Saturday 28 February 2015

[Mini Novel] FLY (BAB 17)

“Hadi cakap apa tadi Jo?” Elly pandang Johanna yang diam saja selepas bertemu dengan Hadi.
“Ceramah pasal aku tak patut malukan si Rena bla bla bla...” Ujar Johanna sebelum membuka ikatan rambutnya yang tadi disanggul. Klip rambut yang ada di rambutnya ditarik perlahan-lahan sebelum klip rambut itu diletakkan di meja studi Elly, “Thank you!”
“Most welcome.”
“Jo, hang nak stay up ka?” Nuha yang baru pulang dari tandas bertanya.
Johanna yang sedang menyarung seluar tiga suku mengangguk. Bajunya sudah bertukar dari baju kurung ke baju t-shirt gedabak yang bertulis ‘SAVE ENERGY’, “Kau nak stay up jugak ke?”
Nuha mengangguk, “Kerja khusus Matematik Tambahan aku tak siap lagi.”
“Banyak lagi ke?”
“Tak banyak dah. Hang? Stay up nak buat apa ja?”
“Latih tubi yang Hitler bagi kat aku hari tu.”
“Kimia?” Nuha jungkit kening.
Johanna mengangguk, “Redoks.”
“Dia nak kuatkan ikatan kovalen antara korang tu,” tiba-tiba Elly yang sudah berbaring di atas katil bersuara.

Friday 20 February 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 4)

Talian yang masuk dari telefon pintarnya, dibatalkan. Dia pegang pada janjinya dengan Lily. Dia tak mahu berhubung dengan Jun. Jun sendiri sudah dia maklumkan semalam namun Jun tak mahu faham permintaannya. Lehernya yang terasa tegang, diurut perlahan. Hari ni dah bermula tempoh seminggu yang diminta Lily. Dia sedar Lily cuba nak baiki keadaan tapi dia rasa kekok.
“Pagi-pagi lagi dah tegang, Iman?”
Senyum nipis diberikan kepada Azrul yang sudah tarik kerusi dan duduk di hadapannya, “Biasa aje.”
“Kau okey tak? Nampak serabut aje.”
“Tempoh seminggu Lily tu bermula hari ni.”
Azrul menganggukkan kepala, “Takkan baru mula dah serabut? Lagipun, sejak bila Lily pandai menyerabutkan kau?”
“Bukan Lily yang serabutkan aku. Jun tu, aku dah minta dia jangan contact aku seminggu ni. Tak faham-faham. Keep on jugak call, mesej. Naik rimas aku!”
“Orang dah sayang...” perli Azrul, perlahan.
Iman jeling Azrul, “Kau perli aku ke kau perli Jun?”
“Dua-dua sekali. Seorang tak sedar diri dah ada bini, seorang lagi tak sedar yang dia tu dok meruntuhkan rumahtangga orang.”
“Azrul!”
“Chill! Lily macam mana?”
Iman jungkit bahu, “Entah. Macam tulah.”
“Aku pelik dengan kau, Iman.”
“Apa yang peliknya?”

Thursday 19 February 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 3)

Iman buka mata yang terasa kelat. Bunyi dari telefon bimbitnya buat dia terjaga. Dia kalih memandang bahagian kiri katil. Dia tercengang sekejap bila Lily tidur di sisinya. Wajah polos itu kelihatan begitu lena. Dia tidak sedar bila Lily masuk ke dalam bilik tamu ini. Bilik yang sudah menjadi bilik rasminya sejak lima bulan lalu. Sudah lima bulan dia dan Lily berpisah katil dan semuanya atas kehendak Lily sendiri yang kononnya perlu masa untuk bersendirian. Namun hari ni... Lily sudah berbaring di sisinya.
Tangan Lily yang melingkari pinggangnya ditolak ke tepi, perlahan. Tak mahu membuat Lily terjaga. Iman capai telefon pintarnya yang masih berbunyi. Nama Jun tertera di skrin membuahkan senyum di bibirnya. Jarinya menolak ikon hijau di atas telefon pintarnya lalu telefon itu dilekapkan di telinganya, “Hello!”
“Wakey, wakey sunshine!” Ceria saja suara gadis di talian sana.
“I’m awake, Jun! Awal you bangun hari ni,” Iman meraup muka.
“I miss you...”
Iman spontan mengukir senyum, “I miss you too.”
“Jom jumpa hari ni?”
“I...” Iman mengerling memandang Lily yang masih berbaring. Tidak dia tahu Lily sudah terjaga atau tidak, “I can’t, Jun.”

