Friday 16 March 2012

Tentang Dia (Syah Suka Jan)


“Syah, kau serius ke?” Syah berpaling pada Ain yang di sisinya.
“Serius apa pulak kau ni?”
“Serius ke kau nak tolong budak Jan tu?”
Syah angkat kening. “Kenapa aku nak main-main pulak? Aku serius nak tolong dia. Aku tak sanggup tengok dia jadi cicak kepanasan.”
 “Cicak kepanasan?”
Syah garu kepala. “Salah ke?”
“Cacing kepanasan la mak cik.” Syah mengaduh kesakitan saat kepalanya diketuk dengan fail.
Jan atau nama sebenarnya Muhammad Izhan Zakaria budak nakal di Universiti Malaysia Terengganu. Sebutlah namanya, semua orang pasti kenal. Ponteng kelas nombor satu, cari pasal dengan pensyarah dan semuanyalah. Masuk tahun ni dah dua semester dia mengulang pelajaran. Jan sebenarnya budak pandai, tiap semester dapat Dekan tapi entah kenapa semester terakhir ni dah dua kali dia mengulang. Kenapa dia repeat? Semua orang tak tahu.


“Jan, kalau semester kali ni awak masih mengulang. Saya rasa pihak pengurusan tak akan teragak-agak untuk menggantung pengajian awak. Dengan perangai awak yang tak tentu hala tu, dengan result jatuh mendadak. Fikirlah baik-baik.” Suara Dr. Sayed masih terngiang-ngiang di telinganya. Jan membuka kaca mata yang terlekap elok di wajahnya.
“Er... Abang Jan?”
Jan angkat kening pada gadis bertudung coklat di depannya. “Siapa abang kau? Sejak bila aku ada adik perempuan?”
Syah telan air liur. “Saya Izzati Aisyah. Tapi awak boleh panggil saya Syah.”
“Apa awak-awak? Kau ingat aku ni burung wak-wak ke, hah?” Jan merengus.“Kau nak apa ni?”
“Er...Syah nak bantu Jan.” Sekali lagi Jan angkat kening.
“Nak membantu apa ni? Aku bukannya OKU.”
Syah telan air liur lagi. Garangnya. “Syah nak bantu Jan untuk lulus semester ni.”
Jan senyum sinis. “No, thanks. Aku tak perlukan bantuan sesiapa.” Jan angkat buku di atas meja dan dia segera berlalu meninggalkan Syah yang terkulat-kulat.

Syah termenung. Suara Dr. Izwan macam masuk tak masuk saja ke dalam telinganya. Matanya memandang terus ke arah Jan yang dengan selambanya tidur di dalam kuliah itu.
“Izzati Aisyah! Apa awak termenung tu?” Hah, sudah. Direct kena sound. Wajah Syah dah pucat. Jan pula dah terpisat-pisat dengan suara Dr. Izwan yang kuat.
Jan berpaling ke belakang. Saja mahu melihat wajah pucat Syah. Heh, itulah. Nak tolong aku sangat, sekali dia yang kena. Apalah perempuan ni.
“Izhan, awak jangan nak pejam mata balik. Dari tadi saya perhatikan awak. Saya tak suka student saya tidur dalam kelas.” Suara Dr. Izwan memetir lagi.
Jan buat muka. Ni semua sebab minah tulah. Dok termenung apa entah, sekali dengan aku kena.

“Ain, kau balik dulu tau. Aku nak kejar Jan.” Terkocoh-kocoh Syah simpan barang dalam beg galasnya.
Ain tak sempat membalas, Syah dah laju menuruni tangga Dewan Syed Jalaluddin (DSJ).
“Jan!”
Jan yang sedang bergelak ketawa dengan rakan-rakannya ketika Syah menjerit memanggil namanya.
“Kau nak apa, hah? Kalau ye pun kau minat aku, tak payah nak kejar-kejar sangat.” Jan buat muka menyampah.
“Jan, kita orang blah dulu.” Amir, angkat tangan dan terus berlalu bersama yang lain.
Syah ketap bibir bila mata Jan tepat merenung matanya. “Syah bukan minat Jan tapi Syah nak tolong Jan.”
Jan menggarukan kepalanya kasar. Serabutnya dengan budak ni, Ya Allah. “I don’t need your help! Ada faham?”
Syah terkebil-kebil di depan Jan. “Tapi... Syah nak tolong Jan.”
“Kau faham tak yang aku tak perlukan pertolongan kau?”
“Faham.” Syah mengangguk.
“Dah tu? Yang kau terhegeh-hegeh lagi ni kenapa?”
Syah garu kepala yang ditutupi tudung berwarna biru cair. “ Tapi, Syah nak tolong Jan jugak.”
Subhanaallah. Jan menyabarkan hatinya. “Malaslah aku nak layan kau!”
Syah terpinga-pinga saat Jan melangkah pergi.

“Ain, salah ke kalau aku nak tolong dia?”
“Memang tak salah tapi dia tu Jan. Jan, budak paling jahat sekali dalam UMT tu. Semua orang kenal!”
“Mana kau tahu dia jahat? Kau kenal ke dia? Tak baik judge orang macam tu, Ain.”
“Hei, Syah! Kalau dah semua orang bercakap pasal tu, confirm betul. Lagipun, hari tu kecoh dia buli si Irsyad Skema tu.” Ain mengetap bibir, geram dengan Syah yang lebih senang membela Jan.
“Kau pernah nampak dia buli si Irsyad? Kau pernah nampak dia pukul orang? Jangan percaya sangat cakap orang, boleh jadi semua tu fitnah.”Syah menggeleng kepalanya.
“Ah, susahlah cakap dengan orang angau macam kau ni.” Ain merengus.
Syah angkat kening. “Bila masa aku angau ni?”
“Bukan main lagi kau bela si Jan tu, lagi tak nak mengaku angau.”Ain menjeling.
Syah cuma sengih. Kalau marah, kalah Siput Sarawak la Ain ni. “Aku tak angau. Aku cuma nak tolong dia.”
“Whatever!” Ain dah berlalu ke bilik tidur.
Syah angkat bahu. Faham sangat dengan perangai kepala angin si Ain. Ain tu baik cuma lepas teman lelaki dia curang, bagi dia semua lelaki sama. Termasuklah si Jan tu. “Jan memang budak nakal, Ain. Tapi dia tak jahat. Trust me.” Perlahan dia bersuara pada diri sendiri.

