Friday, 18 September 2015

[CERPEN] Jodoh Dari Langit

"Lisa, lepas ni lepak rumah aku jom!"
Lisa yang sedang mengelap peluh di dahi dengan belakang tangan kalih memandang rakannya, "Tak bolehlah, Umai! Papa aku dah tunggu kat kafe mana entah. Karang nak ambik Em dari asrama pulak."
Mata Umaira bercahaya, "Adik kau yang dok asrama ada balik?"
"Jangan nak menggatal. Dia adik aku, tahu. A.D.I.K.!"
Umaira ketawa, "Tahu. Eh, kelas tambahan dekat rumah Puan Hijrah esok, kau pergi tak?"
"Pergilah! Aku dah bayar kot. Okeylah, wei! Gerak dulu!" Lisa menggalas begnya sebelum melambai Umaira yang baru nak mengikat tali kasut.
Umaira menggeleng. Kalut!

"Apek! Tolong kejap, wei! Kau tak ada kerja kan, sekarang?" 
Apek yang baru duduk menjeling Mike, "Kau memang tak boleh tengok aku senang, kan?"
"Ala, tolonglah kejap! Tolong hantarkan Strawberry Mojito ni kat meja nombor dua belas, kejap!"
Apek merengus namun tetap dia capai dulang berisi Strawberry Mojito itu pada meja yang diberitahu Mike tadi, "Your drink, miss!"
Wanita yang sedang merenung dia dengan senyuman manis itu buat dia serba salah. Ni apa tengok lain macam aje ni. Dikerling pula lelaki yang duduk berhadapan dengan si wanita. Kelat aje mukanya, abang dia kot...

Friday, 4 September 2015

[CERPEN] Wedding Dress

"Tahniah," lelaki itu mengukir senyum.
Si gadis mengangguk, "Thank you. Kau datang dengan siapa?"
"Sorang je. Husband kau mana?"
"Ada. Dia pergi jumpa kawan-kawan ofis dia. Tak sangka, kan? Aku dengan Ikhwan."
Si lelaki mengangguk, "Sangat tak sangka."
"Firas!" Mendengarkan namanya dilaung kuat, dia ketawa. Pengantin lelaki datang menghampiri mereka berdua.
"Tahniah, dude! Kau dengan Nani, betul-betul bagi kejutan dekat aku," ucap Firas, tenang.
"Perancangan famili," ujar Ikhwan, senada. 
"Wan?" Satu suara yang menyeru nama Ikhwan buat mereka bertiga berpaling.
Wajah Ikhwan berubah melihat orang yang menyeru namanya, "Anna..."
Wajah gadis yang dipanggil Anna itu sudah basah dengan air mata. Patutlah telefon tak berjawab, mesej tak berbalas. Sampai hati awak, Wan. Tak menunggu lama, Anna lari meninggalkan majlis walimah Ikhwan dan Nani.
"Abang, siapa tu?" Tanya Nani, keliru.
Ikhwan tak menjawab sebaliknya dia mengejar Anna yang sudah berlalu. Firas pandang Nani yang nyata sudah berubah wajahnya. Andai aku yang kau pilih, Nani...

Thursday, 3 September 2015

[CERPEN] Coffee (PART II)

"Aku ingat kau dah tak nak balik Malaysia," ujar Apek dengan senyuman sinis.
Jet sengih, "Gulp macam mana? Mesti dah tak bergerak kan sejak aku tak ada?"
"We're still in business la, dude! Kau bila nak jadi pembancuh kopi terhormat kafe semula?" Adib jungkit kening.
"Ada kosong ke?"
"Kau tau kan kitorang sentiasa menanti kau?" Mike yang masih dalam persalinan raja sehari menjawab.
"So... kau kahwin dengan Hani, huh?" Adib mengerling Apek sekilas sebelum memandang Jet.
Jet kerling Hani yang sedang berbual dengan isteri Mike sekilas sebelum dia ketawa, "Dah jodoh."
"Seriuslah kau dah kahwin dengan dia?"
"Jangan merepeklah, Adib. Hani cuma kawan aku. Aku tak mungkin akan kahwin dengan dia sedangkan dalam hati aku ada nama..."
"Huda! Ya... ya... kami tahu. Tak payah ulang." Potong Mike laju. Malas nak dengar Jet sebut nama Huda. Ingatkan dah move on.
Jet tersenyum, “Doa-doakanlah aku kahwin dalam tahun ni.”
“Wah, dah ada calon? Awek Itali mata biru?” Adib jungkit kening mengusik.
“Orang Melayu kita. Aku tak suka orang mata birulah.”
“Bila nak kenalkan dengan kita orang?” Mike bertanya pula.
“InsyaAllah, tak lama lagi kot.”
“Ke calonnya Iman?” Apek pula menjungkit kening.
Jet ketawa, “Aku nak gerak dululah. Eh, sebelum tu! Esok aku dah boleh mula kerja kat Gulp! balik ke?”
“Anytime when you’re ready, dude.”
Jet angguk, “See you guys, tomorrow. And, Mike... happy honeymoon!” Ujarnya sebelum mendekati Hani.
Selepas beberapa minit, dia dan Hani terus berlalu pulang.

[CERPEN] Coffee (PART 1)

Pintu kafe ditolak dengan sebelah tangan sementara tangan yang sebelah lagi laju menaip mesej di dalam telefon pintarnya.
Mesej yang sudah siap ditaip dibaca sekilas sebelum dihantar kepada mamanya.
-Iman balik lambat sikit. Iman nak siapkan manuskrip Iman. Mama tak payah tunggu Iman. Iman ada kunci rumah.-
“Excuse me, miss! Kalau ye pun nak taip mesej, you boleh duduk kot.” Teguran seorang gadis di belakangnya buat dia tersentak.
“Maaf!” Iman menunduk sikit sambil mengangkat tangan kanannya. Gesture minta maaf sebelum dia duduk di meja yang kosong tak berorang. Gadis yang menegurnya tadi sudah duduk di meja lain.
Iman mengeluarkan komputer riba berjenama Lenovo dari beg galasnya dan diletakkan di atas meja. Telefon Samsung Galaxy Note III diletakkan di atas meja, bersebelahan komputer ribanya.
“May I take your order, miss?” Sebuah buku menu diletakkan di hadapan Iman, membuatkan dia terkejut sikit.
Dalam kalut-kalut Iman yang sedang mengeluarkan charger komputer ribanya, sempat dia melayangkan senyuman kepada si pelayan lelaki yang segak memakai uniform, “Iced Americano... ada?”
Si pelayan menganggukkan kepalanya, “Anything else, miss?”
“Itu aje buat masa sekarang. Kalau saya nak apa-apa, saya panggil awak.”
Si pelayan mengukir senyum sebelum mengangguk lagi. Buku menu ditarik dengan sebelah tangan sebelum dia berlalu meninggalkan Iman yang sudah kembali ‘sibuk’ dengan charger komputer ribanya.
Usai menyambungkan charger dengan lubang pengecas pada komputer ribanya, dia menekan butang ON. Sebaik saja skrin komputer ribanya terpasang, Iman mengukir senyum, “Bismillahirahmanirahim...”