Thursday 12 March 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 8)

Lily mengetuk pintu bilik tamu, berkali-kali. Jam di dinding sudah menunjukkan angka lapan pagi namun bayang Iman masih tidak kelihatan. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan. Tubuh Iman yang sedang berbaring di atas katil di tatap penuh kasih. Kakinya mengatur langkah mendekati Iman, “Iman...”
Bibirnya menguntum senyum melihat Iman yang masih lena dengan kopiah di kepala. Harus lepas solat subuh, tidur balik ni. Tangannya perlahan menyentuh bahu Iman lalu digoyangkan sikit, “Iman...”
“Hmm...?”
“Bangun. Dah pukul lapan. Awak tak nak pergi kerja ke?”
Iman yang masih terlena menggeleng lalu dia menggumam rendah, “Mengantuk.”
“Tahu tapi dah pukul lapan ni. Bangun, ya?”
Iman akhirnya membuka mata, “Kejut saya lagi setengah jam, boleh?”
“Tapi kan dah lewat ni?”
“Saya cuti...” balas Iman sebelum kembali menutup mata, “Lima hari saya cuti.”
Lily kerutkan dahi, “Cuti apa?”
“Cuti nak habiskan masa dengan awak...” balas Iman perlahan sebelum kembali hanyut dengan mimpi.
Lily tercengang. Cuti untuk habiskan masa dengan aku?


Lily sedang menyapu jem dan kaya di atas roti saat Iman menarik kerusi dan duduk di meja makan, “Morning.”
“Morning,” Lily ukir senyum, “Tadi suruh saya kejut awak lagi setengah jam. Ni baru lima belas minit, tak cukup lima belas minit lagi.”
Iman menjeling Lily, “Mengantuk saya hilang bila awak kejut saya tadi.”
“Sorry! Mana saya tahu awak cuti. Lagipun semalam awak cakap awak kerja.”
Iman ketawa, “Saya saja aje cakap saya kerja. Suprise untuk awak.”
 “Awak nak makan apa? Hari ni ada nasi goreng, roti bakar. Nak yang mana?”
“Cornflakes ada? Saya teringin nak makan cornflake dengan susu.”
Lily mengangguk, “Ada. Kejap, saya pergi ambik dekat kabinet.”
Iman mengangguk. Lily pula sudah bangun dan terus ke dapur. Lily menyelongkar setiap kabinet di dapur mencari kotak bijirin yang disimpan. Bunyi gedegung-gedegang dari dalam dapur buat Iman tertanya-tanya lantas dia pergi ke dapur. Di pintu dapur, dia tersenyum. Lily!
Lily sedang terjengket-jengket, cuba mencapai kotak bijirin yang berada di dalam sebuah kabinet dapur yang tinggi.
“Mungkin awak boleh ambik kerusi, Lily,” tegur Iman dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya.
Lily tersentak lalu dia berpaling memandang Iman, “Cuba bagi salam dulu kalau nak tegur. Terkejut saya!”
Iman senyum cuma, “Sampai ke nak ambik cornflakes tu?”
Lily mencebik, “Nampak macam sampai ke?"
Iman ukir senyum. Lily, kenapa comel sangat ni? Tanpa di pinta, Iman berdiri di belakang Lily lantas terus mencapai kotak bijirin tersebut. Kalau orang lain tengok, pasti kelihatan seperti Iman memeluk Lily dari belakang.
Lily terkaku saat tangan kanan Iman memeluk pinggangnya, “Saya dah ambik. Jom sambung sarapan.”
Lily mengangguk lantas dia mengikut saja langkah Iman. Bibirnya yang baru nak menguntum senyum tiba-tiba terkaku. Jangan suka sangat, Lily... jangan suka sangat!

Iman membantu Lily mengemas meja makan sebaik saja mereka selesai bersarapan. Sesekali mereka berbual kosong. Sesekali mereka tertawa. Usai mengemas meja, mereka sama-sama duduk di sofa ruang tamu.
“Awak duduk kat rumah, awak buat apa je?” Iman pandang Lily.
Lily angkat bahu, “Entah. Kalau rumah bersepah, saya kemas rumah. Masak, tengok tv, basuh baju, baca novel, tengok movie... tu je kot.”
“Selain dari tu?”
Lily menggaru hidung, tanda berfikir, “Satu lagi, saya suka tengok album gambar lama-lama. Macam mengimbau kenangan gitu.”
“Selalu album mana awak buka?”
Lily senyum, “Album gambar zaman kita sekolah.”
Iman turut mengukir senyum, “Jom imbau kenangan waktu sekolah?”
“Kejap, saya pergi ambik album tu,” baru Lily bangun, tangan Iman lebih pantas mencapai tangannya.
“Tak apa. Biar saya yang pergi ambik!” Iman mendudukkan Lily semula di tempatnya sebelum berlalu ke tingkat atas.
Lily tersenyum saja. Rasa bahagia sedikit demi sedikit menjengah semula ke dalam hidupnya. Terima kasih Iman.

