Friday 11 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 8)

“Umi kau suruh kahwin?”
Ulfah angguk.
“Ala-ala kahwin paksa tu?”
Ulfah tepuk dahi. “Banyak baca novel lah kau ni. Ni bukan kahwin paksa, ni kahwin diatur keluarga dan aku tak ada sekelumit pun rasa terpaksa. Awal-awal dulu mungkin ada, tapi lepas buat solat istikharah dah tak ada rasa terpaksa.”
Azira ukir sengih. “Kenapa tadi kau bergegas sangat keluar dari Secret Recipe?”
“Sebab aku baru lepas tolak lamaran seseorang.”
“You what?”
Ulfah lempar pandangan ke sekeliling Taman Tasik Shah Alam. “I did. I rejected a marriage proposal just now.”
“Siapa pulak lamar kau ni? Ady?”
Ulfah geleng. “Lelaki gila.”
Azira tekup mulut. “The one yang kau cerita dekat YM hari tu? Yang jumpa dengan majlis tunang abang kau tu? The same guy yang kau jumpa dekat KLIA tu? He proposed to you?!”
Ulfah cuma angguk. Semua soalan Azira, jawapannya ada pada anggukkan kepala.
“What’s his name?”
“Not sure. Adam something. Can’t remember the last name.” Berkerut dahi Ulfah memikirkan nama lelaki itu. Yang diingat cuma Adam. Nama belakang, langsung dia tidak ingat.
“Nama kau, dia tau?”

“Haruslah tak tau. Kalau aku pun tak tau nama dia, dari celah mana dia nak tau nama aku?” Ulfah menjawab.
“He is sure one crazy guy.”
“He was a crazy guy but after I rejected his proposal, he does not seem so crazy as before. He look so... devastated.”
“Haruslah. You blow him away kot.”
Ulfah pandang Azira. “Zira, kalau aku kenal dia, kalau umi aku tak ada calon lagi untuk aku, tak mustahil aku akan terima dia.”
“Kau menyesal?” Azira pandang Ulfah.
Ulfah geleng. “Cuma aku rasa bersalah. Aku macam... dah lukakan dia. Sangat dalam.”
“Hey, chill. It’s not even your fault. Kau ada reason kau sendiri, he should accept your decision like a gentleman.”
Ulfah cuma angguk. “Let just hope he’ll meet his Hawa soon.”
“InsyaAllah.”
“Bila majlis merisik kau?”
Ulfah diam sebelum menjawab. “Sabtu depan.”

Thaqif letak kepala atas bantal. Dia buntu. Betul ke dia bersedia nak terima pilihan mamanya itu? Dia bangun dari baring.. Esok, mama dan abah akan pergi merisik budak perempuan itu. Dia capai album gambar yang dia bawa dari rumah bujangnya. Gambar itu dibelek. ‘Mulai hari ini, aku lepaskan kau pergi gadis baju kurung biru.’
Dia letak album itu dalam beg plastik lalu dia bawa turun. Di ruang tamu ada Aidil dan papa. Thaqif bawa langkah ke dapur. “Ma.”
“Ya Allah, Adam! Terkejut mama. Kenapa?”
“Mama tolong suruh Aidil buang ni nanti, bila dia nak buang sampah.”
Mama kerut dahi. “Barang apa ni, Adam? Mama tengok elok je lagi.”
“Buang jelah, ma. Adam tak guna dah album gambar ni.”
“Album?”
“Ha.” Thaqif angguk kepala. “Esok Adam tak pergi ikut untuk merisik tu, tak apa tak?”
“Eh, kenapa?” Mama pegang plastik berisi album gambar itu.
“Malas.”
“Lah, nanti bakal mak mertua kamu nak tengok. Macam mana?”
“Bagi gambar jelah. Adam nak duduk dalam bilik je, esok.”
Mama geleng kepala. “Yelah.”
“Okey, ma. Love you. Adam naik dulu.” Thaqif segera keluar dari dapur dan terus menuju ke tingkat atas.
Mama angguk. Mama buka plastik di tangan. Album gambar diambil lalu diselak. “Subhanallah. Ini kan...” Mama geleng dengan senyuman. “Papa.”
“Kenapa, yang?”
“Tengok ni. Si Adam bagi tadi suruh buang.”
Papa pula ambil album gambar itu lalu dia mengucap panjang. “Ini bukan ke anak si Mursyidah dengan Azhar ke?”
“Yelah. Yang nilah.”
Aidil muncul dari ruang tamu. “Kenapa mama? Papa?” Dia capai album gambar milik Thaqif.
“Eh, ni budak perempuan yang si Adam minat tu.” Ujar Aidil, separuh menjerit. Dia pandang papa dan mama. Dan di fikiran mereka terlintas perkara yang sama. Jodoh itu rahsia Allah.

