Thursday, 20 March 2014

[CERPEN] Saya. Awak. Kita.


Pija tunduk memandang jari yang berinai. Inai dia tak semerah pengantin lain yang dia pernah tengok. Yelah, dia pakai pun sebab suka-suka saja tapi tak sangka, inai yang dipakai ini akan jadi inai pengantin. Sesekali dia mengerling si lelaki yang bersila di depan ayah. Nafas dihela. Entah kenapa mesti ini yang terjadi. Nak salahkan takdir? Berdosa besar tu. Ini ketentuan Allah. Siapalah Pija nak melawan, apatah lagi bila maruah keluarga yang menjadi taruhan.
Pija hela nafas sekali lagi. Muhammad Aufa. Nama yang unik. Tuannya? Entahlah, tak tahu nak cakap unik ke tak. Sepatutnya bukan Aufa yang jadi pengantin lelaki tapi disebabkan abang Aizat lari ikut kekasih dia, dia terpaksa jadi galang ganti. Yang buat kes lari-lari ni makin pelik bila kakak Pija, si pengantin perempuan yang asal, lari ikut kekasih hatinya, si pemandu teksi dan dia, Shafiza Iman yang harus jadi galang gantinya.
“Pengantin lelaki dah sedia?” Suara tok kadi buat Pija angkat muka. Dalam hati berdoa, agar si lelaki tiba-tiba berdiri dan cakap tak bersedia.
“InsyaAllah, saya dah sedia,” Pija terus rasa layu bila si lelaki bersuara. Pija tarik nafas lalu dihembus perlahan. Moga Allah beri kekuatan pada diriku, bisik hati Pija.

Aufa rasa tangannya menggeletar. Entah kenapa dia yang harus duduk bersila di depan bapa pengantin perempuan. Entah di mana silapnya, bila pengantin yang sepatutnya bersila di tempatnya, lari dengan jantan lain. Ya, jantan a.k.a lelaki. Alongnya songsang. Astaghfirullahal’azim. Mengucap panjang ibu bila along pagi tadi terus berlari keluar dan naik kereta dengan seorang mat saleh. Dahlah sekali dengan baju pengantin dia lari. Abah? Terus rebah. Pitam kat laman.
Dia waktu tu tercengang. Tak tahu nak buat apa dan last sekali, dia pun menjadi galang ganti demi maruah keluarga. Si pengantin perempuan? Dia tak kenal pun. Dia pernah jumpa si pengantin ni pun sewaktu merisik, meminang, bertunang dan er… hari nilah. Dengar kata, dia pun jadi galang ganti jugak, si pengantin perempuan yang betulnya dah lari ikut pemandu teksi.
“Pengantin lelaki dah sedia?” Tersentak sekejap. Bibir ukir senyum tapi bukan dari hati.
Niat di hati, nak berdiri dan cakap, saya tak sedia! Saya tak nak kahwin! Tapi entah kenapa, dia jatuhkan kepala, mengangguk, “InsyaAllah, saya dah sedia.”
Dan bermulalah kisah mereka berdua. Aufa dan Pija.


Pija buka selendang yang belit-belit di atas kepalanya. Rimas. Pija mana pernah pakai selendang belit-belit ni. Ni kali pertama. Selalu dia pakai tudung bawal je, tak pun tudung sarung. Manalah Cik Shafiza... eh, bukan cik dah. Dah jadi puan dah. Puan Shafiza Iman. Isteri kepada…
Tak sempat otak Pija nak habiskan ayat, pintu dikuak dari luar. Tanpa sebarang kata, Aufa melangkah masuk. Pija spontan tarik selendang yang tadi dia letak di atas meja, terus diletak atas kepala.
“Shafiza Iman,” Pija rasa meremang bulu roma bila namanya diseru Aufa. Ah, sudah, “What should I call you? Shaf? Fiza? Iman? Or...”
“Pija. Panggil saya Pija.”
“Oh. Saya, Aufa,” Aufa duduk di atas katil yang sudah dihias cantik, “Eh, tak apakan saya duduk atas katil ni?”
Pija angguk, “Duduklah.”
“Jadi...”
“So…”
Serentak mereka terdiam. Pija kelu lidah tiba-tiba. Aufa tiba-tiba rasa macam ada emas dalam mulut.
“Ladies first,” ujar Aufa, mematikan kebisuan mereka.
Pija berdehem, konon membetulkan suara, “Awak… tak kisah ke kahwin dengan saya?”
Aufa yang dengar soalan Pija rasa nak buat-buat tidur tapi dia jawab juga, “Kisah. Sebenarnya saya sangat kisah tapi... bila melibatkan maruah keluarga saya, saya terpaksa terima dan ikhlaskan hati saya. Mungkin sudah ditulis di Loh Mahfuz yang jodoh ni milik kita. Awak?”
Pija hela nafas, “Saya tak nak kahwin lagi tapi...” Dia hela nafas sekali lagi, “Tapi macam awak, demi maruah keluarga, saya ada di sini dengan awak. Terikat dalam ikatan ni. Betullah cakap awak tu, mungkin memang dah jodoh kita.”
 “Tu baju pengantin ke?” Aufa tiba-tiba bertanya sebaik sahaja matanya ternampak baju yang tersarung di badan Pija.
Geleng, “Kak Mira dah lari sekali dengan baju pengantin dia.”
Aufa angguk, “Same here. Along pun lari pakai baju pengantin dia.”
“Aufa...”
Entah kenapa, Aufa rasa nak ukir senyum bila dia dengan Pija panggil dia macam tu. Macam manja je, “Kenapa?”
“Kita... hidup kita nanti macam mana?”
Aufa terdiam. Pija yang duduk di kerusi meja solek dah berdiri mengadap dia, “Kisah kita ni, akan jadi cerita klise ala novel ke? Kahwin kontrak? Tak tidur sebilik?”
“Awak nak macam tu ke, Pija?”
Pija geleng, “Saya tak nak. Ikatan perkahwinan ni suci. Saya tak nak cemarkan dengan kontrak entah apa benda tu. Saya...”
“Maka, kita akan kahwin selama-lamanya. Tidur sebilik sampai tua dan we’re going to have babies…” erk, Aufa rasa dia dah tersilap cakap namun dia cepat-cepat cover, “… when both of us are ready.”
“Er… kita tidur sebilik, maksudnya…”
Aufa gosok leher. Eh, apa aku rasa macam segan-segan je dengan Pija ni? “Kita er… tidur sekatil.”
Pija nampak terkejut sikit namun dia cepat-cepat mengangguk, “Okey.”
“Aufa…”
“Ya?”
“Saya takut…” Tiba-tiba ada air mata menitis di pipi Pija. Sungguh dia takut. Dia tak kenal Aufa. Aufa tak kenal dia. Macam mana mereka nak hidup bersama.
Aufa spontan bangun dari duduk dan terus mendekati Pija yang masih tertunduk, menangis, “Awak takut apa?”
“Everything,” ujar Pija, ringkas namun Aufa faham. Pija takut hubungan ini akan berantakan satu hari nanti.
Aufa spontan menghulurkan tangannya pada Pija manakala Pija terpinga-pinga. Kenapa?
"Kalau takut, pegang tangan saya,” tangannya dihulur sekali lagi.
Tunduk. Air mata dikesat, "Macam... macam mana kalau awak lepaskan tangan saya?"
"Awak genggamlah kuat-kuat tangan saya, supaya tangan saya tak terlepas dari genggaman tangan awak. Macam ni," Aufa tarik tangan Pija lalu dia genggam erat tangan si perempuan yang sudah bergelar isterinya.
"Tapi kalau awak lepaskan macam mana?" Pija ulang balik soalan tadi. Dia takut, kalau Aufa takkan bersama dia, harungi segalanya dengan dia.
Geleng, "Saya takkan lepaskan. Kita harungi benda ni sama-sama. Awak. Saya. Kita, bersama-sama, okey?"
Pija angguk perlahan lalu dia dekatkan dirinya pada Aufa, “Saya serahkan seluruh hidup saya pada awak, Muhammad Aufa,” air mata meleleh lagi.
Aufa angguk dan spontan, Pija ditarik ke dalam pelukan. Tak betah rasanya nak tengok Pija menangis sebab dia sendiri terasa sakit tengok air mata Pija.

