Tuesday 14 April 2015

[NOVEL] FLY (BAB 21)

Johanna membuka matanya saat terasa tangan Jehan meronta-ronta bagai meminta pertolongan. Tangannya laju menggoncangkan bahu Jehan, “Adik, bangun adik!”
“Tak nak! Tak nak!” Masih dalam keadaan tidak sedarkan diri, Jehan meronta-ronta.
“Jehan Putra!” Pipi gebu milik Jehan ditepuk beberapa kali.
Jehan buka matanya tiba-tiba sebelum dia menerpa ke arah Johanna, “Kak long!”
“Adik, kenapa ni?”
“Adik tak suka nightmares!”
“Adik mimpi apa ni?” Johanna memeluk erat Jehan.
“Adik mimpi ada orang tarik adik ikut dia. Adik nampak kak long menangis, tak kasi adik pergi. Tapi dalam mimpi tu, adik tak melawan pun. Lepas adik tak nampak kak long, baru adik menangis.”
Johanna hela nafas panjang, “It was just a nightmare adik. Tadi tidur basuh kaki tak? Baca doa tidur tak?”
“Baca tapi adik lupa nak basuh kaki.”
“Hah, sebab tulah adik mimpi pelik-pelik. Dah, pergi basuh kaki.”
Jehan menurut kata Johanna namun ketika di depan pintu bilik air, dia berpaling pada Johanna. “Kak long...”
“Hmm..? Kenapa?”
“Adik sayang kak long.”
Johanna terpempan seketika sebelum mengangguk, “Kak long pun sayang adik. Dah, pergi basuh kaki.”
Jehan tersenyum sebelum masuk ke bilik air. Johanna pula bersandar di kepala katil. Kata-kata Jehan, mimpi Jehan... semuanya bagai berputar kembali di mindanya namun dia tak pasti kenapa.