Sunday 29 March 2015

[Mini Novel] FLY (BAB 20)

Nuha dan Elly memandang saja Johanna mengemas beg pakaiannya. Sejak dari peristiwa dalam bilik pengetua itu tadi, Johanna masih tidak bersuara. Sebaik saja waktu persekolahan habis, mereka terus bergegas pulang ke bilik untuk berjumpa Johanna.
“Jo...” Elly mendekat Johanna yang sudah siap menggalas beg di bahunya.
Johanna ukir senyum, “Jangan rindukan aku.”
Nuha menunduk. Johanna masih mengukir senyum walaupun hatinya sudah rabak dek peristiwa tadi. Tanpa sedar, bahunya sudah terhincut-hincut. Nuha menangis!
Johanna yang terdengar esakkan Nuha terus memeluk bahu Nuha, “Janganlah teriak macam ni. Aku kena gantung sekolah aje, bukannya aku kena buang sekolah terus. Relakslah.”
Tak semena-mena, bahu Johanna ditumbuk Nuha! “Mulut tu jaga sikit! Hang tau dak kata-kata tu satu doa!”
“Tau,” balas Johanna sambil tersenyum. “Kau janganlah sedih sangat, Nuha. Anggap aje aku pergi bercuti.”
Elly tersenyum tiba-tiba, “Kau ni, Nuha! Aku ingatkan kau minah kental, rupa-rupanya minah leleh!”

Saturday 21 March 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 9)

Iman melambung-lambungkan kunci di tangannya. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas sebelum dia sekali melambung-lambungkan kunci di tangannya, “Lil...”
“Saya dah siap!” Lily tiba-tiba muncul di muka pintu sambil senyuman manis.
“Mujur awak cepat. Saya baru nak tinggal tadi,” usik Iman pada Lily.
Lily senyum lalu dia mendekati Iman, “Kita nak pergi mana sebenarnya, Iman?”
“Adalah. Dah, jom!” Iman membuka pintu kereta untuk Lily.
“Terima kasih,” Lily ukir senyum manis sebelum masuk ke tempat duduk penumpang. Iman juga selepas itu masuk ke dalam kereta.
Seketika kemudian, kereta Nissan Almera milik Iman meluncur laju di jalan raya. Iman bersiul rendah sambil memandu kereta.
“Awak ni nampak happy semacam. Siap bersiul bagai. Kita nak pergi mana sebenarnya?”
“Piknik!”
Lily membuntangkan matanya, “Hah?”
“Kenapa?”
“Piknik?”

[Mini Novel] FLY (BAB 19)

Johanna melangkah masuk ke dalam kelasnya selepas hampir dua jam berada di dalam bilik kuarantin. Dia mengetuk pintu kelas sebaik saja menyedari kehadiran Puan Faridah di dalam kelas ketika itu. Puan Faridah yang sedang mengajar, berhenti sebelum mengangguk, tanda menyuruh Johanna masuk.
Seulas senyuman dihadiahkan kepada Puan Faridah sebelum dia berjalan ke tempat duduknya di sisi Nuha.
Sebaik saja Johanna duduk di tempatnya, Nuha tiba-tiba memegang tangannya yang ada di bawah meja, “Stay strong, Jo! Aku percaya hang.”
Johanna senyum sebelum dia menggumam rendah, “Thank you.”
“Johanna, lepas kelas ni saya nak jumpa awak sekejap ya?” Suara Puan Faridah buat Johanna tersentak sekejap sebelum dia mengangguk.
“Pasaipa dia nak jumpa hang?”
Johanna jungkit bahu, “Entah. Nak basuh aku lagi kot.”
Tiba-tiba D.O. yang di depan Johanna berpaling ke belakang, “Jo, I’m with you!”
Johanna tersenyum lalu mengangguk, “Thank you, D.O.!”

Thursday 12 March 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 8)

Lily mengetuk pintu bilik tamu, berkali-kali. Jam di dinding sudah menunjukkan angka lapan pagi namun bayang Iman masih tidak kelihatan. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan. Tubuh Iman yang sedang berbaring di atas katil di tatap penuh kasih. Kakinya mengatur langkah mendekati Iman, “Iman...”
Bibirnya menguntum senyum melihat Iman yang masih lena dengan kopiah di kepala. Harus lepas solat subuh, tidur balik ni. Tangannya perlahan menyentuh bahu Iman lalu digoyangkan sikit, “Iman...”
“Hmm...?”
“Bangun. Dah pukul lapan. Awak tak nak pergi kerja ke?”
Iman yang masih terlena menggeleng lalu dia menggumam rendah, “Mengantuk.”
“Tahu tapi dah pukul lapan ni. Bangun, ya?”
Iman akhirnya membuka mata, “Kejut saya lagi setengah jam, boleh?”
“Tapi kan dah lewat ni?”
“Saya cuti...” balas Iman sebelum kembali menutup mata, “Lima hari saya cuti.”
Lily kerutkan dahi, “Cuti apa?”
“Cuti nak habiskan masa dengan awak...” balas Iman perlahan sebelum kembali hanyut dengan mimpi.
Lily tercengang. Cuti untuk habiskan masa dengan aku?

