Sunday 29 July 2012

Dia Imamku (Bab 1)

2010
“Jom!” Aku terpinga-pinga. Lelaki di depanku ini selamba saja mengambil beg di tangan aku.
“Nak pergi mana?” Aku bertanya saat dia sudah mula melangkah. Terkejar-kejar aku mengikuti langkahnya itu.
“Balik rumah oranglah ke awak nak stay kat airport ni?” Tanya lelaki itu dengan kening terangkat sebelah. Ingat comel ke angkat kening macam Ziana Zain tu?
Aku geleng laju. Tak nak aku duduk dekat airport yang berlonggok orang yang warna kulitnya tidak sama dengan warna kulit aku. “Nak pergi rumah awak naik apa?"
“Naik teksi. Orang tak mampu nak beli kereta dekat sini,” ujarnya sedikit sinis.
Aku angguk saja dengan jawapannya. Sedang aku membontoti langkahnya yang laju itu, dia tiba-tiba berhenti. Bum! Terus aku terlanggar belakang badannya yang berhenti tak beri signal itu.
“Ish, awak ni! Nak berhenti bagi isyaratlah. Sakit hidung orang, tahu!” Aku bersuara separuh merungut.
“Nur Insyirah, tak baik merungut dengan suami! Berdosa, tahu?”
Aku angguk saja. Malas nak bertikam lidah. “Kenapa awak berhenti tiba-tiba ni?”
“Awak turun kapal terbang, tak salam orang pun kan?”
Erk! Tersedak aku dengan pertanyaan lelaki itu. Dia berhenti sebab tu je?

Monday 23 July 2012

Aku Dia Dan Vespa (Bab 25)- Part 2

“Kenapa sebenarnya ni? Terjah pejabat aku macam tu je,” Thaqif bersandar pada meja pejabat.
Nana labuhkan punggung di kerusi empuk, bertentang dengan Thaqif. “Saja. Nak melawat kau.”
“Kan waktu pejabat ni. Kau tak kerja ke?”
“EL. Ala, kau berkira sangat dengan waktu pejabat kau tu. Jom lunch sekali nanti,” Nana tersenyum. Wajah Thaqif direnung. Masih kacak, seperti dulu. Masih sama seperti ketika mereka sama-sama menuntut di UTM.
“Actually, hari ni aku nak lunch dengan tunang aku tapi boleh kot kalau kita lunch ramai-ramai. Fakhrul pun ikut.”
Nana mencebik sikit. “Ala, kita berdua jelah.”
“La, kenapa? Jom jelah sekali.”
Nana buat muka masam. “Kau ni, sejak bertunang dah lain.”
Thaqif angkat kening, pelik. “Bila masanya aku lain? Aku masih lagi Adam Thaqif yang samalah. Apa kau merepek ni?”
“Dulu, kau selalu ada masa untuk lepak dengan aku tapi sejak kau bertunang ni, dah jarang kita lepak sekali.”
Thaqif ketawa kecil. “Aku sibuk, Nana. Kerja kat pejabat menimbun, nak uruskan majlis walimah aku lagi. Bukan senang, tau?”
“Alasan.”
“Fakhrul kan ada? Ajaklah dia lepak. Untuk kau, dia sentiasa free.”
“Kau! Nak mula balik, kan?” Nana memeluk tubuh, tanda protes.

Tuesday 17 July 2012

Aku Dia Dan Vespa (Bab 25)- Part 1

Ulfah duduk termenung di depan laptop. Laman Facebook di buka. Terngiang-ngiang di telinganya tentang permintaan ‘Engaged To’ oleh Thaqif semalam. ‘Nak approve ke tak nak. Kalau approve, semua tau. Kalau tak approve, pak cik tu marah tak?  Bertunang ni tak elok sangat kalau dihebohkan.’
Satu keluhan dilepaskan dari bibir itu. Kalau dia approve, kawan-kawannya pasti mula bising sana sini. Tak semua tahu dia sudah bertunang. Dulu, ketika dia approve Thaqif pun, dia dihujani dengan pelbagai soalan oleh kawan-kawannya. Haruslah begitu, rata-rata kawannya adalah perempuan. Boleh dibilang dengan jari sahaja berapa orang kawan lelakinya. Dia bukan berkawan sangat dengan lelaki. Satu keluhan dilepaskan sekali lagi.
C3 dicapai. Jari jemarinya laju menaip mesej. Kemudian, dia baca kembali mesej tersebut. Dia mengeluh lagi. Dia padam semula mesej itu. Dia letak kepala atas meja Jepun yang tersedia di ruang tamu. ‘Arghh!! Stress!’
“Ulfah Syuhada, kenapa ni?”
“Umi. Fafa, stress!” Ujarnya dalam keadaan kepala masih diletakkan di atas meja.
Ulfah terasa rambutnya dibelai lembut.
“Stress kenapa?”
“Adam...” Ulfah angkat kepala. “Dia request ‘Engaged To’ dekat Fafa di Facebook.”