Tuesday 17 February 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 2)

Iman menjungkit keningnya pada Lily, “Apa yang awak nak cakap?”
“Kita.”
“Maksud?”
“Saya nak cakap pasal kita.”
Iman mengangguk, “Okey. Kenapa?”
“Tengahari tadi saya nampak awak dengan seorang perempuan ni...”
Wajah Iman berubah sedikit sebelum dia mengangguk, “Okey.”
“Siapa dia?”
“Jun.”
“Apa hubungan awak dengan dia?” Lily angkat muka memandang Iman.
“Kenapa awak nak tahu?”
“Sebab saya isteri awak.”
Iman ukir senyum sinis, “Oh, really? Sejak bila awak mengaku awak isteri saya?”
Wajah Lily berubah.
“Jun tu...” Iman hela nafas. Wajah keruh Lily dipandang sekilas, “She is my girlfriend, special girlfriend.”
Lily angkat muka memandang Iman, “Wh... what?”
“You heard me, Lily. Jun kekasih saya.”
Lily tercengang. Tiba-tiba hatinya terasa bagai ditikam, sakit! “Habis, saya?”

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 1)

Lily kerling jam di dinding. Jam sudah menginjak ke pukul 11 malam. Iman Zariff, suaminya masih belum pulang. Sejak akhir-akhir ini, Iman sudah pandai pulang lewat ke rumah. Hati perempuannya tidak tenteram. Tambah-tambah pula hubungan mereka berdua semakin dingin. Salah dia sebenarnya tapi...
Satu keluhan dia lepaskan. Bunyi deruman kereta dari luar rumah buat dia berpaling ke pintu. Iman sudah pulang! Pakaian di tubuhnya dia kemaskan lalu dia berpura-pura menonton televisyen yang menayangkan filem Hong Kong lakonan Jet Li.
“Assalamualaikum...” Berserta salam, pintu rumah dikuak. Iman yang masih lengkap berkemeja masuk ke dalam rumah.
“Waalaikumussalam,” perlahan Lily menjawab. Dia kalihkan wajah dari peti televisyen ke wajah Iman, “Awak nak makan?”
Iman menggeleng, “Saya dah makan tadi.”
“Minum ke?”
Iman menggeleng lagi. Dahinya berkerut sedikit, “Awak kenapa?”
“Kenapa?” Lily pandang Iman lagi.
“Nothing! Saya naik atas dulu.”

Wednesday 11 February 2015

[Mini Novel] FLY (BAB 16)