Dah hampir tiga bulan mereka berkahwin dan tinggal di bawah satu bumbung tapi standard orang kahwin mengejut, mereka umpama housemate yang berkongsi bilik dan katil. Aufa tergoda? Setakat ini, tak pernah lagi kot Aufa nak tergoda. Pija jenis tidur pakai tracksuit dan baju t-shirt gedabak, tak pun pijama ada kartun Spongebob. Sungguhlah tak matang isteri Muhammad Aufa.
Pija tak menggoda? Eh, memang taklah Pija nak menggoda. Dia tak sedia lagi tapi dia mengakulah kot dia dah ada rasa ala-ala suka dekat Aufa.
“Pija…”
Pija yang tengah mencucuk pin ke tudung kalih ke belakang, “Kenapa?”
“Tolong ikatkan tie saya.”
Pija kemaskan pin ditudung lalu dia dekati Aufa yang berwajah serabut. Tali leher di tangan Aufa dia ambil lalu dia letakkan di bawah kolar baju kemeja Aufa dan mula mengikat tali leher Aufa, “Kenapa muka awak serabut sangat ni?”
Aufa kerut dahi, “Nampak serabut sangat ke?”
Angguk, “Nampak macam hilang isteri padahal isteri awak ada depan awak je ni.”
Aufa ketawa. Comel Pija bila cakap gitu, “Saya ada presentation untuk model yang itu hari ni. Saya risau,” bila bibir Aufa menyebut itu, matanya mengerling pada model bangunan yang ada di atas meja Aufa.
“Oh, model yang buat awak tak bercakap dengan saya tiga hari dua malam tu ye?”
Aufa ketawa lagi. Pija ni, “Aah. Kenapa? Cemburu dengan model tu?”
Pija pula yang tertawa. Cemburu? Sikitlah. Sebab model bangunan tulah Aufa terperap aje dalam bilik study dia. Tak habis kerja kat bilik study, dia bawak masuk bilik tidur. Pija pun Aufa buat layan tak layan je.
“Tak ada masalah saya nak cemburu dengan model bangunan tu,” Pija merapikan simpulan tali leher lalu dia ukir senyum sendiri, “Awak tak payahlah serabut sangat. Awak mesti boleh punya.”
Aufa senyum, “Apa kata awak bagi saya semangat sikit?”
“Semangat? Tadi tu bukan dah bagi?”
Aufa ukir sengih nakal, “Bagi ciuman semangat, boleh?” Saja nak mengusik Pija. Pija pantang sikit kalau orang usik dia macam tu.
Namun sengihan Aufa mati bila bibir Pija lekat pada pipinya. Terkejut kuasa dua. Pija kiss pipi Aufa?!
Pija pulak, lepas dah cium pipi Aufa, mulalah kalut, malu, segan. Cepat-cepat dia capai tangan Aufa lalu dia cium belakang tangan lelaki itu, “Pija pergi dulu. Assalamualaikum.”
Laju Pija tinggalkan bilik tidur sebab malu. Yang Aufa pulak masih terkaku. Macam tak percaya lagi yang Pija baru lepas cium pipi dia. Dia cuma tersedar bila pintu bilik ditutup oleh Pija. Perlahan-lahan bibir Aufa terukir senyum. Terima kasih Pija.

Aufa matikan enjin kereta. Jam di tangan dah menunjukkan pukul 9.30 malam. Dia mengeluh. Pembentangan tadi, amat memberansangkan tapi bukan itu yang buat dia serabut sekarang ni. Yang buat dia serabut sebab…
Aufa mengeluh, keras. Kenapa selepas lima tahun, baru Zira muncul balik dalam hidup dia? Kenapa mesti muncul lepas dia dah kahwin dengan Pija? Kenapa mesti datang sewaktu hubungan dia dan Pija masih macam kawan-kawan?
Hampir terbalik kerusi dia di bilik mesyuarat tadi bila ketuanya memperkenalkan Zira sebagai junior architect, menggantikan tempat Azri yang berhenti kerja. Mia Azira, nama yang anggun seanggun tuannya. Aufa hela nafas. Dia teringat perbualan dia dan Zira dulu-dulu, sebelum mereka memutuskan hubungan mereka demi pelajaran.
“Zira, you betul ke nak kita berpisah?” Tanya Aufa, tenang.
Zira hela nafas, berat, “We’ve talked about this, Aufa. I tak rasa kita boleh fokus pada hubungan kita dan pelajaran kita pada satu masa yang sama.”
Aufa geleng kepala, “But I love you and I know you love me too.”
“I do love you, Aufa but I think better kita fokus pada pelajaran kita dulu. I nak bina kerjaya, Aufa. I takut I lalai kalau I bercinta dengan you and lastly, I dengan you end-up jadi loser. I don’t want that, Aufa.”
Aufa raup muka. Mia Azira, you are making things hard for me, girl.
Zira hela nafas. I’m sorry, Muhammad Aufa. I didn’t mean to hurt you like this. Trust me boy, bukan you je yang sakit. I pun sakit sekali.
“Fine! I setuju,” ujar Aufa. Berat dia nak lepaskan Mia Azira.
“So, lepas ni kita takkan jumpa dah?” Zira bertanya.
Aufa angguk, “We should not contact each other no more.”
Zira telan air liur. “Even if just say hi pun tak boleh ke, Aufa?”
“You asked for this, Zira. Bear with it.”
Zira ketap bibir sebelum mengangguk, “If…”
Aufa angkat kening pada Zira. If what, Zira?
“Kalau… kalau lepas ni kita berjumpa balik, you single, I single. Kita akan bersama balik ke?”
Aufa angguk, “Kalau Allah temukan jodoh kita semula, Zira…”
Zira angguk, tanda faham. Hati sedih tapi demi pelajaran, cinta harus dilupakan.
“I pergi dulu. Take care, Zira. May Allah bless you in the world and hereafter. Assalamualaikum…” Aufa bangkit dari duduk dan terus berlalu. Kopi panas di dalam cawan, dibiarkan saja tak bersentuh. Hatinya sudah cukup pahit, tak perlu ditambah lagi dengan kepahitan kopi hitam tu.
Aufa hela nafas sekali lagi. Kenangan itu. Kenapa mesti kita berjumpa balik bila I dah jadi suami kepada Pija, Zira?

Pija kerutkan dahi. Tadi rasa ada dengar bunyi kereta Aufa tapi kenapa suami dia tu tak masuk rumah lagi? Kek yang ada di atas meja dia tengok. Agak-agak Aufa terkejut tak? Dia tahu Aufa tak ingat birthday sendiri. Yelah, mana nak ingat dia punya birthday bila dah tiga hari dua malam duduk mengadap model bangunan dia tu.
Spaghetti meatballs yang di buat tadi dia tengok. Aufa suka makan spaghetti. Makanya malam ni special dia masak untuk Aufa. Kek aje yang beli, yang lain semua buat sendiri. Bertuah tak Aufa kahwin dengan Pija?
Pintu tiba-tiba dibuka dari luar. Pija terus meluru ke pintu rumah. Lantas dia mencapai briefcase Aufa, “Awak, lapar tak?”
Geleng. Aufa cuma menggeleng.
“Saya dah masak. Sedap tau awak. Jom makan.”
Geleng lagi.
"Aufa, jomlah..."
Aufa angkat tangan pada Pija, "Later, Pija. Saya penat."
"Tapi..."
"Pija! Please! Saya penat!" Suara Aufa naik satu oktaf. Pija langsung terdiam. Aufa terus melangkah tinggalkan ruang tamu dan Pija hanya mampu memandang langkah Aufa yang dah mula meninggalkan dia.

Aufa keluar dari bilik air dengan rambut separa basah. Dia kerling jam di dinding. Dah pukul 10.30 malam tapi Pija masih tak masuk bilik. Selalunya, bila dia habis mandi, Pija akan menyambutnya dengan baju t dan kain pelikat.
Usai bersolat, Aufa turun ke tingkat bawah. Kepala yang serabut tadi dah sedikit lega lepas dia bersolat. Di anak tangga terakhir, dia nampak Pija sedang mengemas meja.
“Pija!”
Pija angkat muka sekilas, sebelum kembali mengemas meja.
“Er... makanan ada lagi tak? Saya laparlah.”
“Dah habis.”
“Awak tak masak ke? Amboi, awak duduk rumah buat apa? Bela lemak?” Aufa cuba berlawak namun Pija rasa nak tercekik! Amboi, sedap mulut mengata orang bela lemak. Tadi ajak makan, kemain tinggi-tinggi suara.
“Hello, Encik Aufa! Siapa tadi yang bila saya ajak makan, tinggi-tinggi suara. Ingat kita ni anak patung tak ada perasaan ke? Penat kita masak, awak tinggi suara. Lepas tu cakap saya bela lemak. Banyak cantik muka awak!” Suara Pija masih bernada biasa walaupun terselit kemarahan.
Aufa tiba-tiba tersedar. Oh, terlupa pulak yang tadi dia ada tinggikan suara, “Er... sorry?”
“Naik lori.”
“Pija…”
“Kuah spaghetti ada dalam periuk. Spaghetti dalam microwave. Pandai-pandailah awak ambik sendiri. Saya nak naik tidur,” tak sempat Aufa nak balas, Pija dah berlalu tinggalkan Aufa terpinga-pinga.
Aufa mengeluh lalu dia masuk ke dapur. Kuah spaghetti dia panaskan. Kemudian dia buka peti ais, kononnya nak ambil air sejuk namun dia terkaku. Dia capai kek sebesar alam yang ada dalam peti ais tu. Di atasnya tertulis, ‘Selamat Hari Jadi, Suami Pija!’ Serta-merta dia rasa bersalah. Pija…