Monday 9 March 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 6 & BAB 7)

Iman tersenyum sendiri saat teringat peristiwa pagi tadi. Dia dan Lily sama-sama tersentak bila tersedar dari lena. Semalam selepas Lily menangis-nangis, Lily terlena dalam pelukannya lantas dia mencempung Lily kembali ke atas katil dan kerana dia rasa penat, dia tertidur di sisi Lily.
“Iman!”
Iman tersentak. Lamunannya tentang Lily mati begitu saja. Nafas dihela. Azrul dipandang, tajam, “Bro, salam mana?”
“Aku dah bagi, bro!” Balas Azrul bersahaja, “Kau tu yang fokus benda lain. Tersengih-sengih. Apahal kau sebenarnya?”
“Tak ada apa. Nak senyum pun salah?”
“Tak salah tapi kau senyum tu. Lain macam sangat.”
“Azrul...”
“Hmm...?”
“Agak-agak kalau aku mintak cuti empat hari, lepas tak?”
“Kau nak ke mana?” Azrul dah berkerut dahi.
Iman ukir senyum nipis segaris, “Adalah...”
Azrul buat muka menyampah, “Kau jangan kau nak pergi menikah dengan Jun pulak.”
Iman pantas menggeleng, “Kau jangan merepeklah.”
Baru Azrul nak membalas, telefon pintar Iman berdering. Iman mengerling sekilas telefon bimbitnya sebelum panggilan itu dimatikan.
“Siapa?”
Tak sempat Iman nak menjawab, telefonnya berbunyi lagi. Baru dia nak batalkan panggilan tersebut, tangannya terhenti sendiri. Bibirnya mengukir senyum.
“Hello, assalamualaikum...”

[Mini Novel] FLY (BAB 18)

Johanna dan rakan-rakannya beriringan ke dewan makan. Johanna masih lagi diam, tak mahu bersuara. Nida, Elly dan Nuha cuba memahami Johanna dengan bercakap dengannya tentang perkara yang penting saja.
Rena yang nampak Johanna dari jauh mengepal penumbuknya. Rasa malu, geram, marah dan bengang dengan kisah semalam masih bersisa. Dendamnya pada manusia bernama Johanna itu makin membara.
“Rena, kenapa kau tak makan?” Moni yang baru meletakkan tray makanan di sebelah Rena bertanya.
Peah yang di depan Rena buat muka pada Moni sambil meletakkan jari telunjuknya pada bibir, “Don’t ask anything.”
“Aku benci budak tu!” Pap! Serentak, bahu Peah dan Moni terhincut, akibat terkejut dengan tindakan Rena yang tiba-tiba mencucuk sosej yang ada di dalam tray makanannya dengan garfu.
“C’mon, Rena! Dahlah tu. Kita dah nak SPM pun. Lepas ni kita takkan jumpa dia dah pun,” ujar Moni sebelum menggeleng. Dia sebenarnya tak faham kenapalah Rena ni suka sangat cari pasal dengan si Jo tu.
“Oh, just shut up Moni! Kau tak tau apa rasanya bila dimalukan depan satu dewan!” Bidas Rena, keras.
Moni buat muka sebelum menggumam rendah, “Siapa suruh kau cari pasal dulu?”
“Excuse me?” Rena memandang Moni dengan wajah cemberut.
“Whoa, people! Korang nak gaduh pasal Jo tu? Buang masa aje,” Peah menggeleng sebelum dia mengukir senyum sinis, “Instead of arguing and fighting among ourselves, apa kata kita bagi Jo tu rasa manisnya sebuah dendam?”
Moni menggelengkan kepalanya, kesal, “Dan kau ada masalah apa dengan Jo, Peah?”

Monday 2 March 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 5)

Iman terkocoh-kocoh turun dari tingkat atas. Dia sudah lambat! Sudahlah dia ada mesyuarat penting pagi ni. Itulah, pagi tadi selepas keluar dari bilik tidur utama, dia tertidur semula di biliknya. Alahai...
“Iman, jom sarapan dulu!”
Iman kalih memandang Lily, “Saya dah lambat, Lily.”
“Maaf sebab tak kejut awak sebab selalu awak bangun sendiri.”
“Tak apa,” balas Iman, pendek.
“Awak nak saya bungkuskan makanan?”
“Tak payahlah.”
Lily hela nafas lalu dia merenung Iman yang kelihatan kalut itu. Dia dekati Iman lalu lengan Iman dipegang,  “Kejap, Iman.”
“Saya dah lambat, Lily!” Iman keraskan suaranya.
“Kejap!” Lily tarik Iman pusing mengadap dirinya, “Tali leher awak ni. Kenapa tak ikat kemas-kemas?”
Iman mati kata. Lily yang berdiri rapat dengan tubuhnya, mengundang debaran yang datang tiba-tiba. Wajah Lily yang sedang khusyuk membetulkan tali lehernya direnung. Entah kenapa, debar yang dulu hilang, kembali hadir. Tanpa sedar, dia merenung wajah Lily telus.
“Dah siap,” Lily senyum sebelum mendongak mencari wajah Iman dan dia terkaku. Mata Iman tunak merenung dirinya.
Iman tersentak apabila Lily memandangnya. Nafas dihela, panjang, “Er... saya pergi dulu,” Iman bersuara perlahan sebelum berlalu keluar dari rumah, meninggalkan Lily yang masih termangu-mangu.
Lily rasa pipinya berbahang. Malu? Ya, dia rasa malu tiba-tiba...