“Jan!”
Jan berpaling, malas. Dia ni lagi. “Kau!”
Syah tiba-tiba berhenti. Alamak, kenapa dia datang dekat ni? Kenapa aku rasa ada aura membunuh dari dia?
“Kau boleh tak berhenti kejar aku?” Suara Jan perlahan, tapi menakutkan Syah.
Syah mendongak sedikit, mencari mata Jan yang tajam merenungnya. Eh, cantiklah mata dia. Sepet gitu. “Mata Jan cantik.” Terluah kata-kata yang cuma ingin disimpan dalam hati.
Jan angkat kening. “Kau ni peliklah.”
Syah tersengih. Dia tak marah? “Kenapa saya pelik pulak?”
“Ah, sudahlah!” Jan berkira-kira untuk berlalu.
“Jan, please. Bagi Syah tolong Jan.”
Jan berhenti. “Ikut kaulah, minah!” Dan dia terus berjalan meninggalkan Syah yang terkaku dengan jawapannya.

“Jan, kenapa kau bagi Syah tu tolong kau?” Amir tolak bahu Jan yang termenung.
Jan angkat bahu. “Aku pun tak faham dengan diri aku.” Yang aku tau, aku bagi dia tolong aku bila dia kata mata aku cantik. Jan menyambung dalam hati.
Amir tergelak kecil. “Takkan kau dah tertangkap cintan dengan dia kot.”
“Apa barang cintan-cintan ni? Bukan boleh buat makan pun.” Jan buat muka.
Amir gelak lagi. “Oi, yang berlambak dekat dapur tu bukan mi Cintan?”
Jan menepuk dahi. Aku terlupa yang ada makanan jenama Cintan. “Cakap pasal mi Cintan, apa kata kau pergi masak untuk aku?”
“Eh, apahal pulak?”
“Jangan nak cakap banyak. Pergi buat cepat lagipun aku lagi tua daripada kau.”
“Kau kalau bab makan senang je mengaku kau tu tua tapi bila benda lain, payah benar nak cakap kau tu tua dari aku.” Amir dah bangun dari duduknya. Kenalah pergi buat jugak, lagipun aku menumpang je dekat rumah si Jan ni.
“Pergilah kau buat.” Jan tersengih. Bukan senang nak menyuruh si Amir ni.

Syah renung Jan yang menconteng kertas kajang di depannya. Orang suruh buat report, dia pergi conteng pulak. “Eh, janganlah conteng dah. Tulislah report tu. Esok dah nak hantar.”
“Apa kata kau tolong buat je report tu untuk aku? Lagipun kau yang beria-ia nak tolong aku, kan?” Jan tersengih jahat sambil tangannya terus menconteng kertas kajang itu.
Syah terdiam. “Tak apa ke? Lagipun tulisan kita tak sama.”
“So? Tirulah bagi sama!” Jan buat muka.
“Yelah.” Syah ambil sehelai kertas kajang dan terus dia capai buku nota Jan.
“Kau nak buat apa dengan buku nota tu?”
“Nak tiru tulisan Janlah.” Syah garu kepala.
Lurusnya budak ni. “Oh, okey.” Jan angguk kepala sikit.
Syah segera menulis report untuk Jan dan dia langsung tak sedar yang Jan asyik merenungnya. Jan pula perlahan-lahan capai sehelai kertas A4 dan dia terus melakar wajah gadis depannya. Entah kenapa wajah Syah yang tekun membuat kerja membuatkan dia tertarik untuk melakar wajah gadis itu.
“Weh, minah!” Syah angkat muka.
“Kau tak ada kawan ke? Kenapa kau nak sangat tolong aku? Kenapa kau terkejar-kejarkan aku? Kau minat aku ke?”
“Ada. Ramai je. Ada Ain, Ika, Nabila. Laila pun kawan Syah..” And maybe Jan jugak. “Syah tak nak Jan repeat lagi, Syah kesiankan Jan.” Syah menjawab perlahan. Soalan terakhir Jan dibiarkan tanpa jawapan.
“Kau pelik. Lagi satu, kenapa kau nak orang panggil kau Syah? Kenapa bukan Aisyah atau Izzati, kenapa Syah?”
“Sebab arwah mama Syah selalu panggil Syah, Aisyah. So, orang special macam arwah mama je boleh panggil Aisyah. Izzati pulak sebab dah banyak sangat nama Izzati dalam kelas Food Tech.” Syah jawab sambil terus membuat report.
Terngiang-ngiang jawapan Syah di telinga Jan. ‘Orang special macam arwah mama je boleh panggil Aisyah.’

“Jan.”
“Apa lagi kau ni?” Jan angkat kening. Suka betul panggil aku.
“Kejap lagi, dekat kuiz Jan tu, tulis nama Syah tau. Izzati Aisyah binti Abdul Halim. UK25325. Nombor UK Jan berapa? By the way, Izzati ada double Z.”
Jan terasa nak gelak tengok wajah serius Syah. “UK26478. Nama penuh aku, kau tak nak tahu?”
“Tak nak.” Sombong Syah menjawab.
“Eleh, kejap lagi mesti kau tulis Jan je.”
“Muhammad Izhan bin Zakaria, with a double M in Muhammad.”
“Macam mana kau...” Jan ternganga. Tak semua junior tahu nama penuhnya. Semua orang lebih kenal dia dengan Jan atau Izhan. Muhammad tu ramai buat endah tak endah.
“Syah pasang spy.” Syah gelak. Kali pertama dia dapat tengok wajah terkejut Jan. Comel je.
Jan buat muka. “Tak payah nak riak sangat.”
Syah diam terus. Masuk dah mode garang dia. “Yelah. Ingat tau Izzati Aisyah binti Abdul Halim, with...”
“Double Z in Izzati. UK25325.” Jan menyambung dengan sekali nafas.
Syah sengih mengangguk. “Good. Syah masuk dulu.” Syah dah melangkah laju
“Weh, minah!” Syah berpaling.
“Make sure all your answers are correct.” Jan buat muka serius dan Syah cuma telan air liur. Mak aih, betul semua? Mana pernah aku dapat betul semua. Matilah aku!

