Wednesday 29 August 2012

Dia Imamku (Bab 6)

Aku renung jari aku yang sudah bersarung cincin. Memang muat-muat dengan jari manis aku. Sapu tangan milikku yang baru dipulangkan oleh Naufal beberapa hari lepas aku cium. Ada bau Naufal. Ah, parah dah aku ni!
“Sudah-sudahlah tu. Dari tadi dok cium sapu tangan tu. Macam orang angau.”
Aku jeling along, “Kacaulah along ni.”
Along tersengih saja lalu dia hulurkan aku sepasang baju kurung berwarna putih susu.
“Apa ni?”
“Ni baju nikah mama dulu. Along dah perbetulkan sikit. Angah cubalah.”
“Kenapa bagi angah?”
Along renung aku dengan riak tak percaya, “Don’t tell me you don’t know.”
“Apa? Angah tak fahamlah.”
“Mama!” Terkejut aku bila along menjerit. Apa yang sedang berlaku ni?
“Kenapa ni?” Mama datang dengan wajah terkejut.
“Mama tak bagitahu angah lagi?”
“Bagitahu apa?”
“Majlis akad angah lusa. Angah tahu?”
Terlepas sapu tangan yang dipegang aku. Lusa?!

Monday 13 August 2012

Dia Imamku (Bab 5)

Aku mencuri pandang Naufal yang sedang membakar lemang di perkarangan rumah Tok Man. Bekas yang berisi ketupat daun palas aku pegang kemas. Minda aku masih memikirkan tentang perkara yang tidak dapat Naufal lupakan tapi aku masih tidak ingat. Aku ni pernah terhantuk kat bucu tangga ke? Kenapa susah sangat aku nak ingat?
“Insyirah, teruknya memikir. Fikir apa ni?”
Terkejut aku disergah Mak Su Elia. Aku senyum, “Tak fikir apa pun.”
“Mak su, Insyirah nak bagi...”
“Insyirah bagi kat Naufal ye? Mak su nak ke pekan kejap.”
Aku tercengang bila Mak Su Elia berlalu. Mak su ni memang spesies kalut ke apa?
“Awak tengok apa?”
Aku pandang orang yang bersuara itu. Tak lain tak bukan bakal imam akulah, “Tengok mak su.”
Naufal angguk, dia tak tengok aku pun. Dia lagi suka tengok pokok rambutan yang ada di laman rumah Tok Man. Aku pun ikut tengok pokok rambutan itu. Dulu, dekat pangkin bawah pokok rambutan tulah aku curi-curi cium dahi Naufal waktu dia tidur kerana demam. Gatal gila aku kecik-kecik dulu. Hehe...
Wait a minute! Curi-curi cium? Aku cium Naufal dekat dahi! Itu ke maksud Naufal sebenarnya? Tapi dia tidur waktu tu. Bukan kot.

Saturday 11 August 2012

Dia Imamku (Bab 4)

Sejak kejadian yang hari tu, aku sudah tidak berjumpa dengan Naufal. Mak ngah ajak pergi pekan, aku tolak. Bagi alasan yang kadang-kadang munasabah, kadang-kadang tidak. Kalau nak kena hantar makanan ke rumah Tok Man, mesti aku suruh Ilham. Tak naklah aku nak ke rumah Tok Man. Kalau nanti terserempak dengan mamat tu, confirm hati aku ni makin sakit.
“Angah!”
“Ye, ma.”
“Sini, tolong mama kejap.”
Terbuntang mata aku tengok makanan yang memenuhi meja makan, “Banyaknya mama. Siapa nak makan banyak-banyak ni?”
Mama senyum, “Nanti angah tahulah.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Ma, siapa datang tu?”
“Pergilah tengok.”
Aku angguk saja lantas aku angkat kaki menuju ke pintu dapur. Terkaku kejap aku bila pintu itu aku buka. Berdiri di depan aku ialah Mak Cik Sakinah iaitu ibu kepada Naufal yakni bakal ibu mertuaku.
“Insyirah? Tak nak jemput ibu masuk ke?” Mak Cik Sakinah senyum pada aku.
Ibu? Mak Cik Sakinah bahasakan diri dia ibu? Terasa seram sejuk pulak.
“Angah,” mama tegur aku.

Tuesday 7 August 2012

Dia Imamku (Bab 3)

Aku keluar dari bilik doktor dengan jari berbalut. Aku nampak Naufal dan mama bersembang.
“Hah, doktor cakap apa?” Tanya mama bila aku duduk di sebelah mama.
Aku sengih. “Doktor cakap, seminggu lagi baru boleh buka balutan ni.”
“Itulah, lain kali mengelamun lagi. Apa yang difikir tak tahulah?”
Aku ketap bibir. Malu pada Naufal masih bersisa.
“Nur Insyirah binti Adnan.” Suara jururawat memanggil nama aku.
“Duduk sini, mama pergi ambil ubat.”
Aku bersandar di kerusi. Aku tengok jari yang berbalut.
“Sakit ke?”
Aku berpaling pada dia yang bertanya. Aku angguk.
“Lain kali nak mengelamun lagi ke?”
Aku geleng.
“Nasib baik orang hantar bubur kanji tadi. Kalau orang tak pergi, mesti awak dah hilang banyak darah.” Aku dengar dia bersuara, separuh kerek.
“Terima kasih,” ucap aku, ikhlas. Malas nak berlawan cakap.
“Hati-hatilah sikit lain kali. Kan tadi orang pesan jaga diri.”
Aku pandang dia. Suaranya lembut. Tak sinis macam selalu.

Friday 3 August 2012

Dia Imamku (Bab 2)

Selesai saja solat terawih malam itu, aku terus lepak depan televisyen walaupun kaum-kaum ibu dan kaum-kaum Hawa melepak di dapur.
“Insyirah, kenapa kau duduk kat sini?”
Aku angkat kening pada Yana, sepupu aku yang tinggal di Kuantan. “Kenapanya? Tak boleh ke?”
“Bukan tak boleh tapi kau tak nak dengar ke apa kaum-kaum ibu kat dapur tu tengah bersembang pasal orang yang nak datang raya pertama nanti.”
“Buat apa pergi dengar orang tua bersembang? Malaslah!” Ujar aku, bersahaja.
Yana kerut dahi. “Kau nilah. Kau tahu tak, ada orang nak datang meminang raya pertama ni.”
“Meminang siapa? Kau?” Tanya aku acuh tak acuh. Mata aku masih melekat di kaca televisyen. Malas nak ambil tahu sangat. Kalau datang meminang, mesti tak berkaitan dengan aku.
“Ish, bukan aku tapi kau!”
Aku yang sedang elok nak ketawa dengan lawak Johan Raja Lawak terus tersedak. “Kau nak melawak pun, pada-padalah Yana.”