pancing dapat anak ikan!"
Adib ketawa, "Tapi dia nak ikan besar. Anak ikan dia tak pandang!"
"Bangang!" Mike ketawa kuat! "Wei, aku jemput Jet balik untuk kenduri aku."
"So? Respon dia?"
"Dia mungkin akan balik," jawab Mike, "Balik for good."
"Dia datang ke kenduri kau?"
Mike jungkit bahu, "I hope so. Cerita dia dengan Iman... perlukan pengakhiran."
"Macam mana kalau dia dah kahwin dengan Hani?"
Mike menghela nafas, "Mungkin kita pulak akan hilang Iman nanti..."

"Lisa!"
Lisa panggung kepala memandang Puan Anna yang sedang tersenyum lebar memandangnya, "Mommy!"
"Lisa tak nak makan ke? Mommy masak mee bandung kegemaran Lisa tau?"
Lisa menutup laptop miliknya sebelum dia menggamit Puan Anna, "Mommy, can we have girl’s talk?"
Wajah Puan Anna berubah sebelum dia laju mendekati Lisa, "Oh my! Anak mommy dah nak jadi perempuan sejati ke? Nak cerita pasal apa? Make up? Dress? Penampilan? Boys...?"
"Whoa, mommy! Sat! Sat!" Lisa angkat tangan, "Mommy, sabar! Lisa cuma nak tanya pendapat mommy aje."
"Sorry! Mommy terlebih excited pulak!" Puan Anna ketawa, "Lisa nak tanya apa, sayang?"
"Mommy, macam mana mommy ada keberanian nak mengorat papa?"
"Hah?! Lisa nak mengorat siapa?"
"Bukan Lisa," Lisa menyandarkan kepalanya pada bahu Puan Anna, "Kawan Lisa. Dia ada suka kat perempuan ni tapi... dia tak nak luahkan perasaan dia kat perempuan tu. Lisa fikir mungkin dia takut kot. Kawan kepada kawan Lisa tu kata, perempuan tu masih tak move on dari sukakan seorang lelaki ni."
"So... kawan Lisa ni lelaki?"
Lisa mengangguk. Kawan ke? Bolehlah kot...
"Kawan Lisa tu bagi mommy, bukan takut. Dia dah kira beranilah tu."
"Berani? Berani celah mana mommy?"
"Dia beranilah dengan perasaan dia. Berani sukakan orang yang terang-terang tak sukakan dia. Macam mommy. Mommy pun dulu berani suka-sukakan lelaki yang terang-terang dah berkahwin, terang-terang tak suka mommy."
"Mommy maksudkan papa, ya?"
Puan Anna mengangguk, "Mungkin dia nak tunggu perempuan tu betul-betul move on kot, baru dia nak luahkan perasaan dia."
"Tapi kalau dia tak usaha, macam mana perempuan tu nak move on."
"Lisa, nak move on bukan mudah. It takes time. Mommy sendiri... tak dapat move on dari papa Lisa. Bukan mommy tak cuba, mommy cuba tapi... biasalah. Angau katakan. Nasib baik mommy ada jodoh dengan papa Lisa. Kalau tidak, mungkin mommy tak kahwin lagi sekarang."
"Habis... takkan dia nak tunggu perempuan tu tua? Dahlah dia sendiri pun tak berapa muda!"
"Kenapa Lisa kisah sangat pasal kawan Lisa tu? When the times come, dia akan luahkan perasaan dia. Kalau bukan dekat perempuan tu, mungkin pada Lisa?"
"Luahkan perasan pada Lisa? Gila orang tua tu kalau dia luahkan perasaan pada Lisa!" Lisa terkekeh ketawa.
"Lisa suka kawan Lisa tu ke?"
"Euww! Mana ada mommy! Lisa cuma kesian dekat dia," Lisa menghela nafas. Ya, dia kesian dengan pak cik sepet tu!
"Lisa, mommy pernah baca satu novel tau. Tajuknya Bidadari Hujan. Kawan kepada watak hero ada cakap, kesian tu salah satu cabang cinta, tahu?"
"Mommy!" Lisa buat muka, "Apalah! Tak mainlah cinta-cinta ni."
"Jangan cakap macam tu Lisa," Puan Anna mencuit hidung Lisa, "Mana tahu kalau nanti cinta tu datang... baru Lisa tahu betapa kelam-kabutnya hidup Lisa nanti."
"Mommy, I'm not a girl, not yet a woman, tau?"
"Yelah! Jomlah, anak dara! Kita pergi makan."
Lisa mengangguk sebelum dia memeluk bahu Puan Anna, "Thanks mommy! You're the best!"
"Mommy tau!" Puan Anna ketawa besar.

"Mana ekor kau, Mike?"
Mike yang sedang bersembang dengan Adib berpaling ke belakang, "Jet!!"
Jet tersenyum lebar, "Dude, you're married!"
Mike laju memeluk tubuh Jet! "Lima tahun bro, lima tahun... kau still macam gini kan?"
"Kau expect aku tumbuh tanduk?" Jet jungkit kening.
"Dang! Aku tak salah tengok kan, Sepet?" Adib memandang Apek di sebelahnya.
"Mangkuk! Sepet kau panggil aku?"
Adib ketawa sebelum dia mendekati Jet, "Wei, rindu gila!"
Jet memeluk Adib, lama! "Dengar kata kau dah bertunang?"
"Well, aku pun nak settle down jugak tapi aku kena tunggu Apek dulu." Adib meleraikan pelukan mereka.
Apek tolak kepala Adib sebelum dia berdiri di depan Jet, "Welcome home, dude!"
Jet laju memeluk Apek, "Kenapa aku rasa mata kau makin sepet kalau nak dibandingkan dengan lima tahun lepas?"
"Izinkan aku mencarut kat kau!" Ujar Apek sebelum ketawa.
Jet turut ketawa sebelum mengeratkan pelukannya!

"Your drink, kiddo!" Adib menjungkitkan kening pada Lisa.
Lisa menjeling Adib sebelum dia mengukir senyum sinis, "Thank you, Caca!"
Adib buntangkan mata, "Excuse me?"
"It's uncle in Hindi!"
Betullah kesabaran boleh tercabar kalau bercakap dengan budak ni.
Lisa ukir sengih lebar. Tahu yang Adib dah mati kata dengan dia, "Caca, abang dekat kaunter tu siapa?"
Sekali lagi Adib buntangkan mata, "What did you call him just now?"
"Abang...?"
"Kenapa dia, awak panggil abang?"
Lisa ketawa, "Sebab dia nampak muda."
Adib buat muka, "Malaslah nak layan awak, budak!"
Lisa tekup mulut, menahan tawa yang mahu meletus. Caca dah marahlahhhhhhhhhh...

Di kaunter Adib membuat muka pada Jet.
"Kau apahal, gila?"
"Heroin Apek tulah! Grrr! Tak pernah dalam sejarah hidup aku bengang dengan perempuan."
Kening Jet terjungkit sikit, "Heroin Apek?"
"It's a long story!"
"Cut it short, dude!"
"Cerita dia bermula bila..." tak sempat Adib nak bercerita panjang, bunyi pintu yang ditolak membuatkan Adib dan Jet sama-sama panggung kepala.
"Iman!" Ujar Jet separuh terkejut sebelum dia bersembunyi di balik kaunter minuman. Nasib baik Iman sedang bermain dengan telefonnya. Kalau tidak, mesti dia dah nampak Jet tadi!
"Kau apahal, woi?!"
"Shush!" Jet membuat isyarat senyap manakala Adib terus mengukir senyuman pada Iman yang dah berjalan mendekati kaunter. 
"Hai, Iman!"
Iman panggung kepala lalu dia ukir senyum, "Hai, Adib!"

Splash!
Lisa membuntangkan matanya! Wow! Matanya masih tidak lepas memerhatikan Iman dan lelaki yang disimbah air itu. Cerekarama?
Wajahnya yang terkena air digosok perlahan. Kenapa kakak tu simbah air dekat abang tu? Kenapa abang tu boleh senyum lagi lepas kena simbah air?
Tiba-tiba dia teringat kata-kata lelaki yang dia panggil Uncle. Mulutnya terlopong. Abang tu, mamat Itali! Pesaing pak cik sepet! Oh man, pak cik kena bertindak cepat sebelum terlambat!

"What are you doing here?!" Apek membuntangkan matanya pada Lisa yang berdiri di pintu dapur,
"Sini tempat larangan bagi pelanggan!"
"Saya nak jumpa pak cik!"
Adib yang berdiri belakang Lisa menggarukan kepala. Nak ditarik, anak dara orang. Sebuaya-buaya dia, nak sentuh anak dara orang tak tentu hala bukan cara dia, "Wei, budak! Keluarlah dulu. Dia tengah sibuk sekarang."
"Saya nak jumpa sekejap aje!" Lisa merenung Apek yang sudah kembali memasak.
"Adib, bawak dia keluar!" Tegas arahan Apek buat Adib merengus.
"Wei, kalau kau buat perangai macam ni... kami mungkin terpaksa halang kau dari datang kafe!" Adib mengeraskan suaranya.
"Kenapa ni?"
Lisa kalih memandang lelaki yang baru masuk ke dapur itu, "Abang Itali!"
Apek berpaling ke belakang. Adib dah buntangkan mata. Jet pula tersenyum, "Kenapa masuk sini? Sini kawasan larangan bagi pelanggan."
Lisa merengus, "Saya nak jumpa pak cik!"
"Pak cik?" Jet mengerutkan dahinya.
Apek pula terus memberikan senduk pada pembantunya, "Kau jaga periuk ni!" Apron dibuka sebelum dia mendekati Lisa. Wajahnya kelat! "Ada apa?"
"Can we talk in private?"
"Kau ni banyak songeh, kau tau?" Adib bersuara separuh menyampah!
Apek yang turut terasa bengang laju menarik tangan Lisa, "Ikut aku!"
"Eh! Wei..." Lisa dengan terpaksa, mengikut langkah Apek yang laju keluar dari dapur.
Jet pandang Adib sebelum menggosok perlahan bahu Adib, "Sabar. Budak lagi tu."

"Sakitlah!"
Apek melepaskan pegangan tangannya, "Nak cakap apa?"
"Er... pak cik marah ke?"
"Awak rasa? Awak kacau saya dekat tempat kerja saya. Awak kacau kawan-kawan saya. Now, tell me! Siapa aje yang tak marah kalau asyik dikacau?!"
Lisa menghela nafas. Aku dah melebih ke?
"Awak nak cakap apa tadi?"
Lisa pandang kedai serbaneka yang terletak berhadapan dengan Gulp! Kafe, "Kejap!"
Apek merengus bila Lisa berlari masuk ke dalam kedai serbaneka itu.
Lima minit kemudian, Lisa keluar dari kedai serbaneka itu. Apek memandang Lisa.
"Marah?" Lisa bertanya, lembut.
Apek jungkit kening.
"Kawan saya kata orang kalau marah, dia akan suka kalau dapat makan ais krim," sebatang ais krim jenama Nestle, MatKool Butterfly dihulur pada Apek.
"Kawan kau tu umur berapa?"
Lisa tersengih, "Tujuh belas tahun...?"
Apek mengeluh sebelum dia duduk di tembok bangunan di situ, "Awak nak cakap apa?"
"Abang Itali dah balik."
"Kenapa panggil dia Abang Itali?"
Plastik ais krim dibuka, "Awak suka kakak hari tu?"
"Kakak?"
"Kak Iman. Orang yang awak suka."
"Siapa yang bagitahu awak benda merepek tu?"
"Saya sendiri boleh nampak! Saya boleh nampak betapa lebarnya senyuman awak bila awak nampak dia. Saya boleh nampak mata awak bercahaya bila dia masuk kafe. Saya boleh nampak..."
Apek menggeleng sebelum dia bangun, mahu berlalu.
"Abang Itali dah balik. Pesaing awak dah balik. Awak tahu tak awak akan kalah kalau awak tak luahkan perasaan awak pada dia?"
Apek mengeluh sebelum kembali duduk di sisi Lisa, "Look, dia cuma kawan saya."
"Well, kawan boleh kahwin kan?"
"Tapi tak semua."
"Awak kena berusaha!" Ais krim Butterfly yang sudah dipatah dua diberi separuhnya kepada Apek.
"Nak usaha apa?" Apek menyambut ais krim yang dihulur Lisa itu.
"Menangi hati dia! Awak tak boleh mengalah pak cik. Awak kena usaha untuk sedarkan kakak tu siapa sebenarnya yang selalu ada di sisi dia! Bukan abang Itali tu!"
"Lisa, can I ask you a question?"
"Shoot!"
"Kenapa awak panggil Jet tu abang dan saya awak panggil pak cik?"
Lisa ketawa sebelum memasukkan ais krim ke dalam mulutnya, "Entah! Dia lagi sesuai dipanggil abang kot daripada panggil pak cik!"
Apek menghabiskan ais krimnya sebelum dia memandang Lisa, "Budak..."
"Apa?"
"Saya dengan Iman tu, takkan boleh bersama. Kalaupun saya sukakan dia, dia lebih sukakan Jet a.k.a. Abang Itali awak tu."
"Sebab tu saya kata awak kena usaha! Awak tak boleh mengalah, pak cik!"
Apek menggeleng lalu dia pandang Lisa, "Lisa!"
"Ya?"
"Thanks!"
"Kenapa?"
"Thanks for your advice tapi saya tak rasa nak berusaha. Saya tak nak hanya sebab perempuan, saya dengan kawan saya bergaduh."
Lisa mengeluh, "Ala..."
Spontan tangan Apek naik ke atas kepala Lisa sebelum digosok perlahan, "You are a good kid, Lisa! Tapi suka ni bukan perkara mudah. It's complicated..."
Senyuman Lisa mati. Dia terkaku. Kenapa... kenapa dia rasa lain macam bila Apek gosok kepala dia? Dia pandang Apek, "Pak cik!"
"Hmm...?"
"Hands off, dude!"
Apek laju menarik kembali tangannya, "Sorry! Tak sengaja."
Lisa bingkas berdiri, "Nak baliklah! Bye!"
Apek kerutkan dahi. Apahal kalut sangat minah ni! Laju saja dia jalan meninggalkan Apek. Pelik sungguh minah tu.
"Wei, Apek!"
Apek pandang Adib yang berdiri di pintu kafe, "Apa?"
"Awek kau nak pergi mana? Barang-barang dia tak ambik, takkan dah blah?"
Apek kalih ke kiri, mahu mencari bayang Lisa namun tidak kelihatan. Dia berdiri. Apa yang dia kalut sangat nak blah? Barang semua tak bawak balik. Pelik punya budak!

"Assalamualaikum..." Apek memberikan salam sambil menekan butang loceng rumah dua tingkat itu. Dia menoleh pada Adib yang ada di dalam kereta.
"Waalaikumussalam!" Bunyi pintu dibuka buat Apek menoleh ke depan.
"Cari si..." Puan Anna buntangkan mata, "Eh, awak!"
Apek tunduk sikit, "Maaf mengganggu. Saya datang ni nak pulangkan barang Lisa."
"Lisa? Patutlah petang tadi dia balik sehelai sepinggang aje tadi. Dia ada kat bilik. Demam. Entah macam mana boleh demam padahal tadi tak hujan pun."
Apek kerutkan dahi. Demam? "Er... ni beg dia. Buku latihan, bekas pensel semua saya dah letak dalam ni. Cakap kat dia saya kirim salam ya."
"Nak cakap siapa yang kirim salam?" Puan Anna tersenyum lebar sebelum mengambil beg yang dihulur Apek.
"Er... Ap..." Apek terdiam sekejap sebelum dia mengukir senyum, "Pak Cik Sepet."
"Hah?"
"Dia panggil saya macam gitu."
Puan Anna tepuk dahi. Aduhai Lisa, "Maaf ya..."
"Tak apa. Saya memang dah tua pun. Terima kasih ya, puan."
Puan Anna mengangguk. Apek pula segera masuk ke dalam kereta Adib. Sempat dia mengangkat tangan sebelum kereta Adib meluncur laju membelah kegelapan.
Puan Anna tiba-tiba ukir senyum. Baik betul hantar sampai ke rumah. Kena korek dengan Lisa ni.