Result kuiz hari tu dah keluar. Syah berdebar-debar. Matilah aku dengan Jan! Matilah aku dengan Jan! Result kuiz yang ditampal ditenung berkali-kali. Okey, dapat A- tapi tak cukup baik lagi ni. Jan mesti marah aku punyalah.
Telefon Samsung Galaxy Mini berbunyi. Lagu Terukir Di Bintang berbunyi tanda ada mesej masuk. Nama Jan tertera di inbox. Dibuka pesanan itu, ‘Mana kau? Dah naik kematu aku tunggu kau kat library ni tau tak?’
Alamak! Hari ni dah janji nak study dengan Jan. Terkocoh-kocoh Syah berlari meninggalkan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM).
Di library, Jan mengendang meja dengan jarinya. Bengangnya rasa hati menunggu si Syah. Jan tak suka menunggu. Buku nota dicapai. Baik aku blah.
Baru dia nak bangun. Dia nampak Syah berlari-lari anak ke arahnya. Kita torture sikit budak ni.
“Sorry... tadi Syah...pergi...tengok result...kuiz...” Dengan dahi berkerut, nafas yang tidak teratur Syah cuba menyusun kata.
Jan yang baru nak sembur Syah terus tak jadi nak menyembur bila tengok muka putih Syah dah bertukar kemerah-merahan. “Jom.”
“Pergi mana? Syah tahu Syah lambat tapi takkan nak balik dah?”
Jan tahan tawa yang nak meletus bila tengok muka serba salah Syah. Luruslah budak  ni. “Jom pergi makan roti canai kat bawah. Aku lapar tunggu kau dari tadi.”
Muka Syah blur. Dia ajak aku makan roti canai? Kat bawah library ni? “Jan ajak Syah date ke?”
Jan ketawa tapi masih terkawal. “Minah, aku tak ada masa nak ajak kau date. Aku ajak kau makan sebab aku lapar.”
“Okey.”
“Hari ni tak payah studylah. Aku malas.”
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Aku malas ni. Lagipun aku nak belanja kau sebab kau dah tolong aku untuk dapat A- untuk kuiz lepas.”
“Eh, Jan tak marah?”
Jan buat muka tak faham. “Kenapa aku nak marah?”
“Syah tak dapat jawab bagi betul semua.”
Jan ketawa lagi dan kali ni ia tak terkawal namun bila semua memandang ke arah mereka, baru ketawa dia reda. “Aku main-main jelah hari tu. Cuba jangan ambil semua benda tu serius. Jangan nak jadi skema sangat.”
“Tapi, hari tu muka Jan sangat serius. Syah ingat Jan serius.” Bersungguh-sungguh Syah membalas kata-kata Jan.
“Sudahlah tu. Kau nak ikut aku makan roti canai ke tak?” Jan berdiri.
“Nak!” Syah tersengih.
Comellah budak ni. Jan tergelak dalam hati.

“Wah, bahagia nampak sekarang.” Haiqal angkat kening saat tuan punya Suzuki Swift turun dari kereta tersebut.
“Kau mengarut apa ni?” Jan melangkah masuk ke dalam rumah manakala Haiqal mengekori dari belakang.
“Kaulah! Dulu confident je, ‘aku tak layan budak perempuan. Perempuan is a mess.’ Tapi tadi aku tengok, macam lain je.”
“Apa yang lainnya? Women, girls, they are still a mess.” Jan merebahkan diri di atas sofa.
Haiqal ketawa. “Weh, yang makan roti canai dengan kau tadi bukan termasuk dalam golongan women or girls ke?”
Damn! Dia nampak pulak. “Well, aku just pergi makan dengan dia. Bila makan berdua bukan bermaksud kita orang ni ada some stupid relationship or what-so-ever you call it.” Tenang Jan menjawab. “Aku tak akan mengusung anak dara orang like some people do. Selagi tak halal, aku takkan buat benda macam tu.” Haiqal terasa disindir.
“Tapi tadi kau berdua-duaan dengan dia.”
“Tak salahkan kalau aku belanja budak yang dapatkan aku A- untuk kuiz?” Walaupun kau dah dapatkan A untuk budak tu. Jan tersengih dalam hati.
Haiqal terdiam. “Still...”
“Dahlah tu. Aku letihlah.” Jan pejam mata, tanda tak nak diganggu.
Haiqal masih tidak puas hati tapi untuk bertanya lebih takut Jan mengamuk. Jan, memang jenis tak suka bercerita hal peribadi dari dulu lagi.

“Syah.” Tangan dilambai di depan mata Syah. Tapi Syah masih diam tak berkutik.
“Syah!” Suara Ain naik satu oktaf. Masih tiada respon.
“Izzati Aisyah!” Terhincut bahu Syah saat Ain menjerit memanggil namanya.
Hilang terus bayangan wajah Jan yang tersenyum padanya. “Kenapa?”
Ain merengus. “Otak kau pergi mana, hah? Mengelamun tak habis-habis.” Kepala Syah ditolak perlahan
Ah, dia ni. Asyik nak marah-marah je. “Kau kenapa? Kalau sehari tak marah aku tak boleh? Ok, memang salah aku sebab tak dengar tapi tak payah nak membebellah!” Syah bangun dari duduknya. Tiba-tiba dia rasa kesabaran dia tercabar saat Ain menolak kepalanya. “Plus, siapa bagi kau kebenaran main tolak-tolak kepala aku?”
Terdiam Ain bila Syah marah. Memang Syah jarang marah tapi sekali dia marah, jadilah macam tadi.
“Aku tak suka kalau orang sentuh kepala aku macam tu. Aku kawan kau, Ain bukan hamba pencacai kau. Aku bukan anak patung.“ Syah angkat beg dan terus masuk ke bilik. Nasib baik dia berkongsi bilik Laila bukan dengan Ain kalau tak malam ni, aku tidur kat Surau Al-Irfan kat UMT tu.