Pija duduk bersila di balkoni sambil pandang langit. Tiba-tiba rasa rindu pada kak Mira. Dulu, kalau dia rasa sedih macam ni, kak Mira yang akan datang pujuk dia.
“Pija.”
Pija kalih ke tepi bila terasa hangat tubuh Aufa duduk di sebelahnya. Pija lekas-lekas nak bangun dari duduknya. Sangkanya Aufa lama lagi kat bawah tapi tak sempat dia nak bangun, Aufa pegang lengan dia, “Nak pergi mana?”
“Tidur.”
“I’m sorry,” perlahan Aufa menuturkan, “Saya ada bawak ni naik atas.”
Pija mengerling sekilas. Kek hari jadi Aufa! “Maka?”
“Maka…” Aufa ukir senyum, “Saya nak makan dengan wife saya.”
“Saya dah kenyang.”
“Pija, janganlah merajuk. Hari ni kan birthday saya.”
“Sambut sendiri.”
“Saya nak sambut dengan wife saya,” Aufa cuit-cuit bahu Pija dengan pisau pemotong kek di tangannya.
“Saya tak suka.”
Aufa kerut dahi. Apa yang tiba-tiba tak suka ni? Pija tak suka sambut birthday dengan aku ke? “Tak suka apa?”
“Saya tak suka awak marah-marah macam tadi. Saya tak kenal Aufa yang macam itu, saya suka Aufa yang saya kenal waktu kita mula-mula kahwin.”
Aufa angguk, “Sorry. Saya serabut sikit pasal hal pejabat.”
Pija angguk, “Janji tak buat lagi?” Jari kelingking diunjukkan kepada Aufa.
Aufa ketawa. Comelnyalah Pija ni. Macam budak-budak. Terkenan dengan perangai budak-budak tadika tempat dia kerja tu gamaknya. Jari kelingkingnya disangkut dengan jari kelingking Pija, “Janji.”
Pija sengih sambil mengerdipkan matanya, “Potong kek cepat! Saya nak makan. Lapar.”
“Amboi!” Aufa mencerun sebelum dia dan Pija sama-sama ketawa. Aufa nak saat itu berhenti kala itu, dia suka tengok Pija. Dia suka tengok Pija ketawa. Dia suka tengok Pija muncungkan mulutnya. Dia suka tengok Pija kerdipkan matanya. Comel. Sungguh-sungguh isteri Muhammad Aufa.

Aufa menyelitkan pensil yang di pegang tadi ke telinga. Lukisan pelan bangunan itu dia tengok bersungguh-sungguh. Dah siap akhirnya! Esok boleh bagi dekat bos, bisik Aufa dalam hati.
“Aufa, jom makan! Dah tengahari, bro!”
Aufa angkat muka. Izzat, si arkitek syarikat yang seorang lagi tersengih memandang dia. Aufa geleng perlahan, “Kau memang tak reti ketuk pintu ke apa?”
Izzat ketawa, “Sorry! My bad. Jomlah makan sekali.”
Tak sempat Aufa nak bersetuju, ada satu suara di belakang Izzat yang buat Aufa rasa tak nak makan!
“I join, boleh?”
Izzat senyum. Zira dah pun berdiri di sebelah Izzat. Aufa lekas-lekas berdiri lalu dia pandang Izzat, “Sorry, bro! Kau makanlah dengan Zira. Aku ada date.”
Izzat kerut dahi, “Pija?”
“Dah tu? Takkan dengan Kak Kiah, tea lady becok tu?”
Izzat ketawa lalu dia pandang Zira di sebelahnya, “You tak kisahkan kalau kita makan berdua?”
Riak wajah Zira berubah sedikit. Aufa nak lari dari dia ke? “Boleh jugak. I dah lapar gila. Ajak sekali Indahlah. Macam tak manis pulak nak makan berdua dengan you. Marah tunang you nanti.”
Izzat ketawa, “Okey. Aufa, kitorang blah dulu, ye?”
Aufa angguk saja. Aufa tengok jam di tangan, lagi lima belas minit nak ke pukul 1.00 tengahari. Telefon pintar di poket kanan seluar diambil lalu didail terus nombor Pija.
“Assalamualaikum,” lembut saja suara Pija di corong talian.
“Waalaikumussalam. Puan Shafiza?”
“Ye saya, Encik Aufa. Kenapa?”
“Sekarang kat mana?”
“Kat rumahlah. Baru nak memasak. Kenapa?”
Aufa tarik sengih. Dia dah sedia maklum, Pija  ada di rumah. Saja nak tanya, kotlah Pija ada di tadika, “Tak payah masaklah.”
“Eh? Kenapa?”
“Jom keluar makan dengan saya?”
“Bila?”
“Sekarang.”
“Okey! Saya nak siap, bye!” Tak sempat Aufa balas, Pija dah letak telefon. Aufa geleng kepala. Pija yang manja. Pija yang kalut. Pija yang selalu buat dia ketawa. Shafiza Iman yang dah mula mengukir nama di hatinya sedikit demi sedikit.

“Tak siap lagi?” Aufa yang baru melangkah masuk ke dalam rumah tercengang. Pija baru nak pakai tudung bawal bidang 55’ dia tu.
“Tudung tak jadi tadi. Ni iron tudung lain. Sebab tu baru nak siap,” Pija menjawab tanpa memandang Aufa.
Aufa mengeluh. Jam di dinding dia pandang. Dah nak masuk 1.20 tengahari. Pija ni tipikal perempuan normal, lambat bersiap. Aufa should have known earlier, “Saya tunggu kat luarlah.”
“Okey! Tak lama dah ni. Sekejap je.”
Aufa tak membalas. Dia keluar dari rumah dan berlalu ke kereta. Dia takut dia jadi panas hati kalau tengok Pija terkial-kial nak bersiap.
Sepuluh minit berlalu. Apa lambat sangat Pija ni? "Pija, dah lambat  ni! Cepatlah! Saya tinggal karang," Aufa dah panas hati. Pija ni, sengaja nak lambat-lambat ke?
"Kejap," Pija menjerit dari dalam. Pija cepat-cepat matikan panggilan sebaik sahaja ibu mertuanya menjawab salamnya. Tadi ibu Aufa telefon, itu yang terlambat sikit. Harap Aufa tak marahlah.
Bibir yang sedia ada merah merekah, dioles sedikit lip gloss. Biar nampak berseri. Supaya nampak cantik depan mata Aufa. Cepat-cepat Pija ambil beg di atas meja dan dia lari kalut-kalut keluar rumah namun dia tercengang. Mana kereta Aufa? Aufa tinggal aku ke? Tiba-tiba, rasa nak menangis waktu tu jugak.

Aufa berlari masuk ke bahagian kecemasan Hospital Tawakal. Baru dia nak bertanya pada kaunter, dia ternampak orang yang menelefon dia tadi.
Aufa berjalan perlahan mendekati si dara yang berbalut tangannya, “Zira...”
“Aufa!” Zira berdiri. Air mata dia terus merembes keluar.
“Mana Izzat?”
“Kat dalam lagi.”
“Teruk ke dia?” Aufa bertanya.
Zira mengangguk, “Orang tu ragut beg tangan I. Izzat kejar orang tu. I pun ikut cuma lambat sikit. Bila I sampai, I tengok Izzat dah terbaring, muka penuh darah.”
Aufa meraup muka. Dia pandang pula tangan Zira, “You okey ke?”
Zira mengangguk, “Okey. I terjatuh waktu dia ragut tu.”
Aufa hela nafas, “Dah telefon pejabat? Tunang Izzat?”
Zira menggeleng, “Pejabat dah. Tunang Izzat, belum. I tak ada number dia.”
“Kejap I call dia,” Aufa baru nak pergi namun lengannya dipegang Zira.
“Aufa…” Zira pandang mata Aufa, lama. Dia hela nafas, “Please don’t go. I tak kuat.”
Aufa terkaku, tak tahu nak buat apa. Perlahan-lahan dia tarik tangan dia yang dipegang Zira, “Okey. Tapi bagi I telefon Yuna dulu. Dia patut tahu.”
Zira mengangguk, lemah. Aufa berlalu pergi. Dia tak betah berdua di situ bersama Zira. Dia tak selesa. Dia capai telefon di dalam poket seluar. Dia buka lock telefon bimbitnya dan dia tercengang. Ada 24 missed call dari Pija dan ada satu pesanan ringkas, juga dari Pija.
Baru dia tersedar, tadi dia terus hidupkan enjin kereta dan berlalu tinggalkan Pija. Bukan dia sengaja tapi sebab kalut nak tahu pasal Izzat. Dia bukan pesanan ringkas dari Pija dan dia rasa seperti ditumbuk di perut oleh Pija, ‘Selamat menjamu selera. Lain kali, tak payah ajak saya makan kalau last-last awak nak tinggal saya macam tu je, saya memang jenis bersiap lambat. Maaf ambik masa awak tadi. Drive elok-elok, Aufa. Salam.’
Aufa hela nafas, berat. Di dail nombor Pija, tak berangkat. Dicuba sekali lagi, masih tidak berjawab. Dia hela nafas lagi. Maaf, Pija. Saya tak sengaja…