Johanna menyuap nasi tomato yang menjadi hidangan utama untuk dinner ini. Sesekali dia berbual-bual dengan Nuha dan Elly. Nida pula tidak ada di meja kerana sedang bersedia di belakang pentas untuk persembahan koir.
“Nuha, nak ayam?” Elly pandang Nuha yang sedang menyuap sup cendawan ke dalam mulutnya.
“Hang tak habis ka?”
“Tak mau. Ayam isi,” ujar Elly. Ayam masak merah yang ada di pinggan Elly sekejap saja sudah berpindah ke pinggan milik Nuha.
“Wei, Nida dah keluar!” Ujar Johanna, teruja. Persembahan koir dari kelas 5 Kalium sudah bersedia untuk membuat persembahan.
Mereka bertiga terus bertepuk tangan sebaik sahaja pelajar-pelajar kelas 5 kalium memulakan nyanyian mereka.
Lagu Di Manakanku Cari Ganti nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee menjadi lagu pertama yang didendangkan oleh pelajar 5 Kalium.
“Elly, kelas kau tak buat persembahan ke?” Johanna pandang Elly.
Elly mencebikkan mulutnya, “Ada tapi aku tak join. Dia orang buat persembahan ala muzikal apa entah. Aku mana reti. Mula-mula tu aku tolong buat prop aje tapi bila aku buat semua tak kena, malas dahlah aku pun. Tambah bila si Peah tu kepoh sangat nak buat kerja itu ini, kitorang bagi ajelah dekat dia handle semua. Malas nak layan.”
Johanna ketawa, “Eh, Peah tu geng Rena jugak ke?”
“Of course. Sebilik dengan Rena sejak Form 1 tu. Tapi itulah, Peah kurang nama sikit dari Rena. Nama pun tak glamour. Peah,” ujar Elly sambil membuat muka menyampah.
Nama betul Peah bukan Peah pun. Nama betul dia Afiah Nurain tapi sebab mulut dia kepoh dan tak bising, terus jadi Peah.
“Jo, hang punya persembahan bila? Nida dah selesai,” Nuha menjungkit kening.
“Lepas BPP punya persembahan kot,” Johanna angkat bahu. Tika itu, barisan exco BPP yang perempuan termasuk beberapa orang pengawas perempuan sudah naik ke pentas.
“Dia orang ni nak buat persembahan apa ni?”
“Gaya macam nak nyanyi lagu Barney and Friends je by Rena, the bitch and all of her bitchy friends,” Johanna sengih. Mereka yang ada di pentas itu semuanya mereka yang pernah cari pasal dengan dia. Ketuanya, Rena sampailah ke beberapa orang pengawas. Nasib baik Nida tak macam dia orang tu.
Nuha dan Elly ketawa. Sempat lagi tu...

“Untuk persembahan seterusnya...” Muadz, yang menjadi emcee bersama Linda tersenyum tiba-tiba melihat cue card yang ada di tangannya, “... sebuah persembahan akustik dari pelajar kelas 5 Aurum, iaitu rakan sekelas saya sendiri. Berikan tepukan gemuruh untuk Johanna Sofea dan Danial Omar!”
Johanna melangkah ke arah pentas bersama D.O. dengan wajah kosong tak beriak. Sewaktu nama mereka dipanggil tadi, bunyi tepukan tangan langsung tidak kedengaran. Kalau ada pun, dia tahu dari siapa, sudah pastilah dari Nuha dan kawan-kawannya yang lain.
Johanna duduk di atas kerusi tinggi yang telah disediakan oleh pihak jawatankuasa pentas. Rambut panjangnya yang tadi dia lepas bebas, dia ikat tocang satu dengan getah yang sudah disediakan sewaktu di dalam bilik tadi.. Microphone stand yang turut ada di atas pentas itu, dia tarik dekat kepada dirinya.
Gitar berwarna hitam ditarik keluar dari begnya. Wayar speaker yang tersedia di atas pentas itu ditarik lalu dicucuk kepada gitarnya. Dia memetik gitarnya, memastikan bunyi keluar dari speaker. Sebaik saja selesai dia membuat sound check, dia mengangguk.
Microphone ditarik dekat ke mulutnya lalu bibirnya mengukir senyum, "Ermm... hi everybody! We’re Jo and D.O. from 5 Aurum. We’re going to perform a song entitled Flying Without Wings by Westlife. Do enjoy the song."
Johanna mula memetik gitar ditangannya. Melodi lagu Flying Without Wings mula kedengaran di serata dewan. Johanna mula membuka mulut, menyanyikan bait-bait lagu boyband dari Ireland itu.
Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be
Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings
Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry
You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings
Johanna ukir senyum kepada Nuha, Nida dan Elly yang tekun memandangnya membuat persembahan. Terima kasih kerana ada di sisi aku, kawan.
So, impossible as it may seem
You've got to fight for every dream
‘Cause who's to know which one you let go
Would have made you complete
Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
At any given time or place
Entah kenapa, matanya memandang Hadi yang duduk semeja dengan Rena, Moni, Nik dan konco-konco mereka yang lain. Matanya menikam mata Hadi sehingga membuatkan Hadi memandang tempat lain. Bibirnya terus mengukir senyum sinis dan dia terus menyanyikan rangkap seterusnya...
It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
‘Cause you're my special thing
I'm flying without wings
And you're the place my life begins
And you'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings
“I'm flying without wings..." sebaik sahaja dia selesai menyanyi baris terakhir lirik lagu tersebut, satu dewan kecuali meja Hadi, bangun dan menepuk tangan dengan gemuruh. Sesekali terdengar Zahin bersiul! Johanna dan D.O. mengukir senyum lalu mereka menunduk sikit. Sebaik saja Johanna kembali mengangkat mukanya, matanya terus menikam mata Hadi. I’m flying without wings, cause you’re my special thing...

