Sunday 25 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 10)

Aku turun ke bawah dan aku lihat Mika sedang bersembang dengan along. Aku rasa kekok, macam nak pergi date dengan Mika pulak. Haih...
“Fira, termenung kat tangga kenapa? Sinilah,” along gamit aku dari sofa.
Aku dekati mereka berdua along dan Mika.
“Jarang along dapat tengok adik cantik macam ni,” along giat aku saat aku duduk di sebelahnya. Mika langsung tak tengok aku. Heh, aku pun tak nak dia tengok aku!
“Shut up lah you!”
“Afiq, minum ni dulu,” mama keluar dari dapur menatang sedulang air anggur dan diletakkan di atas meja kopi.
“Eh, susahkan aunty je.”
“Tak ada susah pun, tuang kordial, letak air, kacau, bubuh ais, dah siap,” air di dalam gelas mama letakkan di hadapan Mika.
Mika senyum dan terus menyisip air anggur itu.
“Afiq dapat masuk universiti mana? Hari tu aunty lupa nak tanya mama Afiq.”
“Saya dapat UMT, aunty. Dekat Terengganu.”
“La, ye ke? Sekali dengan Firalah ye.”
He what?! Aku pandang dia dan nyata dia juga memandang aku dengan riak tak percaya. Mungkin dia terkejut dengan kenyataan mama. Along pula asyik siku-siku aku. Ceit, ini orang perangai serupa Jija jugak!

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 9)

“Let go, Dhiya!” Mika bersuara dengan mata tepat merenung mataku. Kau ingat aku cuaklah?
“Berapa kali aku nak cakap dekat kau, aku takkan ganggu hubungan dia orang! Kenapa kau suka provok aku?! Apa masalah kau dengan aku, hah?” Cekakan aku di kolarnya makin kemas.
“Let. Go. Dhiya.” Nada suaranya, mimik wajahnya tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Jawab soalan aku, Mika!” Tangan aku yang masih di kolar Mika aku ketatkan namun aku tersentak saat tangan Mika memegang lenganku dan dengan sekali rentap, cekakan tanganku di kolar bajunya lepas.
“Kau akan tahu jawapannya satu hari nanti, Dhiya dan sekarang bukan masanya,” dan dia terus berlalu meninggalkan aku dengan rasa marah yang masih menggunung dalam diri.
Aku terus terduduk di lantai. Mulutku tak habis-habis beristighfar. Ya Allah, apa yang aku baru buat tadi? Ya Allah!
Aku turun setelah hampir setengah jam aku menyesali perbuatanku tadi. Di anak tangga, mataku bertembung dengan mata Mika. Aku kawal rasa hati yang tiba-tiba mahu marah. Cukuplah sekali aku cekak kolar baju dia tu. Sumpah aku tak buat dah!

Saturday 24 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 8)

Aku lunjurkan kaki ke depan. Majalah yang tadi aku baca, aku letak ke bawah. Sudah dua hari aku berhenti kerja. Kenapa? Bayangan Amir Ayyad sentiasa mengekori aku. Penat aku melayan kerenahnya. Nasib baik Mika itu tidak turut serta kalau tidak, memang aku lagi pening.
“Fira, tengah buat apa? Mari tolong mama. Kejap lagi kawan mama nak datang rumah,” suara mama menjerit dari dapur buat aku terkejut. Lambat-lambat aku berjalan ke dapur.
Aku kerutkan dahi sambil mendekati mama yang ada di sinki, “Kawan mama datang nak buat apa? Ada parti Tupperware ke?”
Bahuku ditepuk mama. Kuat, “Mana ada parti Tupperware. Saja nak buat makan-makan sikit.”
“Manalah tau kot ada parti Tupperware,” gumam aku.
“Fira, kenapa dua tiga hari ni mama tengok Fira macam tak lalu makan?” Aku pandang mama yang sedang membasuh ayam. Aku tahu mama risau. Aku terdengar perbualan mama dengan papa semalam sewaktu aku turun untuk minum air. Mama dan papa risau melihat perubahan aku. Rupanya sudah dua malam mama terdengar aku menangis sewaktu aku tidur.

Thursday 22 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku (BAB 7)

“Dhiya, janganlah menangis macam ni. Aku susah hati ni,” suara Jija di talian tidak mampu meredakan tangisanku. Air mata masih mengalir. Terlalu lemah diri aku kala ini.
“Ja...” aku menyeru Jija di talian.
“Ye, Dhiya?”
“Aku... aku teruk sangat... ke sampai Faris tak nampak aku langsung?” Dengan tersedu-sedu aku menangis.
“Dhiya, tak naklah macam ni. Kau tak teruk, sayang.”
Air mata aku merambu dengan lebih teruk, “Ja... aku sayang dia, Ja!”
“Aku tahu, Dhiya. Aku tahu tapi kau tak boleh menangis macam ni. Dia dengan Aireen cuma nak bertunang je, bertunang boleh putus, Dhiya. Aku doakan dia orang putus tunang, eh?”
Aku kesat air mata yang mengalir lalu aku ketawa, “Tak baik tau doa macam tu.”
“Kau dah gelak? Syukur, Alhamdulillah!”
“Aku nak menangis lagi boleh?”

Sunday 18 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 6)

Keputusan matrikulasi yang aku terima buat aku rasa ingin melompat tinggi. 3.89 CGPA! Siapa yang tak gembira. Dalam hati terdetik yang aku ingin mengikut jejak langkah Faris yang ingin ke luar negara.
“Senyum kenapa ni?” Mama menegur aku yang masih merenung skrin komputer ribaku.
“Ma, result dah keluar. CGPA keseluruhan Fira dapat 3.89, ma.”
Aku tengok mama tersenyum, “Alhamdulillah. Kena beritahu papa ni,” mama berlalu meninggalkan aku.
Aku sengih saja. Gembira bila dapat lihat senyuman di bibir mama. Telefon bimbit yang tiba-tiba berbunyi segera aku capai, nama Jija terpampang di skrin, “Mok cik!!”
“Hoi! Tak sempat aku nak bagi salam! Happy semacam ni, kau dapat 3.50 and above, kan?”
“Alhamdulillah Jija! Lega sangat dapat keputusan macam ni. Walaupun tak dapat 4.00, 3.89 dah cukup bagus kot. Kau punya result macam mana?”
“Hoi, tiru! Kenapa result kita sama ni?” Jija ketawa di talian, “Kau cadang nak apply mana untuk first choice?”
Aku ketawa. Sungguh aku gembira, “Aku rasa aku tak tukar dah UPU aku. UM first choice. Kau?”