Aufa melangkah masuk ke dalam rumah. Pija dilihat sedang makan maggi di depan televisyen. Menonton entah drama apa. Perlahan-lahan dia dekati Pija, lalu dia merebahkan dirinya di sisi Pija. Sengaja nak menarik perhatian.
Pija buat tak peduli. Malas nak layan. Siapa suruh tinggal aku petang tadi?
“Nak sikit maggi.”
Pija jeling, “Buatlah sendiri.”
“Saya tak larat ni. Tengok tangan saya dah ketar-ketar,” Aufa tunjukkan tangannya kepada Pija.
Pija jeling lagi, “Ai, takkan tak larat. Tadi tengahari kan dah makan. Lainlah saya, tak makan dari tengahari.”
Aufa yang tadi bersandar berdiri tegak, “Tak makan sejak tengahari. Kenapa tak makan? Dah tak makan tengahari, dia boleh bantai maggi pulak malam ni. Sini mangkuk tu.”
“Eh, kenapa pulak?” Pija larikan mangkuk berisi maggi itu jauh dari Aufa, “Nak makan apa, awak tinggal saya macam tu je tadi. Saya mana masak. Lagipun dah tak ada selera nak makan. Sekarang baru terasa lapar, so saya makan maggi.”
Aufa geleng kepala, “Dah, pergi siap. Kita makan kat luar. Saya pun tak makan lagi dari tengahari.”
Pija buat muka, “Yelah tu.”
“Betul! Tadi saya bukan sengaja tinggal awak. Izzat kena belasah dengan samseng. Ada orang ragut beg tangan Zira, Izzat kejar dan dia kena belasah dengan orang yang meragut tu.”
Pija kerut dahi. Izzat dia tahu, Zira tu? “Siapa Zira?”
Aufa terkelu sekejap. Dia sebut nama Zira eh tadi? “Junior Architect dekat tempat kerja saya. Baru masuk je.”
“Kira tadi, awak bukan sengaja tinggal saya?”
Aufa laju angguk, “Sungguh, saya tak sengaja. Bila saya call awak nak terangkan cerita sebenar pada awak, awak tak angkat.”
“Oh, ye ke? Saya tengah merajuk, so saya tak nak angkat. Izzat macam mana?”
“Okey. Tapi teruk jugaklah. Menangis-nangis si Yuna, tunang dia tu.”
“Oh. Yang Zira tu, okey ke?”
Aufa angguk, “Okey. Polis tengah kesan peragut tu. Dah, awak pergi siap. Kita keluar makan. Saya pun tak makan lagi dari tengahari tadi.”
“Saya siap lama.”
“Tak apa.”
“Saya lambat nanti.”
“Tak apa.”
“Saya…” tak sempat Pija habiskan kata, Aufa letak jari dia di bibir Pija, “Bisinglah awak ni. Kan saya kata tak apa tadi? Awak lambat, saya tunggu. Awak bersiap lama sampai tiga puluh minit sekalipun, saya akan tunggu. Sekarang pergi siap ya?”
Pija perlahan-lahan ukir senyum, “Okey.”

“Aufa, kenapa you selalu mengelak dari I?” Zira menegur sebaik saja dia duduk di kerusi yang ada.
Aufa yang tengah meneliti kertas kerja yang diberi ketuanya tadi tersentak. Bila budak ni masuk bilik aku? “Siapa bagi you masuk?”
“I ketuk tadi, Aufa. I dengar you sebut masuk, so I masuk.”
Aufa kerut dahi. Aku sebut ke? “You nak apa?”
“I just nak tau kenapa you mengelak dari I?”
Aufa angkat kening, “You nak jumpa I sebab tu je, Zira?”
“I need an answer, Aufa. Plus, I masih pegang kata-kata yang kita pernah cakap dulu. Andai kita berjumpa lagi, itu mungkin jodoh kita and now, kita berjumpa semula. Bukan ke ini jodoh kita? Mungkin Allah bagi peluang untuk kita bersama semula?”
Aufa geleng kepala, “I’m married, Zira. Mungkin memang kita berjodoh tapi untuk berkawan je.”
“You memang dah tak sayang I, Aufa?”
Aufa terdiam. Dia sayangkan Zira lagi tak? “Zira...”
“I still sayangkan you. I mengaku itu tapi I bukan perempuan perampas yang nak rampas you dari wife you. I cuma nak kita jadi kawan balik. Kawan, just that. Can we?”
Aufa hela nafas, “Of course. We can be friend again.”
Zira ukir senyum. Aufa turut mengukir senyum. Betul, nak jadi kawan balik tapi kenapa hati ni rasa tak sedap. Rasa macam dia curang dengan Pija.

Sejak mereka kembali berkawan, hubungan Aufa dan Zira makin rapat. Zira tahu, dia tak bertepuk sebelah tangan. Dia dapat rasa Aufa masih sayangkan dia.
Aufa pulak, sedaya upaya layan Zira macam kawan-kawan cuma kadang-kadang tu, dia tahu Zira cuba nak tarik perhatian dia. Tambah-tambah sejak Izzat beritahu yang dia kahwin dengan Pija bukan kerana cinta tapi sebab terpaksa.Terpaksa ke? Dulu ye terpaksa, sekarang ni... dah hilang kot rasa terpaksa tu. Kot.
Pija yang tengok Aufa tengah ralit merenung langit ukir senyum. Perlahan-lahan dia dekati Aufa lalu dia labuhkan punggung di sisi Aufa, “Amboi, fokusnya tengok langit.”
Aufa tersentak lalu dia ukir senyum. Fokus tengok langit? Tak pun, dia tengah fikir pasal Zira sebenarnya. Masih sayang lagikah Aufa dekat Zira?
“Awak ada masalah ke?” Perlahan Pija bertanya.
Aufa pandang Pija lalu menggeleng, “Tak ada. Kenapa?”
“Muka awak... nampak tak bersemangat.”
Aufa senyum, “Letih sebab hal pejabat kot.”
“Oh,” Pija angguk. Sebenarnya ada benda dia nak tanya tapi bila tengok muka Aufa yang macam ada masalah tu, dia tak jadi nak bertanya.
Aufa senyum lalu berbaring di atas tikar yang dia bentang tadi. Entah kenapa, dia nak tengok bintang malam ni lepas makan tadi. Pija pula tadi lepas makan, terus kemas meja. Dia nak tolong, Pija halau. Makanya, dia lepak kat luar ni. Kalau tadi dia serabut memikirkan tentang Zira, sekarang keserabutan itu bagai hilang bila Pija duduk di sebelah dia.
“Awak suka tengok bintang ke?” Pija jeling
Aufa angguk, “Bintang tu, antara ciptaan Allah yang indah.”
Pija tarik sengih. Awak pun antara ciptaan Allah yang indah, Aufa. Entah bila, dia mula nampak Aufa ni kacak. Sebelum ni, kak Mimi, kakak sulung Pija selalu cakap Pija bertuah dapat Aufa. Berkerjaya, kacak dan beriman.
Dan kak Mimi selalu puji-puji yang Aufa tu lagi kacak dari abangnya yang lari tu. Dulu dia selalu menafikan tentang pujian kak Mimi tapi bila hari ni, dia tengok Aufa senyum macam tu sambil pandang langit, sungguhlah dia rasa Aufa ni kacak.
"Pija, cuba tengok langit tu," Aufa tiba-tiba tunjuk pada langit.
Kepala didongak ke langit. Eh, ada satu bintang berkelip-kelip. Sungguh cantik. Serentak bibir terukir senyum, "Subhanallah. Cantiknya, Aufa."
"Awak nak tau impian saya waktu belajar dulu?"
Pija laju mengangguk, "Nak!"
"Saya nak stargazing dengan wife saya dekat laman rumah, macam sekarang ni."
"Tapi waktu tu mesti awak wish wife awak tu, orang yang awak sayang kan? Sekarang ni..." Pija gigit bibir, "Awak sayang ke saya?" 
Aufa yang baring terus bangkit, "Eh, dah lewat! Esok kerja. Saya masuk dulu ye."
Aufa terus berlalu dan Pija cuma tersenyum tawar. Saya dah boleh agak dah awak tak sayang saya, Aufa sebab kalau awak sayang saya, awak takkan berhubungan dengan perempuan yang mengaku cinta pertama awak tu. Awak tau tak, dia telefon saya tadi? Dia nak jumpa saya esok? Saya takut, Aufa. Saya takut kalau dia minta saya bagi awak pada dia. Saya takut saya hilang awak… Pija mendongak kembali memandang langit. Tanpa sedar ada air mata jatuh di pipinya.
Aufa di dalam bilik, terduduk di lantai. Bukan niat dia nak lari macam tu tapi jujurnya, bila Pija tanya macam tu, jantung dia berdegup kencang gila. Tangan pun rasa menggeletar. Sama getarannya macam waktu nak akad nikah hari tu. Kalau jantung dia tak berdegup macam tu… mesti dia akan kata, ‘Ya, saya sayang awak Pija…’