“And for this second song, I dedicated to our lovely Head Girl, Rena dengan ucapan, Shut Up!” Johanna mengenyit mata kepada Rena sebelum mula memetik gitarnya. D.O. yang di sebelah Johanna turut memetik gitarnya di pangkuannya.
Muka Rena di meja penonton sudah mula memerah. Apatah lagi bila terdengar suara-suara sumbang yang mentertawakannya. Damn you, Johanna!
There you go
You're always so right
It's all a big show
It's all about you
You think you know
What everyone needs
You always take time
To criticize me
It seems like everyday
I make mistakes
I just can't get it right
It's like I'm the one
You love to hate
But not today
Mata Johanna terus memandang Rena lalu dia ukir senyum sinis. Oh I'm lovin' it! Muka Rena yang merah menahan malu, orang-orang sekeliling yang memandang sinis kepada Rena benar-benar buat dia rasa berpuas hati! Take this, Head Girl! Bajet bagus sangat dengan aku!
So shut up, shut up, shut up
Don't wanna hear it
Get out, get out, get out
Get out of my way
Step up, step up, step up
You'll never stop me
Nothing you say today
Is gonna bring me down
There you go
You never ask why
It's all a big lie
Whatever you do
You think you're special
But I know, and I know
And I know, and we know
That you're not
You're always there to point
Out my mistakes
And shove them in my face
It's like I'm the one
You love to hate
But not today
So shut up, shut up, shut up
Don't wanna hear it
Get out, get out, get out
Get out of my way
Step up, step up, step up
You'll never stop me
Nothing you say today
Is gonna bring me down
Is gonna bring me down
Will never bring me down
Don't tell me who I should be
And don't try to tell me what's right for me
Don't tell me what I should do
I don't wanna waste my time
I'll watch you fade away
Rena mengetap bibir! Entah bila, matanya berkaca-kaca. Dia rasa malu bila semua orang memandangnya dengan pandangan jelek. Tak menunggu lama, dia bangun dari tempat duduknya dan terus berlalu keluar dari dewan.
Hadi yang tersentak saat Rena berlari-lari keluar dari dewan memandang Johanna dengan mata tajam.
You are too much, Johanna!
Johanna angkat kening. She asked for it, mister! Hadi menggelengkan kepala, kesal dan Johanna buat tak tahu saja.
So shut up, shut up, shut up
Don't wanna hear it
Get out, get out, get out
Get out of my way
Step up, step up, step up
You'll never stop me
Nothing you say today
Is gonna bring me down
Shut up, shut up, shut up
Don't wanna hear it
Get out, get out, get out
Get out of my way
Step up, step up, step up
You'll never stop me
Nothing you say today
Is gonna bring me down
Bring me down
{shut up, shut up, shut up}
Won't bring me down
{shut up, shut up, shut up}
Bring me down
{shut up, shut up, shut up}
Won't bring me down
Shut up, shut up, shut up
Dan Johanna mengakhiri lagunya dengan rasa puas hati yang amat sangat! You suck, Head Girl! Big time! 
Saat dia mengalihkan matanya kepada Hadi, dia tergamam dua saat. Hadi sedang berlalu keluar dari dewan, mungkin mencari Rena. Johanna tanpa sedar melepaskan keluhan. Tepukan gemuruh dari penonton di bawah bagaikan tidak memberi kesan kepada Johanna. Apa je aku buat, semuanya salah kan di mata kau?
"Jo, kau okey?" D.O. pandang Johanna dia sebelahnya yang tadi dia nampak sangat ceria.
Johanna senyum, ceria sekali! “Okey!”

