Saturday 27 September 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 8)

Johanna membuka hoodie yang menutup wajahnya apabila dia terasa bas berhenti. Dia kerutkan dahi melihat kawasan hutan di sekelilingnya. Bunyi cengkerik, deru air sungai buat dia mengeluh. Dah sampai...
Dikerling Hadi yang masih belum sedarkan diri di sebelahnya. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum dan cepat pula senyumannya mati. Ehhhh! Apahal kau nak senyum-senyum pandang
Hadi ni? Johanna menggelengkan kepalanya berkali-kali. Gila, Jo! Gila!
“Kau kenapa?” 
Gelengan kepala Johanna terhenti. Dia pandang Hadi yang sudah duduk tegak walaupun matanya masih kelihatan kuyu. 
“Kau...” bibir Johanna terhenti sendiri dari berkata-kata. Dia dah kena sumpahan apa ni?
“Kau kenapa, Johanna? Tak pernah tengok hutan ke macam mana?” Sindir Hadi bila lihat Johanna macam tersampuk bisu.
Johanna terus pandang ke luar tingkap. Shit! Benda apa ni? Kenapa aku jadi macam ni? Ish...
“Johanna?” Hadi angkat kening. Kenapa budak ni?
“Pergi turunlah, Head Boy!” Ujar Johanna, keras tapi masih tak memandang Hadi.
Hadi jungkit bahu, “Tak payah kau cakap, memang aku nak turun pun.”
Johanna mengangguk, “Baguslah!”

Saturday 20 September 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 7)

"Kem kecemerlangan SPM tu memang wajib ke kita pergi?" Tanya Johanna pada Elly yang baru selesai mengaji. 
"Wajib katanya. Untuk semua student Form Five. Kalau tak boleh pergi, alasan kena kukuh." 
"Kalau kata aku malas, kira alasan kukuh tak tu?" Johanna sengih jahat. 
"Bengong!" Nuha ketawa lalu menggeleng. 
Johanna sengih. Aku seriuslah! 
"Nida, senyap aje. Kenapa?" Tanya Elly. 
Nida menggeleng, "Korang tahu kan untuk Kem Cemerlang SPM ni kita tak disediakan tempat tidur. Kita kena bina khemah sendiri. Makan aje yang disediakan." 
Johanna yang tadi berbaring terus bangun, "Shit!" 
Tiga pasang mata terus memandang Johanna, "Jo!" 
Johanna tekup mulut, "Sorry! Terlepas." 
Elly mengangguk, "Dah solat?" 
Johanna mengangguk, "Dah. Jemaah dengan Nida tadi." 
Nida turut mengangguk, mengiakan kata-kata Johanna. 

Wednesday 17 September 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 6)

Johanna mengerut-ngerutkan dahinya! Jantungnya masih lagi tidak sekata degupannya. Pensel mekanikal ditangan kirinya dipusing-pusing. Kalkulator saintifik dikeluarkan dari bawah meja. Buku latihan Matematik dibawa keluar. Latihan Kimia yang hanya separuh dijawab, ditutup lalu disimpan di bawah meja.
“Nuha, kenapa dengan Jo?” D.O. mengerling Johanna yang fokus dengan latihan di tangannya.
Nuha ukir sengih, “Dia ada masalah tekanan jiwa sikit!”
“Kenapa?”
“Hang mana boleh tau!”
“Kenapa?”
“Hang jangan dok banyak tanyalah. Aku taboh dengan botol ayaq aku ni, baru hang tau!” Nuha mengerutkan dahinya. Banyak tanya sungguh si D.O.!
D.O. kerut dahi! Dah kenapa dengan Johanna? Matanya kembali memandang Johanna. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, “Oh, Jo!”
“Apa?” Tanpa mengangkat muka dari buku latihannya, Johanna menyahut.
“Hadi kata petang ni mentor-mentee cancel. Dia ada mesyuarat dengan BPP.”
Johanna angkat muka. Oh, mentor-mentee hari ni cancel? Eh, Johanna! Apahal kau nak rasa sedih ni? Lepaklah! Petang ni boleh prep dalam kelas dengan Nuha, dengan D.O., dengan Mimi, dengan orang lain lagi! Patutnya kau gembira tapi apahal kau kecewa ni?!