Lepas kejadian semalam tu, masing-masing buat relaks je. Macam tak ada apa-apa berlaku semalam.
“Aufa, lepas kerja nanti saya nak jumpa kawan kejap. Boleh?”
Aufa yang menyuap roti yang disapu nutella dan peanut butter mengangguk, “Boleh. Awak nak jumpa dia dekat mana?”
“Dekat The Remedy,” ujar Pija, menyebut nama kafe yang menjadi tempat kegemaran dia.
Aufa mengangguk, “Okey. Be careful.”
Pija angguk, “Saya nak pergi dulu. Dah lambat ni.”
“Hati-hati, Pija,” pesan Aufa bila Pija tunduk mencium tangannya.
Pija senyum, “Okey. Awak pun hati-hati drive.”
Aufa menghantar Pija yang dah melangkah pergi dengan ekor matanya. Pija nampak biasa tapi dia tak tahu kenapa, dia rasa Pija nampak sedih. Sangat sedih…

Pija cuba ukir senyum seikhlas mungkin bila dia nampak si wanita yang menelefon dia semalam.
“Maaf, saya lambat,” Zira ukir senyum. Dia nampak, ada bias terluka di wajah Pija namun dia pura-pura buta.
Pija menggeleng, “It’s okay. Nak order minuman dulu ke?”
“No, thanks. I baru sudah lunch.”
Pija angguk, “Jadi. Kenapa awak nak jumpa saya?”
“Obviously, it’s about Aufa.”
Pija telan air liur, “Kenapa dengan suami saya?” Sengaja dia tekan perkataan suami saya, agar Zira tahu Aufa tu suami dia!
“You tahu kan yang I cinta pertama dia?”
“Maka? Cinta pertama je, bukan isteri selama-lamanya,” ujar Pija, selamba.
Zira hela nafas, “I tak nak gaduh dengan you, Pija. You sayang Aufa?”
“Kenapa awak perlu tahu?”
“Sebab I nak Aufa bahagia. I nak orang yang I sayang bahagia, Pija.”
“Saya sayang Aufa. Saya sayang dia sangat-sangat. Bukan setakat sayang, Zira. Malah, saya cintakan dia. Saya cintakan Aufa.”
“Kita cintakan orang yang sama, Pija.”
Pija jeda seketika sebelum dia mengangkat muka memandang Zira, “Jadi?”
“You rasa dia bahagia ke dengan you?”
Pija hela nafas, “Kenapa?”
“I nak Aufa bahagia, Pija.”
“Saya pun.”
“What if...” Zira pandang muka Pija sebelum menyambung, “What if dia tak bahagia dengan you, will you let him go?”
Pija terpempan. Dah agak dah, “Aufa masih sayangkan awak?”
“I don’t know. Dari cara dia sekarang, the way he treated me… I rasa dia masih sayangkan I.”
Pija ukir senyum sinis, “What if he doesn’t love you anymore?”
“I’ll let him go. Kalau dia sayangkan you dan dia bahagia dengan you, I’ll let him go.”
“Fine. Saya harap awak pegang kata-kata awak tu,” Pija berdiri, “I need to go home. Saya nak memasak untuk suami saya.”
Baru Pija nak melangkah, suara Zira memanggil namanya menghentikan terus langkah kakinya. Dia kalih ke belakang, “Kalau dia tak sayangkan you dan dia tak bahagia dengan you, lepaskan dia.”
Pija senyum, “We’ll see about that. Antara saya dengan awak, saya dah lama menang. Saya isteri dia dan awak hanya cinta pertama dia yang tak kesampaian. Kami ada ikatan yang sah dan awak, cuma seorang perempuan yang tak tahu malu, mengejar kasih sayang suami orang. Have a check on reality, Zira.”
Zira ternganga. Did she just said... aku perempuan tak tahu malu?

Sejak kejadian itu, Pija sedaya upaya menarik perhatian Aufa dengan macam-macam cara dan jujurnya Aufa rasa rimas. Dia rasa rimas bila Pija tarik perhatian dia macam tu. Zira di pejabat juga macam tu. Sikit-sikit Aufa. Sikit-sikit Aufa. Serabutnya!
“Awak, jom makan!” Pija senyum pada Aufa bila Aufa turun dari tingkat atas.
Aufa angkat kening. Apa Pija ni buang tebiat ke? Pakai make-up macam opera Cina, “What are you doing, Pija?”
“What?”
Aufa rasa berang tiba-tiba. Dia rasa nak meletup namun dia sabarkan hati, “Tu? Apa tu? Pipi awak tu? Cuba jadi normal, boleh tak? Siapa ajar awak buat benda merepek ni?”
“Saya...”
“Pergi cuci muka awak! Saya boleh hilang selera makan tengok muka awak bertompok sana sini,” Aufa sedar kata-katanya kasar tapi dia nak Pija jadi Pija yang dulu, “Dan malam ni, tolonglah jangan buat aksi menggoda ke apa ke. Saya rimas, Pija! Saya tak selesa! Tolonglah!”
Pija sentap terus. Terasa betul lalu segera dia angkat kaki masuk dapur dan terus dia cuci segala make up di wajahnya di sinki dapur. Kala mencuci segala bahan kimia di muka, ada air mata yang keluar dari kolam mata.
Usai mencuci wajahnya, dia ke depan semula. Aufa dah duduk di meja makan. Dah mula makan pun. Pija hela nafas, “Saya naik dulu.”
Aufa yang baru nak menyuap, tersentak, “Kenapa nak naik?”
“Nak tidur.”
“Tak nak makan?” Aufa bertanya. Nada suaranya lembut, tak kasar macam tadi.
Pija geleng, “Saya takut ada orang hilang selera makan kalau makan semeja dengan saya,” dan Pija terus berlalu.
Aufa rasa macam kena simbah dengan air sirap. Pija terasa! Pija sentap! Dia tak maksudkan macam tu, dia cuma nak Pija jadi Pija, bukan jadi orang lain...
Dia pelik sebenarnya. Dah beberapa hari Pija berperangai pelik. Hari tu, Pija siap buat aksi-aksi ala menggoda dekat dia waktu nak tidur. Malam tu juga dia tidur di bilik kerja dia. Sebelum dia pergi kerja, dulu Pija cuma cium tangan, sekarang dia akan cium pipi Aufa dan buat Aufa terpinga-pinga.
Kenapa dengan Pija? Pija dah ready nak jadi isteri aku yang sebenar-benarnya ke tapi aku tak ready lagi. Macam mana ni?

Pija duduk di balkoni. Air mata dia masih menitis dari tadi. Teruk sangat ke muka dia ni sampai boleh hilang selera makan Aufa?
MP3 Player dipasang, earphone diletakkan di telinga kiri dan kanan. Dia kesat air mata yang masih mengalir. Kenapalah aku kena kahwin dengan Aufa dulu? Kalau dulu kak Mira tak lari, mesti kak Mira akan kahwin dengan Aufa dan aku takkan terperangkap dengan cinta yang menyakitkan ni.
Lagu Westlife yang terpasang di MP3 dia menambahkan lagi sakit di hati. Makin lebat air matanya mengalir.

It doesn't take much to learn
When the bridges that you burn
Leave you stranded feeling alone
It doesn't take much to cry
When you're living in a lie
And deceiving that someone who cares
If I could turn back the time
I would put you first in my life

Kalau boleh diputarkan semula masa, dia akan buat Aufa jatuh cinta pada dia. Kenapa lambat sangat dia sedar tentang perasaan dia? Kenapa mesti lepas Zira datang baru dia sedar?

And I would risk it all for you
To prove my love is true
I'll build a wall around my heart
That would only break a part for you
Can change the way I feel
So tell me what's the deal
Don't say, don't say it's too late

And now the hills are getting hard to climb
I'm runnin' out of time
My decisions are pending on you
And I will accept the blame
For burnin' out the flame
Hoping the story will twist once again
And if I could turn back the time
I would put you first in my life

And I would risk it all for you
To prove my love is true
I'll build a wall around my heart
That would only break a part for you
Can change the way I feel
So tell me what's the deal
Don't say, don't say it's too late

Aufa, dah saya dah terlambat ke dalam memenangi hati awak? Saya dah terlambat ke nak curi hati awak? Ada tak ruang dalam hati awak untuk saya?