“Woohooo! Way to go, Johanna Sofea!” Elly menepuk tangan sebaik saja Johanna melangkah ke meja mereka.
“Kau tak payah nak happy sangat, Elly!” Nida ketawa.
Johanna melabuhkan punggung di sisi Nuha lalu matanya memandang ke arah meja Rena, “Korang sedar ke waktu Rena lari keluar tadi?”
Nida mengangguk, “Sedar.”
“Dan aku sedar jugak yang Hadi berlari keluar tadi,” ujar Elly. Nuha dan Nida pula menganggukkan kepala mereka, mengakui kata-kata Elly.
“Awek stress, dapat lagu. Pakwe kenalah pergi pujuk,” ujar Johanna sebelum dia menyisip air oren di depannya.
Nuha pandang Johanna, “Hang okey ka, Jo?”
“Okey je. Aku rasa best gila kot dapat kenakan Rena! Pergh, best feeling ever!” Ujar Johanna, dengan nada ceria. “Wei, dinner habis pukul berapa? Soalan latih tubi si mamat skema tu aku tak habis buat lagi.”
“Dah nak habis dah ni,” ujar Nida sambil matanya melirik ke arah Nuha. Nuha mengangguk faham. Johanna tak okey! Something is wrong with her.
“Ada penyampaian hadiah untuk Best Performance, Best Dress, Best Couple dan bla bla bla...” Sampuk Elly, selepas mendapat isyarat mata dari Nuha.
“Best couple?” Johanna jungkit kening.
“Yup. Dalam tentatif ada tulis. Cikgu yang tentukan, tapi tak tahulah based on apa. Jawatan ke or kerjasama ke apa ke.”
Johanna mengangguk, “Dah macam cerita One Tree Hill dah aku rasa, dengan best dress bagai, best couple ala-ala king and queen. Loya tekak, loya tekak... wekk!”
“Kau layan jugak One Tree Hill, rupanya?” Nida buat muka tak percaya.
“Wei, cerita tu best kot!” Johanna ketawa.
“Aku ingat kau tak layan cerita macam tu,” ujar Elly dengan senyuman.
“Cerita dia best sebab cerita tu pasal kesungguhan Lucas dengan Nathan tu dengan bola keranjang. Yang aku tak sukanya, banyak sangat cintanya tambah si Lucas tu. Hati tak tetap sungguh, kejap nak Brooke, kejap nak Payton.”
“Erm... wei...” Nuha mencuit bahu Johanna.
Serentak mereka bertiga berpaling memandang Nuha, “Kenapa?”
“Hangpa cerita pasai apa ni? Awat aku tak tau apa-apa pun?”
Serentak mereka bertiga ketawa. Nuha... Nuha...