Monday 15 September 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 5)

Johanna senyum sinis lalu dia dekati Hadi dan terus dia membisikkan sesuatu di telinga Hadi yang buat Hadi termalu sendiri, “Kau bukan Tuhan nak menghukum aku, Hadi. Malah, kau tak ada hak pun untuk hukum aku! Orang kata, biar orang pandang kita buruk asalkan kita tak menghukum orang lain sesuka hati kita sebab kita pun tak sempurna mana.”
Hadi terdiam tanpa suara cuma matanya merenung terus ke dalam mata Johanna. Johanna pula mengangkat kening, seolah-olah mencabar Hadi.
"Well! Look who we have here!"
Johanna dan Hadi yang tadi saling merenung berpaling ke suara yang menegur. Wajah Johanna berubah terus. Hadi yang sedar dengan perubahan wajah Johanna hanya buat selamba.
"Jo, tak sangka dapat jumpa kau kat sini. So, how was your new school?" Miley atau nama betulnya Amelia mengukir senyum sinis. Saja nak mencabar Johanna.
"That school is way more awesome. You want to know why?" Johanna tersenyum manis, "Because they don't produce bitch like you!"
Wajah Miley berubah terus. Senyumannya mati, "Oh really?! Tapi still kesian dekat kau kena tukar sekolah lain sebab daddy kau paksa, kan?" 
Johanna mengepal penumbuk, "Tak apa. Asalkan tak nampak muka sundal kau!"

Friday 12 September 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 4)

Johanna duduk di tepi padang dengan memeluk lutut. Nuha dan Nida turut ada di situ sambil mereka mengunyah keropok lekor yang dibeli dari Kafe Teratai. Sesekali Nuha menjerit, memberi sokongan kepada Elly yang sedang menjalani latihan bola baling di tengah padang.
Johanna mengerling Nida dan Nuha yang sibuk mengunyah keropok lekor. Lapar sangat ke budak dua orang ni? Dia menggeleng lalu dia bangun.
“Eh, hang nak pi mana?!” Nuha angkat kening bila dia nampak Johanna berdiri.
“Jalan. Bosanlah duduk saja. Aku nak pusing kawasan sekolah,” ujar Johanna sambil memandang Nuha, “Kenapa? Kau nak ikut?”
Nuha pantas menggeleng, “Tak mau. Aku nak tengok Elly main bola baling.”
Johanna mengangguk lalu dia pandang Nida, “Kau, Nida?”
Nida menggeleng, “Tak mau. Aku nak duduk kat sini aje. Malas nak berjalan.”
Johanna ketawa lalu dia mengangguk, “Aku pergi dululah kalau macam tu,” dan baru dua langkah dia berjalan, Nida menyeru namanya.
“Jo!”
“Yup?”
“Kau jangan fly pulak, tau?”
Johanna ketawa, “Kau perli ke apa ni?”
Nida ketawa, “Kau terasa, ambiklah!”

Monday 8 September 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 3)

Johanna mengipas mukanya yang terasa panas dengan kipas bakar sate. Hari ni baru dia tahu betapa susahnya orang yang jual sate dekat pasar-pasar malam dan kedai-kedai makan. Dengan bahangnya, asapnya, bau arang dan lain-lain lagi.
“Orang suruh kipas sate, bukan kipas muka kau!” Sinis saja suara orang yang berdiri di depan kaunter.
Johanna pandang ke kaunter. Cis! “Sibuk!”
D.O. ukir sengih. Bergaduh lagi budak dua ekor ni, “Hadi, live band performance tu pukul berapa?”
Hadi angkat bahu, “Tak pasti. Malam nanti rasanya, lepas isyak.”
“Jo, malam ni jom sekali pergi tengok live band tu,” D.O. pandang Johanna yang asyik mengipas sate.
Johanna kerut dahi sambil menutup hidungnya, “Aku tak ada tiket.”
“Aku ada beli lebih hari tu tapi jangan lupa ajak Nuha sekali tau,” D.O. sengih lebar.
Johanna mengangguk sambil tangan kanannya mengipas sate dan tangan kirinya mengipas mukanya!
Hadi mengerling Johanna yang nampak sangat kekok mengipas sate. Dia menggeleng lalu dia masuk ke tempat membakar sate. Kipas di tangan Johanna ditarik, “Dah, tepi!”
Johanna kerut dahi, “Kau apahal?”
“Pergi isi kuah kacang dalam plastik. Biar aku je bakar sate ni," ujar Hadi tanpa mempedulikan Johanna.