Now I'm
Layin' it all on the line
For you

And I would risk it all for you
To prove my love is true
I'll build a wall around my heart
That would only break a part for you
Can change the way I feel
So tell me what's the deal
So don't say, don't say it's too late

Risk it all for you
To prove my love is true
I'll build a wall around my heart
That would only break a part for you
Can change the way I feel
So tell me what's the deal
So don't say, so don't say it's too late
Don't say, don't say it's too late


“Pija, kenapa menangis ni?”
Suara Aufa buat Pija tersentak lalu dia palingkan wajahnya ke arah lain. Dia tak nak Aufa nampak air mata dia. Dia dah cukup malu dengan Aufa sejak dia cuba tarik perhatian Aufa pada dia.
“Pija...” Bahunya ditarik mengadap Aufa.
Aufa nak kesat air mata Pija tapi Pija mengelak, “Pergilah tidur. Jangan pedulikan saya.”
“Pija, kenapa ni? Sebab saya marah awak tadi ke?”
Pija tolak tangan Aufa yanga da di bahunya, “Jangan kacau sayalah! Tadi cakap saya rimas sangat, jangan dekat dengan saya. Saya tak nak merimaskan awak lagi.”
Tanpa mempedulikan amarah Pija, Aufa tarik Pija ke pelukannya, “Marahlah lagi tapi jangan menangis Pija. Saya tak suka awak menangis.”
“Ni apa peluk saya ni! Lepaslah!” Pija tolak Aufa namun Aufa lebih kemas memeluk Pija.
“Saya minta maaf, Pija…”
“Lepaskan saya!” Pija tumbuk dada Aufa, kuat.
“Aduh!” Terlepas langsung pelukan Aufa pada Pija.
“Kalau...”
Aufa pandang Pija. Kalau apa?
"Kalau peristiwa dulu tu tak berlaku, awak akan pilih saya sebagai isteri awak juga ke Aufa?"
Aufa terdiam. Soalan Pija bagai menjerut lehernya. Seolah-olah Pija suruh dia memilih antara Pija atau Zira. Zira, cinta pertama. Pija, isteri yang dinikahi kerana maruah keluarga. Sudah pastilah dia akan pilih...
"Time's up. Saya tak nak tahu jawapan awak. Good night, Aufa!" Pija melangkah ke katil lalu dia merebahkan kepala. Pija, belajarlah untuk jadi tabah. Aufa terpinga-pinga. Apa kena dengan Pija ni?

Zira ukir senyum saja sejak masuk kerja. Pagi tadi dia dapat panggilan dari Pija. Pija nak lepaskan Aufa pergi. Aufa tak bahagia dengan Pija. Pija nak minta cerai dengan Aufa!
Dia segera atur langkah nak ke bilik Aufa tapi tak sempat nak keluar dari bilik dia, Aufa terlebih dulu bukak pintu bilik dia, “Aufa!”
“Apa yang you buat ni?”
Zira kerutkan dahi, “Apa yang I buat?”
“Making a bet on my happiness with my wife? What are you thinking?!”
“Aufa, it’s not like that. I nak you bahagia, tu je.”
“I am happy! I’m happy with my wife! True, kami masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing but I happy dengan dia! Dia buat I senyum dengan kekalutan dia, dia buat I ketawa dengan telatah dia, dia buat I bahagia dengan hanya berdiri sebagai isteri I. I bahagia kerana dia. She is my happiness!” Tengking Aufa, kuat!
Kalau dia tak terdengar perbualan Pija dengan dengan Zira pagi tadi, harus sampai kesudah dia tak tahu! Nak marah Pija, karang menangis lagi. Dahlah manja. Cengeng! Yang di depannya ni, tak sedar lagi ke aku dah tak nak kat dia? Nak kata tak pandai, belajar sampai ke Australia. Sanggup tinggalkan aku! Sekarang nak balik dekat aku, memang taklah! Pija sejuta kali ganda lebih baik dari dia!
“I...” Luluh hati dia bila Aufa tengking macam tu, “I ingat you tak bahagia. I ingat you tak sayangkan dia.”
“You ingat you tu ada kuasa psikik ke apa boleh main agak-agak je I bahagia ke tak? I bahagia dengan dia. Lebih dari bahagia dan I sangat-sangat sayangkan dia! I sayang dia lebih dari I sayang diri I. You mungkin cinta pertama I tapi dia cinta akhir I, dari dunia sampai syurga. Cuma dia yang akan jadi pemilik hati I! Bukan you! Berhenti buat benda sia-sia. Kalau betul I tak bahagia dengan Pija sekalipun, I tetap takkan lepaskan Pija sebab antara kami, sudah ada ikatan. I takkan sesekali lepaskan ikatan itu selepas I yang menyimpul ikatan itu. Take note, Zira!” Aufa terus berlalu. Puas hati dia! Puas! Nanti balik, dia nak lepas dekat Pija pulak! Memandai-mandai je nak aturkan hidup Aufa! Siaplah Pija balik karang!

Aufa melangkah masuk ke dalam rumah. Dia sanggup ambik cuti separuh hari, sebab bengang dengan Pija dan Zira. Malah, dia balik lebih awal dari Pija.
Baru dia nak sandarkan badan ke sofa, pintu rumah dikuak dari luar. Pija tercengang bila nampak Aufa, “Tak kerja ke?”
Aufa terus berdiri, mencekak pinggang, “Apa yang awak cuba buat Pija?”
Pija kerutkan dahi, “Hah?”
“Don’t you hah me! Jawab soalan saya, apa yang awak cuba buat, Shafiza Iman?”
Pija tutup pintu lalu dia dekati Aufa, “Saya tak faham soalan awak. Macam mana saya nak jawab?”
“You bet on my happiness, on my life. Apa yang awak buat sebenarnya?”
“Saya nak awak bahagia.”
“By letting me go to Zira and divorce you?”
“Yes!”
“Awak ni gila ke, Pija?!”
Pija tercengang. Dia kata aku gila?!
“Kalau saya tak bahagia, awak kenalah berusaha buat saya bahagia! You are my wife! Itu tanggungjawab awak, bukan Zira! Kenapa nak lepaskan saya dekat Zira? Dah penat hidup dengan saya, hah?” Sungguh, Aufa rasa marah betul.
Pija ketap bibir.
“Awak ni, jadi cikgu budak-budak tak bermaksud awak pun kena berfikiran macam budak-budak! Fikiran tu, guna sebaiknya, Zira approach awak ajak awak buat bet bodoh tu, tak reti nak pertahankan hak awak? Saya tahulah saya ni suami terpaksa awak, tapi agak-agaklah. Talak tetap di tangan saya, tahu? Satu lagi, awak ingat awak tu ibu saya, nak tentukan hidup saya? Ibu pun tak tentukan hidup saya, kenapa awak yang baru beberapa bulan jadi isteri saya dah pandai-pandai nak atur hidup saya, hah? Awak ingat awak he...” tak sempat Aufa habiskan kata, Pija baling beg tangannya pada Aufa.
“Puas dah?! Puas dah cakap saya macam-macam?! Awak ingat saya ni tunggul ke? Oh, suruh saya pertahankan kebahagiaan awak, konon! Ya, memang saya dah penat hidup dengan awak! Penat gila! Awak ingat awak tu suami mithalilah nak ceramah dekat saya macam-macam?” Air mata mula jatuh ke pipi Pija.
Aufa pulak terdiam. Kali pertama dia nampak Pija macam ni. Pija nampak terluka…
“Memang, memang saya fikir macam budak-budak! Memang saya tak matang macam awak. Awak matang serba-serbi. Awak nak tahu kenapa saya buat bet bodoh tu? Sebab saya nak tahu perasaan awak pada saya! Kita kahwin ni bukan sebab cinta, bukan sebab kita sayangkan satu sama lain. Sepanjang lima bulan pernikahan kita, saya cuba buat awak bahagia. Saya sangat takut awak tak bahagia kahwin dengan saya sebab kita ni kahwin sebab terpaksa, cuma jadi pengantin ganti. Saya cuba! Saya cuba jadi isteri yang baik tapi... saya dah failed. Saya dah gagal,” air mata Pija dah meleleh. Sedu-sedan mula kedengaran.
Aufa rasa luluh tengok Pija menangis. Ya Allah, apa aku dah buat?
“Saya tak ada niat pun nak tentukan hidup awak. Saya nak awak bahagia, Aufa. Saya cuma nak orang yang saya sayang, orang yang saya cinta bahagia. Salah ke? Saya letih pendam perasaan saya pada awak. Saya penat. Saya tak ucapkan tapi saya zahirkan melalui perbuatan, tapi awak tak pernah tahu. Awak tak pernah ambik tahu! Dah berkali-kali saya tanya pada awak tentang perasaan awak pada saya, pernah awak jawab soalan saya? Pernah?!”
Aufa terpempan. Pija... cintakan aku!
“Saya buat macam-macam untuk tarik perhatian awak, Aufa. Pakai make-up macam opera Cina. Buat aksi macam kucing siam, nak goda awak. Saya jadi manja mengada-ngada dengan awak tapi awak? Awak rimas dengan semua tu. Awak sampai hilang selera makan bila tengok muka saya tapi awak tahu tak saya buat semua tu untuk awak! Semua tu untuk raih perhatian awak! Saya ni perempuan, Aufa. Saya malu bila awak kata awak rimas, saya malu bila awak cakap awak hilang selera makan. Saya rasa bodoh sangat, Aufa! Sangat bodoh! Teruk sangat ke saya ni, Aufa? Teruk sangat ke saya di mata awak?!”
Aufa rasa lembik. Teruknya dia sebagai seorang suami. Ya Allah!
"Dulu, awak kata nak harungi perkahwinan kita ni sama-sama tapi..." Pija kesat air mata yang meleleh, "Tapi... awak biarkan saya harungi semua ni sorang-sorang. Konon takkan lepaskan tangan saya tapi tak sempat saya nak genggam, awak dah lepaskan sendiri."
"Pija..." Aufa mati kata.
"Dahlah! Lepas ni jangan cakap dengan saya. Anggap jelah saya tak wujud dalam rumah ni. Saya dah penat."
"Pija..." Aufa cuba pegang tangan Pija tapi Pija cepat-cepat berlalu ke tingkat atas. Aufa raup muka. Saya tak tahu, Pija. Saya tak tahu. Andai saya boleh tarik balik kata-kata saya, Pija...

