Monday, 30 December 2013

[PENGUMUMAN KHAS] Jadi Milikku? Contest

Ehem,

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Kat sini saya nak buat satu pengumuman penting *ceh, penting sangat*


Macam yang anda tahu, mini novel saya, Jadi Milikku? bakal diterbitkan dan insyaAllah akan diterbitkan pada bulan Januari 2014. Oleh itu saya nak buat satu contest yang senang lagi simple. Haha!

Buat peminat Mika-Dhiya-Faris, anda nak buku Jadi Milikku? secara percuma lengkap dengan tandatangan penulis dan hadiah misteri? 
Kalau nak, sila jawab soalan yang senang di dalam gambar bawah ini:


Anda boleh dm jawapan anda ke Twitter saya, https://twitter.com/najwaulfah atau kalau kat kotak search tu cari tweethandle ni @najwaulfah

ATAU

Anda boleh pm saya di Facebook Page saya, 
https://www.facebook.com/NajwaUlfah atau kalau kat kotak search cari nama ni, 'NajwaUlfah'. 

Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat atau yang hampir tepat. 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Januari 2014 *hari last exam, weehoo*. 

Terbuka pada semua peringkat umur dan jantina kecuali dari pihak penerbitan. Haha!

Selamat mencuba :)

p/s: jangan tanya pasal Koji dan Dania tau. Saya tengah final, kekeke. Nanti dah habis baru kita hapdate ek :) And yes, kalau anda kenal Mika, mesti awak boleh jawab :)

Wednesday, 18 December 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 5)

Mummy dan papa ukir senyum saat melihat aku melayan Koji makan. Lauk-pauk yang dia pinta, aku isikan ke dalam pinggannya, seolah-olah aku ini isteri mithali padahal ini adalah kali pertama kami duduk semeja untuk menjamah makanan sejak kami berkahwin.
“Ibu nak apa-apa lagi?” aku pandang ibu Koji yang turut tersenyum.
“Tak nak dah, sayang. Dania makanlah, asyik melayan kami je... dari tadi Dania tak makan,” ujar ibu.
Aku senyum lalu mengangguk. Baru aku nak suapkan makanan, pingganku tiba-tiba diisi dengan sayur carrot dan kobis bunga oleh manusia di sebelahku, “Makan,” arahnya.
Aku pantas menggeleng, “Tak nak.”
“Makanlah sikit. Tak cukup vitamin dengan fiber kalau tak makan,” ujar dia, lembut.
Aku buat muka. Dia ni memang sengaja ke apa? Aku tak makan sayurlah!
“Dania ada supplement,” balas aku.

Sunday, 8 December 2013

[Cerpen] Kalau Dah Jodoh


Aku menyelongkar beg tanganku mencari telefon bimbit yang berbunyi sedari tadi. Dalam kalut-kalut macam nilah ada orang nak call, ada orang nak ajak kahwin. Eh! Tak, main-main je! Aku keluarkan Samsung Galaxy Note 3 yang masih berbunyi. Skrin menunjukkan nama mama yang menelefon, “Hello, assalamualaikum...”
“Awat lambat sangat angkat?” Mama bertanya di hujung talian.
“Alang ada kat airport ni, ha! Kan alang dah habaq kelmarin orang nak pi Johor, ada conference. Awat mama call?”
“Sajalah nak call. Minggu depan balik dak? Adik nak bertunang,” mama bersuara lagi.
“Baliklah! Alang dah mintak cuti seminggu siap. Lama dah rasa tak cuti,” balas aku sambil tersenyum kepada beberapa orang pramugari yang berjalan di depan aku.
“Ha, baguihlah! Dahlah. Mama nak pi Mydin ni. Hati-hatilah kat tempat orang nanti. Assalamualaikum,” ujar mama sebelum mematikan talian.

Monday, 2 December 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (Part 4)

Koji diam saja sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah. Aku pula lebih selesa melihat pemandangan di luar. Sebenarnya aku tak betah ada dalam suasana senyap sunyi seperti ini. Tangan aku pantas menekan butang ‘on’ untuk menghidupkan radio.
Lagu di radio bagai menyindir aku yang sedang menagih perhatian Koji. Aku peluk tubuh lalu aku sandarkan badanku. Mataku terarah terus ke luar. Melihat langit gelap tanpa bintang. Bila agaknya Koji akan sedar kehadiranku di sisinya?
Aku kalih memandang dia yang sedang memandu, dia biasa saja, tak ada yang istimewa tapi sikapnya mampu buat aku jatuh cinta. Aku tertanya sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan Ayu dulu tentang Koji terperangkap dengan perjanjian. Perjanjian apa?
Aku tatap lagi wajahnya. Aku akui, Koji bukanlah masuk dalam kategori handsome gila, dia kacak dengan gayanya sendiri. Banding dengan Mika, Mika menang lagi. Kalau banding dengan Ijad, Koji menang.
“Apa pandang-pandang?”