Monday 29 July 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (Bab 5)

Aku merenung koeyteow tomyam di depanku. Panas berasap. Aku tak tahu nak buat apa bila macam ini jadinya. Aku patut lari ke?
“Wei, makanlah!” Faris pandang aku.
Aku jeling dia sedas. Kau ingat aku senang-senang nak makan bila ada orang asing dekat meja ni?
Semalam, lepas sesi luahan hati aku, Faris dan Aireen, aku tak pasti kenapa aku memaafkan Faris tapi aku rasa semuanya kerana aku termakan kata-kata Aireen yang lembut. Aduh, aku ni berhati lembut jugak rupanya.
“Dhiya, kenapa tak makan?”
Aku sengih pada Aireen. Kenapalah Aireen ni baik sangat? Selalunya orang macam Aireen ni jadi heroin novel atau drama Melayu. Aku? Haruslah jadi watak sampingan. Orang pandang pun idak.
“Kenapa tak ajak Jija dengan Mira sekali?” Aireen bertanya sambil menghirup teh o ais limau.
“Jija ada usrah. Mira pergi library,” balas aku, perlahan. Masih segan dengan tiga orang lagi manusia yang ada di meja itu.