“Ni gambar bila ni?” Iman mengunjukkan gambar Lily yang sedang tersenyum di sebelah Dayah. Lily spontan mengukir senyum.
“Ni waktu awak ada friendly match dengan sekolah sukan tu.”
“Siapa yang ambik gambar ni?”
Lily sengih, “Paan.”
“Paan yang suka buli Dayah tu?” Iman jungkit kening.
“Dialah! Eh, saya lupa nak bagitahu awak!” Lily menepuk tangannya, “Paan tu masuk meminang Dayah minggu lepas.”
“Paan? Paan?!” Iman bulatkan matanya yang tak berapa besar tu.
“A’ah! Paan.”
Iman ketawa sambil menggeleng, “Bukan main. Dulu punyalah kuat buli si Dayah tu.”
“Paan tu buli Dayah sebab nak tarik hati Dayah. Kiranya dia dah lama cop Dayahlah, macam awak cop saya dulu.”
Iman kalih memandang Lily. Ayat terakhir Lily bagai merentap jiwanya, ‘...macam awak cop saya dulu.’
Lily yang sedar Iman memandang dia, berpaling, “Kenapa?”
Iman tersenyum lantas menggeleng lalu dia menukar topik, “Lepas friendly match ni ke orang mula tahu pasal kita?”
Lily ketawa lalu dia mengangguk!

Lily pandang Iman yang sedang menyepak bola di padang sekolah. Ramai budak perempuan bersorak memanggil nama Iman apabila Iman berjaya menjaringkan gol. Lily mencebik! Hatinya dipagut cemburu! Ei, apahal menjerit panggil-panggil nama Iman ni!
"Kau kenapa, Lily? Cemberut aje mukanya," Dayah yang baru selesai latihan kawad kaki Kadet Polis duduk di sebelah Lily yang masih masam mukanya.
"Tak ada apa-apa."
"Ceh, muka macam lemon lagi kata tak ada apa-apa!"
Baru Lily nak membalas, ada satu suara lagi menjerit memanggil nama Iman, "Iman, I love you!"
Serentak, Lily dan Dayah berpaling ke arah suara yang menjerit. Lily kepal penumbuk. Agak dah! Mesti si Laila yang menjerit! Bukan main lagi budak ni! 
"Tak malu ke menjerit panggil nama budak lelaki macam tu?! Siap cakap I love you bagai. Euww!" Dayah buat muka menyampah.
Lily angguk laju! Bersetuju dengan apa yang diujarkan Dayah!
"Apalah orang pandang sangat dengan Iman tu kan?“
“Ai, kau! Hari tu bukan main kata Iman tu kacak amat.”
Dayah buat muka, “Kacak memang kacak tapi tak mampu menggetarkan hatiku ini! Lagipun, dia taklah kacak sangat sebenarnya. Nak kata kacak, baik kacak si Faris tu lagi. Muka dah ala orang putih sikit.”
“Drama!” Lily ukir sengih, tak menjawab soalan Dayah. Iman tak kacak? Dayah rabun kot! Iman Zariff adalah manusia kedua yang dia nampak kacak selain dari ayahnya. Orang lain? Tak mampu nak menggetarkan hatinya, bak kata Dayah.
“Lily!”
Lily terkejut lalu matanya dihala pada padang sekolah. Dayah yang berada di sebelah Lily pun turut tersentak. Iman dari padang mengenyit mata. Lily tersentak. Hampir kesemua orang yang ada di tepi padang itu menoleh memandang dia. Malunya...

“Dah sampai mana?” Suara Iman menegurnya menghilangkan memori zaman sekolah.
Lily tersengih, “Tak sampai mana-mana pun. Ada aje kat sini. Saya teringat waktu awak kenyit mata kat saya depan semua orang sebelum buat free kick. Sudahnya, orang tak pandang pun awak tendang bola. Semua orang usha saya lepas tu.”
Iman ketawa, “Saya saja kenyit mata. Tengok muka awak terlopong, kira macam kasi semangat.”
“Saya rindu zaman sekolah kita.”
“Saya pun rindu.”
Lily senyum lalu dia merebahkan kepala ke dada Iman, “Iman, kenapa kita jadi macam ni?”
Iman terdiam namun jari jemarinya disulam dengan jari jemari Lily.
“I’m not good a wife, kan?”
Iman pantas menggeleng, “Tak, Lily. Jangan cakap macam tu.” Kita jadi macam ni sebab saya, Lily. Semua kerana silap saya...
Lily mengangguk . Detak jantung Iman yang laju membuahkan senyuman di bibirnya sebelum dia memejamkan mata, “Iman, saya harap masa seminggu tu takkan pernah habis.”
Iman peluk bahu Lily. Saya pun, Lily. Saya pun...