"Lisa larat ke nak ke sekolah ni? Mommy tengok muka Lisa pucat aje."
"Lisa larat je mommy."
"Papa pesan kalau Lisa tak larat, tak payahlah pergi sekolah hari ni. Rehat kat rumah."
Lisa bulatkan matanya, "Wah! Rarenya pesanan papa tu ke mommy yang buat arahan sendiri."
Puan Anna ketawa, "Lisa tahu aje kan."
"Mestilah! Papa takkan sesajalah nak bagi Lisa rehat-rehat kat rumah kalau setakat demam biasa macam ni. Cikgu Hadi kot..."
"So Lisa betul nak pergi sekolah ni?"
Lisa mengangguk sambil dia mengunyah roti bakar.
"Ha, sebelum mommy terlupa. Semalam kawan Lisa datang rumah. Hantarkan barang Lisa yang Lisa tinggalkan dekat kafe."
Lisa tiba-tiba tersedak! Erk! "Kawan?"
"Yelah, kawan Lisa. Si Pak Cik Sepet."
Lisa rasa mukanya hangat tiba-tiba, "Mana dia tahu alamat rumah ni?"
"Mana mommy tahu. Mungkin Lisa ada tulis dalam buku-buku Lisa tu kot. Mommy nak bagi kat Lisa semalam lagi tapi Lisa dah tidur semalam.
"Dia kirim salam jugak."
Lisa laju meneguk susu di gelas sebelum dia berdiri, "Lisa pergi dulu mommy!"
"Kenapa mommy tengok Lisa kalut sangat ni?"
"Mana ada!"
"Lisa balik rumah terus kan nanti?"Lisa mengangguk, "Papa balik hari ni kan, mommy?"
Puan Anna mengangguk sambil memeluk Lisa. Ubun-ubun Lisa dikucup, "Anak mommy dah besar rupanya."
Lisa ketawa besar, "Apa mommy tiba-tiba aje ni?"
"Pak Cik Sepet tu..." Puan Anna jungkit kening pada Lisa, "Kawan Lisa yang Lisa kesiankan tu ke?"
Wajah Lisa berubah, "Bye, mommy! I love you!"
Puan Anna ketawa bila melihat Lisa kelam-kabut saja berlari ke luar rumah. Gotcha, Lisa!

Apek memerhatikan Jet yang sedang mengelap gelas, "Jet..."
"Hmm...?"
"Kau..." Apek menghela nafas, "Kau dah lupakan Huda ke?"
Tangan Jet berhenti dari mengelap gelas, "Mana mungkin aku dapat lupakan dia, Apek. Aku masih sayangkan dia cuma..."
"Cuma?"
"Cuma aku sekarang rasa aku perlu cari kebahagiaan aku semula."
"Kebahagiaan kau ada kat sini?" Tanya Apek.
"Rasanya..." Jet ketawa.
Apek mengangguk, "Aku harap kau jumpa kebahagiaan kau tu."
Jet senyum sebelum dia menyandarkan tubuhnya pada sinki, "Kau pun dah jumpa kebahagiaan kau kan?"
"Hah?"
"That girl from yesterday. She seems nice."
"Dia budak lagilah, gila! Dia tu pangkat-pangkat adik aku aje."
"Well, dia tak nampak macam budak. Dia nampak... matang."
"Dude, muka je matang. Perangai still budak-budak."
"Dia comel."
Apek buat muka.
"By the way..."
Apek pandang Jet. Wajahnya penuh tanda tanya.
Jet sengih, "Kenapa Adib panggil budak tu heroin kau?"
Apek pandang Adib yang sedang mengemop lantai, "Cinabeng punya Adib! Mangai betul..."
Jet ketawa bila Apek membebel-bebel pada Adib walaupun Adib tidak mendengar. Dang! Apek dah pandai malu! Baru lima tahun aku pergi Itali.

"Apek, dah lama kan budak Lisa tu tak datang kafe kan?"
"Kenapa? Kau rindu?"
"Bangang!" Adib menjeling Apek, "Kau yang patut rindu dia. Bukan aku."
"Demam dia tak kebah lagilah tu."
"Dah seminggu kot. Demam apa kalau dah seminggu tak kebah-kebah."
"Sibuk sangat kau, apahal?"
"Saja. Ala... kau ni. Tanya pun tak boleh ke?"
"Bukan kau tak suka dia ke?"
"Well, dia annoying tapi tak adalah sampai tahap aku benci dia. Aku geram je."
Apek senyum senget sebelum matanya kembali fokus memandang televisyen, "Kau rasa Jet serius ke dengan niat dia nak meminang Iman tu?"
"Kalau tak serius, takkan dia panggil kita semua tadi?"
Apek mengangguk. 
"You can still turn the tables, Apek."
Apek pandang Adib, "Apa kau cakap ni?"
"Aku nampak. Mike nampak.. kau suka Iman."
"Jangan merepek. Jet dengar nanti."
"Kau baik sangat, Apek! Kalau kau asyik mengalah dalam cinta sebab kawan, membujanglah sampai ke tua!"
Apek ketawa, "Bila masanya aku asyik mengalah, gila?"
"Banyak benda pasal kau aku tahulah!"
"Aku kalau membujang sampai tua pun, aku tetap happy wei. Kawan-kawan aku semuanya happy."
"Dude, save the drama for the next soap opera!"
Apek ketawa sebelum dia mengambil seekor anak kucing berwarna putih yang bermain di kakinya, "Aku rasa kalau aku bujang pun tak apa. At least aku ada ni."
Adib buat muka, "Jauhkan binantang bulu ni dari aku!"
"It's just a cat not tiger."
"Aku fobia, tau! Fobia?!" Adib dah melompat ke sofa lain bila anak kucing itu memandangnya dengan matanya yang bulat. Scary! Muka jahat! Erghhh!
Apek ketawa sebelum dia mencium anak kucing itu. 
"Apek!"
"Apa?"
"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?"
Apek terdiam. Anak kucing yang dipegang tadi dibelai perlahan. Nak pecahkan macam mana? Ruyung tu bukan aku punya...

"Mommy suka that guy."
"Mommy ni biar betul? Papa dengar karang, habis mommy."
Puan Anna meletakkan jari telunjuknya ke mulut, "Janganlah bagitahu papa!"
Lisa tepuk dahi, "Apalah mommy! Lisa takkan bagitahu papa. Kalau bagitahu dia, habislah Lisa. Mommy pun tahu kan, papa sangat strict pasal berkawan dengan lelaki."
"Lisa, Lisa tak rasa ke kawan Lisa tu ada iras macam papa?"
"Hah? Celah mana?!"
Puan Anna tersengih lucu, "Adalah. Tang senyum dia tu. Manis je."
Senyum? Lisa kerut dahi. Pak cik tu mana suka senyum kat aku pun, "Dia tu mana senyum sangat, mommy."
"Esok Lisa nak pergi rumah mama, nak mommy hantar ke?"
Lisa laju menggeleng, "Tak payahlah. Lisa pergi sendiri lepas sekolah."
"Anna!"
Serentak Lisa dan Puan Anna kalih pandangan ke pintu. Puan Anna senyum memandang suaminya, "Apa abang?"
"Tolong buatkan abang kopi."
Puan Anna mengangguk sebelum dia meninggalkan Lisa yang sedang bermain dengan telefon bimbit jenama Nokia.
"Lisa?" Encik Hadi duduk di atas katil Lisa.
"Ya, papa?"
"Kenapa macam moody je? Sejak papa balik dari outstation hari tu, papa sedar yang Lisa macam lost."
"Mana ada. Lisa okey jelah. Stress sikit kot."
"Stress apa? SPM?"
Lisa angguk, "Mungkin."
"Lisa, SPM tu hanya sebuah peperiksaan. Nampak macam besar, tapi SPM tu macam peperiksaan bulanan je. Don't think too hard, okay?”
"Okay..." Lisa menjawab perlahan.
"Sekarang papa nak Lisa tidur. Dah pukul 11 lebih dah."
Lisa mengangguk, "Okey."
Encik Hadi kerutkan dahi. Sah, anaknya tak okey dan ianya bukan pasal SPM!

Mike dan Adib senyap saja mendengar cerita Jet tentang Iman. Sekali sekala mereka mengerling Apek.
"Kalau kau cerita kat kami pun, kami tak boleh nak bantu. Kau sendiri kena pujuk Iman. Lima tahun dia tunggu kau walaupun dia tak mengaku. Lima tahun dia tolak lelaki-lelaki yang muncul dalam hidup dia sebab kau. Kau kena usaha, macam mana nak ambik hati dia semula," panjang lebar Apek menasihati Jet yang kelihatan bingung.
"A bouquet of flowers and a cup of morning coffee should be good, kan?" Jet pandang Apek.
Apek angkat bahu, "Mana aku tahu. Aku bukannya ada awek. Tu kau tanya Mat Kasanova tu!"
Adib buat muka bila dia sedar Apek menyindirnya, "Suka hati panggil aku Mat Kasanova."
"Habis, kau ingat aku suka bila kau panggil aku Sepet?"
Mike ketawa, "Eloklah. Sorang Kasanova, sorang Sepet."
"Diamlah Romeo!" Serentak Apek dan Adib ketawa.
Jet ketawa. Kalau bagi gelaran kat orang bukan main...
"Jet, satu je nasihat aku kat kau."
Jet pandang Mike.
Apek dan Adib sama-sama mengangkat kening.
"Tunjukkan keikhlasan kau pada Iman. Jujur pada dia pasal perasaan kau. Pasal lima tahun lepas. Pasal semua benda yang kau simpan. Semuanya, bagitahu dia. Ingat! Jujur."
Adib ukir sengih. Tiba-tiba dia teringat tagline rancangan televisyen bertajuk Primadona, "Bila Romeo berbicara..."
"Bangang!" Mike buat muka.
"Lebih baik dengar Romeo bercakap dari ayat manis Kasanova," perli Apek, saja mahu mengusik Adib.
"Diamlah, Sepet!"
Meja mereka sekali lagi pecah dengan ketawa.

"Apek!"
Apek yang sedang menghias hidangan memandang Adib, "Apa?"
"Awek budak sekolah kau dah datang."
Apek buat muka, "Dia bukan awek akulah, gila!"
Adib ketawa sebelum dia keluar ke depan.
"Apek"
Apek kalih memandang pembantunya, "Kenapa?"
"Betul ke kau dengan budak tu tak ada apa-apa? Aku tengok macam sesuai je."
Apek tepuk dahi, "Is, kau pernah makan kaki manusia tak?"
Pembantunya yang dipanggil Is itu ketawa, "Takkan sentap, bang?"
Apek ketawa lalu menggeleng, "Patut kau dengan Adib tu sepupu. Perangai sama. Kerja nak membahan aje."
"Ala, nak bahan siapa kalau bukan bahan kau? Takkan nak bahan kuali. Tak thrill lah gitu!"
"Sudahlah kau!" Apek ketawa sebelum dia mengambil pinggan yang berisi Chicken Grill ke depan.

"Lisa, kau nak makan apa?"
"Aku kenyang lagi."
Umaira mengerutkan dahi, "Kau kenapa? Macam moody je akhir-akhir ni. Period ekkk?"
"Mana ada! Aku okey jelah."
Umaira pandang Lela. Lela angkat bahu, "Aku nak Strawberry Mojito dengan Fettuccine Carbonara."
"Kiwi Mojito sedap tak?" Umaira pandang Lisa.
Lisa angkat bahu. Dia tak selesa datang kafe ni. Aduhai! Dia teringat perbuatan dia yang menceroboh masuk ke dapur kafe. Aduhhh! Gilanyaaaa!
"Dah sedia nak order?"
Lisa angkat muka. Umaira dan Lela terus mengukir sengih, "Dah!"
Apek tersenyum. Budak sekolah memang ceria-ceria, eh? "Nak order apa?"
"Strawberry Mojito satu, Kiwi Mojito satu, Cheezy Chicken Grill dengan Fettuccine Carbonara satu," Umaira ukir sengih sebelum memandang Lisa, "Lisa, kau nak order apa?"
Lisa tunduk memandang menu bila sedar Apek memandangnya. Wei, pak cik! Apa tengok-tengok? "Air kosong jelah."
Apek mengerutkan dahinya sebelum dia mengukir senyum, "Tengok menu sampai nak tembus tapi order air kosong je?"
"Eh, suka hatilah nak order apa pun!"
Apek senyum, "Awak tak cakap terima kasih pun lagi bila saya hantarkan barang-barang awak yang awak tinggal dekat kafe hari tu."
Lisa buat muka, "Tak mintak tolong hantar pun!"
Apek ketawa, "Sama-sama budak kecik!" Sindir Apek sebelum berlalu dari meja Lisa.
Umaira dan Lela terus memandang Lisa, "Apa hubungan kau dengan abang tu?"
"Boyfriend kau ke?"
"Hubungan apa?" Lisa buat muka, "Boyfriend apa? Korang gila ke?"
Umaira dan Lela ketawa, "Muka kau merah Lisa."
Lisa merengus, "Sini panaslah!"
Semakin galak Umaira dan Lela ketawa, "Aircond betul-betul atas kepala kau. Panas lagi, Lisa?"
"Diamlah!" Arah Lisa, garang.

"Wei, handsome lah abang bancuh kopi tu!" Lela menongkat dagu sambil memandang ke kaunter minuman.
"Handsome? Eii... taste kau out lah! Abang yang ambik order tadi lagi handsome, kan Lisa?"
Lisa kerut dahi, "Abang ambik order? Kau punya taste pun sama out dengan Lela!"
Pintu kafe yang dibuka dari luar buat mereka bertiga terus mengalihkan pandangan mereka. Lisa terus tersenyum, "Ha, yang tu baru handsome!"
Lela dan Umaira mengangguk. Betul. Handsome gilaaa...
Mereka bertiga berhenti merenung lelaki yang baru masuk itu bila Apek datang ke meja mereka untuk menghantar pesanan mereka bertiga.
"Er... abang..."
Apek memandang Umaira, "Ya?"
"Abang yang pakai baju hitam tu nama apa ya?"
Lela tepuk dahi. Gelojohnya kau, Umaira!
"Yang baru masuk tadi?" Apek senyum, "Nama abang tu Aizat. Kenapa? Minat dia?"
"Err..." Umaira tersengih-sengih.
"Adik dah terlepas peluanglah, dik! Abang tu baru je bertunang..."
Lisa buntangkan mata, "Bertunang dengan siapa? Kakak cantik tu ke?"
Apek pandang Lisa lalu dia mengangguk, "Ya!"
Lisa terus berdiri, "Apa?" Tak menunggu lama dia terus menarik lengan Apek keluar dari kafe.
Umaira dan Lela tercengang. Apa kena dengan Lisa ni?
Adib, Mike dan Jet di kaunter turut terpinga-pinga. Apahal tu?