"Morning, Pija!" Aufa hulur senyum sebelum duduk di meja makan tapi baru dia nak capai roti, Pija terus bangun dan berlalu ke tadika. Langsung tak bersalam dengan dia. Dah dua hari macam ni. Aufa resah sendiri.
Dah dua hari juga dia cuba pujuk Pija tapi Pija tak layan. Pija  buat macam dia tak wujud, langsung. Pija dah tidur di bilik lain. Dah tak sudi sebilik dengan dia dan sejak Pija pindah bilik, baru dia tahu apa itu erti rindu. Bila Pija tak bercakap dengan dia, baru dia tahu apa itu erti sunyi. Selama ni dia tak bersyukur. Asyik tengok salah orang, padahal salah sendiri tak sedar.
Macam mana nak pujuk Pija ni? Aufa gosok kepala yang terasa berdenyut. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum. Aku dah tau macam mana nak pujuk Pija.

“Ye, encik. Cari siapa?” Aufa ukir senyum pada orang yang menyambutnya itu.
“Saya nak jumpa Cikgu Shafiza. Saya suami dia, Aufa.”
“Oh, sekejap ye. Saya panggilkan,” Aufa mengangguk saja.
Tak sampai dua minit, dia nampak Pija mendekati dia. Muka Pija masam sungguh. Dah macam limau gedang rupa masam dia tu. Masam-masam pahit.
Aufa senyum sebaik saja Pija dah pun berdiri di depan dia. Pintu kereta dia buka lalu sebuah beg kertas dihulurkan pada Pija, “Malam nanti pakai baju ni, please.”
Pija angkat kening.
“Awak nak marah ke apa ke, tolong pendam dulu. Hari ni genap lima bulan kita kahwin, saya nak celebrate malam ni, dengan awak. Tolong pakai baju ni, ye?”
Pija merengus namun huluran Aufa tetap dia ambil. Baru dia nak berlalu, Aufa terlebih dulu menarik Pija ke dalam pelukannya.
“Apa awak ni, Aufa?! Public lah!” Pija bersuara.
“Akhirnya, dengar jugak suara awak. Saya rindu...”
“Dahlah! Lepaslah!”
Aufa akur. Perlahan-lahan dia lepaskan pelukannya, “Jangan lupa pakai baju tu tau.”
Pija angguk saja dan dia terus berlalu, meninggalkan Aufa tanpa sebarang pamitan. Aufa akur. Pija masih marah!

Pija keluarkan baju yang Aufa suruh pakai tadi. Dia tercengang. Sehelai dress labuh, berwarna putih gadih. Cantik. Perlahan-lahan dia acukan baju itu pada badannya. Pija senyum sendiri. Apa yang Aufa cuba buat agaknya?
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia capai, Aufa yang telefon rupanya lalu dia tunggu beberapa ketika sebelum mengambil panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, Pija.”
“Waalaikumussalam.”
“Dah tengok baju?”
“Hmm...” balas Pija.
“Pakai tau tapi jangan turun ke bawah selagi saya cakap tak mesej awak, tau?”
“Kenapa?”
“Sebab nanti tak surprise. Please...” Aufa bersuara sedikit merengek di hujung talian buat Pija ukir senyum. Manja.
“Okey.”
“Pija,” seru Aufa.
“Apa?”
“Are you smiling?” Tebak Aufa tiba-tiba.
“I’m hanging up.”
“Thank you, Pija.”
“For?” Ni apa tiba-tiba cakap thank you ni?
“For responding to me. I miss you talking to me, rambling about almost everything, ranting about your pupil.”
“Bye, Aufa!” Pija matikan talian. Ayat nak beli jiwa tapi maaf, Pija ni hati kebal tahu!

Pija melangkah turun ke tingkat bawah dengan penuh hati-hati. Di anak tangga terakhir, dia tercengang bila tengok keadaan ruang tamu yang sangat lain. Hanya lilin yang dipasang.
Ada belon-belon berisi helium di sekitar ruang tamu dan yang membuat dia terharu, Aufa duduk di kerusi piano yang selama ini tak pernah Aufa dan dia sentuh, lengkap bertuxedo serba hitam.
“I’m dedicating this song to you, Pija,” dan Aufa mula menggerakkan jarinya menekan papan nada piano, memainkan lagu kegemaran Pija, Tonight. Bibirnya mula menyanyikan lirik lagu tersebut. Harapnya sampailah ke hati Pija.

Lately I'm so tired 
If I took it all out on you 
I never meant to 
If I left you outside 
If you ever felt I ignored you 
No, my life is all you 

So put your best dress on 
And wrap yourself in the arms of someone 
Who wants to give you all the love you want 

Tonight I gonna make it up to you 
Tonight I'm gonna make love to you 
Tonight you're gonna know how much I miss you, baby 
Tonight I dedicate my heart to you 
Tonight I gonna be a part of you 
Tonight you're gonna know how much I miss you 
And I miss you so 

I don't wanna act like 
I know that you'd be mine forever 
Though I hope it's forever 
Don't want you to feel like 
I take you for granted 
Whenever we are together 

So put your best dress on 
And wrap yourself in the arms of someone 
Who wants to give you all the love you want 

Tonight I dedicate my heart to you 
Tonight I gonna be a part of you 
Tonight you're gonna know how much I miss you, and I miss you 
Tonight everytime I see your face 
Tonight watching all over the place 
Tonight, oh yeah, you're gonna know how much I miss you 

So put your best dress on 
And wrap yourself in my arms of my love 

Tonight I gonna make it up to you 
Tonight I'm gonna make love to you 
Tonight you're gonna know how much I miss you, baby 
Tonight I dedicate my heart to you 
Tonight I gonna be a part of you 
Tonight you're gonna know how much I miss you, baby 

Tonight I gonna make it up to you 
Tonight I'm gonna make love to you 
Tonight you're gonna know how much I miss you, baby 
Tonight I dedicate my heart to you 
Tonight I gonna be a part of you 
Tonight you're gonna know how much I miss you 
And I miss you so



Aufa habiskan nyanyiannya. Dia berdiri, dan sempat dia menekan butang play pada telefon bimbitnya dan lagu-lagu nyanyian Westlife berkumandang di seluruh ruang tamu. Perlahan-lahan dia dekati Pija yang mengetap bibir menahan tangis.
Aufa capai tangan Pija dan dia ukir senyum nipis, “Saya tak sempurna, Pija. Saya banyak kekurangan. Saya tahu, perbalahan kita sebelum ni betul-betul buat awak terluka dan saya sangat-sangat menyesal cakap semua tu dekat awak tapi satu awak perlu tahu, Pija. Awaklah kebahagiaan saya. Saya tak perlukan orang lain untuk beri saya sebuah kebahagiaan sebab saya cuma bahagia bila dengan awak. Saya akan bahagia bila adanya awak dan saya perlukan awak untuk melengkapkan kekurangan saya dengan kelebihan awak. Saya tak minta lebih. Saya nak tanya pada awak, sudi tak awak, Shafiza Iman..." Aufa hela nafas, “Jadi pendamping saya, Muhammad Aufa sehingga ke syurga abadi?"
Pija terus meleleh air mata, “Saya, Shafiza Iman, sudi menjadi pendamping awak, Muhammad Aufa sehingga ke syurga abadi.”
Bibir Aufa melafazkan kata-kata syukur sebelum dia keluarkan sebuah bekas baldu merah dari poket seluarnya dan dia keluarkan sebentuk cincin bermata tiga dari bekas itu. Perlahan-lahan, dia tarik cincin perkahwinan mereka yang tersarung di jari Pija lalu dia sarungkan cincin bermata tiga itu pada jari Pija, “Cantik tak?”
Pija mengangguk, “Cantik tapi kenapa...?”
“Cincin yang awak pakai tadi, saya gantikan dengan cincin yang ini. Cincin yang tadi tu, cincin yang along dan kak Mira pilih. Saya tak nak awak pakai cincin tu. Saya nak awak pakai cincin yang saya pilih khas buat untuk isteri saya.”
Pija segera memeluk Aufa, “Saya sayang awak Aufa.”
Aufa rasa jantungnya berdegup kencang namun dia cuba tenangkan diri lalu dia berbisik, perlahan, “Saya sayangkan awak juga. Lebih dari saya sayang diri saya.”
Pija mengetatkan pelukannya, “I love you.”
Aufa senyum, “I love you too, wifey. With all my heart.”
Pija tersenyum, bahagia. Lenyap terus segala amarah yang sebelum ini. Hanya dengan apa yang Aufa buat sekarang ini, cukup buat dia bahagia. Bibirnya lantas mengucap syukur kepada Allah kerana menemukan dirinya dengan lelaki seperti Aufa.