“Dayah, kau nak bawak aku pergi mana ni?” Lily mengetap bibir sambil tangannya menggenggam erat tangan Dayah yang memimpin tangannya.
“Adalah. Kau jangan cuba-cuba nak tarik kain kat mata kau tu! Kau tarik, siaplah!”
Lily tersenyum cuma, “Cepatlah, Dayah! Tak selesalah jalan tak nampak jalanraya ni.”
“Sekejap. Nanti sampailah.”
Lily mengikut saja langkah Dayah. Sesekali dia menggumam rendah, merungut kerana tak selesa matanya ditutup.
“Dah sampai!” Ucap Dayah tiba-tiba sebelum melepaskan tangan Lily.
“Eh, Dayah!” Tangan Lily terkapai-kapai, mencari tangan Dayah, “Dayah! Tak kelakar, okey buat macam ni!”
Senyap! Dayah cuma ukir sengih dari kejauhan.
Lily merengus lalu ikatan kain di matanya. Dia terkelu saat matanya menikam mata Iman.
“Suprise...” Iman menghampiri Lily. Di tangannya memegang sebentuk cincin yang diikat dengan tali-tali belon-belon yang sudah diisi dengan helium. Tiba-tiba lagu Permata Yang Dicari nyanyian Dehearty berkumandang di kawasan itu.
“Iman...” Lily tekup mulut, “Apa semua ni?”
Tanpa kata, Iman melutut di lantai, “Bersaksikan Allah dan keluarga kita. Sudikah awak, Lily Emiza jadi permata hati saya?”
Lily pandang sekeliling. Benar! Keluarga dia dan Iman ada di sekeliling mereka, “Iman...”
“Saya nak jadi suami awak, ayah kepada anak-anak awak, pelengkap kepada kekurangan awak, pendamai jiwa awak dan pendamping awak sampai syurga. Lily Emiza, will you marry me?”
Lily kesat air matanya yang meleleh lantas dia mengangguk, “Yes! Of course, Iman Zariff!”
Iman tersenyum lantas dia meraup wajahnya, melafazkan kesyukuran sebelum dia memandang ibunya, “Ibu...”
Puan Melissa mendekati Iman dan Lily lantas dia mencapai sebentuk cincin yang diikat dengan belon-belon yang dipegang Iman tadi. Tak menunggu lama, cincin itu disarungkan ke jari manis Lily, “Terima kasih, Lily dan maaf ya belon-belon ni. Iman buat perangai pelik dia, biasalah.”
Lily menggeleng, “Tak apa, ibu...” Matanya kembali menikam mata Iman. Bibirnya mengukir senyum dan senyuman itu dibalas dengan anggukkan oleh Iman. Tanpa mempedulikan orang lain, mereka berdua hanyut dengan perasaan sendiri.

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

“Iman, saya cintakan awak...”
Iman yang hampir terlelap membuka matanya mendengar kata-kata Lily yang masih bersandar di dadanya. Rambut Lily dibelai, “Saya juga... cintakan awak.”

p/s; antara jun dengan lily, siapa yang akan iman pilih? :)

21 comments:

  1. Iman baru tersedar, dia masih cinta Lily,
    tp hati Lily dh terluka.... Lily pergi bawa diri....
    Iman..... menyesal...... ^_^

    ReplyDelete
  2. lily.... =D opkos.. kasih isteri tak ada bandingan dengan kasih kekasih...

    ReplyDelete
  3. Mesti pilih lily...isteri yg terbaik buat iman..

    ReplyDelete
  4. Lily..for sure... d memory just came back and love is in d air again...

    ReplyDelete
  5. belum terlambat ...untuk kembali bercinta.selalunya cinta pertama sukar dilupa

    ReplyDelete
  6. Opkos Lily larr.. Jun tu mnyemak aje :p

    ReplyDelete
  7. nak iman gan lily..bab msih ade cinta dhati mreka..

    ReplyDelete
  8. Lily...lily...lily...

    ReplyDelete
  9. pilih la lily , perkahwinan tu masih booe selamat kn .. jun bole cari org pon xpe

    ReplyDelete
  10. Pastilah Lily.. Iman cepat sgt cari pengganti..

    ReplyDelete
  11. Kak najwa please habiskan sampai ending cerita ni. Please please please

    ReplyDelete
  12. Moga pilih Lily... Harap bahagia kembali bertaut.. Kasih dan cinta makin mendalam..

    ReplyDelete
  13. Najwa,cpt la jd baik..hehe.. Hr2 sy buka blog awk nk chapter 9.. :-D

    ReplyDelete
  14. moga2 iman sedar dan pilih lily balik.

    ReplyDelete
  15. Nak buat apa pilih jun tu..buang karen je..zzz..hahaha

    ReplyDelete