"Apa maksud awak dia orang dah bertunang?"
Apek rentap lengannya yang dipegang Lisa, "Iyalah. Dia orang dah bertunang! Takkan saya nak tipu?"
"Pak cik! Kenapa awak bagi dia orang tu bertunang? Awak tau tak, awak dah terlepas peluang untuk bersama dengan Kak Iman? Oh, tak! Awak masih ada peluang. Dia orang baru bertunang, belum kahwin lagi! Cepat, fikirkan cara macam mana nak pikat kakak tu!"
Wajah Apek berubah, "Lisa! Apa awak merepek ni?"
"Apa? Saya serius! Saya kesiankan awak, tahu? Awak berhak dapat kebahagiaan! Awak jangan jadi macam mommy saya! Terpaksa pendam cinta bertahun-tahun lepas dapat tahu papa saya dah kahwin. Tolong jangan jadi macam mommy saya!"
"Lisa!" Apek memetikkan jarinya di depan wajah Lisa, "Awak tak perlu kasihankan saya. Saya bukan mommy awak. Saya boleh move on, insyaAllah. Saya bukan untuk Iman, Lisa!"
"Mana awak tahu awak bukan untuk dia?!"
"Because I was never her choice. Saya tak pernah jadi pilihan dia. Iman macam mommy awak, Lisa. Dia setia pada seorang lelaki dan lelaki itu adalah Jet, kawan baik saya sendiri. Iman cuma boleh bahagia kalau dia dengan Jet. Bukan dengan saya!"
Lisa menunduk sebelum dia mendongak memandang Apek, "Macam mana dengan bahagia awak?"
"When the right time comes, I will be happy. InsyaAllah."
Lisa merengus, "Kalau awak tak jumpa kebahagiaan awak?"
"Lisa, kalaupun saya membujang sampai ke tua, saya tetap akan bahagia kalau kawan-kawan saya bahagia."
"Urghh! Orang tua memang selalu fikir pasal orang lain dulu ke? Kenapa tak nak jaga hati sendiri? Cuba untuk sekali... fikir pasal diri awak jugak, pak cik!" Ujar Lisa sebelum berlalu masuk ke kafe.
Apek menggaru kepala. Apa kena dengan budak ni?

"Lisa, kenapa semalam kau blah awal sangat? Kau tak sempat tengok tunang abang handsome tu. Rugi kot! Comel gila tunang dia!"
Lisa diam. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain.
Lela mencebik pada Umaira, sambil menggumam bertanya tentang Lisa. Umaira hanya mengangkat bahunya, tanda tak tahu apa kena dengan Lisa.
"Kak Na aku yang kahwin tahun lepas dah ada baby kau tau? Comel gila baby dia!" Laju Lela bersuara, cuba mengubah topik.
Umaira mengerutkan dahi, "Kak Na yang mana? Yang kahwin lepas habis SPM tu ke?"
"Ha, yang tulah! Aku tengok dia dengan suami dia macam sweet je. Alahai... teringin nak kahwin muda jugak," Lela dah buat muka bahagia.
"Dia tak sambung belajar ke?"
"Sambung. Dia masuk Politeknik tapi sekarang tengah tangguh pengajian sebab ada baby."
"Suami dia kerja apa?"
"Kontraktor. Fulus masyuk. Tua sepuluh tahun dari Kak Na aku tu, tapi sweet je. Patut aku cari lelaki yang dah kerja jadi boyfriend aku. Haih..."
"Terlambat sudah kau nak menyesal. Ala... apa susah, kau ajak si Alif tu kahwin."
"Kau gila? Kau ingat mak aku bagi aku kahwin muda?"
Lisa yang sedari tadi diam tiba-tiba berdiri, "Aku nak kahwin!"
Seisi kelas yang tadi hingar, tiba-tiba senyap. Umaira dah jatuh rahang. Lela dah tercengang-cengang. Lisa, yang tak pernah berminat dengan kahwin tiba-tiba cakap nak kahwin? Hantu pengantin mana sampuk dia ni?

"Kau dah gila ke Lisa?"
"Apa yang gilanya? Aku nak kahwin. Celah mana yang gila?"
"Kau baru tujuh belas, Lisa!" Umaira menggelengkan kepalanya.
"Jadi? Apa, kalau tujuh belas tahun tak boleh ke kalau nak berkahwin?"
Umaira dah tepuk dahi, "Kau kena sampuk dengan siapa ni?"
Lisa mengeluh, "Aku... aku kesiankan dia. Aku nak jaga dia."
"Siapa?"
"Dia pendam semua perasaan dia untuk bahagiakan kawan-kawan dia tapi dia sendiri tak bahagia."
"SIAPA?!"
"Kau rasa aku patut bagitahu siapa dulu? Papa aku ke, mama aku ke, mommy aku dulu?"
"Kau dah gila, Lisa. GILA!"
Lisa tak membalas, sebaliknya dia terus bangun dari duduknya! "Aku nak bagitahu papa aku dulu."
Umaira menggelengkan kepalanya. Apa kena dengan kau ni, Lisa?

Apek memandang Mike yang mengira duit keuntungan kafe pada malam itu. Sesekali dia memandang Jet yang sedang bercakap telefon di kaunter minuman. Dia bagai teringatkan soalan Lisa tentang kebahagiaan dia. Bahagiakah dia sekarang? Lepas dia lihat Iman dan Jet tersenyum, bahagiakah dia?
"Apa kau fikir, Apek? Dari tadi aku tengok kau renung je si Mike ni. Takkan kau dah ubah selera?" Adib duduk di sebelah Apek sebelum memandang Mike yang tiba-tiba angkat muka memandang Apek.
"Kau renung aku, Apek? Kau jangan macam-macam! Aku dah ada isteri kot!"
Apek menjeling Adib sebelum dia memandang Mike, "Kau merepek apa, syaitonnnn...? Selera pulak aku dengan kau! Jangan jadi bangang boleh? Percaya sangat si kasanova ni!"
Mike memuncungkan mulutnya, "Aku bagitahu wife aku kau panggil aku syaiton!"
"Blah! Bagitahulah jiran sebelah rumah kau sekali!"
Adib dah terkekeh-kekeh ketawa. Kalau Mike dengan Apek gaduh, itulah hiburan dia hari-hari. Seronok dia rasa bila jadi batu api ni!
"Kau gelak apa, gila?!" Mike mencerun pada Adib.
"Korang kenapa ni?" Jet ambil tempat di sebelah Mike.
"Apek dah songsang, Jet. Patutlah tak pernah ada awek! Adib kata Apek minat aku, Jet! Aku takut, Jet. Aku takut..." Mike menjatuhkan kepalanya ke atas bahu Jet, pura-pura bersedih.
"Sekarang, aku rasa kau yang songsang Mike. Bukan Apek!" Jet tolak kepala Mike.
Adib dan Apek terus ketawa! Mendapatlah kau dengan Jet, Mike!
Mike buat muka. Jet pun turut sama ketawa dengan Adib dan Apek. Apek yang melihat Jet ketawa tersenyum. Bahagiakah aku? Ya! Aku bahagia. Titik.

"Jet, kenapa kau tiba-tiba nak tidur sini?" Apek yang sedang membelai anak kucing berwarna putih itu memandang Jet yang sudah duduk di atas lantai.
"Saja! Sementara bujang ni, melepaklah rumah kawan-kawan dulu."
Apek ketawa! "Bila majlis kau dengan Iman?"
"Dalam perbincangan lagi. Mungkin tiga bulan lagi tapi..."
"Tapi?"
"Aku rasa aku nak mintak percepatkanlah. Dah tujuh tahun menduda aku ni pun."
"Bengong!"
"Apek..."
"Ya?"
"Terima kasih."
"Hmm...? Kenapa?"
"Aku tahu apa yang ada dalam hati kau. Aku tau siapa yang kau suka."
Wajah Apek berubah.
"Aku mintak maaf. Kau selalu ada dengan dia selama lima tahun tapi aku datang balik sini, sekelip mata semuanya berubah."
"Dude, kau tak perlu mintak maaf. Betul, aku ada lima tahun dengan dia tapi aku yang tak mau usaha untuk pikat dia. Lima tahun aku dengan dia tapi dia cuma ingat kau. Aku tak kisah semua benda ni sebab bagi aku, kau kawan baik aku. Dia kawan baik aku. Aku happy kalau korang happy."
"Still..."
"Jet, enough already! Aku okey. Aku happy untuk korang. Ke kau nak aku mengorat jugak tunang kau tu?"
"Wei, janganlah!" Jet buat muka.
"So, kita simpan benda ni. Perasaan aku pada Iman, lama-lama hilanglah. Aku tak salahkan kau. Lagipun, perasaan bukan benda yang kita boleh paksa-paksa."
"Bro, kalau aku peluk kau, boleh tak?"
"Kau nak kena sepak? Nak jadi songsang jugak?"
Jet ketawa! Terima kasih Apek!

"Tak! Papa tak setuju!"
Lisa mengerutkan dahi sebelum dia memandang ibu tirinya, "Mommy, tolonglah pujuk papa ni! Lisa bukan nak buat benda jahat pun. Lisa cuma minta keizinan papa untuk berkahwin."
"Lisa dah gila ke? Lisa baru tujuh belas tahun, tau? SPM pun tak lepas lagi, kenapa dah gatal sangat fikir pasal kahwin ni?!" Encik Hadi menjerkah Lisa, garang. Geramnya dia pada anak sulungnya ini. Aduhai... "Siapa lelaki tak guna tu? Tell me, Elisa!"
"Dia bukan lelaki tak guna! He is a very nice man, papa!" Lisa mengeluh, "Papa, Lisa cuma minta izin nak bina masjid. Bukan benda yang terlarang pun kan?"
"No! Papa tak izinkan!"
Lisa merengus, "Papa dulu kahwin dengan mama pun waktu umur sembilan belas tahun! Dua tua aje dari umur Lisa. Kenapa papa boleh buat, Lisa tak boleh?"
"Lisa! Cukup! Sekali lagi Lisa cakap soal nikah kahwin ni, papa lempang Lisa!"
"Fine! Lisa cakap dekat mama yang papa nak lempang Lisa hanya sebab Lisa minta kebenaran untuk menikah!"
"Lisaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!"
Lisa terus berjalan meninggalkan ruang tamu. Sempat bibirnya terkumat-kamit membebel.
"Kak, kau nak kahwin ke?" Emran yang baru selesai makan malam memandang kakaknya yang tengah mendaki anak tangga.
Lisa kalih memandang Emran, "Ya!"
Emran tepuk dahi! Hantu apa rasuk kakak aku ni? Tiba-tiba nak menikah pulak. SPM pun tak lepas lagi! Aduhaiiii...

Lisa merengus. Salah ke kalau aku nak kahwin? Bukannya aku nak buat maksiat pun. Salah ke apa yang aku buat ni? Telefon bimbitnya dicapai. Hajatnya dia mahu menelefon Apek namun dia tiba-tiba menepuk dahi. Kau mana ada nombor telefon dia, gila!
"Lisa, boleh mommy masuk?"
Lisa panggung kepala lalu Lisa memasamkan mukanya, "Kalau mommy nak marah Lisa macam papa marah Lisa, Lisa tak benarkan mommy masuk."
"Mommy pernah ke marah Lisa, sayang?"
Lisa pandang Puan Anna lalu dia menggeleng, "Mommy... I need a hug!"
Puan Anna mendekati Lisa lalu dia memeluk anak tirinya itu. Walaupun bukan anak kandungnya, anak gadis itu tetap disayanginya seperti anak sendiri, "Kenapa Lisa tiba-tiba nak kahwin ni, sayang? Lelaki tu buat benda tak baik pada Lisa?"
Lisa pantas menggeleng, "Dia baik! Dia tak pernah buat benda tak senonoh pada Lisa. Lisa nak kahwin dengan dia sebab..."
"Sebab...?"
"Sebab Lisa kesiankan dia. Perempuan yang dia suka tu dah bertunang dengan lelaki yang tinggalkan perempuan tu dulu. Dia tunggu perempuan tu bertahun-tahun untuk bukak hati dia, tup tup... perempuan tu pilih lelaki lain! Dia kata dia bahagia tapi Lisa tahu, deep down... deep down mesti dia rasa sedih."
"Lisa, takkan hanya sebab kesian saja Lisa nak kahwin dengan dia? Bukan senang nak tempuh alam rumahtangga Lisa."
"Mommy sendiri pernah bagitahu yang perasaan kasihan itu salah satu cabang cinta. Lisa nak jaga dia, mommy. Lisa tak nak hati dia disakiti lagi. Lisa tak nak dia jadi macam mommy. Menunggu papa bertahun-tahun sedangkan mommy boleh cari lelaki lain. Lisa nak dia bahagia, mommy."
Wajah Puan Anna berubah. Pipi Lisa diusap lembut, "Lisa, kisah mommy dengan dia tu lain. Kisah kami tak sama. Mommy tunggu papa sebab mommy yang tak mahu move on tapi mommy yakin, lelaki macam kawan Lisa tu pasti akan move on."
"Kalau dia tak move on? Kalau dia nak tunggu kakak tu? Kalau dia nak sia-siakan hidup dia dengan tunggu kakak tu? Macam mana? Dia takkan bahagia, mommy! Lisa nak dia bahagia."
"Kenapa Lisa nak bahagiakn dia? Takkan hanya sebab kesian, sayang?"
"Lisa sayangkan dia! Lisa tak nak dia sedih!" Entah bila, Lisa kembali memeluk Puan Anna sebelum menangis teresak-esak.
Puan Anna tersenyum. Mommy dah agak dah yang Lisa sayangkan dia...

"Er, cik... dah sedia untuk membuat pesanan?"
Puan Anna pandang lelaki yang sedang tersenyum manis kepadanya, "Puan. Saya bukan cik."
"Maaf! Saya tak tahu."
"Tak apa. Saya nak Strawberry Mojito satu dan boleh tak saya nak tanya sesuatu?"
"Er... tanyalah."
"Kenal Lisa?"
"Kenal."
"Boleh tak saya nak jumpa Pak Cik Sepet Lisa?"
Si lelaki ukir senyum senget, "Er... boleh. Kejap ya, saya panggilkan dia." Lelaki itu berlalu ke kaunter minuman sebelum dia memandang Adib dan Jet, "Wei, pergi panggilkan Apek kejap."
"Kenapa?" Adib bertanya dan Jet terus masuk ke dapur, memanggil Apek.
"Kakak ipar dia nak jumpa." Mike menuding jari pada meja yang diduduki Puan Anna.
"Kakak ipar?" Adib kerutkan dahi sebelum dahi Mike ditunjal, "Mangkuk! Tu bukan kakak ipar Apeklah! Tu mak mertua dia!"
Mike tercengang, "Mak mertua? Mangai muda. Apa mak Lisa tu kahwin waktu umur dua belas ke macam mana?"
"Mak tiri dialah!" Adib pandang Jet yang baru keluar.
"Apek kata karang dia keluar."
Mike pulak menganggukkan kepala, "Mak tiri dia lawa."
Adib pandang Jet dan Jet terus keluarkan telefon pintarnya, "Adib, bak nombor telefon Sarah. Biar aku mengadu pasal suami dia yang puji perempuan lain lawa. Isteri orang pulak tu yang dia puji."
"Bangang! Kau mengadu dekat Sarah, aku cakap kat Iman yang kau kat Itali dulu asyik telefon aku cakap rindu... rindu... dekat Iman."
"Bagitahulah. Ingat aku takut!"
Mike buat muka. Adib yang ketawa dikerling, "Gelak lagi! Gelak! Aku bagitahu tunang kau yang kau menggatal dengan budak sekolah semalam."
Ketawa Adib mati. Jet pula yang menyambung ketawa. Macam-macam...

