Tuesday 27 November 2012

Cerita Tentang Dia Yang Tidak Kau Tahu :)



Kau nampak dia
Dia macam Ratu Cantik Dunia
Gedebum gedebam hati kau tergolek
Dalam sekelip mata kau jatuh cinta


Kau ikut langkah dia
Kau bersaing jalan dengan dia
Sekejap kau kedip-kedip mata
Sekejap kau kenyit-kenyit mata
Dia ingat kau gila

Dia berhenti
Kau pun berhenti
Dia marah-marah
Kau tersengih
Dia menjeling
Kau terpana
Haih, kau dah parah!


Esoknya kau cari dia
Kau nampak dia jalan dengan lelaki entah mana
Cemburunya kau tak terkata
Bunga mawar yang kau curi dari rumah sebelah
Yang kau niatkan untuk menghadiahi dia
Kau campak ke longkang dengan sepenuh hati
Kau terus berlalu pergi
Tapi ada sesuatu yang kau tak tahu
Dia tersenyum dari jauh tengok kau cemburu

Kau duduk atas bangku
Merengus marah berkali-kali
Kau rasa macam nak maki orang di sekeliling
Heh, teruk betul penangan orang cemburu macam kau!

Dalam kau merengus sorang-sorang
Dia datang duduk di sebelah
Kau menjeling sedas dua pada dia
Tapi dia buat selamba tanpa rasa
Kau berpaling ke tempat lain
Merajuk kononnya
Padahal kau dengan dia tak ada apa-apa

Dia letak Ferrero Rocher dengan sekeping kad kecil
Dia bangun bila kau masih buat tak tahu
Dia berjalan pergi tapi sempat lagi berpaling
Tapi kau masih 'menyombong' diri
Perlahan dia geleng kepala
Macam budak kecik!

Kau tengok langkah dia yang dah menjauh
Kau tarik kad dan coklat tadi
Coretan dalam kad buat kau tersengih tak nak berhenti
Tulisan dia cantik
Buat kau tertarik
Coretannya juga menarik
Buat kau nak terbang-terbang sampai langit

Dia kata dalam kadnya
Lelaki itu budak kelas dia
Kau terus tersengih lebar
Kau tersedar yang kau tu cemburu tak tentu hala
Malunya kau tak terhingga
Tapi dalam hati ada rasa bahagia

Esoknya kau kembali mengacau dia
Bunga mawar merah kau curi sekali lagi dari rumah sebelah
Kau genggam erat dalam tangan
Kau bersiul-siul panggil dia

Dia jeling
Kau senyum
Kau hulur bunga
Dia senyum sinis
'Eh, dah tak merajuk dah?' tanya dia
Kau menggeleng lalu tersengih, 'Dengan awak, saya tak boleh merajuk lama-lama.'
Dia geleng kepala lalu bunga yang kau hulur, dia ambil
Dan dia terus berlalu tanpa berpaling

Kau dah melompat-lompat gembira
Kononnya cinta kau dah diterima
Tapi kau tak tahu dia lebih gembira
Lelaki yang dia minat sekian lama
Sudah menyedari kehadiran dirinya
Saat lelaki itu hulur bunga
Dia sudah rasa gembira tak terhingga
Cinta yang dulu dia pendam saja
Akhirnya dia terima balasan yang bahagia

-END_271112-


Monday 12 November 2012

Dia Imamku (Bab 17)



Yahoo!! Dah bebas dari final exam. Seronoknya!! Terasa seperti dunia ini ana yang punya. Habis saja paper untuk pagi tadi, aku terasa nak melompat tinggi-tinggi tapi... sebab baby ada di dalam rahimku ini. Aku jadi tak berani nak menjadi terlebih aktif. Hehehe...

Sejak bermula minggu peperiksaan, seminggu yang lepas aku sudah jarang berhubung dengan Naufal. Bukan kerana aku masih merajuk atau dia yang kurang memujuk tetapi masing-masing memerlukan ruang untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran kami. Naufal sudah mula sibuk. Aku pula sibuk dengan peperiksaan akhir semester. Tetapi walau sesibuk mana dia, pasti ada saja pesanan penaja darinya setiap malam. Insyirah, jangan lupa minum susu! Insyirah, jangan lupa baca love letters dekat baby! Insyirah, jangan makan benda-benda sejuk! Insyirah itu! Insyirah ini! Mula-mula memang bosan tapi aku tahu, dia risau.
Esok, aku akan pulang ke rumah. Ah, rindunya pada rumah! Sudah lama tidakku jejakkan kaki ke rumah. Kali terakhir aku pulang ke rumah mama adalah ketika aku mahu ke Ireland. Aduhai, rindunya.