“Adam, kau betul tak nak pergi ke esok?”
Thaqif pandang Aidil. “Betullah. Lagipun, penting ke?”
Aidil ukir sengih. “Pentinglah. Mak dengan bapa mertua kau mesti nak kenal kau. Lagipun, kau tak nak kenal dengan bakal tunang kau?”
“Ala, lepas tunang aku kenallah dengan dia.”
Aidil geleng kepala. “Suka hati kaulah. Ni, tadi mama suruh aku bagi gambar bakal tunang kau. Cantik juga walaupun nampak kebudak-budakkan.” Sekeping gambar dihulurkan pada Thaqif.
“Kenapa mama bagi gambar dia pulak ni?” Tanya Thaqif tanpa mengambil gambar itu.
“Mana tau, kot terbuka hati nak pergi merisik sekali esok.”
Thaqif ukir senyum tawar. “Letaklah dekat atas meja tu. Kalau aku rasa nak tengok, aku tengok.”
Aidil angkat bahu. “Suka hati kaulah, Adam tapi jangan menyesal nanti.”
“Blah. Kacau je aku nak tengok Wipeout.” Thaqif tolak Aidil.
“Ingat, jangan menyesal!”
“Baik kau pergi sebelum tangan kau patah lagi sebelah, Aidil.” Aidil buat muka sebelum berlalu.
Thaqif kerling gambar yang ada di atas meja kopi. Gambar itu diterbalikkan. Dia ukir senyum. ‘Siapa pun kau, aku ikhlas terima kau.”

Ulfah pandang cermin. Tudung bawal yang tersarung dikemaskan sedikit lipatannya. Hatinya berdebar. Rombongan merisik datang hari ni. Walaupun sekadar makan-makan, dia tetap rasa kekok. Dia takut andai tiba-tiba dia tukar keputusan.
“Fafa.”
Ulfah kalih ke belakang. Umairah datang dengan senyuman. “Kak chik.”
“Lemah je suara Fafa hari ni. Kenapa?” Umairah usap kepala Ulfah yang diam.
“Fafa rasa...”
“Takut? Nervous?”
“Ha.” Ulfah angguk.
“I’ve been through this, once. I know how you feel cuma dulu kak chik memberontak and Fafa tak. Fafa jangan risau. Everything will go on smoothly, insyaAllah.”
Ulfah angguk. “I hope so, too.”

“Adam, tak ikut ke?”
Thaqif geleng. Dia baru bangun tidur. Lepas subuh tadi, dia lepak je sambung tidur padahal orang lain sibuk seterika baju. Cari pin. Cari itu, cari ini.
Adina yang baru sampai dari Kuala Lumpur geleng kepala dengan adik lelakinya itu. “Kenapa tak nak ikut?”
“Malaslah, Dina.” Dia pejam mata. Sumpah dia mengantuk. Semalam boleh pulak dia layan Hindustan dekat channel 118.
Adina geleng. Adik yang seorang ni memang suka ikut kepala sendiri, ditegur banyak kali. Tetap dia buat tak tahu. “Up to you, Adam.” Adina berlalu.
Thaqif tengok mama yang sedang betulkan kolar baju papa. Romantis. Dia pandang pula pada Aidil yang sedang makan di ruang makan. Dia angkat kaki dari sofa.
“Nak pergi mana tu?” Mama menegur.
“Makan. Lapar.”
“Eh, anak teruna. Pergi mandi dulu sebelum nak makan ke apa ke. Macam orang hobo dah mama tengok Adam.”
Thaqif ukir sengih. “Dah mandi lepas subuh tadi tapi tertidur balik tadi.”
“Yelah.” Mama geleng kepala. “Tu, ambik balik album gambar kamu tu. Mama tak buang. Mama dah ganti dengan gambar bakal menantu mama.”
Thaqif pandang album yang ada atas almari. Dia capai album itu. “Gambar lama tu?”
“Adalah.” Mama jawab.
Thaqif selak album itu. Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup seketika. Dia letak album itu dan terus ke meja kopi. Gambar yang diberi Aidil semalam diambil dan ditilik seketika. “Mama, ni ke budaknya? Ni ke bakal tunang Adam?”
Mama angguk.
Thaqif ukir senyum bahagia. “Mama, tunggu sekejap. Adam nak mandi.”
“Eh, tadi kata nak makan.”
Thaqif sengih. “Dah kenyang, ma.”

To be continued...

p/s:nak terbang-terbang tak?

15 comments:

  1. Suka la adam tu..dpt pujaan hati...lompat smpi ke bintang...hehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bestnye citer ni...n then yg pling penting leh hlngkan tension bila bc citer ni....hihiii..xsbar ase nk bc ag...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...nantikan sambungannya ya :)

      Delete
  4. Alahai si Adam Thaqif ni...
    Punyalah kecewa kecewa lepas kena tolak de si Ulfah tu...
    Sampai x nak jumpa bakal tunang sendiri...
    Lepas tau jE si Ulfah tu bakal tunang dia berubah jadi gembira pula...
    Elok perut terus jadi kenyang...#^_^

    ReplyDelete
  5. hahaha...haruslah...ada rasa nak terbang-terbang tak?? :D

    ReplyDelete
  6. ni yg wat x sbr nk taw smbungan die ni...aisshh..nk stdy food scnce pun asyik x jdi jer...^_^
    sgt menarik...

    ReplyDelete
  7. ooo...so sweet...
    terbaekk....sambung cepat tau...

    ReplyDelete
  8. whee~ cpat2 smbung ! smbung byk2 bab sket eh. n tenkiu 4 wrting this novel ((;

    ReplyDelete
  9. done.senyum

    dania

    ReplyDelete