"Siapa yang nak jumpa aku?" Apek yang sedang mengelap tangannya pada apron memandang Jet dan  
Adib yang sedang berperang dengan Mike. 
Jet yang sedang ketawa mengalihkan pandangannya ke arah Apek, "Tu. Adib kata mak mertua kau."
"Bangang punya Kasanova!" Gumam Apek rendah.
"Heard that, Sepet!"
Apek pura-pura tak mendengar dan dia terus mendekati meja yang diduduki oleh Puan Anna.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam," Puan Anna panggung wajah lalu dia ukir senyum.
"Ada apa-apa ke yang saya boleh bantu?"
"Duduklah dulu er..."
"Apek. Puan boleh panggil saya Apek," ujar Apek sebelum duduk di kerusi berhadapan dengan Puan Anna.
"Jangan panggil saya puan. Panggil saja saya Anna."
Apek senyum, "Baiklah, Anna. Jadi, ada apa-apa saya boleh bantu."
"Lisa bagitahu saya yang... awak rapat dengan dia."
Apek mengerutkan dahi. Rapat? "Taklah rapat sangat tapi... bolehlah. Kenapa ya?"
"Lisa kata dia nak kahwin..."
Apek membuntangkan matanya, "Dengan siapa? Dia muda lagi kan? Kenapa tiba-tiba nak kahwin pulak? Orang lelaki tu ada buat benda tak elok ke dengan dia? Siapa lelaki tu?"
Puan Anna tersenyum, "Awak tanya siapa lelaki tu?"
Apek menganggukkan kepala, "Lisa kata dia nak berkahwin dengan Pak Cik Sepet dia."
"WHAT?!"
Apek dan Puan Anna tersentak sedikit. Apek kalih belakang. Mike, Jet dan Adib dah terlopong di belakang mereka. Apek tepuk dahi! Dia tak dan nak terkejut, kawan-kawan dia terkejut dulu. Aduhai... dahlah kantoi curi dengar. Kawan siapalah yang macam gini ni?

Apek pegang dahi yang terasa berdenyut. Cerita dari ibu tiri Lisa buat dia pening. Gila ke apa budak tu?!
"Wei, nah! Minum dulu." Adib meletakkan secawan teh tarik di depan Apek.
Apek merenung cawan itu lalu dia pandang Adib, Jet dan Mike silih berganti. "Aku rasa aku boleh gila, kau tahu?"
"Tahu!" Serentak mereka bertiga menjawab.
"Budak kecik tu nak kahwin dengan aku sebab dia kesiankan aku! Gila kan?"
"Gila!" Sekali lagi mereka bertiga menjawab serentak.
"Apalah yang budak tu fikirkan. Apa dia fikir dengan kesian tu, boleh ke bina rumahtangga?"
"Tak boleh... tak boleh..." Masih lagi serentak jawapan yang mereka berikan.
"Aku rasa budak tu stress. Stress dengan SPM tapi tak payahlah babitkan aku! Arghhh! Naik gila aku macam ni!"
Mike garu kepala. Jet telan air liur. Adib mengetuk meja dengan jari jemarinya. Dia rasa nak buat lawak, tapi dia takut dia kena carut dengan Apek. 
"Apa patut aku buat?" Tanya Apek, separuh mengeluh.
Jet menghela nafas, "Apa kata kau jumpa dia dulu. Tanya dia elok-elok. Kenapa dia bagitahu parents dia yang dia nak kahwin dengan kau?"
Mike mengangguk, "Betul. Dia mesti ada sebab dia, takkan hanya kesian. Cuba tanya dia dulu."
"Mestilah sebab dia nak kahwin dengan Apek ni sebab dia sayangkan Apek. Perempuan, takkan nak buat keputusan gila kalau dia tak sayang lelaki tu. Macam Iman, dah kecewa dengan duda ni. Dah kena tinggal lima tahun pun, still terima mamat ni! Macam wife kau jugak, Mike. Dia dah tahu kau gila tapi dia tetap terima kau seadanya. Dia buat keputusan untuk kahwin jugak dengan kau, walaupun aku rasa keputusan dia tu agak gila."
"Bangang!" Mike buat muka, "Nida pun dah buat keputusan gila sebab bertunang dengan kau. Kasanova macam kau, bukan boleh buat suami pun."
"Hoi! Udah! Kalau tak berhentikan korang ni, sampai tahun depan tak habis." Ujar Jet, menghentikan pergaduhan Adib dan Mike. Karang korang kena marah dengan Apek, mahu sentap sampai tahun depan.
Apek menggelengkan kepala. Kenapa dengan awak ni, budak kecik?

"Lisa, kenapa kau tiba-tiba nak tidur rumah aku ni?"
"Kenapa? Tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh. Cuma pelik. Sebab tiba-tiba je."
"Umai, tolong aku boleh?"
"Tolong apa?"
"Kalau papa aku call kau, tanya pasal aku... tolong jangan bagitahu dia aku kat rumah kau."
Wajah Umaira berubah, "Kau lari dari rumah ke?!"
"Aku terpaksa. Please, Umai! Kau je harapan aku. Aku tak nak pergi rumah Lela sebab Lela senang kena trick dengan papa aku. Please, ya Umai?"
Umaira mengerutkan dahinya, "Kenapa kau lari dari rumah, Lisa? Tak pernah-pernah kau lari! Kenapa?"
Lisa mengeluh sebelum menyandarkan kepalanya pada kepala katil Umaira, "Papa tak benarkan aku kahwin."
"Kau nak kahwin dengan siapa? Keputusan kau tu gila kau tau? Kalau aku jadi papa kau pun, aku takkan benarkan. Kau baru tujuh belas. Kita ni muda lagi kau tau?"
"Aku tau kita muda lagi tapi salah ke kalau aku nak kahwin? Aku rasa aku dah sedia nak kahwin. Aku boleh memasak. Aku boleh kemas rumah. Aku boleh buat macam-macam. Aku boleh jaga budak kecik. Aku boleh jaga dia."
"Siapa dia?"
"Pak Cik Sepet."
Umaira mengerutkan dahinya sebelum dia terlopong, "That guy dekat kafe tu? Abang muka macam Cina tu?"
Lisa menganggukkan kepalanya, "Aku nak jaga dia! Aku tak nak dia sedih."
Umaira menggaru keningnya. Tak tahu dah dia nak cakap apa. Lisa macam tak berada dalam dunianya, "Lisa..."
"Hmm...?"
"Macam mana dengan cita-cita kau? Kau kata kau nak jadi world famous interior designer. Kau kata kau nak buat hiasan dalaman untuk rumah Perdana Menteri."
"Aku tetap akan teruskan cita-cita aku. Dia takkan halang punya."
"Are you sure? What if, lepas kau kahwin dengan dia... kau kena tolong dia dekat kafe tu? Ataupun dia suruh kau duduk rumah, jadi surirumah. Macam mana?"
Lisa terdiam sebelum dia tersenyum, "Aku ikut je. Aku nak jadi isteri mithali."
Umaira tepuk dahi! Gila!

"Mana Lisa?!"
Adib yang sedang membuat latte art tersentak. Lukisan tulip yang dia buat dah jadi benda lain sebab terkejut. Dia pandang Mike yang terkaku di meja pelanggan. Jet yang sedang menyusun kerusi turut keras kaku. 
"Er... encik..."
"Mana Lisa?!" Suara Encik Hadi memetir di kafe itu. Nasib baik customer cuma tinggal seorang saja waktu itu.
"Abang, sabarlah. Orang tengah tengok kita ni."
"Sabar, Anna? Abang tak boleh sabar tau? Hari tu dia buat gila, kononnya nak kahwin. Hari ni tiba-tiba lari dari rumah. Pening abang tau tak?" Encik Hadi dah terduduk.
Jet pandang Adib yang masih terkedu di tempatnya, "Panggil Apek wei!"
Adib mengangguk sebelum masuk ke dapur. Perghh! Budak kecik tu buat drama pulak! Habis kau, Apek!

"Demi Allah, saya tak tahu mana Lisa pergi! Saya dah lama tak jumpa dia. Kafe ni pun dia tak datang," terang Apek bersungguh-sungguh.
Encik Hadi meraup wajah! Ya Allah, Elisa! "Habis pasal dia nak kahwin dengan kau tu?"
"Tu lagi saya tak tau, bang! Tak tahu macam mana dia tiba-tiba boleh cakap macam tu sedangkan kami tak ada apa-apa. Saya mengaku kami rapat tapi saya anggap dia macam adik saya je. Tak lebih dari itu."
"Habis, kau memang tak ada niat nak kahwin dengan anak aku?"
Apek menggeleng, "Saya cuma anggap dia adik."
Puan Anna yang hanya senyap dari tadi memandang Apek, "Takkan tak ada sekelumit sayang pun dalam hati awak untuk Lisa?"
Wajah Encik Hadi berubah, "Anna!"
Puan Anna diam.
"Tak ada. Sayang saya pada dia cuma sekadar sayang seorang abang pada adiknya."
"Aku rasa kita kena buat rancangan supaya Lisa lupakan hasrat dia untuk berkahwin dengan kau."
"Abang!" Anna memukul bahu Hadi, "Kenapa abang ni? Tak kesian ke pada Lisa? Macam mana kalau dia dah dewasa nanti, dia tak ada dah keinginan nak kahwin? Abang nak bertanggungjawab?"Wajah
Encik Hadi berubah sebelum dia bersuara, "Tapi dia masih muda! Baru tujuh belas tahun! Abang tahu macam mana susahnya berumahtangga pada usia muda! Abang tak nak dia lalui semua kesusahan, kepayahan tu!"
"Jadi? Abang ingat kalau dia kahwin umur dua puluh lima nanti, dia takkan rasa susahnya berumahtangga? Abang, tolonglah! Jangan jadi kejam, boleh?"
Apek garu kepala sebelum menghalang Encik Hadi membalas kata-kata isterinya, "Whoa! Kejap! Kejap! Jangan bergaduh abang, kak."
Puan Anna merengus, "Lisa berhak untuk buat apa yang dia mahukan."
"Lisa sepatutnya masih bersuka-ria dengan kehidupan remaja dia. Bukan menempuhi alam perkahwinan."
Puan Anna tak membalas, sebaliknya dia terus bangun dan berlalu keluar dari kafe.
Encik Hadi tekup wajah. Merajuklah tu!
Apek pandang Adib, Jet dan Mike yang duduk di meja sebelah. Mereka bertiga ukir senyum jahat padanya. Kurang ajar!
"Apa nama kau tadi?"
Apek tersentak sikit sebelum memandang Encik Hadi di depannya, "Apek."
"So... kau ada rancangan macam mana nak buat Lisa putus asa dengan rancangan dia?"
Apek pandang rakan-rakannya sebelum mengangguk, "InsyaAllah, ada tapi...”
“Tapi apa?”
“Apa kata kalau kita buat satu perjanjian?” Apek senyum.


"Apek!"
"Apa?!"
"Awek kau dah datang."
Apek panggung kepala. Apron yang tersarung di tubuhnya, dia tanggalkan, "Is, tengok dapur! Aku nak selesaikan masalah ni."
Is cuma mengangkat tangan. 
Apek mengatur langkah ke luar dapur. Dia nampak dari jauh Lisa sedang menongkat dagu. Apalah yang budak ni fikir? 
"Apa yang awak dah buat ni Lisa?" Sergah Apek!
Lisa tersentak. Dia panggung kepala, "Apa yang saya buat, pak cik?"
"Kenapa awak bagitahu papa awak kita akan kahwin? Awak dah gila ke?"
Lisa kerutkan dahi, "Don't tell me..."
"Papa awak datang serang saya dekat kafe! Awak sedar tak awak dah susahkan saya, susahkan kawan-kawan saya!"
Lisa gigit bibir, "Saya nak ajak awak kahwin je pun."
"Wei, budak kecik! Awak tu baru tujuh belas, tau? Nak kahwin apanya?"
"Saidatina Aisyah pun kahwin dengan Rasulullah waktu umur dia sembilan tahun."
"Kenapa awak beria-ia sangat nak kahwin dengan saya? Saya ni dah 30 tahun, tahu? Saya ni layak jadi ayah awak, Lisa!"
"Jadi? Umur itu cuma angka, pak cik! Saya rasa saya dah sedia nak jadi isteri."
"Jangan buat gilalah!"
"Saya serius!"
"Awak kalau stress nak SPM pun, janganlah sampai buat benda gila."
Lisa menghela nafas, "Saya cuma nak jaga awak. Tak boleh ke?"
Apek terdiam. Budak umur tujuh belas tahun nak jaga orang umur tiga puluh tahun? Dunia dah nak terbalik ke macam mana?! "Awak ingat senang ke nak jaga saya? Awak ingat senang untuk awak jadi isteri saya? Banyak syarat awak kena patuhi untuk jadi isteri saya tahu?!"
"Apa syaratnya?"
"Syarat pertama kena pandai masak."
"Saya dah mula memasak dari umur sepuluh tahun. Sebelum papa saya kahwin dengan mommy, saya yang memasak dekat rumah tu dan saya yakin kalau saya masak, sepuluh kali ganda lagi sedap dari masakan dari awak."
"Kena pandai kemas rumah."
"Awak ingat siapa yang kemas rumah lepas papa bercerai dengan mama?"
"Kena pandai lipat baju. Line setiap baju yang dilipat kena sama."
"Saya pernah kerja dekat kedai baju. InsyaAllah saya pandai lipat baju."
"SPM kena 10 A."
"Awak saja je kan?" Lisa berdiri.
"Tak. Saya serius. Saya nak cari isteri yang sama taraf dengan saya. Saya SPM 10 A1, isteri saya kena sama taraf dengan saya."
Lisa menghela nafas, "Lagi? Apa lagi syarat awak?"
"Saya nak isteri saya ada degree. Tak kisah degree dalam bidang apa. Asalkan dia ada degree."
"Okey, fine! Saya akan buktikan pada awak saya boleh patuhi semua syarat awak."
"Jangan sembang gebang sangat."
Lisa buat muka, "Saya akan dapatkan 10 A untuk SPM tahun ni." 
"Okey. Kita tengok tapi sebelum awak dapat result bagus untuk SPM, saya ada satu lagi syarat untuk awak patuhi."
"Apa lagi?"
"Jangan jumpa saya selagi awak tak dapat result SPM tu."
"Okey! Bak sini IC awak."
"Apahal pulak?"
"Kita buat perjanjian!" Ujar Lisa sebelum dia memanggil Adib, "Caca! Sini kejap."
Adib tunjuk penumbuk pada Lisa sebelum dia keluar dari kaunter minuman. Laju dia berjalan mendekati Apek dan Lisa, "Ada apa?"
"Hah, pak cik! Cepat kasi kad pengenalan awak!"
Apek menghela nafas. Macam-macamlah budak ni. Dompet di poket seluar ditarik. Kad pengenalan ditarik sebelum dihulurkan kepada Lisa.
Lisa mencapai kad pengenalan itu. Nama penuh Apek dibaca sekilas sebelum dia memandang Apek.
Apek kerut dahi, "Apa?"
"Pak Cik Rahman!" Lisa sengih.
Adib terus ketawa! Kahkahkah!
Apek pula buat muka. Aku agak dah... aku agak dah...

Kertas kononnya perjanjian itu dibaca. Entah kenapa, dia rasa bersalah pada Lisa sebab berikan syarat yang entah apa-apa kepadanya.
Adib yang menjadi saksi memandang Lisa yang sudah mengemas barang-barangnya, "Kau nak pergi mana, budak?"
"Baliklah. Takkan nak melepak dekat sini lagi?"
"Balik rumah papa awak. Jangan nak melepak kat mana-mana. Kesian papa awak."
Kata-kata Apek dibuat dengar tak dengar. Beg sandangnya digalas dengan sebelah bahu. Tanpa sebarang kata dia berlalu keluar dari kafe.
"Kau rasa dia boleh patuhi ke semua syarat ni?"
Apek senyum lalu menggeleng, "Entahlah!"
"Tak boleh blah syarat nombor sepuluh, bakal isteri Abdul Rahman Asya'ari wajib menutup aurat."
"Apa? Betullah. Aku nak isteri yang tutup aurat."
Adib senyum, "Banyak syarat yang kau letak ni, macam mustahil. Syarat dia satu je dan syarat yang satu ni buat aku kagum dengan dia."
"Jaga hati pak cik, jaga iman pak cik dan jaga mata pak cik," tanpa sedar, Apek mengulang semula ayat yang diucapkan oleh Lisa tadi.
"Budak tu rare!" Adib senyum sebelum berdiri, "Aku rasa rugi kalau kau lepaskan dia, Apek. Sangat rugi."
Apek menggeleng perlahan, "For the first time kau cakap macam orang yang waras kan, Adib?"
"Bangang! Aku nasihat sungguh ni."
Apek ketawa sebelum dia berlalu ke dapur. 
Adib pula hela nafas. Lisa, kau ada sokongan dari Caca kau ni! Good luck, budak!