Pija jeling Aufa yang asyik membelai Kuman di ribanya. Ei, Kuman ni! Menyesal bawak dia balik rumah ni. Sejak Kuman dibawa balik, Aufa asyik melayan Kuman je. Aufa buat endah tak endah je dekat Pija. Grrr! Geram!
"Pija, marah siapa yang berkerut dahi tu?" Suara Aufa buat Pija tersentak.
Pija geleng je. Nak jawab karang, Aufa gelak.
"Pija dah bagi Kuman makan?" Aufa tanya lagi.
Geleng, "Belum. Pija terlupa."
"Apa jelah yang awak ingat, Pija? Kesian Kuman tak makan lagi, jom Kuman. Kita pergi makan," Aufa dah bangun dari sofa dan mendukung terus si kucing kelabu putih milik Pija. Buat macam dia pulak tuan punya kucing.
Pija tak tahu kenapa dia rasa sedih. Sebab teguran Aufa ke ataupun sebab Aufa tak pedulikan dia. Sungguh dia tak tahu. Bantal di tangan, spontan dibaling ke belakang Aufa yang baru nak masuk dapur.
"Pija! Apa ni? Kenapa baling bantal ni?"
Pija bangun dari sofa. Dia tarik Kuman yang ada di dukungan Aufa, "Jom masuk tidur, Kuman. Jangan layan Aufa senget."
Aufa yang ditinggal Pija di tingkat bawah, terpinga-pinga. Kenapa tiba-tiba Pija baling bantal ni? Dua tiga hari ni, perangai Pija pelik betul tapi dia faham. Perempuan...
Aufa segera berlari naik ke tingkat atas. Takut kalau Pija merajuk. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Kuman tengah elok landing atas sofa manakala Pija ada di balkoni. Pija ni, merajuk je pergi balkoni.
Aufa duduk di sebelah Pija, “Kenapa ni, sayang? Marah Aufa sebab cakap macam tu tadi?”
Pija geleng.
“Dah tu? Kenapa kuat sangat merajuk ni, Pija? Aufa ada buat salah ke?”
Pija geleng lagi.
“Pija cemburu, tahu?! Aufa tu, balik kerja terus belai si Kuman tu! Siapa wife Aufa sebenarnya? Pija ke Kuman?”
Aufa ketawa. Cemburukan Kuman? Pija ni biar betul.
“Hah, bila Pija cakap. Gelakkan Pija. Dahlah! Pergi sana. Jangan kacau Pija!”
Aufa hentikan ketawa, “Sorry.”
“Esok Pija nak hantar Kuman balik rumah umi.”
Aufa senyum, “Okey.”
“Pija tak suka, tahu?!”
“Tahu, sayang.”
“Siapa wife Aufa?”
“Shafiza Iman.”
“Aufa pilih Kuman ke Pija?”
Aufa tarik tangan Pija lalu dia genggam erat, “Mestilah Pija.”
Pija hela nafas, “Pija cemburu tahu tengok Aufa balik kerja, belai Kuman. Pija ni, Aufa buat tak endah je. Kecik hati Pija yang sedia ada kecik ni.”
Aufa eratkan genggaman tangannya, “Sorry, sayang! Aufa janji Aufa tak buat dah. Pija jangan merajuk-merajuk sangat, nanti kenan ke baby. Kuat merajuk anak kita nanti.”
Pija mengangguk, “Aufa...”
“Hmm...?”
“Pija sedih.”
“Pija sedih kenapa, sayang?”
“Pija rindu kak Mira.”
Aufa hela nafas, “Aufa pun rindu along. Walaupun Aufa kecewa along songsang tapi dia tetap abang Aufa. Aufa nak sedarkan dia balik ke fitrah asal dia tapi...”
Pija gosok bahu Aufa, “Along akan balik nanti, InsyaAllah.”
Aufa senyum lalu dia tarik bahu Pija rapat dengan bahunya, “Pija...”
“Hmm?”
“Pija nak hidup dengan Aufa sampai bila?”
Pija tarik sengih, “Sampai syurga.”
“Aufa tak sabar tunggu baby lahir.”
Pija senyum, “Pija tak sabar nak jadi mama.”
“Tak lama dah, kan baby?” Aufa pegang perut Pija yang sedikit memboyot itu lalu genggam erat tangan Pija, “I love you, Pija.”
Pija membalas genggaman tangan Aufa lalu dia menyandarkan kepalanya ke bahu Aufa, “I love you too, Aufa.”


p/s; tepat pukul 0430 am cerita ini tamat. Harap semuanya berpuas hati dengan cerita yang tak seberapa ni. Kisah Aufa dan Pija ni saya cuba garap sebaik mungkin, maaf andai terkurang di mana-mana. Kalau ada tanya apa jadi pada Zira, along Aufa, kak Mira. Jawapan saya, mereka cuma watak sampingan untuk memeriahkan cerita. Kalau ada masa, adalah kot saya cerita kat dalam mana-mana cerita saya nanti. Hehe! Oh, btw! Sesiapa yang belum dapatkan JM dan DI boleh dapatkan di kedai buku berhampiran anda *JM, kat popular takdak tau*. Love you guys mucho ;)

p/s/s: inspirasi cerita ni dari lagu-lagu Westlife. Banyak lagi saya nak masukkan tapi macam malas pulak. Hahaha! Oh, kredit to Aryssa Najwa atas cover yang comel tu :)

36 comments:

  1. Aufa yang cool.pija yg comei.bila bergabung jadi sweet je.hahaha.gud job najwa rahman.teruskan menulis jika itu yg boleh anda hapy.gud luck untuk fyp.hahahq

    ReplyDelete
  2. Dear...berbaur2 rasa baca ini cerpen tau. Keep writing. Rasa macam ur writing getting better n better. Love aufa dan pija.

    ReplyDelete
  3. Very sweet, teruskan penulisan n semoga terus maju jaya dlm apa jua bidang n good job najwa saya suka dgn jalan citer ni walaupun mcm kawen paksa tp berusaha utk buat yg terbaik untuk menjayakan sebuah perkahwinan congrats najwa, awesome love story

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Thanks najwa.. gud job!! Love this story ☺

    ReplyDelete
  6. eheh... mujurlah shaf@fiza@pija tu sihat hatinya. tercedera tapi plasternya sikit punta berubat. good job aufa and najwa. love this story very much!

    ReplyDelete
  7. Akak memang suke buat cerita yg diinspirasikan drpd lagu erk? Hoho.. Keep writing, tapi sy x bape suke cerita sediyh2 nih,heh.. :)= *mcm sy sorang je yg bce

    p/s: akak pon suke EncikMimpi erk? same like me maaa.. hhehee

    ReplyDelete
  8. Omaiii ... Sukanya weeiii.
    Nanti ada masa tuuuuuu.. Ehemm. Buat pulak cerita along n kak mira, kisah mereka.. Yg berending perkahwinan pija n aufa
    Yeaaa kekekeke

    ReplyDelete
  9. Wah... Bestlaa citer ni.. Ade suka ade duka malah kelakar pun ada... Citer ni unik laa.. Best sgt...

    ReplyDelete
  10. wuwuwwuwuw..non-stop air mata ni...so touching...

    ReplyDelete
  11. wuwuwwuwuw..non-stop air mata ni...so touching...

    ReplyDelete
  12. cter nie comey nsmooth je.. x sakit2 hati... relax.... haaaaaaaaaaa i like :D n plus westlife song tu dah jdi paberet song hahahah.....

    ReplyDelete
  13. Najwa, love, love, love cerpen aufa & pija ni, sungguh manis tahap diabetik & awesome. WE WANT MORE of ur cerpens please. Sungguh satisfied and grinning from ear to ear.

    ReplyDelete
  14. Speechless
    Garapan yg sgt3 best

    ReplyDelete
  15. Kak writer! memang sangat2 daebak!
    Habis air mata saya keluar semua dah ni ..
    p/s:saya memang suka sgt baca cerita sedih .. dan kak najwa memang writer yg selalu buat saya nangis ...
    Gud job! Teruskan usaha !! Fighting! ^^

    ReplyDelete
  16. This story made me amazed .

    ReplyDelete
  17. Your story semua best. nak2 cerpen semua..

    ReplyDelete
  18. Sweet jew cerpen nie.... U r the writer!!!!

    ReplyDelete
  19. Sy bc lg utk ke Sekian kalinya.eh berhabuk lg mata huhuhu. Good job cik writer yg Shomel.

    ReplyDelete
  20. besttt !! byk kali ulang cerpen ni . hahaha

    ReplyDelete
  21. Sensitifnya perasaan seorang perempuan bergelar isteri, terharu, sayu..........best.......best.....best, pnd cik writer hnyutkn prasaaan sya......

    ReplyDelete
  22. Kahwin paksa yg menjadi..ada moral disebalik cite ni.toleransi baru menjadi..layan

    ReplyDelete
  23. Point yg amat baik untuk sy jdkan panduan bg menulis karya sastera. Terima kasih 😊

    ReplyDelete
  24. best gk cite ni beb....aq ske cite yg ade sdih2 ckit...best2..-iezahtakuya

    ReplyDelete
  25. Sweet sgt kn best kalau ade lelaki yg mcm Aufa ni

    ReplyDelete