Friday, 21 August 2015

[CERPEN] Loser

Headphone di kepala ditarik dan disangkut di leher. Ipod yang sedang memainkan lagu dimatikan. Dia bangun dari duduknya. Bahagian belakang seluarnya dikibas laju. Baru dia nak melangkah ke dewan kuliah, namanya diseru!
"Ady!"
"Kau siapa?"
"Er... hi! Saya Nina. Saya..."
"Kau nak apa sebenarnya ni? Nak cakap pun tergagap-gagap."
"Er... saya nak kasi..."
Ady menrengus, "Kau simpan ajelah apa yang kau nak cakap. Aku nak blah!" Laju dia berpaling nak berlalu. Namun si gadis menahan langkahnya!
"Eh, kejap!"
Ady menghembus nafas, "Apa lagi?"
Nina mengetap bibirnya sebelum kedua-dua tangannya menghulurkan sekeping sampul surat pada Ady, "Saya suka awak! Er... ni surat untuk awak!"
Ady jungkit kening sebelum ukir senyum sinis. Surat Nina ditarik kasar sebelum dia membelek surat itu sekilas. Tanpa sebarang kata, tangannya laju mengoyak sampul surat itu menjadi cebisan-cebisan kecil sebelum dia melemparkan cebisan itu ke wajah Nina, "Kau duduk zaman mana nak main hantar-hantar surat ni?"
Tanpa menunggu balasan Nina, dia berjalan terus tanpa berpaling ke belakang lagi.
Nina pula sudah terus tertunduk. Kolam matanya basah. Pipinya terasa hangat. Malunya bila kena tolak macam ni...

Monday, 10 August 2015

[MINI NOVEL] Untuk Seminggu Saja (BAB 12)

Iman terjaga dari lenanya bila telefon pintar miliknya tiba-tiba bergetar dari bawah bantal. Tangannya laju mencapai telefon tersebut. Tertera nama Jun di skrin. Satu keluhan dia lepaskan lantas dia mengambil panggilan tersebut dan dia bangkit dari baringnya sebelum berlalu ke balkoni.
“Iman! At last, you angkat jugak!” Suara Jun kedengaran ceria di talian sana.
“Jun...”
“Iman, I miss you so much.”
“Jun...” Suara Iman kedengaran sangat serius. Iman terfikirkan kata-kata ayahnya. Kali ini saja dia mungkir janji dengan Lily. Kali ni saja...
“Iman...? Kenapa you serius sangat ni?”
“I need to talk to you about something,” ujar Iman tanpa menjawab soalan daripada Jun, “You free esok?”
“You nak jumpa I? What happen to your stupid promises with your wife?”
“Jun, listen! I need to see you. I want to discuss about you, me and us.”
“Fine! Kita jumpa esok tapi dekat mana?”
Iman picit pelipis, cuba mengurangkan tekanan, “Republic Cafe.”
“What time?”
Iman kerut dahi, “Around lunch hour, maybe.”
“Okay, then!”
Iman baru nak matikan talian bila suara Jun kedengaran dari talian sana, “Iman...”