"Lisa, turun makan jom?"
Lisa menggelengkan kepala, "Lisa tak lapar lagi."
Puan Fasuha mengeluh, "Tak lapar pun kena makan. Macam mana nak study kalau Lisa biarkan perut Lisa kosong?"
Lisa pandang Puan Fasuha, "Mama, mama rasa Lisa boleh dapat 10 A tak?"
"Boleh kalau Lisa berusaha sungguh-sungguh tapi... niat Lisa untuk belajar ni kenalah betul."
"Maksud mama?"
"Kalau Lisa niat nak dapat 10 A sebab nak kahwin saja, mama rasa baik Lisa betulkan niat Lisa. Belajar kerana Allah. Bukan hanya sebab nak dapat gred yang baik. Bukan sebab nak kahwin juga."
Lisa mengangguk sebelum memandang Puan Fasuha, "Mama sokong kalau Lisa nak kahwin?"
"Benda baik, takkan mama nak halang. Cumanya, Lisa rasa betul Lisa dah sedia?"
Lisa jungkit bahu, "Kalau tunggu sedia, sampai bila-bila takkan sedia."
"Mama percaya Lisa boleh jadi isteri yang baik tapi... Lisa tak rasa Lisa masih muda untuk kahwin?"
"Mama kahwin muda, okey je."
"Okey ke? Mama bercerai jugak dengan papa, kan?"
Lisa terdiam, "Tapi..."
"Dulu mama dan papa Lisa terlalu mengikut kata hati. Darah muda kan? Bila cinta, semuanya indah. Kahwin, hidup susah pun rasa gembira. Tapi..."
"Tapi lama-lama mama dan papa bosan?"
"Bukan bosan tapi lebih kepada sama-sama dah tak mampu nak bertahan. Benda yang indah sebelum ni, dah nampak buruk. Tak ada apa yang menggembirakan. Bahagia itu dah tak ada. Mama dah tak mampu nak bertahan, papa Lisa tak mampu nak teruskan... jadi kami buat keputusan untuk berpisah."
Lisa peluk Puan Fasuha, "Mama pernah menyesal bercerai dengan papa?"
"Tak. Sekali pun tak pernah. Nak tahu kenapa?"
"Mama happy bila papa berkahwin semula. Mama rasa happy bila papa dapat kebahagiaan dia yang mama tak mampu bagi dulu. Dan mama happy dengan life mama sekarang. Tak terikat dengan sesiapa. Mama bebas buat apa yang mama suka."
"I know this is weird but I'm glad mama dengan papa cerai."
Puan Fasuha ketawa, "Tapi mama harap... kalau Lisa betul nak berkahwin, tolong bertahan, ya? Jangan jadikan perceraian itu satu jawapan. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Jangan jadi macam mama dan papa."
Lisa mengangguk, "InsyaAllah, mama."
"Dah, jom makan! Sejuk dah masakan mama. Dahlah mama susah nak masak, tahu."
"Okey, ma! Jom!"
"Lisa, nanti suruh Emran datang rumah mama. Mentang-mentang duduk asrama, dia dah lupa jalan rumah mama agaknya," bebel Puan Fasuha.
Lisa ketawa sebelum mengangguk.

"Kau rasa kalau budak tu dapat 10 A, Apek nak kahwin ke dengan dia?" Adib pandang Mike.
"Tak semestinya. Apek kan kata dia nak bakal isteri dia ada degree. Budak tu mana ada degree."
"Budak tu dia punya kesungguhan tu aku kagum sungguh. Jarang jumpa perempuan macam dia."
"Sudahlah kau, puji lebih-lebih. Dulu Nida pun bersungguh-sungguh nak kat kau. Kau pandang sebelah mata je. Yelah, orang ada ramai awek kan. Yang hijabista, fashionista, hipster... nak yang mana, semua ada. Nida tu pulak perempuan biasa je. Pakai selendang pun pakai biasa-biasa je, tak terlilit sana sini. Kau tak pandang pun. Budak tu tunggu kau lagi lama dari Iman tunggu Jet, dari zaman kita berhingus lagi. Nasib baik Allah bukak hati kau nak terima Nida. Kalau tidak, kaulah manusia paling rugi," ujar Mike sebelum menghirup cafe au lait.
"Dulu aku pandang jugak Nida apa. Cuma, yelah... dia kan macam tomboi, mana aku tau dia nak kat aku."
"Menipulah kau tak tau Nida nak kat kau. Yang kau reject dia depan mak dia tu apa? Jangan ingat kitorang dah lupa. Aku ingat lagi tau," ujar Jet sebelum berhigh-five dengan Mike.
"Okey, fine! Memang aku reject Nida tapi korang kena ingat waktu tu kita baru Form 3. Gila apa nak sembang pasal cinta-cinta time tingkatan tiga."
"Macam mana kau boleh dengan Nida semula? Aku rasa waktu aku pergi Itali dulu, kau still dok mengorat budak perempuan yang kerja kedai serbaneka depan ni."
Adib senyum, "Panjang ceritanya..."
"Pendekkan... pendekkan..." Mike sengih lebar.
"Kau tahu kan kafe kita pernah masuk tv, rancangan Best Food in Town?"
"Tau. Mike ada cerita," Jet mengangguk.
"Waktu tulah aku jumpa balik dengan Nida. Sebelum sesi temuramah, dia tegur Apek dengan Mike
ceria je. Ala, macam kita waktu kau balik Itali hari tu. Happy je. Tiba-tiba tang aku, dia buat tak nampak. Yelah, dia kan hot! Pengacara popular lagi. Bertuah aku bila dia still nak kat aku. Haha!"
"Kalau aku jadi dia, aku tak tegur kau," ujar Mike selamba.
"Diam kau, syaiton!" Adib menjeling Mike, garang.
Jet ketawa, "Okey... lepas tu?"
"Lepas tu..." dan Adib mula bercerita dengan Jet. Mike pula mula mengira keuntungan di meja sama. Apek pula langsung tidak keluar dari dapur. Dia masih di dapur, merenung surat perjanjian dia dengan Lisa.

"Jet..."
"Hmm...?"
"Kenapa I tengok Apek macam tak happy je. Dia ada masalah ke?"
Jet berpaling ke belakang, melihat Adib dan Mike yang sedang mengusik Apek, "Entahlah. Dah seminggu lebih dah dia jadi macam tu."
"Putus cinta?"
"Apek bercinta dengan siapa?"
"Mana I tahu, kan I tengah tanya you?"
"I pun tak tahu, so I tanya you balik."
Iman tepuk dahi. Aduh, encik tunang aku ni! "You dah decide ke siapa yang nak jadi pengapit you antara Apek dengan Adib?"
"Definitely Apek. Adib tu karang bersiap lebih macam dia pulak pengantin lelaki." Jet geleng kepala.
"Kesian tengok Apek kena kacau dengan budak berdua tu. Dahlah muka pun seposen je," komen Iman.
Jet sekali lagi kalih ke belakang, "Iman..."
"Yes?"
"Apa kata you cuba cakap dengan dia? Tanya dia apa masalah dia. Kalau kami tanya, dia banyak mengelak. Mana tahu kalau dengan you, dia open up sikit ke."
"I? Ish, tak naklah I. Kalau kena marah karang, sia-sia je."
"Berani dia marah? I sepak dia nanti. Lagipun, takkanlah Apek nak marah you."
Iman ketawa, "Habis herolah tu kalau dapat sepak Apek untuk I?"
"Eh, mesti!" Jet ketawa, "You cuba tanyalah dia. Dia tak nak cakap dengan I apa masalah dia tapi I rasa ada kaitan dengan budak Lisa tu."
"Lisa?!"
"Ala, yang nak kahwin dengan Apek tu. Yang I cerita bapak dia serang kafe hari tu."
"Oh, dah ingat!" Iman mengangguk akhirnya, "Hmm... iyalah! Nanti I cuba tanya dia."


"Kenapa you macam tak ceria je?"
"Obvious sangat ke?"
Iman mengangguk, "Kalau tak obvious, I tak tegur."
"I okey je."
"Jet kata dah seminggu lebih you macam ni. Kenapa sebenarnya?"
"Nak kena cerita ke?" Apek senyum sebelum dia duduk berhadapan Iman.
"Up to you. Kalau you nak tanya pendapat I, you ceritalah."
"I bet, Jet mesti ada cerita pasal Lisa."
"Ya, ada. What about her?"
"I tak tahulah kenapa. I admit, I yang buat macam-macam syarat tapi I rasa bersalah dekat dia. SPM dia kena 10 A, dan nak dapat 10 A usahanya bukan mudah. Kena usaha sungguh-sungguh. But, if she is a genius, nak dapat 10 A tu kacang je. You faham tak maksud I? You faham tak apa yang merepek ni?"
Iman ketawa, "Apek! This is the first time I see you rambling. You risau dia tekankan diri dia sangat-sangat, huh?"
"I want her to study smart, not study hard. I nak dia dapat 10 A tu bukan untuk I, tapi untuk diri dia. Untuk masa depan dia."
"You gelabah, resah ni sebab tu je?"
"Yes."
"Apek, katakan Lisa tu berjaya dapat 10 A, you akan kotakan janji you pada dia?"
"Mungkin."
"Mana boleh mungkin."
"Kalau ye pun I nak kahwin dengan dia, at least biarlah dia ada degree dulu. Takkan buta-buta je nak kahwin dengan dia lepas dia habis SPM."
"Kira you okey jelah kalau kahwin dengan dia?"
"Kalau dah jodoh, apa salahnya."
"Kalau kata dia tak dapat 10 A, macam mana?"
"Suruh jelah dia belajar rajin-rajin untuk dapatkan degree."
"Still you akan kahwin dengan dia?"
"Kalau dah jodoh..."
Iman tepuk dahi. Aduhai! 
Apek ketawa, "Haha! Pening kan cakap dengan I? Macam I cakap awal-awal tadi, I kesiankan dia. I tak nak dia push diri dia lebih dari limit dia. She is just a kid."
"Do you like this girl, Apek?"
Apek angkat bahu, "Sukalah kot. As a friend and adik."
"You rasa apa perasaan dia pada you?"
"Entah! Yang I tahu dia kata dia kesiankan I and dia nak jaga I. Kelakar, kan?"
"Tak kelakar pun. I rasa dia sayangkan you."
"What?"
"Kenapa dia nak jaga you kalau dia tak sayangkan you?"
"Dia adik kot."
"Bagi you, bagi dia...?"
Apek diam.
"I rasa you patut fikir balik pasal Lisa ni. I rasa dia memang sayangkan you. Takkan buta-buta dia nak kahwin dengan you hanya sebab kesian."
Apek diam lama sebelum dia pandang Iman, "Kita cakap pasal benda lainlah ye? I rasa macam dah malas nak cakap pasal benda ni."
"Okey!"
"Apa pun thanks Iman sebab jadi pendengar I hari ni."
Iman senyum, "Kenapa tak cuba cakap dengan budak bertiga tu? I rasa dia orang pun boleh jadi pendengar yang baik."
"Budak bertiga tu? Sorang-sorang perangai macam syaiton, you nak I cakap dengan dia orang? Sampai I ada tujuh keturunan pun belum habis dia orang bahan."
"Mangkuk Sepet, kata kita syaiton!" Ujar Mike, marah.
"Tak sedar diri punya Sepet! Kalau bukan kita, siapa je yang nak bawak dia ke sini. Dasar Sepet! Tak kenang budi," Adib bersuara, geram.
"Menyesal aku suruh Iman cakap dengan Sepet tu! Alih-alih dia kutuk kita. Tak guna punya Sepet!"
Apek buat muka menyampah, "Dia orang duduk belakang I dari tadi, kan?"
Iman mengangguk, "Aah!"
"Dasar penyibuk! Patut dia orang ni kerja dengan Kiah Propa jadi paparazzi, intip artis!"
Iman ketawa bila Mike membuat headlock pada Apek dari belakang. Jet dan Adib pula terkumat-kamit mengutuk Apek. Aduhai, masing-masing dah umur tiga puluh tahun tapi perangai macam budak tiga tahun.


Lisa kerling Encik Hadi yang sedang memandu. Sudah agak lama dia tak berbual dengan papanya. Jari jemarinya bermain sesama sendiri. Nak sembang dengan papa ke tak? Nak ke tak?
"How's your class today?"
Lisa tersentak sebelum dia memandang Encik Hadi, "Okey. Kot."
"Cikgu kelas Lisa bagitahu papa yang Lisa flunked paper Add Math untuk ujian bulan lepas?"
Lisa mengangguk, "Urghh, Add Math susah gila kot! Siapa je yang cipta Matematik Tambahan tu?!
Encik Hadi senyum, "Tak ada benda yang dalam dunia ni senang, Lisa."
"Papa, are you still mad at me?"
Encik Hadi pandang Lisa, "How can I stay mad you, darling? Lisa satu-satunya anak perempuan papa."
"Papa, Lisa tahu papa tak suka Lisa cakap pasal benda ni tapi... Lisa tetap nak kahwin dengan dia."
"Siapa dia tu, Lisa? Lisa tak pernah bawak dia jumpa papa pun. Kalau betul Lisa nak kahwin dengan dia, the least you could do bawak dia datang jumpa papa."
"Er..."
"He's a nice guy."
"He is."
"Lisa rasa Lisa dah sedia dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri?"
Lisa angkat bahu, "Tak tahu. Papa rasa Lisa boleh jadi seorang isteri?"
"You'll be a great wife. Just like your mama and mommy."
Lisa senyum, "Papa, tadi papa cakap Lisa ni satu-satunya anak perempuan papa kan?"
"Kenapa?"
"Lisa dengan Emran pernah bersembang sesama kami..."
"Sembang apa?"
"Bila papa dengan mommy nak bagi kami adik?"
Encik Hadi terdiam. Lisa pula tersengih lebar. Gotcha', papa!

