Friday 21 November 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 12)

“Diam aje kau, kenapa?”
Johanna senyum mendengar soalan Cap lantas dia menggeleng, “Diamlah, tak ada benda nak cakap.”
Cap mencebik, “Yalah kau tu! Ada problem tak pernah nak share dekat aku.”
“Kau sendiri tahu aku macam mana, dude!” Ujar Johanna lalu membetulkan letak topi di kepala, “How’s life?”
“Sucks! Parents aku tak bagi keluar rumah dah kot, kononnya sebab dah nak trial. Start cuti ni, hari-hari ada private tutor datang mengajar aku! Serabut wei! Nak lepak pun susah,” separuh merungut Cap bersuara, “Ni pun aku keluar sebab konon-konon nak buat study group dengan kau.”
“Blah! Parents kau tak bising pulak?”
Cap angkat bahu, “Parents aku tak ada, bibik aje ada. Aku kelentonglah. Macam tak biasa. Bibik tu takut sikit kalau dengan aku.”
Johanna angguk kepala, “Berhentilah jadi budak nakal, Cap!”
“Aku dah cuba kurangkan dah kenakalan aku ni. Eh, kawan kau yang hari tu, yang pakai tudung purple tu. Siapa nama dia?”
“Kenapa kau nak tahu?” Johanna yang duduk di atas buaian menjungkit kening pada Cap yang duduk di atas jongkang-jongket.
“Saja. Aku macam berminat aje dengan dia!”
Johanna buat muka, “Kau dengan dia tak sesuailah!”
“Lah, kenapa?!” Cap buat muka konon kecewa.