Johanna dan rakan-rakannya beriringan keluar dari dewan sebaik saja selesai majlis makan malam. Sambil berjalan, sempat mereka mengusik Nuha yang memenangi pertandingan Best Dress. Tak sia-sia pakai baju kurung Kedah!
“Johanna!”
Senyuman di bibir Johanna mati. Wajah lelaki yang sedang bersandar pada tiang itu buat dia menyampah dan sakit hati tiba-tiba, “Kau nak apa? Mentor mentee kita esok.”
“Aku nak cakap sikit dengan kau.”
“Esok kau cakaplah. Aku nak baliklah.”
“Aku nak cakap sekarang.”
Johanna mengeluh, “Fine! Make it fast!”
Hadi pandang Nuha, Elly dan Nida sebelum beri isyarat dia mahu berbicara secara tertutup dengan Johanna.
“Eh, korang nak pergi mana?” Johanna pegang tangan Nuha, menghalang Nuha dari berlalu.
“Kami tunggu dekat laluan surau sana. Nanti dah selesai, jumpa kat situ ja.”
Johanna mengangguk lalu tangan Nuha dilepaskan sebelum dia memandang Hadi, “Cepatlah cakap!”
Tika itu, jumlah manusia di laluan pejalan kaki itu mula berkurangan. Hadi masih lagi bersandar di tiang dengan matanya tajam memandang Johanna.
Johanna jungkit kening pandang Hadi, "Apa pandang-pandang?!"
"Pakai baju kurung, sneakers dan pangku gitar. Unik."
"I'll take that as a compliment."
Hadi hela nafas lalu menggeleng, "Kenapa kau malukan Rena tadi?"
"Mana ada malukan dia..."
"Johanna..."
Johanna buat muka, "Kau sayang sangat dekat Rena tu, kan?"
"Tak baik buat macam tu, Johanna. Ya, aku tahu Rena tu banyak cari pasal dengan kau tapi itu tak bermaksud kau kena balas dendam kau macam tu."
"Dah, kau nak aku buat apa? Terus biar aku kena kutuk macam-macam dengan awek kau tu? Terus biar dia buat benda-benda jahat dekat aku?! Kau bias!"
"Satu, dia bukan awek aku!" Hadi bersuara tegas, "Dua, aku bukan bias cuma aku tak nak kau hidup dengan hati penuh dengan dendam."
"Too bad. Aku memang seorang yang pendendam.."
"Johanna, kau bukan seorang pendendam. Aku tahu tu. Katalah kalau Rena cakap pasal benda yang tak elok tentang kau, diam dan istighfar. Itu lebih baik dari kau mencarut, balas dendam..."
Johanna senyum sinis. Rambutnya yang panjang dia sanggul, "Kalau kau nak bela Rena sampai tahun depan, silakan. Aku blah dulu! Ciao!" Tanpa berpaling ke belakang, dia terus berlalu. Bibirnya terkumat-kamit, mengutuk Hadi yang tak habis-habis nak menangkan Rena! Mentang-mentang minah tu Head Girl, aku ni budak jahat. Blahlah lu!
Hadi melepaskan nafas. Aku bukan bela Rena, Johanna. Tapi aku sedang cuba 'jaga' kau...


p/s: oh, ni biasa aje. bab seterusnya ya... :)

Tuesday 10 February 2015

[Mini Novel] FLY (BAB 15)

“Siapkan soalan latih tubi redoks ni. Hari Isnin ni waktu prep petang, jumpa aku kat library. Kita check benda ni sama-sama,” beberapa set soalan Kimia dihulurkan kepada Johanna.
“Untuk hujung minggu ni, tak boleh ke kau biarkan aku hidup normal macam orang lain?”
“No!” Hadi menggeleng lalu dia bangun. “Ingat, siapkan latih tubi ni. Assalamualaikum!”
Johanna merengus. Langkah Hadi yang dah menjauh dipandang sebelah mata saja. Hitler!
"Jo, kau apahal termenung panjang aje ni? Ada masalah?" D.O. yang sedang membetulkan tune gitarnya memandang Johanna yang nyata sedang mengelamun.
"Macam mana kau boleh tahan dengan Hadi, D.O.?" Soal Johanna sebaik sahaja lamunannya hilang.
"Hah?"
"Dia tu perangai macam Hitler kau, tau?"
"Aku rasa dia okey je, Jo."
"Okey? Pfft! Dia tu wajib kena campak masuk tasik kat belakang makmal KH tu kau, tau?"
"Siapa wajib kena campak masuk tasik tu?"