"Apek, kau tak rindu Lisa ke?"
Apek yang sedang menggoreng kentang menjeling Adib, "Kenapa kau tak duduk kat tempat kau, mangkuk?"
"Malaslah nak duduk kat depan. Aku nak teman kau."
"Kau ni kenapa, gila?"
"Bosanlah duduk kat depan. Tak thrill. Mike busy. Aku je termangu sorang-sorang."
"Dan kau rasa aku tak busy?"
"At least kau layan aku."
"Adib, aku tak pernah goreng orang kau tau?"
"Ala, chill la!" Adib sengih, "Apek, kau sedar tak..."
"Apa?"
"Jet dah kahwin. Mike dah kahwin. Tinggal kita dua je."
"So...?"
"Kalaulah kau kahwin dengan budak kecik tu nanti, tinggal aku je bujang sorang-sorang."
"Apahal pulak aku? Kau yang dah bertunang, gila!"
"Berhenti panggil aku gila, gila!" Adib buat muka, "But still, tetap kau akan kahwin dulu dari aku walaupun aku bertunang dulu."
"Kenapa kau tak kahwin lagi? Siapa yang tak sedia? Kau ke Nida?"
Adib ketawa, "Tanya lagi. Mestilah aku."
"Nida kan yang tak sedia lagi?"
"Damn, is it that obvious?"
"C'mon, Adib! Dah dua puluh empat tahun aku kenal kau."
"Dia tak nak tinggal kerja dia. Kau sendiri tahu yang dia pengacara popular. She is damn famous right now! She has the time of her life, right now. Kahwin dengan aku, basically akan tarik semua populariti dia."
"Kau pernah tanya dia betul-betul pasal relationship korang ni? You're not getting younger, dude."
"Cakap macam kau muda sepuluh tahun dari aku. Aku pernah tanya. Apa yang aku cakap tadi, tu jawapan dia."
Apek senyum senget, "Aku tak rasa dia tak sedia, Adib. Aku rasa dia takut."
"Takut apa?"
"Kau dah lupa ke kau pegang title buaya?" Apek berpeluk tubuh sebeluk memandang Adib.
"So?"
"Mungkin Nida rasa insecure. Mungkin Nida takut. Cuba kau fikir balik, kalau dia tak sedia, kenapa dia bertunang dengan kau?"
"Sebab parents kami suruh kami bertunang?"
"What is this? The 80's? Kau ikut je apa parents kau suruh?"
Adib mengeluh, "Apa yang aku patut buat?"
"Dude, go and talk to her. Bagitahu dia apa yang kau rasa. Bagitahu dia yang kau bukan buaya."
"Talking about buaya buat aku teringat lagu Hantu Buaya ke apa entah tu. Terpulanglah..."
"Diam, Adib!"
Adib ketawa sebelum dia menghulurkan penumbuknya pada Apek, "Fist bump!"
Apek ketawa sebelum melagakan penumbuknya dengan Adib, "Ingat! Cakap dengan dia yang kau dah berubah. Kau bukan lagi hantu... or buaya."
"Dang! Kau dengar jugak lagu tu kan?"
"Diamlah!"
"Woi, Kasanova! Kau ingat aku ada lapan tangan macam Squidward ke, syaiton?!" Mike muncul di pintu dapur dengan wajah yang garang!
"Damn, kau perlu ke kacau aku tengah dating dengan Apek?"
"Cepat!"
Adib ketawa sebelum menepuk bahu Apek, "Apek, aku terima nasihat kau. Dan aku harap kau terima nasihat aku."
"Apa?"
"Be true to yourself. Aku tau kau rindu dia," Adib senyum sebelum berlalu keluar dari dapur.
Apek pandang bayang Adib yang berlalu sebelum menggeleng perlahan. Miss her? Well, maybe...

"Wei, soalan tadi susah gila! Aku rasa aku takkan dapat A untuk subjek Fizik! Mati aku..."
"Warghhh! Sebelum ni aku ingat paper Add Math la paling susah. Rupanya Fizik lagi susah dari Add Math. Kill me! Kill me!"
"Aku tak nak balikkkk... aku rasa aku dah kecewakan harapan mak aku!"
Hingar-bingar di luar dewan buat Lisa mengeluh. Memang susah gila kertas Fizik tadi. Macam mana nak dapat 10 A ni?
"Wei, Lisa! Termenung apa? Dahlah, tak payah fikir pasal soalan Fizik ni!" Lela tarik kertas soalan yang dipegang Lisa sebelum menggulungnya, "Jom enjoy, memandangkan SPM dah selesai!"
Umaira pandang Lela, "Mesti kau boleh jawab tadi kan?"
"Kalau aku boleh jawab pun, belum tentu betul. Dahlah! Korang buat muka sedih pun, bukan kita boleh ulang balik. Kita dah usaha, dah selesai jawab pun. Yang kita boleh buat sekarang ialah bertawakal saja. Oh, jangan lupa doa jugak!"
Umaira angkat bahu, "Betullah tu. Jomlah kita pergi makan-makan. Lisa, jom?"
Lisa tarik gulungan kertas soalan Fizik dari tangan Lela sebelum dia menyimpan kertas itu ke dalam beg sandangnya, "Korang nak pergi mana?"
"Gulp! Cafe jom! Aku nak usha abang handsome tu..." ujar Umaira, teruja.
Wajah Lisa berubah sedikit. Perjanjiannya dengan Apek bagai terbayang di minda, "Korang pergilah. Aku nak balik kot. Aku nak qada tidur."
"Kau serius ke?" Tanya Lela.
"Serius. Aku pergi dulu. Have fun, wei!" Lisa ukir senyum sebelum dia berlalu dari dewan peperiksaan.
"Dia... blah!" Lela buat pernyataan.
"Biarlah. Mungkin dia tak boleh jawab kot soalan Fizik tadi."
Lela mengangguk, "Mungkinlah. Jomlah pergi kafe tu. Aku nak usha abang tu. Dah lama sangat aku tengok nota, aku dah lupa muka handsome abang tu."
"Gila!" Umaira ketawa, "Aku bagitahu Alif nanti."
"Kalau nak rasa kena sembelih, bagitahulah dia..."
Serentak mereka berdua ketawa.

"Mommy!"
Puan Anna tersentak bila Lisa tiba-tiba menerpa padanya sebaik sahaja pintu rumah dia buka, "Lisa? Kenapa ni?"
"Soalan tadi... susah..." tiba-tiba saja, Lisa menangis.
"Alamak! Janganlah menangis macam ni."
"Kalau Lisa tak dapat A macam mana? Kalau paper ni teruk macam mana? Lisa nak jadi interior designer tapi kalau Fizik pun failed. Macam mana?" Lisa mengesat air matanya, "Kalau tak dapat A macam mana? Lisa tak boleh kahwin dengan pak cik. Siapa nak jaga pak cik nanti? Mommy..."
Emran yang baru keluar dari dapur memandang Lisa yang sedang menangis, "Kak... kau kenapa?"
Lisa pandang Emran kemudian semakin galak dia menangis, "Huwaaaaa...!"
Wajah Emran berubah, "Mommy, Em tak buat apa-apa tau!"
Puan Anna tahan ketawa yang nak meletus, "Em, boleh tolong panaskan sup cendawan yang mommy buat tadi? Kakak Em tengah upset pasal paper tadi. Tolong mommy, sayang."
Emran mengangguk sebelum dia kembali masuk ke dapur. Upset pasal paper tapi tengok muka aku terus menangis. Apa muka aku macam cikgu Fizik kakak ke? 
"Jom, duduk dulu!" Puan Anna menarik tangan Lisa mendekati sofa sebelum dia duduk di atas sofa.
"Mommy, macam mana ni? Paper tadi..." tiba-tiba air mata Lisa makin laju merembes keluar.
Puan Anna tepuk dahi. Aduhai... nak telefon abang ke kak Fasuha? Dia tak pernah berhadapan dengan Lisa yang kecewa macam ni. Selalunya Lisa ceria, gembira, kuat, tough, tabah tapi hari ni... dia cengeng. Dan yang cengeng inilah yang dia tak pernah jumpa. Nak pujuk macam mana ni?

"Adik... ooo adik!"
Lela dan Umaira sama tersentak. Sama-sama ralit merenung Jet buat kopi. Malunyaaaa, "Ehem! Maaf."
Adib senyum, "Tak apa! Nak order apa ya?"
"Abang, kopi apa yang sedap eh?" Tanya Lela.
"Err... semua kopi sedap, dik."
Umaira siku Lela, "Kau jangan nak merepek minum kopi. Kau mana boleh minum kopi!"
"Ala..."
"Kenapa nak minum kopi? Adik minat abang tu, eh?"
Lela dan Umaira tersipu-sipu malu.
"Abang tu dah kahwinlah adik. Wife dia dah pregnant pun," Adib tersengih-sengih.
"Serius? Ala..." Lela tarik muka sedih. Umaira pula dah tergeleng-geleng, macam kesal.
"So, adik! Nak order apa?" Tanya Adib, ceria! "Eh, adik ni kawan-kawan Lisa, kan? Lisa tak datang?"
"Oh, tak! Lisa down hari ni!"
"Sebab apa?" Tanya Adib, mahu mengorek cerita.
"Entah! Dia tak dapat jawab paper Fizik tadi kot. Muka sugul je."
Adib mengangguk, "Oh! Ada lagi paper lepas ni?"
"Tak ada dah. Tadi tu last paper."
Adib mengangguk sebelum tersengih, "Eh, abang banyak tanya pulak! Adik nak order apa tadi?"

"Apek, awek kau down hari ni!" Ujar Adib sebelum duduk di sebelah Jet.
"Aku mana ada awek, gila!" Bidas Apek.
"Okeylah, budak kecik yang nak kahwin dengan kau down hari ni!"
Apek panggung kepala, "Mana kau tahu?"
"Eh, ini Adiblah! Apa je yang aku tak tau? Semua aku tau."
"Cakap besar padahal habuk pun tak ada!" Ujar Mike sebelum membuat muka. Adib menjeling Mike, dasar kaki cemburu!
"Kenapa awek Apek down?" Tanya Jet selepas selesai menghantar pesanan ringkas pada isterinya yang ada di rumah.
"Dia bukan awek akulah! Nak aku ulang pakai bahasa Jerman ke, mangkuk?!" Apek mencerun pada Jet.
"Sentap. Kau makin tua, makin sentaplah Apek. Aku rasa kau patut kahwin," ujar Mike serius sebelum dia berhigh-five dengan Adib!
"Wei, tenuk! Aku tanya tak jawab!" Jet menepuk belakang Adib.
"Wei, sakit! Aku nak jawablah ni, gila!" Adib gosok belakangnya yang terasa sakit, "Tadi kawan-kawan Lisa datang. Dia orang cakap Lisa down, tak boleh jawab paper hari ni."
"Patutlah down..." serentak Jet dan Mike mengangguk.
Apek menggeleng kepala, "Tak boleh jawab paper pun dah down. Tak kental langsung hati!"
"Ala, biasalah! Budak SPM!"
Apek jungkit bahu, "Kalau tak boleh jawab paper pun down sampai macam tu sekali, macam mana nak jadi isteri aku?"
Jet, Mike dan Adib sama-sama diam. 
"Eh, aku ada satu pengumuman nak dibuat," Adib ukir sengih. Cuba nak tukar tajuk perbualan.
"Apanya? Kau dah decide nak kahwin?"
Adib menggeleng, "Tak. Nida... dah pulangkan cincin tunang kami. Kami dah putus tunang, officially... semalam."
"WHAT?!"

Mike yang sedang memikul seguni biji kopi mengerutkan dahinya apabila terlihat seseorang yang sedang mengintai ke dalam kafe, "Er..."
Lisa kalih ke kanan. Wajahnya berubah, "Uncle!"
Mike mendekati Lisa, "Kenapa tak masuk? Kenapa terhendap-hendap kat luar ni?"
"Er... saya takut terserempak dengan pak cik."
Mike mengangguk, "Tapi kan panas ni? Masuklah dalam dulu lagipun Apek mesti busy sekarang. Dia takkan keluar dapur kalau dia tengah busy."
"Tak apalah, uncle! Saya nak balik dah!"
"Masuk dulu, Lisa!" Tegas Mike bersuara.
Lisa mengeluh sebelum mengangguk. Dia masuk akhirnya ke dalam kafe.
Mike pula terus berlalu ke bahagian belakang kafe. Sempat dia menggumam rendah, "Rindu tapi tak nak mengaku. Payah betul budak-budak zaman sekarang."
"Kau membebel apa sorang-sorang, Mike?" Apek yang keluar untuk membuang sampah mengerutkan dahinya.
"Tak ada apa! Jangan cakap dengan aku! Benda ni berat!"
"Kenapa kau tak suruh orang tu hantar ikut lorong belakang je? Perlu kau nak angkat sendiri?"
"Jangan cakap dengan akulah, gila! Bukan nak tolong!"
Apek sengih senget. Sampah di tangan dicampak masuk ke dalam tong sampah besar, "Maaf! Tangan kotor. Nanti berlaku cross-contamination pulak."
"Alasan! Tak guna punya Sepet!" 
Apek pura-pura tak mendengar dan terus masuk semula ke dapur. Mulut Mike terus terkumat-kamit mengata Apek.

Jet siku Adib yang sedang mengelap cawan, "Wei, Adib!"
"Apa?"
"Awek Apek datang."
"Mana?" Adib pandang Jet.
"Pandang aku buat apa, gila?! Tengok depanlah," pipi Adib ditolak memandang ke hadapan.
Adib terus pandang ke depan, "Eh! Betullah."
"Tenuk kau ni! Pergi ambik order dia."
"Tak naklah! Karang dia panggil aku Caca lagi! Aku menyirap karang..."
"Kau menyirap, aku simbah sirap..."
"Haha! So funny, Jet!" Adib pura-pura ketawa. Buku menu ditarik sebelum dia mendekati meja Lisa, "Wei, budak! Kenapa kau datang? Tak ingat perjanjian kau dengan dia ke?"
"Ingat. Tadi saya tak nak masuk pun. Uncle yang suruh saya masuk."
"Kau nak ke kahwin ke tak dengan pak cik kau tu?"
"Mestilah nak!" Lisa berdiri.
"Jadi, janganlah datang! Nanti dia tarik balik perjanjian tu, kau nak?"
"Tak nak!"
"Jadi?" Adib angkat kening!
Lisa mengangguk, "Okey... tapi..."
"Tapi apa?" Adib bertanya dengan gaya ala-ala Dian Sastrowardoyo bertanya pada Nicholas Saputra dalam cerita Ada Apa Dengan Cinta?.
"Can I have a Strawberry Mojito to go?"
Adib senyum, "I'll be right back."
"Er... Caca!"
Adib kalih ke belakang, "Apa?"
"Terima kasih."
Adib menganggukkan kepalanya sambil tersenyum! "Aku sokong kau, budak!"

Slip keputusan itu direnung. Bibirnya mahu mengukir senyum. Namun dia juga terasa seperti mahu menangis.
Dia angkat muka memandang Encik Hadi yang sedang memandang dia dari jauh. Dia mengucapkan terima kasih pada guru kelasnya sebelum dia berjalan mendekati Encik Hadi dan Puan Anna.
"Macam mana?"
Lisa senyum. Matanya berair, "Lapan subjek dapat A+, dua subjek B+."
Puan Anna menepuk tangan, "Oh my Lisa! Mommy bangga dengan Lisa!"
Encik Hadi memeluk Lisa, "Tahniah, anak papa!"
"Biology dengan Geografi, Lisa dapat B! Lisa target A dua subjek tu," Lisa mula menangis.
"Lisa tak boleh menangis macam ni. Lisa kena bersyukur dengan keputusan Lisa ni. Bukan rezeki Lisa untuk subjek yang tak dapat A tu. Tapi sekurang-kurangnya usaha Lisa selama ni berbaloi kan?"
Lisa mengangguk namun air matanya masih tak mahu berhenti dari turun. Lisa happy, pa dapat lapan A tapi... Lisa sedih jugak. Macam mana Lisa nak kahwin dengan pak cik?

"Wei, hari ni result SPM keluar kan?" Adib pandang Mike.
Mike mengangguk, "Aah! Kau rasa budak tu dapat berapa A agaknya?"
"Muka budak tu muka budak pandai. Aku rasa syarat Apek tu dah terbatal dah," Jet terkekeh-kekeh ketawa.
"Suka apa, gila?" Apek yang keluar dari dapur menepuk belakang Jet.
"Haiii... mencemar duli nampak! Keluar sampai ke depan ni!" Usik Adib pada Apek.
"Bangang! Bukan tiap-tiap hari aku keluar dari dapur ke, syaiton?!"
"Manaaa... semalam tak keluar pun!" Sampuk Mike sebelum berhigh-five dengan Adib.
"Wei, dahlah tu usik Apek! Kesian kawan kita ni..." Jet tersengih-sengih.
"Booo! Macai Apek!" Adib buat muka.
"Sudahlah, Jet! Tak payah berpura-pura jadi macai aku! Kau pun sama dengan dua ekor syaiton ni!"
Serentak, tawa mereka bertiga pecah! Apek pula buat muka. Sikit-sikit nak kutuk aku!
Tawa mereka mati bila pintu kafe ditolak dari luar. Senyum yang nak menguntum tak jadi nak menguntum.
"Aku ingat awek Apek!" Adib menggumam rendah.
"Aku tak ada aweklah, bangang!" Apek melibas belakang Adib sebelum berpaling mahu ke dapur.
Baru dia nak melangkah, tangannya dipegang oleh Adib, "Dude! Budak kecik kau kat luar kafe!"
Jet dan Mike sama-sama pandang ke pintu kafe. Akhirnya...!
Apek berpaling. Saat matanya bertemu dengan mata Lisa, dia nampak Lisa menunduk! "Dia tak dapat 10 A."
Serentak Jet, Mike dan Adib berpaling kepada Apek, "Mana kau tau?"
"Naluri."
Adib mencebik, "Cool la jawab macam gitu?"
"Cool dari kau!" Apek menjawab sebelum masuk ke dapur.