Dah dua hari dia tak bercakap dengan Ain. Dia tak faham, bukan ke dia yang sepatutnya marah? Tapi kenapa si Ain tu over sangat marahkan dia? Syah mengeluh.
“Minah, kau termenung apa?” Jan menongkat dagu dan terus tenung mata Syah.
Syah tersengih. “Mana ada apa-apa.”
“Yelah tu.” Jan buat muka. “Cepatlah. Kata nak study.” Jan dah buka buku rujukan di depannya.
“Jan, salah ke kalau Syah marah kawan Syah?”
Jan angkat bahu. “Kalau kau marah tak bersebab, memang kau yang salah.”
“Syah marah sebab dia tolak kepala Syah. Kan tak baik benda tu. Lagi satu, dia tu suka sangat cari kesalahan Syah. Syah marah dia hari tu tapi entah kenapa dia pulak yang marah lebih.”
“Perempuan, PMS la tu.”
Merah muka Syah dengan jawapan Jan. “Bukanlah.”
Jan tersengih. “Manalah aku nak tahu.”
“Ain tu baik sebenarnya tapi dia jadi kepala angin macam tu sebab teman lelaki dia curang dengan dia, dulu.”
“Siapa teman lelaki dia tu?”
“Abang Hadi.”
Hadi? Jan angkat kening. “Hadi? You mean Hadi budak Akaun tu?”
Syah angguk kepala. “Hah, yang satu batch dengan Jan tu.”
“Budak tu memang kaki perempuan. Yang kawan kau tu bengap sangat sampai suka dia kenapa?”
Syah angkat bahu.
“Macam ni lah. Kau minta maaf je dekat kawan kau tu. Kau tau kan berdosa kalau tak bercakap lebih dari tiga hari.”
“Hmm...okey.” Syah senyum. Jan bagi nasihat kat aku.
“Dahlah. Study cepat.” Kenapa aku rasa bukan dia yang bantu aku? Kenapa aku rasa aku yang tolong dia? Jan geleng kepala.

“Ain, I’m sorry.” Syah berdiri di pintu manakala Ain berbaring sambil membaca novel Adam dan Hawa karya Aisya Sofea.
Ain letak buku atas katil dan terus melangkah mendekati Syah. “Aku pun nak minta maaf.” Syah tergamam saat Ain memeluknya erat. “Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak patut layan kau macam tu kan? I’m not a good friend.”
“Tak maulah nangis. Tak cantik dah.” Syah tepuk bahu Ain. “Ain, aku sayang kau tapi kau jangan layan aku macam tu lagi. Aku tahu aku lurus tapi jangan layan aku macam orang bodoh.”
“Sorry sangat. Aku jadi macam ni sebab Hadi. Sebenarnya Hadi minta putus dengan aku sebab dia tersuka kau bukan sebab dia ada perempuan lain. Aku jadi marah, aku jadi kecewa. Jadi aku layan kau macam tu tapi aku tak boleh salahkan kau. Hadi yang suka kau bukan kau yang suka Hadi.” Syah terkedu dengan pengakuan Ain. Patutlah Ain layan Nabila baik je, aku dia layan macam kain buruk padahal aku lagi lama kawan dengan dia berbanding Nabila.
“Sudahlah. Benda dah lepas. Lupakan je.” Syah bersuara perlahan. Perasaan terkilan disimpan kemas dalam hati. Biarlah aku beralah lagi. Aku tak rugi apa-apa.
“Thank you, Syah.”
“Welcome.” Syah tersenyum pada Ain yang mengesat matanya.
“Syah, er... kau, tak suka Hadi kan?” Syah tersentak.
“Tak. Aku tak suka Hadi.”
Ain mengangguk. “Dah tu, kau suka siapa?”
Syah sengih. “Aku suka diri aku je.”
“Jan?”
Sengih Syah mati. “Skip that question.”
“Syah! Aku nak tau sangat-sangat kenapa kau nak tolong Jan.”
Syah mengeluh. “Panjang ceritanya.”
“Pendekkan.”
Syah angkat bahu. “Well, the story starts when we’re in our second year...”

“Tak. Syah tak balik minggu ni.” Telefon dipegang erat. Bibir digigit. “Syah ada program dekat UnisZa.” Syah angguk-angguk. “Ye, anjuran UMT.”
Syah angguk lagi. “Next week Syah balik, insyaAllah.” Syah tersengih tiba-tiba. “Ye, abah. Pandailah Syah jaga diri nanti. Assalamualaikum.” Telefon bimbit dicampak masuk dalam beg galas.
Syah terus berjalan kaki menuju ke pondok bas berhampiran Klinik Balqis. Ika dah janji nak menjemputnya di situ. Malangnya nasib ada kelas malam. Namun, malang tidak berbau. Ada sebuah kereta Proton Saga merah meluncur laju dan sekelip mata, badan Syah melambung. Lebih malang lagi, pemilik Proton Saga itu tidak langsung memberhentikan kereta sebaliknya dia terus memecut laju meninggalkan jasad Syah yang terbaring di jalan raya.
“Cik!” Syah mengerang kesakitan namun dia masih dapat dengar suara seorang lelaki menegurnya.
“Awak...” Syah dapat lihat jelas wajah lelaki di depannya itu, wajah kacak tapi nampak cuak. “Sakit.” Dan wajah kacak itu lenyap dari pandangan.