Thursday 12 July 2012

Aku Dia Dan Vespa (Bab 24)

Cincin yang bersusun di balik cermin kaca itu menarik perhatian Ulfah. Dia bukanlah perempuan yang sukakan aksesori-aksesori seperti ini tapi dia teruja hari ini untuk pilih cincin kahwin.
“Fafa suka cincin macam mana?”
“Fafa pun tak tahu, umi. Fafa tak pandai pilih benda macam ni.”
“Adam?” Mama dan umi pandang Thaqif.
“Bagi Adam, biar simple tapi cantik. Dan haruslah elegan untuk bakal isteri Adam ni.”
Ulfah sudah tersipu-sipu. ‘Elegan? Hailah, bahasa abang ni buat aku berdebar.’
“You want platinum ring, white ring or gold ring?” Gadis yang memakai seragam hitam kuning itu bertanya kepada Ulfah dan Thaqif.
Ulfah pandang Thaqif.
Thaqif pandang Ulfah.
Dua pasang mata saling bertatapan.
Dan mereka serentak mereka larikan pandangan.
Thaqif pegang dada. Sungguh dia berdebar, mata bundar gadis itu buat dia hilang pedoman sekejap tadi. “Platinum ring should be okay, right?” Dia kerling Ulfah.

Sunday 8 July 2012

Aku Dia Dan Vespa (Bab 23)

Ulfah senyum sendiri. Dia duduk di birai katil. Sungguh hati rasa lapang bila tahu bakal suaminya seorang yang mampu memimpinnya kelak. Hilang terus rajuk di jiwa. Hati yang terasa tadi sudah terubat dengan alunan suara lelaki itu. Dia tidak pernah mengharapkan seorang lelaki yang alim. Yang kopiah sentiasa di kepala 24 jam. Cukuplah baginya seorang lelaki yang mampu menjadi imam di setiap solat lima waktunya. Yang boleh menegur andai ada salah dan silapnya. Sungguh, dia sangat bersyukur.
“Fafa.” Umi buka pintu. Dia pandang umi.
“Ye, umi.”
“Tadi Adam telefon umi. Dia ajak Fafa keluar esok.”
Ulfah angkat kening. “Kenapa dia tak ajak Fafa terus?”
“Dia kata dia takut Fafa dah tidur. Dia hantar mesej, Fafa tak reply.”
Ulfah angguk. Nokia C3 dicapai. Nyata ada satu unread message.
“Nak keluar ke mana, umi?”
“Cari cincin.”
Ulfah angguk. Baru teringat, memang cincin kahwin tidak dibeli lagi.
“Nanti umi ikut, tak?”
“InsyaAllah. Sama ada umi atau mama Adam yang ikut.”
Ulfah angguk lagi. Lega hati kalau umi ikut. Dia tak selesa nak keluar berdua dengan lelaki itu meskipun mereka sudah bertunang.
“Balaslah mesej Adam tu. Mungkin dia dah ternanti-nanti dari tadi.”

Tuesday 3 July 2012

Aku Dia Dan Vespa (Bab 22)

Ulfah menekur kaki yang bersarung selipar. Sesekali dia kerling lelaki yang berkemeja biru laut. ‘Dari Ipoh terus ke sini ke?’
“Fafa, apa termenung je tu? Nampak tunang terus diam membisu.” Teguran abah buat dia malu.
“Fafa memang pendiam apa.” Dia jawab tapi perlahan.
Thaqif ukir senyum. Wajah Ulfah yang memerah menambat hatinya. Sungguh dia rasa bersalah kerana memarahi gadis itu tanpa sebab.
“Adam makan kat sini ye malam ni.”
“”Boleh umi.” Thaqif angguk.
Ulfah cebir bibir. ‘Siapa bagi mandat panggil umi orang umi, hah?’
Thaqif ukir senyum. ‘Nanti jadi umi saya jugak.’
‘Whatever.’
“Angah peliklah umi, abah. Ada budak tu diam betul.”
Ulfah angkat kening. “Bising salah. Diam salah.”
“Angah tak cakap pasal Fafa.”
“Tak payah nak berselindung di balik langsir rumah. Dah nampak sangat angah tuju dekat Fafa.”
“Wah, perumpamaan.” Suhail ketawa.
Ulfah buat muka.
“Sudahlah tu. Jomlah masuk. Dah nak masuk waktu Maghrib.” Abah bangun dari duduk. Umi turut angkat punggung. “Adam, jadi imam malam ni ye?”
Thaqif nampak terkedu seketika namun dia ukir senyum. “InsyaAllah.”