Saturday 6 September 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 2)

Empat minggu berlalu, Johanna dah boleh membiasakan dirinya dengan rakan sebiliknya dan sekolahnya. Tapi dia masih mempunyai masalah dengan rakan sekelasnya. Ada yang okey dengan dia, ada yang alergi dengan dia padahal dia tak pernah kacau pun budak-budak tu.
“Jo, kau tolong aku boleh?” D.O. yang duduk di depan Jo berpaling ke belakang.
“Tolong apa? Kalau duit, aku tak ada!” Johanna ukir sengih jahat.
D.O. buat muka, “Bukanlah!”
“Dah tu?” Tanpa mengangkat wajah dari buku Julia, Johanna bertanya.
“Ajar aku add math. Aku rasa nerve kat otak aku semua dah berselirat tengok soalan tutorial yang Kak Nor tu bagi!” D.O. buat muka sedih.
Nuha di sebelah Johanna terus ketawa, “Selamba badak ja hang panggil Madam Normadiah tu Kak Nor. Hang ingat dia kak hang ka apa?”
D.O. sengih, “Ala, kira sweet apa aku panggil dia Kak Nor. Kalau aku panggil baby nanti, korang pengsan.”
Johanna dan Nuha buat muka konon jijik.
Pap! Kepala D.O. dipukul dari belakang, “Kau tak ada orang lain nak mengayat?”
D.O. mendongak memandang si pemukul. Cis! Kacau daun! “Sibuklah kau, Nik.”
“Hai, Nuha!”

[MINI NOVEL] FLY (BAB 1)

“This is your room. Awak boleh ambil katil yang belah kiri tu, situ kosong. Budak-budak lain pergi prep petang. Nanti dia orang balik, bolehlah awak berkenal-kenalan,” Cikgu Mashitah ukir senyum manis kepada si gadis yang membelakangi dia, “Saya warden untuk blok ni, jadi kalau ada apa-apa masalah, boleh beritahu saya.”
“Terima kasih, cikgu!” Ayah kepada si gadis menundukkan sedikit kepalanya, tanda hormat.
“Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Oh! Sebelum saya terlupa, pasal kelas, awak boleh tanya terus pada rakan sebilik awak yang bernama Nuha. Dia sekelas dengan awak.”
Si gadis berpaling lalu mengangguk, tanda faham sebelum kembali berpaling mengadap tingkap.
“Kalau macam tu, saya pergi dulu Encik Suffian, Puan Suhana.”
“Terima kasih cikgu,” serentak Encik Suffian dan Puan Suhana bersuara. Cikgu Mashitah berlalu dari bilik K-013.
 “Wow! I love this school...” Si gadis berpaling kepada ibu bapanya, “Not!”
“Pia boleh kemas barang Pia dulu,” Puan Suhana bersuara, tanpa mempedulikan kata-kata anaknya.
“Mum! Can’t you hear me? I hate this school! Pia tak faham kenapa mummy dengan daddy hantar Pia ke sekolah ni. This school sucks!”
“Johanna Sofea, this is not a time for you to whine around!”
Johanna buat muka, “So what time is it for? Having fun around this school? Sheesh!”
“Kalau Pia tak bertumbuk dekat sekolah lama dulu, daddy takkan hantar Pia ke sini, tahu?”