“Wait, let me guess. Jan is that guy, isn’t he?”
Syah senyum. “Yup. Aku tak tau dia ingat ke tak tapi aku still ingat dia, kalau bukan sebab dia. Aku mungkin tak hidup dah.”
“Kau yakin tu dia?”
Syah angguk. “Aku yakin dan pasti, lelaki tu memang dia.”
“Dan apa yang kau buat sekarang ni?”
“Semuanya untuk balas jasa dia.”
“Kau suka dia?”
Syah diam. Angguk tidak, geleng tidak. “Dia pernah selamatkan aku.”
“Jadi?”
“Aku terhutang budi dan...”
“Dan?”
“Dan, aku memang dah terjatuh suka dekat dia.” Syah menunduk.

“Termenung!”
Syah sengih pada Jan. “Mana ada.” Syah buka buku di depannya.“Esok ada test. Kita kena study.”
“Aku malas.”
“Jan!”
“Shh...jangan membebel. Diam. Aku mengantuk.” Jan terus pejam mata.
Syah ketap bibir. Jan ni. Matanya merenung terus pada Jan yang dah hanyut dalam lena. Mata sepet macam anak Cina. Kulit tak cerah, tak gelap. Bibir warna merah jambu. Rambut cacak-cacak. Matanya ralit merenung Jan sambil dia menopang dagunya.
“Dah puas renung aku?” Jan buka mata.
Syah terkaku. Terjatuh terus tangan yang menampung dagunya
Jan . “Studylah minah. Tak ada faedah pun kau renung aku.”
“Kenapa Jan suka panggil Syah minah?”
“Sebab kau perempuan.”
“So, kira Syah boleh panggil Jan, mamat lah kan?”
“Eh, apahal pulak?” Jan angkat kening.
“Sebab Jan lelaki.”
“Tak boleh!”
Syah mengangkat bahu. “So, Jan pun tak boleh panggil Syah minah dah.”
Jan baru nak bersuara, tiba-tiba...
“Bro, kau buat apa dengan budak perempuan ni?” Haiqal muncul dengan Amir dan yang lain-lain.
Syah diam. Jan buat muka selamba. “Aku study.”
“Study?” Haiqal ketawa. “Kalau macam tu, aku joinlah.” Haiqal ambil tempat duduk sebelah Syah.
Syah bangun. “Sorry. Kami tak study dengan budak course lain.”
“Kau baliklah. Aku nak study dengan kawan-kawan aku.” Jan bersuara.
Syah terdiam terus. Sampainya hati halau aku.
“Jan, apalah kau ni. Kesian Syah.” Amir duduk di kerusi Syah tadi.
Syah kemudiannya terkocoh-kocoh mengemas barang di atas meja itu dan dia segera berlalu. Jan cuma memerhati dari jauh. Marah ke?

“Jan, apa hubungan kau dengan Syah sebenarnya?” Jan baru nak minum teh tarik letak balik gelas di tangan.
Amir menanti jawapan. Haiqal sekadar buat tak tahu tapi tetap pasang telinga. Syuk dan Aliff buat tak tahu.
Jan membuang pandang di sekitar kedai Selera Melaka. Berlonggok budak-budak UMT makan kat kedai ni. “Kau nak jawapan macam mana lagi? Aku rasa hari tu aku dah pernah jawab, aku dengan Syah tu cuma kawan. Tak lebih dari tu.”
Haiqal senyum sinis. “Kau ingat kami ni bodoh ke, Jan.”
“Bila masa aku cakap korang bodoh?” Jan ketap gigi. Haiqal nilah. Aku cepuk-cepuk jugak karang.
“Tak. Aku tak cakap yang kau cakap kita orang bodoh. Aku pelik, Jan. Dulu ramai perempuan menawarkan hati dia orang untuk kau, siap ada yang meliuk-lentok, yang separuh perempuan pun nak dekat kau. Tapi kenapa dengan Syah kau melekat?”
Jan gelak besar. “Weh, bila masa aku melekat dengan Syah tu? Aku tak mungkin suka perempuan macam dia. Macam tak pandai berdikari sendiri. Beria-ia nak tolong orang, last-last aku jugak yang tolong dia.”
“Aku terima pelawaan untuk study dengan dia sebab aku rimas dengan permintaan dia yang nak sangat tolong aku. Aku rimas. Diulangi sekali lagi, aku RIMAS. R-I-M-A-S!” Jan siap mengeja perkataan rimas itu untuk sahabat-sahabatnya. Sebenarnya dia sendiri rimas dengan soalan-soalan yang keluar dari mulut Haiqal dan Amir. Dia kira beruntung Syuk dan Aliff tak masuk campur, kalau tak lagi dia pening.
Haiqal dan Amir terdiam terus. Walaupun Jan tak tinggikan suara, namun mereka tahu ada kemarahan yang terselit dalam hati Jan.
“Korang sembang, sembang jugak. Tu budak perempuan yang sebelah sana tu asyik tengok korang tu.” Serentak Jan, Haiqal dan Amir berpaling ke arah yang ditunjuk oleh Syuk.
Jan terasa kaku sekejap bila nampak mata Syah yang memandang ke arah mejanya, Damn! Kenapa aku rasa tak sedap hati bila tengok dia pandang aku macam tu?
“Jan, Syah tu!” Amir bersuara.
“Aku nampak.”
Mata Jan masih tak lepas pandang Syah yang masih memandang mejanya. Syah yang sedar Jan masih merenung dia terus berpaling pada Ain.
“Kau okey, Syah?” Laila angkat kening pada Syah.
Syah angguk sebelum mengukir sengih. “Nak order apa ni? Lapar gila kot. Hari ni satu hari aku tak makan.”
“Betul kau okey?” Ain pula bertanya.
“Aku okeylah. Pelik korang ni. Order cepat. Cepat makan, cepat balik. Lepas tu boleh buat marathon Secret Garden.” Syah tersenyum ceria. Sebenarnya dia tak okey! Sangat tak okey! Tapi dia tak akan cakap dekat sesiapa, biar benda ni jadi rahsia dia seorang.

