Saturday 11 October 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 11)

“Mummy, masak apa tu?” Jihanna memeluk pinggang Puan Suhana yang sedang memasak.
“Jihan punya favourite, sambal sotong,” balas Puan Suhana, mesra.
Jihanna meleraikan pelukannya lalu dia bersandar di kabinet dapur, “Makanan kegemaran kak long?”
Tangan Puan Suhana yang sedang mengacau sambal sotong di dalam kuali terhenti.
“Kak long would be glad if mummy masakkan untuk dia,” ujar Jihanna, perlahan. Takut mummy terasa.
Puan Suhana tak menjawab sebaliknya dia mencapai pinggan kecil yang ada di rak pinggan lalu sambal sotong yang di dalam kuali dicedok ke dalam pinggan tersebut, “Jihan tolong letak lauk ni ke depan.”
Jihanna hela nafas sebelum mengangguk. Pinggan di tangan Puan Suhana bertukar tangan. Jihan yang baru nak berlalu terkaku bila ternampak Johanna yang bersandar bahu pada pintu dapur, “Kak long...”
Puan Suhana berpaling ke belakang. Johanna betulkan letak sweater pada tubuhnya lalu dia mendekati water dispenser yang ada di atas kabinet dapur. Gelas yang ada di tepi water dispenser dicapai dan terus dia memenuhkan gelas itu dengan air dari mesin itu. Johanna berpaling pada Jihanna, “Jihan ada panadol?”

Wednesday 8 October 2014

[CERPEN] JADI MILIKKU? RAYA SPECIAL

Tak Selamanya Bahagia Milik Kita
Sunyi. Kalau ada sebatang jarum jatuh atas lantai ni harus berbunyi satu rumah. Adilla dan Darwisy menunduk saja, tak berani nak angkat muka memandang aku.
"Cuba ulang mummy cakap apa tadi?"
Senyap.
"Along! Abang! Mummy cakap apa tadi?!" Aku bersuara dengan suara naik lebih satu oktaf!
"Mum... mummy syuruh minta maaf," Darwisy bersuara perlahan.
Adilla kulihat mengesat air mata lalu dengan tersekat-sekat dia bersuara sambil menghulurkan tangannya kepada Darwisy, "Ab... abang, along minta maaf syebab habisykan konplek abang."
Aku menganggukkan kepala lalu aku pandang Darwisy, "Abang?"
Darwisy kulihat mengerling sikit pada Adilla lalu menyambut tangan Adilla, "Abang pun minta maaf syebab marah ayong abisykan konplek. Lepas ni abang pwomish abang share dengan ayong."
Senyuman terus menguntum di bibirku lantas aku depangkan tangan, "Now, come to mummy!"
Serentak, mereka berdua berlari mendapatkan aku. Adilla yang memelukku di sebelah kiri menangis tersedu-sedu. Darwisy juga sama. Tadi nampak macho aje minta maaf tapi ni menangis pula, "Lepas ni, tak nak bergaduh dah tau? Mummy tak suka. Along kalau nak apa-apa dari abang, minta baik-baik. Abang pun sama. Jangan sebab makanan tu nak bergaduh. Apa-apa, kongsilah. Faham?"

Monday 6 October 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 10)

“Jo...” Bahu Johanna yang mengerekot digoncang perlahan, “Bangun, Jo! Dah subuh.”
Johanna diam tak berkutik. Nuha mengeluh. Liat Ya Rabbi! Bahu digoncang lagi, lebih kuat dari tadi. “Johanna, bangun...”
Johanna menggerakkan sedikit badannya lalu mata dibuka perlahan, “Nuha...”
Mata Nuha yang terasa payah nak dibuka tadi terus terbuntang luas, “Jo, seraknya suara hang!”
“Perit tekak,” balas Johanna, pendek.
“Hang demam ka?” Dahi Johanna dipegang, “Ya Allah! Panaihnya! Hang demam ni, Jo!”
Johanna sengih. Tangan Nuha dikepalanya ditepis, “Biasalah ni. Panas sikit aje. Dahlah, jom siap. Jom kejar pahala.”
Nuha mengeluh, “Hang nak tukaq topik.”
Johanna berdiri sambil tangan memegang dinding chalet. “Bukan tukar topik tapi malas nak berbahas benda tu dengan kau.”
“Hang boleh ka jalan ni? Kalau rebah macam mana?” Nuha pimpin Johanna yang nampak macam orang baru balik dari kelab malam. Terhuyung-hayang macam mabuk.
“Kalau rebah...” Johanna sengih senget lalu dia pandang Nuha, “Kaulah angkat aku!”

Friday 3 October 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 9)

Johanna menggaru lengan yang terasa gatal. Mesti nyamuk dah menghisap darah aku ni, getus hatinya. Kemudian dia memandang Hadi, “Head boy.”
“Apa?”
“Kenapa kau tak lepak dengan budak lain?”
“Entah. Rasa macam tak nak lepak dekat sana,” balas Hadi bersahaja.
Johanna mengangguk. Macam tu pulak, “Kalau macam tu, aku nak gerak pergi sanalah. Nak lepak dengan budak-budak tu.” Alasan aje tu! Padahal dia tidak betah untuk terus duduk di sisi Hadi. Jantungnya macam nak tercabut keluar dah ni!
Hadi angkat bahu, tanda tak kisah. Johanna, tanpa pamitan, terus berlalu meninggalkan pangkin yang diduduki Hadi tadi.
Langkah kakinya diatur kepada Nuha yang tersengih-sengih memandangnya. Johanna buat muka, “Jangan dok sengih sangat, boleh?”
Nuha sengih, gitar milik Johanna ditangannya dihulurkan kembali kepada Johanna, “Yours!”
“Jo, mainlah gitar sekali!” Muadz yang duduk di sebelah Zahin bersuara.