Friday 24 January 2014

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 7)

Dia pandang aku. Aku jungkit kening. Dia kerling periuk sebelum kembali memandang aku. Aku cebirkan bibir lalu dia menggeleng.
“Kenapa geleng?”
“Dani mana pandai masak.”
“Sebab tak pandai kena belajar.”
“Siapa nak ajarnya?” Aku kerutkan dahi.
“Sayalah!” Dia sarungkan apron ke tubuhnya lalu tersengih memandang aku. Habis comellah tu? Nasib baik memang comel.
Aku buat muka, “Tak kerja hari ni?”
“Cuti,” balas Koji, pendek.
“Saja cuti atau sengaja nak cuti?”
“Neither!” Pap! Kepala aku dia jentik, “Cepat sarung apron tu.”
“Tak nak apron ni. Nak apron tu!” Aku tunjuk apron yang tersarung pada badannya.
“Kenapa tak nak pakai?” Dia pandang aku dengan muka keliru.
“It’s pink! Girly punya pink! Me, pink no likey!”
Dia ketawa kuat lalu dia cubit pipi aku, “Awh, Puan Dani tak suka pink ek? Kenalah suka-sukakan warna pink lepas ni.”

Wednesday 22 January 2014

CARA PEMBAYARAN UNTUK DIA IMAMKU DAN JADI MILIKKU (UNTUK YANG MAHU MEMBELI DARI PENULIS)

CARA-CARA PEMBAYARAN NOVEL DIA IMAMKU DAN JUGA JADI MILIKKU?

HARGA SEMENANJUNG
- RM 21 LESS RM 4= RM 17
HARGA SABAH SARAWAK
-RM 24 LESS RM 4= RM 20

POSTAGE SEMENANJUNG
- RM 6

POSTAGE SABAH SARAWAK
-RM 6

HARGA BUKU BERSAMA DENGAN POSTAGE (YANG INGINKAN NOVEL DIA IMAMKU SAHAJA)

SEMENANJUNG
RM17+RM6=RM 23

SABAH SARAWAK
RM20+RM6=RM 26

BAGI YANG TELAH MEMBELI NOVEL JADI MILIKKU? POSTAGE ADALAH FREE. BERMAKSUD HANYA PERLU BAYAR HARGA NOVEL SAHAJA. BAGI YANG INGIN MEMBELI KEDUA-DUANYA HARGA ADALAH SEPERTI DIBAWAH.

SEMENANJUNG MALAYSIA
JM-RM 21
DI-RM 17
POSTAGE-RM 6
JUMLAH 21+17+6=44

SABAH SARAWAK
JM-RM 24
DI-RM 20
POSTAGE-RM 6
JUMLAH 24+20+6=50

CARA PEMBAYARAN:
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) - 564717506026
ATAS NAMA ILHAM BESTARI PUBLICATION
**BAGI PEMEGANG ACC BANK SELAIN MAYBANK BOLEH BUAT INTER BANK TRANSFER YANG MANA HANYA RM0.10 SAHAJA CAJ DIKENAKAN**

SILA EMAIL BUKTI PEMBAYARAN DAN BUTIRAN PERIBADI SEPERTI DI BAWAH DENGAN TAJUK BAYARAN NOVEL JM DAN DI (JIKA BELI KEDUA-DUA) ATAU NYATAKAN SALAH SATU JIKA BELI SALAH SATU NOVEL SAHAJA KE: ilham_bestari@yahoo.com

Butiran peribadi yang diperlukan:
1) NAMA PENUH
2) NAMA UNTUK DITULIS DI NOVEL (JIKA TIDAK MAHU TULIS NAMA SILA NYATAKAN JUGA)
3) NO TELEFON UNTUK DI HUBUNGI
4) ALAMAT UNTUK PENGHANTARAN NOVEL

PENGEPOSAN BUKU AKAN DILAKUKAN PADA AWAL BULAN FEBRUARI IAITU SELEPAS CUTI TAHUN BARU CINA.

SEMUA NOVEL JM YANG DIBELI MELALUI ONLINE AKAN DITANDATANGI OLEH PENULIS DAN JUGA ADA HADIAH DARIPADA PENULIS YANG AKAN DISERTAKAN BERSAMA.





SINOPSIS DIA IMAMKU DAN JADI MILIKKU?

SINOPSIS DIA IMAMKU


NUR INSYIRAH... Dia menerima hakikat dan yakin dengan mimpi-mimpi yang bertandang. Mimpi yang membuatkan dia merasa debaran di dada dan rasa bahagia menggebu di jiwa.

“Memang mainan tidur semata-mata but I wish somehow, it’ll come true.” - Insyirah

MUHAMMAD NAUFAL... si dia yang kelat-kelat masam, manis-manis gula kapas, gedik-gedik manja, penyejuk hati, pendamai jiwa telah lama membenih cinta dan menyemai rasa. 