Jan renung Syah yang duduk di depannya. Budak perempuan ni tak terasa langsung ke dengan apa aku cakap semalam?
Syah asyik menulis report Jan. Langsung tak angkat muka. Dia tahu Jan tengah renung dia.
“Dah siap!” Syah angkat muka dari report di depannya. Mukanya nampak ceria betul padahal hakikatnya, hati tu tetap rasa sakit mengenangkan kata-kata Jan semalam.
Jan angkat kening. “Wah, tulisan kau dah macam tulisan aku dah. Pandai betul kau tiru tulisan aku.”
Syah senyum. “Tengok oranglah. Okeylah, Jan. Syah nak balik. Malam ni turn Syah nak masak.” Cepat dia kemas barang, entah kenapa hatinya tak betah nak terus duduk di depan Jan.
Jan angkat bahu. “Baliklah!” Entah kenapa, suaranya sepeti menengking Syah.
Syah berhenti kemas barang. Suara Jan buat dia sedikit tersentap. “Jan marah Syah ke?”
Geleng
“Jan nak Syah duduk lagi kat sini?”
Geleng tidak, angguk pun tidak.
“Tak ada jawapan?”
Angguk.
“Jan suka Syah?”
Jan hampir mengangguk namun dia segera berhenti, matanya terus mencerlung pada Syah yang tersenyum penuh makna.
“Kau!”
Syah angkat buku di atas meja. “Syah balik dulu. Assalamualaikum.”
Jan mengeluh. Kenapalah kau nak mengangguk tadi? Ngok!

“Jan!”
“Apa?” Jan tutup muka dengan lengan. Penatnya jumpa lecturer tadi.
“Kau suka Syah, kan?”
Jan buka mata. “Korang tak reti stop ke, hah?”
Amir terdiam. “Tak. Tadi kita orang nampak apa yang jadi kat library tadi.”
“Budak tu kenakan akulah!”
Haiqal senyum sinis. “Aku tahu kau sukakan dia!”
“Damn! Boleh tak kau stop provoke aku? Kenapa kau tak puas hati sangat dengan aku? Aku ambik awek kau ke?” Jan bangun sambil mengepal penumbuk.
Haiqal ke belakang sedikit. Tiba-tiba terasa takut dengan Jan.
“Jan.” Jan berpaling pada Amir.
“Kalau kau tak suka dekat dia, kau tak perlu nak marah-marah macam ni.”
“Kau!” Muka Jan dah merah padam menahan marah. “Fine! Aku akan buktikan dekat korang yang aku tak suka dekat budak perempuan tu!”
Jan terus keluar rumah. Rasa bengang masih mengepung jiwa. Dia tak faham kenapa semua cakap dia suka Syah. Tak mungkin dia suka Syah! Telefon bimbit dicapai dari poket seluar.
“Dude, aku ada kerja untuk kau!” Jan bersuara apabila talian sudah dapat disambungkan. Maafkan aku, Syah. Aku tak nak jadi bahan usikan kawan-kawan aku dah.

“Ain. Aku nak pergi library kejap.”
Ain angkat kening. “Dah pukul 5, Syah. Kau nak pergi dengan siapa?”
“Soranglah.”
“Aku teman.”
“Eh, tak payah. Sekejap je, insyaAllah sebelum pukul 7 aku dah ada dekat rumah.”
Ain menggigit bibir. “Syah, aku tak sedap hati. Esok-esok jelah kau pergi library.”
Syah buat muka blur. “Kenapa kau tak sedap hati ni? Tak ada apa-apalah. Jangan risau, okey?” Syah tengok jam di tangan. “Aku pergi dulu. Kau balik dengan Laila.”
“Syah.” Syah berpaling pada Ain yang pegang kejap lengannya.
“Aku okey, Ain. InsyaAllah.” Lengannya ditarik selepas bibirnya mengukir senyum buat Ain.
Ain cuma mampu lihat langkah Syah yang menuju ke arah Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Syah, aku serius tak sedap hati.

Alamak, dah lambat. Jam ditangan di tengok sekali lagi. Dah nak masuk Maghrib. Sekejap lagi mesti azan. Langit dah gelap. Syah dah rasa tak sedap hati.
Dari jauh dia nampak sekumpulan mat motor di depannya. Kenapa jiwa rasa tak tenteram ni?
“Feewwiitt!” Motor LC itu diberhentikan di depannya. Syah terkaku.
Entah bila, Syah dikepung oleh mat-mat motor tadi.
“Hai, awek!” Si baju hitam menegur Syah yang jelas ketakutan.
Yang menumpang si baju hitam, turun lalu ditarik beg Syah. “Teman abang malam ni, sayang.”
Syah rasa macam nak pitam tapi dia tak mahu pitam. Kejap lagi tak pasal dia diculik.
“Tolonglah jangan kacau saya. Saya nak balik.”
“Siapa kacau sayang? Cakap kat abang, meh. Balik rumah kita ke, sayang?” Lelaki itu ketawa berdekah-dekah.
Syah rasa nak menangis tapi dia tak mahu menangis. Dia bukan perempuan lemah! “Woi, jangan kacau akulah!”
“Wow, garang! Buat abang geram je dekat sayang!” Pipi Syah dielus perlahan.
Syah menepis tangan kasar itu. Ya ALLAH, bantulah aku. Sesungguhnya aku tidak rela disentuh oleh mereka yang tidak halal bagiku. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk melawan mereka. Aku rela mati dari maruahku tergadai. Ya ALLAH, bantulah aku.
Tiba-tiba sebuah Suzuki Swift berhenti di bahu jalan seberang sana. Cermin tingkap kereta itu diturunkan.
Jan! Syah mengucap syukur kepada Ilahi kerana menghantar Jan untuk membantunya. Syah merenung Jan dari jauh. Dia tahu Jan akan menolongnya. Jan baik!
“Lu apahal pandang-pandang, bro?” Si baju hitam menjerit dari atas motornya pada Jan.
“Relax, bro. Aku pandang je kot.” Jan ikut sama menjerit. “Have a great ‘dinner’!” Jan menjerit sekali lagi sebelum dia meluncur laju meninggalkan Syah yang terkaku dengan kata-katanya. Have a great dinner? Jan, kenapa kau tak selamatkan aku? Kenapa kau cakap macam tu?
“Sayang. Kenapa diam ni? Jom ikut abang.” Si baju biru bersuara. “Kita have fun sama-sama.”
“Bodoh!” Jerit Syah, kuat.
“Hah?” Terdiam mereka semua. Kuatnya suara dia. Tadi slow je.
“Jan bodoh! Jan sangat BODOH!!!” Syah terduduk terus di atas tanah. Kebetulan, ada sebuah kereta lalu di situ. Bertempiaran mat-mat motor itu lari saat seorang lelaki separuh abad lengkap berkopiah turun dari kereta itu.
“Anak tak apa-apa?”
Syah diam tak berkutik. Have a great dinner, Jan?