"Macam mana result?" Mike dengan selamba duduk di depan Lisa.
"Pak cik... sibuk ke?"
Mike mengerutkan dahi sebelum angkat bahu, "Rasanya... tak sibuk. Nak jumpa dia ke?"
Lisa menunduk, "Saya dapat lapan A je SPM hari tu."
Wajah Mike berubah sedikit sebelum dia memandang Adib yang sedang memerhatikan mereka di kaunter minuman.
Adib menjungkitkan kening.
Mike menggelengkan kepala.
Wajah Adib berubah, Jet di sebelahnya di siku.
Jet menolak tangan Adib, "Hoi, gila! Aku tengah buat mojitolah!"
"Lisa tak dapat 10 A lah, mangkuk!" Ujar Adib sebelum memandang Jet.
Wajah Jet berubah, "So perjanjian dia orang..."
Adib mengangguk sekali, "Batal..."

"So, awak tak dapat 10 A?"
Lisa mengangguk.
Apek menarik nafas panjang sebelum dia memandang Lisa, "So... awak tahu kan perjanjian kita macam mana?"
Lisa mengangguk, "Tapi saya boleh berusaha lagi untuk dapatkan degree."
"Saya dah cakap kan, saya nak isteri saya dapat result SPM sama dengan saya."
"Tapi..."
"Lisa, saya tahu awak jenis yang berpegang pada janji. Kalau benda yang senang pun awak tak dapat nak tunaikan, macam mana awak expect saya nak kahwin dengan awak?"
"Tunggu saya lagi empat tahun... eh tak, mungkin enam tahun lagi. Saya akan dapatkan ijazah kelas pertama. Saya janji!"
"Look, enam tahun lagi... saya dah tiga puluh enam. Awak ingat saya nak tunggu awak lagi, budak kecik?"
Lisa rasa matanya panas, "Pak cik..."
"Lisa, awak boleh cari lelaki lain. Yang lebih muda dari saya. Saya dah tua pun, saya pun nak bahagia macam kawan-kawan saya. Saya rasa saya tak larat nak tunggu lagi enam tahun."
"Awak boleh tunggu kakak cantik tu lima tahun..."
"Sebab saya sayangkan dia."
Wajah Lisa berubah sebelum dia berdiri, "Baiklah! Saya faham! Saya minta maaf."
Apek mengangguk. Lisa pula terus berlari keluar dari kafe. 
Adib, Mike dan Jet saling berpandangan. Apek reject Lisa?

Adib pandang Apek. Mike turut memandang Apek. Jet juga memandang Apek, "Apek, kesian dia."
"Syarat aku dia tak dapat nak tunaikan... jadi, perjanjian batal."
"Wei, aku taulah aku selalu panggil kau syaiton tapi perangai kau tu, janganlah kau syaitonkan sekali," Adib garu kening.
Apek jungkit bahu, "Kata-kata tu satu doa..."
Adib tepuk dahi!
Mike hela nafas, "Serius, Apek. Kat mana lagi kau nak cari perempuan yang nak kahwin dengan kau?"
Apek jungkit bahu lagi.
"Dulu kau pernah bagitahu aku..." Jet tepuk bahu Apek, "Be a man. Jadi sekarang, please... be a man, will you?"
Jet pandang Adib dan Mike. Mereka berdua sama-sama menghela nafas sebelum berlalu keluar dari dapur. Lelaki dan ego, berpisah tiada...
Apek yang ditinggalkan menghela nafas. Kau ingat aku suka ke tengok budak tu sedih? 
"Apa yang budak bertiga tu cakap betul, kau tau?"
Apek kalih memandang Is, "Kau masuk pakatan sana jugak?"
"Can't help it, bro! Seriously, perlu ke kau cari wife yang dapat 10 A sama macam kau?"
Apek senyum senget, "Kau percaya ke cakap aku yang aku dapat 10 A waktu SPM dulu?"
Tiba-tiba pintu dapur ditolak, "Damn it! Kau mana dapat 10 A dulu. Kau dulu dapat lima A je!"
Kata-kata Jet buat Apek tunduk memandang periuk yang berisi black pepper sauce, "Aku cuma nak dia berjaya dalam pelajaran dia."
"Kau..." Mike yang berdiri di sebelah Jet pandang Adib.
Apek kalih memandang Jet, Mike dan Adib, "Perjanjian aku dengan dia mana valid, syaiton! Korang dah lupa ke perjanjian aku dengan papa dia dulu? Kalau Lisa dapat lebih dari lima A..."
"Dia akan benarkan kau dengan Lisa..."
Jet, Mike dan Adib jatuh rahang.
Apek senyum, "Kahwin!"

"Lisa..." 
Lisa panggung muka, "Ya, mommy?"
"Papa ajak makan kat luar. Jom?"
"Lisa..."
"Jomlah. Papa nak celebrate result cemerlang Lisa."
"Lisa tak rasa nak keluar."
"Ala..." Puan Anna mengeluh sebelum dia tersenyum, "Tapi Lisa... mommy ada suprise tau?"
"Suprise apa?"
"Janji dengan mommy dulu, Lisa keluar dengan family?"
Lisa mengangkat tangan, "Janji!”
Puan Anna melebarkan pintu bilik Lisa, "Tadaaaa...!"
Mata Lisa membulat.
"Surpriseeee!" Puan Fasuha tersengih lebar  di depan pintu dengan sejambak bunga.

"Sedap ke makanan dekat sini?" Emran pandang keadaan sekeliling kafe.
"Entah, cuba tanya kakak kamu. Dia dulu suka datang sini," ujar Encik Hadi sambil menjeling Lisa.
Puan Anna dan Puan Fasuha sama-sama mencerun pada Encik Hadi.
Encik hadi sengih saja.
"Dah decide nak order apa?"
Lisa panggung kepala. Pak cik!
"Erm... apa yang sedap ya kat kafe ni?" Puan Fasuha menjeling Lisa. Inilah lelakinya, ya sayang?
"Semuanya sedap. InsyaAllah!" Apek senyum.
"Lisa nak makan apa? Mama tengok gambar kat menu ni semuanya sedap."
Lisa angkat bahu. Seleranya dah mati bila tengok Apek. Dia boleh senyum macam tu?
"Saya recommend pada puan Chicken Tortilla Wrap. Ini antara hidangan popular kafe kami."
"Heartbroken Chicken?" Puan Anna mengerutkan dahinya membaca menu, "Ayam patah hati?"
Apek tersenyum, "Ayam tu tak patah hati pun. Nama aje macam tu. Heartbroken Chicken ialah ayam perap yang digrill dan dihidangkan dengan red sauce bersama caesar salad dan baked potato."
"Interesting. Saya nak Heartbroken Chicken dan Iced Mocha," Puan Anna ukir senyum.
"Make it two," ujar Encik Hadi sebelum dia memandang Emran, "Em nak makan apa?"
"Vampire Chicken." Emran tersengih, "Air... nak Pepsi Lemon."
"What a name!" Puan Fasuha tersenyum, " Cheezy Chicken Wrap for me dan saya nak air suam aje."
Apek mengangguk sebelum memandang Lisa, "Cik?"
"Runaway Chicken... sedap ke?"
"Runaway Chicken, ayam perap yang dibarbeque dan dihidangkan bersama spaghetti aglio olio dan tomato salad."
Lisa mengangguk, "Saya nak Chicken Chop je."
Emran senyum mengusik, "Kau ni kak, tanya macam nak order benda tu. Last-last ambik Chicken Chop. Saja nak abang ni dok lama-lama kat meja kita kan?"
"Jangan merepek, Emran!" Lisa membalas garang!
Emran buat muka. Kakak ni apahal? Kerja nak sentap je!
"Air cik?"
"Strawberry Mojito."
Apek senyum, "I will be right back."
"Comel kan dia senyum, kak? Dia senyum, mata dia sekali senyum," ujar Puan Anna pada Puan Fasuha sebelum mengenyitkan mata.
Puan Fasuha ketawa, "Anna tak bolehlah! Anna dah ada Hadi. Biar akaklah try."
Lisa mengerling mommy dan mamanya. Jangan! Pak cik tua tu jahat! Jahat gila!

"Tiba-tiba aku rasa macam ayah dia jahat," ujar Adib tiba-tiba.
"Apahal pulak?"
"Entahlah. Mungkin sebab ayah Lisa tahu yang Lisa kena reject tapi dia still ajak Lisa datang kafe ni."
Jet senyum lalu dia memandang keluarga Lisa, "Kenapa kita boleh tak ingat perjanjian Apek dengan ayah Lisa?"
Adib jungkit bahu, "Sebab... kita terlalu fikirkan Lisa kot. Kita dok fikir, kesiannya dia... kesiannya dia..."
"Betullah tu," Jet mengangguk.
"First time dalam hidup aku..."
"Apa?"
"Orang dapat lapan A dalam SPM, muka kelat sampai macam tu sekali."
Mike yang baru keluar dari dapur menepuk bahu Adib dan Jet, "Aku rasa Apek tu nak bunuh bakal isteri dialah."
"Kenapa?"
"Dia nak acah-acah sweet bubuh rantai tangan dalam mashed potato Lisa. Kalau budak tu mati tercekik macam mana?"
Jet dan Adib ketawa! "Sweet sangat!"
"Tapi dia tak jadi buat. Kena bebel dengan Is kat belakang."
Lagi kuat Jet dan Adib ketawa. 
Jet mengesat matanya yang terasa berair, "Dia ingat dia mata sepet, dia hero drama Korea la? Nak acah-acah romantiklah konon tapi tak belajar dengan mangkuk ni!"
Tawa Adib mati, "Bangang! Sempat lagi tu nak bahan aku!"
Mike dan Jet berhigh-five sambil ketawa.

Apek bersandar pada sinki. Rantai tangan yang hampir-hampir saja dia masukkan ke dalam kentang lenyek dibelek. Satu keluhan dilepaskan. Macam mana? Macam mana...?
"Wei, mengeluh apa? Tak baik mengeluh!"
"Macam mana aku nak bagi benda ni dekat dia?"
"Bagi ajelah by hand dan terus cakap, Lisa... jom kahwin?"
Apek tepuk dahi! "Kau tak boleh jadi romantik sikit ke, Is?"
"Romantik?" Is kalih memandang Apek, "Wei, gila! Tu habis romantiklah tu."
"Apa sembang romantik-romantik tak ajak aku ni?" Pintu dapur yang ditolak dari luar buat Apek angkat wajah dari rantai tangan.
"Ajak kau sembang romantik?" Is jungkit kening, "Kau pun dah putus tunang!"
"Bangang, kutuk aku! Aku mengadu dengan mak long!" Adib buat muka.
"Mengadulah! Ingat aku heran?" Is ketawa, "Wei, Kasanova! Tolong kawan baik kau ni. Dah macam orang tak betul renung rantai tangan tu."
"Kau kenapa Apek?"
"Aku serabutlah, gila! Ni... rantai tangan ni! Macam mana nak bagi dekat dia? Aku nak bubuh dalam mashed potato dia, Mike kata aku tengah buat cubaan membunuh bakal isteri sendiri."
Adib tekup mulut tahan ketawa. Cubaan membunuh! Bongok punya Mike! "Kau ni... meh sini nak ajar."
"Hah? Macam mana?"
Adib buat wajah serius, "Be a man! Macam Jet cakap. Itu je cara dia. Benda paling senang, masuk meminang dia tak pun, cakap direct je dengan ayah si Lisa tu."
"Maksud kau?"
"Maksud aku, tak payah nak acah-acah sweet, acah-acah romantik letak rantai, cincin dalam makanan apa semua. Dahlah makanan, letak benda-benda gitu. Tak ke tercemar makanan tu? Sweet celah mana kalau ulang alik masuk tandas. Romantik celah mana kalau dok terlantar kat hospital sebab tercekik?" Adib tersengih nakal, "Berterus-terang tentang niat kau nak menikah dengan Lisa, itu lebih sweet dan romantik."
Is tiba-tiba bertepuk tangan, "Kata-kata romantis dari kasanova sejati!"
"Bangang! Aku ngadu mak long!" Adib tunjuk penumbuk pada Is.
Apek pula tersenyum sebelum mengangguk.

Lisa menyedut Strawberry Mojito yang masih berbaki. Emran yang baru selesai makan sudah tersandar kekenyangan. Papa, mama dan mommynya masih berbual-bual kecil sambil menikmati makanan mereka.
Lisa sesekali memerhatikan Apek yang sedang berbual dengan kawan-kawannya di kaunter minuman. Sesekali matanya bertemu dengan mata lelaki itu. Pasti Apek sedang mentertawakan dia pada rakan-rakannya.
Baru dia nak menghabiskan air di dalam gelasnya, tiba-tiba saja ada sebuah lagu berkumandang di dalam kafe. Lagu Love Story dendangan Taylor Swift.

We were both young when I first saw you
I closed my eyes and the flashback starts
I'm standing there
On the balcony of summer air
See the light see the party the ballgowns
See you make your way the through the crowd
And say hello
Little did I know
That you were romeo you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from juliet
And I was crying on the stair case begging you please dont go
And I said
Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting
All there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes
So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet
Cuz we 're dead if they know
So close your eyes
Escape this town for a little while
Cuz u were romeo I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from juliet
But you were everything to me
I was begging you plz don't go
And I said
Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all theres left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes
Romeo save me they're trying to tell me how to feel
This love is difficult but it's real
Don't be afraid we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you was fading
When I met you on the outskirts of town
And I said
Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my I don't know what head I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring
And said
Marry me juliet you'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad go pick out a white dress
It's a love story baby jus say yes
Oh oh oh
Oh oh oh
Cuz we were both young when I first saw you

"Lagu ni macam kena je dengan Lisa, kan?"
"Mommy..." tak sempat Lisa nak habiskan ayatnya, suara Apek menghentikan kata-katanya.
"Encik Hadi, boleh saya duduk?"
Lisa pandang Apek, "Tak boleh."
"Duduklah," Encik Hadi menganggukkan kepalanya.
Apek senyum sebelum dia mengambil kerusi dan dia duduk di sebelah Lisa, berhadapan dengan Encik Hadi, "Terima kasih."
"Awak nak apa ni?" 
"Lisa..." Encik Hadi menegur, "Ada apa-apa ke yang awak nak bincangkan?"
Apek senyum, "Saya tahu ini macam terlalu tiba-tiba tapi..." Apek pandang Lisa sekilas, "Izinkan saya menikah dengan Lisa."
Lisa berpaling pada Apek. Dia tercengang, "Pak... pak cik..."
Emran yang bersandar tadi terus duduk tegak. Puan Anna dan Puan Fasuha mengangguk. Gentleman...
"Saya tahu... saya pernah janji dengan encik saya takkan kacau Lisa sampai di habis degree. Tapi... saya rasa, saya tak boleh tunggu sampai dia habis degree. Lagipun, syarat utama encik iaitu Lisa harus dapat lebih daripada lima A dalam SPM sudah pun saya tunaikan."
Lisa terpinga-pinga, "Apa maksud awak ni?"
Encik Hadi tersenyum, "Awak berani."
"Saya dah nak masuk 31 tahun pun. Kalau saya tak berani, macam mana saya nak jaga Lisa?"
"Awak yakin awak boleh jaga Lisa?"
"Lebih daripada yakin."
Encik Hadi tersenyum lagi lalu dia menggelengkan kepala, "Saya tua tujuh tahun aje daripada awak, Aman. Awak rasa awak boleh panggil saya papa macam Lisa panggil saya?"
Apek tersenyum, "Kalau saya kahwin dengan Lisa, bermaksud saya jadi menantu encik. Jadi haruslah saya panggil encik dengan panggilan papa dan isteri encik sebagai mommy."
Emran tiba-tiba rasa nak ketawa namun dia tahan. Tak dapat dia nak bayangkan lelaki bermata sepet di depannya ini akan memanggil papanya sebagai papa.
"Macam mana dengan pelajaran Lisa?"
"Saya takkan halang cita-cita Lisa. Dia masih muda, dia patut capai impian dia tapi saya nak dia capai impian dia dengan memegang gelaran sebagai Puan Lisa."
Encik Hadi pandang Lisa, "Lisa nak kahwin dengan Aman?"
"Siapa Aman?"
"Sayalah," Apek kerut dahi.
Lisa senyum sinis, "Aman ke Pak Cik Abdul Rahman Asya'ari?"
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!" Lantang Emran ketawa membuatkan Apek rasa nak menyorok bawah meja. Perlu ke nak sebut nama penuh dia?
Jet, Mike dan Adib yang tadinya memasang telinga turut ketawa berdekah-dekah! Padan muka, kau Sepet! Mendapatlah kau!

