Monday 31 December 2012

Langkah














Perlahan-lahan
Masa dan waktu meninggalkan dia
Tiada apa yang tinggal 
Kecuali kenangan 
Ada pahit
Ada manis
Yang pahit dia simpan
Jadi kenangan yang mendewasakan
Yang manis di semat
Jadi memori yang terindah
Dia tersenyum sendiri
Esok
Hari baru
Tahun baru
Dia akan kembali melangkah
Melakar lagi kenangan
Kenangan pahit atau manis?
Dia tidak tahu
Dia tidak kisah
Yang dia tahu
Perjuangannya untuk kehidupan masih belum selesai
Masih belum ada penamatnya...

p/s: Selamat Tahun Baru semua :)

Saturday 29 December 2012

Kapal Terbang Kertas untuk Dia


















Pena mula menari
Bibir mula menyanyi
Mengalunkan lagu cinta
Yang terngiang di telinga

Ini cerita tentang rasa
Rasa yang bertamu tiba-tiba
Pabila aku terlihat dia
Dia yang datang entah dari mana

Bibir membeku
Lidah terkelu
Mata terpaku
Pada dia
Pencuri hati ratu

Dia tidak tahu
Dan tak akan mungkin dia tahu
Untuk kukhabarkan rasa ini kepadanya
Aku bimbang dipanggil gila
Gila kerana jatuh cinta pada dia
Dia yang tidak pernah aku kenali peribadinya

Hanya pada kertas aku coretkan rasa
Hanya dengan pena mindaku berbicara
Hanya dari jauh aku berani memandangnya
Untuk menegurnya,
Heh, tidak mungkin sampai bila-bila

Kertas ini akan kulipat diakhirnya
Untuk dijadikan kapal terbang kertas
Yang akan disimpan dalam balang kaca
Sebagai satu tanda yang rasa itu pernah ada

Thursday 27 December 2012

Pintu Hati
























Pintu hati ini kau ketuk
Tanpa salam
Kau buka pintu hati ini
Dengan senyuman manis
Terus aku terjatuh
Tersungkur
Tersesat aku dalam rasa ingin mencintai dan memiliki
Saat kutahu dirimu bukan lagi sendiri
Perlahan aku mengundur diri
Setapak
Dua tapak
Menjauhi kamu
Bukan niatku ingin pergi
Tapi lebih baik begini
Takut hati ini makin terjebak
Dalam cinta yang tak pasti
Pintu hati yang kau ketuk tanpa sedarmu
Yang kau buka tanpa niatmu
Aku tutup rapat-rapat
Lalu aku selak kuncinya
Tidak mahu aku membukanya kembali
Berikanlah ia waktu
Waktu untuk melupakan kamu
Sayangku...

[NajwaUlfah, 271212]

Sunday 16 December 2012

Dia Imamku (Bab 18)

Aku perhati mama yang asyik mengacau kuah soto di dalam periuk. Gaya mama cukup ayu. Nampak keperempuanan. Aku? Hampeh. Potong bawang pun mama cakap dah gaya potong terung. Tapi apa ada hal? Boleh belajar kan?
“Amboi, dah kahwin pun dok termenung lagi?”
Tersentak aku kena tegur dengan Dina. Budak lepasan SPM yang kerjanya mengacau hidup aku. Suruh cari kerja tak nak. Dok menghabiskan beras dalam rumah je. Mengada punya budak.
“Dina baru bangun?” Tegur mama pada Dina.
Aku sengih mengejek pada Dina.
“Ala, semalam Dina tertidur lewat sebab baca e-novel,” Dina buat muka.
“Solat subuh tak pagi tadi?” Aku angkat kening pada Dina.
“Cuti,” balasnya pendek.
“Ibu Naufal nak datang pukul berapa angah?”
“Dalam pukul 11 lebih.”
Ya. Hari ni ibu nak datang ke rumah. Nak melawat menantunya yang comel dan gorgeous ni. Perasan gila aku sekarang. Pembawakkan budak ke apa?
“Hah, sengih sorang-sorang. Angah ni dah teruk ma. Lepas kahwin lagi teruk dari sebelum kahwin.”
“Ala, teruk-teruk angah, tak adalah sampai air liur basi meleleh pun tak lap.”
Sejurus selepas aku berkata sedemikian, terus Dina lap tepi bibirnya. Tak sampai sepuluh saat, aku dengar Dina menjerit.
“ANGAH!!”
Serentak, tawa aku dan mama pecah.