Sunday, 20 April 2014

[CERPEN] Si Jari Cantik

Aku betulkan tudung yang tersarung di kepala. Tudung sarung menjadi pilihan bila ada kelas petang macam ni. Tak ada masa aku nak pakai lawa-lawa. Bukannya ada orang pandang aku pun. Beg sandang aku capai dan terus aku keluar selepas aku matikan suis kipas. Jam di tangan aku kerling. Oh damn! It’s already 2.55. Kelas pukul tiga. Bijak betul time management kau, minah!
Sepanjang jalan nak ke kelas, aku menunduk. Oh, bukan sebab aku pemalu. Dan bukan juga sebab aku ni menjaga pandangan tapi, aku memang macam ni kalau jalan sorang-sorang. Kalau ada member aku yang lain, aku okey je.
“Nerdy!”
Aku berpaling ke belakang. Mulut aku muncungkan, “Nadirah. Bukan Nerdy!”
“Whatev~,” Kyla mengibas selendangnya yang ditiup angin ke belakang, “Aku ingat kau dah pergi kelas.”
“Aku bangun lambat. Sedar-sedar dah 2.30! Dahlah aku tak solat zohor lagi waktu tu! Kalutlah aku! Aku ingat kau dah pergi dulu,” aku berjalan seiring dengan Kyla.
“Aku?” Kyla tuding jari pada diri sendiri, “Aku pergi dulu? Merepek kau, Nerdy!”
Aku ketawa, “Dah tu kenapa lambat?”
Kyla tak menjawab, sebaliknya dia menunjuk ke arah selendang belit-belitnya. Aku menggeleng saja sebelum menunduk. Dah kenal sangat dengan Kyla.
“Oh my Nerdy!” Kyla tiba-tiba menarik tangan aku.
“Kau apahal minah?” Aku pandang Kyla.
“Tengok depan, Nerdy!” Aku pandang depan. Aku terkedu dua saat. Oh my, dia kat depan mata! Dia, si jari cantik!

Wednesday, 9 April 2014

[CERPEN] Misi Cah Mengorat Acap!

Suatu ketika dahulu,
“Kita suka awak," si budak perempuan memuncungkan mulutnya mendengar luahan si budak lelaki.
“Mana boleh nak suka-suka kita. Mama kita kata, kena belajar dulu. Belajar pandai-pandai jadi enjinyer, baru boleh suka kita," si budak lelaki tunduk sedih bila budak perempuan itu bersuara.

Pada masa sekarang,
“Cah, kau tau tak si Zafran tu dah balik sini balik.“
Isya Solehah angkat kening, “Zafran mana ni?"
"Eh, silap! Kau mana panggil dia Zafran, kau panggil dia Acap."
Isya terus kaku, Acap dah balik sini?! Berdebar gila. Dulu waktu sekolah rendah, Acap sangat sukakan dia tapi dia tak layan sebab dia budak-budak lagi. Masuk sekolah menengah, dia yang sukakan Acap tapi Acap dah tak suka dia!
Habis sekolah, Acap masuk masuk matrikulasi dan kemudiannya masuk ke UPM. Dia pula masuk UPSI lepas habis Form 6. Dah berapa tahun tak jumpa Acap, sebab tu bila si Ros cakap Acap balik sini, dia berdebar. 
“Cah, kau ni menung apa? Dengar tak aku cakap apa tadi?"
“Eh, kau cakap apa?"
“Si Acap kau tu bawak balik awek dia sekali."
Isya buntangkan mata, “Awek?!"
Ros ukir senyum, “Kau suka dia lagi, ek?”
Cah ketawa sambil menggeleng, “Merepek kau, Ros. Bila aku suka dia?”
Ros ketawa, “Kau ingat aku tak tahu? Pinangan Alif kau tolak sebab Acap kan?”
Cah mencebirkan bibir, “Malas layan kau, mak cik! Aku nak balik. Nanti mama aku bising.”
“Cikgu Cah takut mama bising ke nak mengintai anak teruna orang yang baru balik tu? Baik-baik sikit Cah oi, dia dah ada awek.”
Cah terus saja berlalu tanpa berpaling pada Ros, si tukang jahit kampung merangkap kawan baik aku sejak zaman sekolah. Betul ke Acap dah ada awek? Alahai hati, tolong jangan sedih…