Syah demam! Satu UMT heboh kisah pasal Syah dikacau mat motor. Bermacam versi cerita yang keluar. Ada yang kata Syah dirogol. Ada yang kata Syah rela dikacau. Ada yang kata Syah mengada-adakan cerita. Ada juga yang kata Syah yang gatal mengikut mat motor tu.
“Ain, Syah kena rogol kan?” Yani yang tiba-tiba menghadang langkah Ain bertanya.
Ain rasa nak tampar mulut Yani yang celupar tu. “Kau jaga mulut kau! Kau cakap lagi, boleh timbul fitnah kau tau?”
Yani terdiam. “Ala, aku tanya je.”
“Hah, tanya! Lepas tu bila aku tak jawab, mula buat spekulasi sendiri. Lepas tu sebar fitnah. Buka aib orang. Allah bukak aib kau, baru kau tau.” Ain terus meninggalkan Yani yang terkulat-kulat dimarahi Ain. Ain tahu Yani yang menyebarkan semua cerita buruk pasal Syah. Cerita buruk pasal Syah tersebar lepas si Yani terdengar beberapa orang lecturer bercerita tentang kejadian yang menimpa Syah. Yani, pantang dengar gossip, terus menokok-nambah cerita. Yang tiada, diada-adakan. Macam mana lecturer tahu? Ain mengeluh. Terus teringat peristiwa tiga hari lepas.
“Ain, cuba duduk diam-diam. Sekejap lagi sampailah si Syah tu.” Nabila menegur Ain yang asyik mundar-mandir di ruang tamu dalam keadaan lengkap bertelekung.
“Aku nak solat pun tak khusyuk, Nab.” Ain menggaru kepala. “Lagipun dia dah janji nak balik sebelum pukul 7. Sekarang dah dekat 7.30. Aku risau.”
Laila keluar dari bilik sambil mengikat rambut. “Dia singgah surau kat mana-mana kot.”
“Takkan dia tak boleh call langsung, Laila?” Ain duduk di atas sofa.
Laila angkat bahu. Betul jugak cakap si Ain.
“Assalamualaikum.” Tiba-tiba ada suara lelaki memberi salam dari luar. Terus mereka bertiga terdiam.
“Ain, pergi bukak pintu.” Laila capai tudung sarung yang dah tersidai atas sofa.
Ain menjawab salam, perlahan sebelum membuka pintu dan dia terkaku saat matanya menangkap satu susuk tubuh yang kelihatan sangat pucat dan lemah.
“Ya ALLAH, Syah!” Tubuh longlai Syah berjaya dia sambut namun badannya kaku saat Syah menangis di bahunya.
“Syah, kenapa ni?”
“Aku benci Jan!” Hanya itu yang terkeluar dari mulut Syah sebelum dia pengsan di riba Ain.
Wajah lelaki yang membawa Syah pulang direnung. “Doktor Hambali.” Rupa-rupanya yang datang membantu Syah adalah seorang lecturer UMT yang mengajar Laila.
“Ain.” Tepukan dibahunya mengeluarkan dia dari kisah tiga hari lepas itu.
Dia berpaling ke tepi. Wajah Laila tersenyum membuatkan dia tersenyum kembali. “Jom, balik. Kesian Syah, sorang-sorang.” Dan mereka beriringan berjalan meninggalkan Kompleks Kuliah.

Jan telan air liur yang terasa kesat. Syah kena rogol? Biar betul. Telinganya dipasang betul-betul, mahu mendengar.
“Si Yani la yang cakap tapi Ain kata tak. Entah yang mana betul.” Gadis berbaju kurung cotton itu rancak bercerita.
Jan rasa nak demam. Syah kena rogol betul-betul ke? Tapi aku suruh dia orang kacau Syah macam tu je.
“Jan!”
Jan merenung Amir kosong. Wajahnya penuh dengan kekusutan.
“Kau kenapa ni?”
“Aku tak ada apa-apa. Kau nak apa ni?”
“Dengar cerita pasal Syah? Heboh satu universiti ni yang dia kena kacau mat motor.”
Jan garu kepala. Rambutnya kelihatan sedikit serabut. “Dengar. Aku serabut.”
“I can see that, Jan.”
“Orang cakap dia kena rogol.”
“Heard that.”
“Orang cakap dia rela hati ikut mat motor tu.”
“Heard that too.”
“Apa aku patut buat?” Jan buka kaca mata yang terletak elok di atas hidungnya.
Amir kerut dahi. “Do nothing. Tak berkaitan dengan kau pun.”
Jan mengeluh.
“Syah tak kena rogollah! Bongek! Mulut tak ada insurans. Aku sepak baru tau.” Ika yang berpewatakan seperti lelaki menjerit pada sekumpulan perempuan yang bergosip di salah sebuah meja di kedai makan di bawah library tu.
“Ika, sabar.” Laila yang terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Ika, menggosok bahu Ika.
“Korang better tutup mulut sebelum aku lempang sorang-sorang.” Nabila yang sedar ada yang cuba membuka mulut untuk membela diri.
“Syah tak kena rogol. Syah tak ikut mat-mat motor tu, jadi lebih baik korang semua diam dari membuat sebarang cerita tak munasabah korang tu.” Ain bersuara.
“Dah, jom balik. Kesian kat Syah sorang-sorang.” Nabila tarik tangan Ika.
Ain yang baru nak melangkah tiba-tiba berpatah balik kepada Jan. “Suka kau kan bila tinggal Syah macam tu je? Kau memang dasar lelaki tak guna!” Dan Ain terus melangkah meninggalkan Jan yang terpinga-pinga.
“Kau tinggal Syah?” Amir buat muka kelam.
Jan cuma mampu mengeluh.