Apek pandang Lisa yang sedang berpeluk tubuh merenungnya, "Ya, cik? Kenapa nak jumpa saya?"
"Apa yang awak buat? Siang tadi cakap tak nak kahwinlah apalah. Ni malam tiba-tiba pinang saya depan family saya? Awak nak main-mainkan saya ke?"
"Main-main? Wei, budak kecik! Kalau saya main-main saya takkan bercakap dengan papa awak tadi tau?"
"Habis tu apa perjanjian yang awak dengan papa saya buat? Kenapa saya tak tahu? Kenapa siang tadi awak tolak saya, kenapa tak terus terang je?"
"Sebab siang tadi awak tak tahu lagi pasal perjanjian saya dengan papa awak. Papa awak bagi syarat, dia cuma akan izinkan awak kahwin dengan saya kalau awak dapat lebih dari lima A dalam SPM..."
"Wait!" Lisa angkat tangan menyuruh Apek berhenti, "Habis kenapa awak buat perjanjian dengan saya, suruh saya dapat 10 A? Kenapa tak bagitahu je perjanjian awak dengan papa pada saya?"
"Lisa, kalau saya bagitahu awak saya buat perjanjian dengan papa awak... awak rasa awak akan berusaha bersungguh-sungguh ke? Saya rasa awak akan bergaduh dengan papa awak adalah. Saya buat perjanjian tu sebab saya nak awak serius dengan SPM. Papa awak kata, sejak awak kenal saya... awak selalu keluar dan saya tahu bila awak keluar, awak akan datang lepak dekat kafe. Awak jadi macam leka. Saya sendiri sedar awak selalu datang kafe, bawak homework la apa la tapi buatnya tak. Awak asyik melilau-lilau pandang orang. Kan?"
Lisa diam.
"Sepatutnya saya tak boleh kacau awak lagi. Saya kena tunggu awak habis degree tapi saya bukannya semakin muda, saya makin tua. Saya tak nak saya dah tua, anak saya baru terkedek-kedek berjalan. Lagipun, Adib selalu cakap dia nak kahwin lepas saya kahwin... kalau saya tunggu awak lagi enam tahun, Adib dan saya sama-sama jadi bujang terlajak."
"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?" Tanya Lisa, tiba-tiba.
"Bukan selama ni awak ke yang nak kahwin dengan saya?" Apek tersenyum sinis sebelum dia merenung Lisa, "Kenapa saya nak kahwin dengan awak? Sebab awak kata awak nak jaga saya. Saya pun nak orang jaga saya. Saya cemburu tengok Mike dan Jet yang setiap masa tersengih-sengih. Lagipun Mike dengan Adib selalu cakap, rugi kalau saya lepaskan perempuan yang sudi kahwin dengan saya."
"Oh!" Lisa mengangguk. Bukan sebab dia sayang akulah? Okey...
"Lagi satu sebab..."
Lisa panggung kepala.
"Marry me Juliet, you'll never have to be alone, I love you and that's all I really know, I talked to your dad go pick out a white dress, it's a love story. Baby just say yes..." Kotak segi empat tepat dikeluarkan dari poket apronnya sebelum dibuka, "Marry me, will you?"
Lisa buat muka sebelum rantai tangan di dalam kotak itu diambil, "Tak payah tanyalah! Bukannya awak tak tahu apa jawapan saya!"
Apek ketawa. It's a yes!

Lisa merenung beg bajunya yang masih belum dibuka. Waaarghh! Baru sejam, dah rindu...
"Lisa? Awak okey ke?" Pertanyaan rakan sebiliknya buat dia panggung kepala.
"Okey. Tapi saya rasa saya homesicklah, Juliana."
"Rumah awak dengan universiti kan dekat aje. Boleh balik selalu. Saya ni, kampung nun jauh di Johor."
Lisa tersenyum, "Saya tak pernah jauh dengan family..." dan suami saya.
"Ala, lama-lama okeylah tu. By the way, jangan panggil saya Juliana. Panggil Lia je."
Lisa mengangguk. Sebelum frame gambar yang diletakkan di atas meja study diambil. Gambar itu direnung sebelum dikucup lembut. Pak cik, Lisa rindu...
"Gambar family?" Tanya Juliana, "Boleh saya tengok?"
Lisa mengangguk sebelum frame gambar itu diberi pada Juliana, "Nah."
"Eh? Awak ada abang ya? Tadi dia tak ada pun." Frame gambar berkembar itu direnung. Di sebelah kiri, gambar Lisa bersama 'abang'nya di tepi pantai. Dia sebelah kanan, gambar famili Lisa.
"Abang? Yang mata sepet tu?"
Juliana mengangguk.
Lisa ketawa, "Tu bukan abang saya..."
"Eh?"
Lisa angkat tangan kanan. Cincin di jari manisnya kelihatan berkilau di mata Juliana, "Itu suami saya."
Baru Juliana nak bertanya, lagu Love Story berkumandang dari telefon pintar Lisa. Lisa laju mengambil panggilan tersebut bila di skrin telefon pintarnya terpampang nama Pak Cik Sepet, "Pak cik! Sampai hati baru telefon!"
Orang di talian sana ketawa, "Rindulah tu!"
"Tanya lagi! Dahlah tak hantar kita masuk uni."
"Abang kan kerja? Lagipun kalau abang hantar, mesti Lisa menangis beria-ia tak nak berpisah."
"Eleh! Ingat Lisa cengeng ke?"
"Wei, budak kecik! Roommate kau lawa tak?" Suara di talian dah bertukar dengan suara orang lain.
"Wei, syaiton! Aku tengah cakap dengan isteri akulah!" Lisa ketawa apabila dia mendengar suaminya memarahi orang yang merampas telefonnya.
"Sekejaplah, Sepet! Aku nak suruh isteri kau cari calon untuk aku!"
Lisa ketawa lagi. Tahu dah siapa yang rampas telefon suami dia, "Wei, Caca! Orang nak cakap suami oranglah! Bukan nak cakap dengan Caca!"
"Ala! Korang malam karang gayutlah! Wei, budak... cari aku calon isteri tau? Aku single lagi ni!" Adib ketawa di talian.
"Aku nak jugak calon," satu suara yang menyampuk.
Lisa ketawa apabila terdengar tiga suara memarahi lelaki yang menyampuk itu, "Kami bagitahu Sarah, Mike!"
Lisa terus ketawa bila dia terdengar suara orang bergaduh di talian sana sebelum talian itu mati. Beberapa saat kemudian, satu mesej masuk.
'I miss you! Malam nanti abang telefon. Jaga hati, jaga iman, jaga solat, jaga aurat dan jaga mata. Jangan tengok abang senior kat sana. Ingat abang kat sini. I love you, budak kecik!'
Lisa tersenyum. I miss you and I love you too, Pak Cik Sepet.

TAMAT 


63 comments:

  1. O.M.G!! sumpah best cerita ni.... Hahaha...I love the bromance, and romance so much... Kalau sambung sikit lagi apek romantik dgn Lisa mesti best. Tp yg ni pun mmg dah sgt best sbnrnya! Tq writer for the lovely story!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaa!! Im loving the romance and the bromance too!! Lol so cute i cant even

      Delete
  2. Best gila.... ..

    ReplyDelete
  3. Wahhh....terbaekkkkk...komedi+sweet+hoenymadu...suka sesangat...tak leh berhenti baca...

    ReplyDelete
  4. Terbaikkkkk.....mmg lain lain dr yg lain....

    ReplyDelete
  5. best giler cerita ni...

    ReplyDelete
  6. best giler citer nie.. lucu dan sweet.. mmg terbaik la

    ReplyDelete
  7. super ohsem!!! asyik menyengih je time baca..

    ReplyDelete
  8. Best..best..best...x puas bca...

    ReplyDelete
  9. oh my suka sangat cerpen pasal mamat gulp cafe nih... dah macam tgk citer korea+shoujo manga je nih.. ayat best.. bromance best... romance best..

    keep it up writer..

    story jet sudah...
    story apek sudah...
    story mike belum.. tau tau je dah kawen.. ada citer pasal mike tak?
    but after read this, sang adib.. nak citer pasal adib....

    ReplyDelete
  10. wowwww very perfect i like!! salute lah sama lisa hahahahha bila fly nak keluar ek? rindu jo dgn hadi :'( -inas-

    ReplyDelete
  11. Aaaa best sampai rasa nak nangisss. Nak lagi plsss. Pasal adib pulak keee.

    ReplyDelete
  12. Adui la...enjoy giler baca cerpen ni. My hubby ingat i dok main whatsapp sampai bebel2 dia. Tunjuk cerpen ni br dia relax. Dun forget to write another magical story about Adib & Is okay?

    ReplyDelete
  13. Adui la...enjoy giler baca cerpen ni. My hubby ingat i dok main whatsapp sampai bebel2 dia. Tunjuk cerpen ni br dia relax. Dun forget to write another magical story about Adib & Is okay?

    ReplyDelete
  14. Adui la...enjoy giler baca cerpen ni. My hubby ingat i dok main whatsapp sampai bebel2 dia. Tunjuk cerpen ni br dia relax. Dun forget to write another magical story about Adib & Is okay?

    ReplyDelete
  15. Best gilaaaaa. Agak2 cerita psl adib ada takkk? 😁😁

    ReplyDelete
  16. terbaik, best citer nie... tergelak saya bile baca story yg lovey dovey nie

    ReplyDelete
  17. terbaik, best citer nie... tergelak saya bile baca story yg lovey dovey nie

    ReplyDelete
  18. hoho .. bila bce full mcm ni baru perasan ade part yg sy x bce patot pon x fhm .. ape pin beat sgt .. tahniah writer sbb hasil kn cerpen yg best mcm ni ..

    ReplyDelete
  19. best...lepas ni sambung kisah Adib pula

    ReplyDelete
  20. Sis..tak nak smbung cerita pasal adib ke?anyway, your stories mmg amazing. love it.

    ReplyDelete
  21. tahniah.Best..dalam syok menghayati cite sampai part Lisa gelakkan nama penuh Apek,sama2 tergelak..kelakar...tapi mmg best..keep it up..lps ni Adib plk ye

    ReplyDelete
  22. tahniah.Best..dalam syok menghayati cite sampai part Lisa gelakkan nama penuh Apek,sama2 tergelak..kelakar...tapi mmg best..keep it up..lps ni Adib plk ye

    ReplyDelete
  23. Thanks so much..sgt2 terhibur.. It's sweet n always lesson that we can learn..

    ReplyDelete
  24. Thanks so much..sgt2 terhibur.. It's sweet n always lesson that we can learn..

    ReplyDelete
  25. Thanks so much..sgt2 terhibur.. It's sweet n always lesson that we can learn..

    ReplyDelete
  26. Cter yg osem sgt...kipidad writer,,

    ReplyDelete
  27. Gulp cafe wujud tak????
    Hehehehee. 😁

    ReplyDelete
  28. Thumbs up writer! Best sangat2. Tak henti2 gelak dari mula sampai habis. Kelakar gila okayy.. Paling terharu siap ada lagu Taylor Swift! Peminat setia nii ahahah.. Btw, cerita pasal Adib pulak lepas ni please? Pretty pleaseee.. Kesian dia dh putus tunang. Hehehe ;)

    ReplyDelete
  29. best sgt2... terhibur dgn cerita ni... tq cik writer

    ReplyDelete
  30. Hey.... nk tnye novel FLY dh keluar Ker....

    ReplyDelete
  31. So touching. Thank you for a sweet story.

    ReplyDelete
  32. setelah sekian lame jd silent reader,pagi ni rase nk komen skit la...u r such a good writer.keep on writing and we will support u..good job!

    ReplyDelete
  33. Best sgt...sy baca asyik tergelak je..

    ReplyDelete
  34. rasa mcm nak cari suami barista jer

    ReplyDelete
  35. Subhanallah...best juga kesah apek...ok jgn lupa sambung kesah..mike tau...adib dan apek da tau kesah nya...skrg tunggu kesah mike dan jet...kipidap Najwa....

    ReplyDelete
  36. i don't know why tap bila baca cerita2 awak je saya rasa macam nak pecah perut gelak..hahaha..keep it up writer :D

    ReplyDelete
  37. seriously best dari awal hingga akhir senyum sampai ke telinga ...

    ReplyDelete
  38. best sangat.. ni dah berulang ulang kali baca...
    cerita lisa dengan apek dan cerita mike,jet,apek dengan adib rare..
    kalau ada sambungan cerita lisa dengan apek saya nak baca...

    ReplyDelete
  39. best sangat.. ni dah berulang ulang kali baca...
    cerita lisa dengan apek dan cerita mike,jet,apek dengan adib rare..
    kalau ada sambungan cerita lisa dengan apek saya nak baca...

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum wow kak.. hadi jd kwin gk ngn johanna...
    cm mne dyeorg bleh kwin akak?

    ReplyDelete
  41. Suka sgt dgn apek dan lisa..taknak sambung lagi ke kisah apek dan lisa..btw great job writer..best sgt

    ReplyDelete
  42. Funny + sweet.
    Sambung la skit lg mesti best.
    Buat versi adib pulak

    ReplyDelete
  43. best la semua karya writer...
    saya paling ska apek-lisa...
    sambng la lagi...ska baca telatah mereka...cute and sweet

    ReplyDelete
  44. Yes, settle bab Apek. Urm.. Okaylah cuma cam x caya pun ada, mamat pling cool kt Gulp! Cafe kawin ngan bdak bru hbis spm? Hahaha

    ReplyDelete
  45. i anggap story ni like real thoo!! :))

    ReplyDelete
  46. terbaekk.....!! gila best weiyh ^^

    ReplyDelete
  47. seriously best...1st time baca cerpen yg sngat2 puas hati...^^

    ReplyDelete
  48. ulang yang keberapa kali pun saya tak tau...saya suka baca cerpen akak terutamanya yang ny...suka la....bila nak bt cerpen baru...hehehe
    saya cakap maca senangkan nak bt cerpen...but i miss akak punya cerpen...hehehehe

    ReplyDelete