"Orang tak kira. Awak setuju atau tak, orang nak kita kahwin. Biar orang je jaga awak!” -Naufal

Jodoh ekspress yang tidak diduga. Terbitkah putik-putik cinta, bersatu mekar menguntum di taman hati bila hati sering disakiti dan diusik kesinisan si dia?

“Aku masih sukakan kau, tetap sukakan kau dan akan sentiasa sukakan kau,” - Ashraf

“Tell him to stop! He won’t get you. I’ll never let you go! Takkan pernah sekali abang akan lepaskan Insyirah!” – Naufal

Mampukah kasih bersemi saat berjauhan. Mampukah kasih dipertahan saat cemburu menguasai keadaan. Wujudkah kesetiaan apabila si dendeng datang mengendeng?



SINOPSIS JADI MILIKKU?

Dhiya Zhafira, gadis ceria yang pernah punya kisah silam yang pahit telah terjatuh hati pada kawan baik sendiri, Faris. Hadirnya Aireen di antara mereka mengundang duka di setiap harinya. Semakin dia menafikan perasaan sendiri, semakin dia terluka. Dhiya akhirnya akur saat Faris meninggalkan dia tanpa sebarang kata apabila dia meluahkan perasaannya sewaktu lelaki itu mahu ke luar negara, menyambung pengajiannya bersama Aireen.

Hadirnya Mika di dalam hidup Dhiya bukanlah satu kebetulan. Mereka sering dipertemukan di dalam takdir yang ditulis oleh Allah S.W.T meskipun hubungan mereka tidak pernah lekang dari pertengkaran. Tanpa mereka sedar bila, sebuah ikatan persahabatan terjalin di antara mereka. Mika, yang sering dilabel beku dan sinis, adakalanya manis jua. Entah bila, nama Mika mulai meniti di bibirnya dan sering diseru di dalam hati.


Mika pandang aku, “Sayang sangat angah kau dengan Cik Jonet tu. Sepatutnya dia orang tu cepat-cepat menikah.”
Aku ketawa, “Eleh, kau frust ke apa ni tak boleh kahwin dengan Aya?”
Mika buat muka. “Kau cakap macam tu, esok aku hantar rombongan pergi rumah kau. Biar kau frust kena kahwin dengan aku!”

Saat hatinya mulai melupakan Faris, berita kematian Aireen mengejutkan Dhiya. Perasaan bersalah bersarang di dalam hati. Kesal bertamu tiba-tiba, apatah lagi di saat bonda Faris dan mama Aireen melamarnya untuk Faris. Dhiya bingung! Bonda Faris mengharapkan dia mengatakan ya namun hatinya menghalang. Kesian pada Faris namun di hati sudah tiada sayang. Siapa bakal menjadi pilihan hati Dhiya? Faris atau Mika? Sungguh, Dhiya keliru!

“Ketuk-ketuk pintu hati, tanya siapa yang menghuni?
Ketuk-ketuk lagi, senyap sunyi tiada jawapan.
Ketuk sekali lagi, ada deheman dari dalam hati.
Ketuk lebih kuat bersama salam, hati tiba-tiba menjawab,
‘Penghuni hati adalah dia’.”


p/s; cepat-cepat order novel-novel ni.

Untuk Dia Imamku: Boleh order dengan pihak Kakinovel sendiri. Beli kombo terus, tiga buku RM50. Dapat Dia Imamku, Gaun Cik Boss Tuxedo Mr Secretary karya Fatrim Syah dan Arluna karya Rin Ahmad.

Untuk Jadi Milikku?, boleh refer ke post dua hari lepas atau terus ke Ilham Bestari

Terima kasih :)


Tuesday 21 January 2014

Novel Kakinovel keluaran Februari: Novel kesayangan ramai, Dia Imamku :')

Alhamdulillah
Baby saya yang satu lagi dah keluar
Terima kasih Kakinovel,
Terima kasih semuanya yang menyokong Dia Imamku sejak dia masuk blog pada tahun 2012
Terima kasih kak Nor Azlin untuk blurb yang 
Terima kasih buat Ilahi, kerana mengurniakan rezeki kepada saya.
Terima kasih juga buat Allahyarham Abdul Rahman Abdul Aziz, ayah saya yang menyokong saya. Selalu bertanya kepada saya bila novel nak siap.
Dia Imamku novel paling saya sayang. Novel yang saya tulis di saat saya menghadapi ujian terbesar dalam hidup saya.
Kisah Dia Imamku, saya tamatkan seminggu selepas pemergian ayah saya yang terchenta.
Saya pernah nak berputus asa dan nak biarkan saja Dia Imamku berkubur tapi kerana semangat ayah, saya teruskan.
Jujur saya cakap, perjalanan Dia Imamku penuh jerih dan perih sama seperti liku yang dihadapi Jadi Milikku?
Alhamdulillah, semuanya berbaloi. Terima kasih semua.

Kisah cinta dari inspirasi mimpi 
Kisah mimpi yang diharap jadi realiti

Kisah si kelat-kelat masam dengan Insyirah yang cengeng, saya persembahkan kepada anda, Dia Imamku :')

p/s: masuk mode sedih pulak  Eh, cecepat order! Hehe, nanti saya sign gedabak-gedabak untuk anda ye <3







Monday 20 January 2014

Order Untuk Jadi Milikku? Dibuka :)




Ehem-ehem, assalamualaikum semua 

CARA-CARA PEMBAYARAN NOVEL JADI MILIKKU?

HARGA SEMENANJUNG
- RM 21
HARGA SABAH SARAWAK
-RM 24

POSTAGE SEMENANJUNG
- RM 6 (1-3 BUKU)
- RM 9 (4-10 BUKU)

POSTAGE SABAH SARAWAK
-RM 6 (1 BUKU)
-RM 10 (2-3 BUKU)

HARGA BUKU BERSAMA DENGAN POSTAGE
SEMENANJUNG
RM21+RM6=RM 27 (1-2 BUKU)
RM 21+RM9= RM 30 (3-9 BUKU)

SABAH SARAWAK
RM24+RM6=RM 30 (1 BUKU)
RM 24+RM10=RM 34 (2-3 BUKU)

**PASTIKAN JIKA BELI LEBIH DARI SATU BUKU HARUSLAH MENGGUNAKAN ALAMAT YANG SAMA. JIKA ALAMAT BERBEZA DIGUNAKAN HARGA LAIN AKAN DIAMBIL KIRA**

CARA PEMBAYARAN:
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) - 564717506026
ATAS NAMA ILHAM BESTARI PUBLICATION 
**BAGI PEMEGANG ACC BANK SELAIN MAYBANK BOLEH BUAT INTER BANK TRANSFER YANG MANA HANYA RM0.10 SAHAJA CAJ DIKENAKAN**

SILA EMAIL BUKTI PEMBAYARAN DAN BUTIRAN PERIBADI SEPERTI DI BAWAH DENGAN TAJUK BAYARAN NOVEL JM KE: ilham_bestari@yahoo.com 

Butiran peribadi yang diperlukan:
1) NAMA PENUH 
2) NAMA UNTUK DITULIS DI NOVEL (JIKA TIDAK MAHU TULIS NAMA SILA NYATAKAN JUGA)
3) NO TELEFON UNTUK DI HUBUNGI
4) ALAMAT UNTUK PENGHANTARAN NOVEL

PENGEPOSAN BUKU AKAN DILAKUKAN PADA AWAL BULAN FEBRUARI IAITU SELEPAS CUTI TAHUN BARU CINA.

SEMUA NOVEL JM YANG DIBELI MELALUI ONLINE AKAN DITANDATANGI OLEH PENULIS DAN JUGA ADA HADIAH DARIPADA PENULIS YANG AKAN DISERTAKAN BERSAMA. 

SEBARANG MASALAH BOLEH PM DI ACC FB 
HASHIMAH HASHIM 
https://www.facebook.com/hashimah.hashim.7796
ILHAM BESTARI
https://www.facebook.com/ilham.bestari.1

Sekian terima kasih.
Pihak pengurusan Ilham Bestari
p/s: esok promote DI pulak! Yeay!!

Thursday 16 January 2014

COVER JADI MILIKKU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kesayangan saya sekalian. Ehek!

Ni nak tunjuk, cover JM? yang dah finalize. Yang comel dan cantik hasil tangan Moon Leeya Zafrina. Terima kasih kepada Ilham Bestari yang sudi terima Jadi Milikku? yang biasa-biasa ni. Harapnya impaknya luar biasa ya? InsyaAllah :)







Kalau nak order, tunggu hari Isnin ni ye. Saya akan update semula macam mana nak order buku ni. Minggu depan cover Dia Imamku pulak, insyaAllah :)

Wednesday 8 January 2014

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 6)

Aku mengaminkan bait-bait terakhir doa dari Koji. Aku sebak, kali pertama aku bersembahyang sekali dengan dia. Aku rasa terharu. Tanpa aku sedar, air mata dah bertakung di kolam mata. Batang tubuhnya yang tadi ada depan mata, kelihatan kabur.
Saat dia berpusing ke belakang untuk bersalam dengan aku, aku lihat dia bagai terkaku, “Kenapa menangis?”
Aku kesat air mata yang laju menuruni pipi, “Mana ada nangis.”
“Dah tu? Takkan hujan pulak dalam rumah ni,” sinis dia.
“Orang sebak je,” ujar aku, perlahan.
“Kenapa sebak?”
Aku angkat bahu. Tanya lagi, buat-buat faham tak boleh?
“Nah, salam dan cium tangan ni kalau nak dapat redha suami,” aku tak sedar yang bibirnya tersungging senyum nakal.
Huluran tangannya aku sambut lalu aku tunduk mencium belakang tangan lelaki itu. Kala bibir bersentuhan dengan belakang tangannya, tubuhku rasa ringan dan dingin. Rasa nyaman dan tenang.
“Eh, apa cium lama-lama tangan aku ni?” Dia tarik tangannya bila aku terlalu lama mengucup belakang tangannya itu.