“Apa maksud si Ain tu, Jan?”
“Apanya?”
“Kau tinggal Syah?”
Jan merengus. “Aku tinggal dia malam dia kena kacau. In fact, aku yang upah orang supaya kacau dia. Puas?”
“What?” Amir terlopong.
“Aku buat semua ni supaya dia benci aku. Supaya dia tak ganggu lagi hidup aku dan supaya korang tutup mulut korang dari mengejek aku.” Jan mencampak beg galas ke lantai. Sungguh, dia rasa serabut teramat sangat.
Haiqal yang baru nak keluar bilik terus tak jadi nak keluar bila dengan Jan mengamuk.
“Sekarang kau nak salahkan kami?” Amir bersuara.
“Ah!! Diamlah!” Jan terus melangkah keluar dari rumahnya itu.

Seminggu berlalu. Syah pun dah kembali bersemangat dalam kelas. Dah dua hari dia mengelak dari bertembung dengan Jan. Hatinya masih sakit. Syah mengeluh dan seketika dia menyentuh lembut kain baju kurung yang dipakainya. Tadi dia capai baju kurung ungu yang telah diberi oleh arwah mamanya. Dia teringat semula perbualannya dengan Ain pagi tadi.
“Kau nak pakai baju ungu ni?”
“Yup.” Syah angguk.
“Dah lama kau tak pakai baju ni.”
“Aku rindu mama sangat hari ni. Sangat-sangat rindu.” Dada terasa sebu. Ini baju terakhir pemberian mama sebelum mama tinggalkan dia.
Ain usap bahu Syah. “Sorry, Syah kalau aku buat kau sedih.”
“Tak apa. Kau nak tau tak Ain. Hari yang aku kena kacau tu, aku ingatkan aku akan ikut mama tapi Allah panjangkan nyawa aku supaya aku temankan abah dekat sini.” Air mata dah mengalir.
“Jangan menangis macam ni, Syah.”
“Aku rindu mama, sangat. Aku mimpi mama malam tu. Aku nak mama peluk aku, Ain. Aku nak mama tenangkan aku.” Syah dah teresak-esak di bahu Ain.
Ain usap kepala Syah. Impak kejadian hari tu memang kuat untuk Syah bawa. Syah jadi lemah semangat. Dia sudah tidak sekuat dulu. “Mama kau mesti sedih kalau tengok kau macam ni, Kuatkan semangat, Izzati Aisyah.”
“Aku nak mama panggil aku macam dulu. Aisyah, anak mama. Aku rindu mama.” Air mata Syah mengalir lagi.
“Termenung!” Syah tarik nafas, ingatkan siapa. Ain rupanya. Habis hilang semua lamunan tadi.
“Tak adalah.” Syah sengih.
“Kenapa duduk belakang sangat hari ni?”
“Saja.”
“Kau nak lari dari Jan, kan?”
“Apahal kena lari pulak? Bukan main kejar-kejar pun.” Syah sengih bila Ain dah buat muka masam. “Aku tak ready nak tengok muka dia.”
“Faham.” Ain terus gosok bahu Syah. Macam tahu-tahu je Syah tengah sedih.
Ain pasang MP3 player. Syah pulak tekun membaca nota bila nampak Jan dah masuk kuliah. Buat-buat membaca tapi satu apa pun tak masuk.
“Ain.” Pemain MP3 Ain ditarik perlahan.
Ain berpaling pada Syah. “Kenapa?”
“Nak pergi kedai sekejap. Nak air.”
“Ni air aku ada ni.”
“Tak nak. Nak air lain.”
Ain angkat kening. “Cerewet!”
“Biarlah. Aku turun kejap.” Laju Syah berlari keluar dari pintu belakang.
Sejurus selepas Syah keluar, Doktor Khairul dah pun menapak ke dalam DSJ.
Ain tepuk dahi bila nampak Dr. Khairul. Ah, sudah! Macam mana budak tu nak masuk ikut pintu belakang? Dr. Khairul ni spesies suruh orang masuk ikut pintu depan. Ain keluarkan telefon bimbit dan jarinya laju menaip mesej.

“Aduh, macam mana ni? Serabut.” Syah mundar-mandir depan pintu DSJ. Awal pulak Dr. Khairul masuk hari ni. Ya ALLAH, bantulah hambamu ini. Perlahan-lahan di tolak daun pintu dan bila Dr. Khairul menoleh ke arahnya terus dia mengukir sengih.
“Sorry doc.”
“Tak apa. Pergi ke tempat kamu.” Dr. Khairul mengangguk.

Jan terpempan. Baju kurung ungu! Selepas hampir dua semester dia mencari kelibat gadis berbaju kurung ungu plain itu. Baju kurung ungu yang tiada sebarang corak di atasnya. Plain! Kosong tapi sangat cantik di mata Jan. Dan yang membuat Jan terlebih cuak, gadis yang memakai baju itu adalah Syah!
Jan terus menaip mesej di telefon bimbitnya. ‘Fiq, I’ve found her! The purple baju kurung. Our junior.’
Tak sampai seminit, satu mesej masuk. ‘Kambeng. Baik hang story dekat aku!’

Satu petang yang damai.
“Weh, aku suka perempuan yang pakai macam tu. Pergh, cun siot!” Afiq menuding jari ke arah seorang gadis berbaju kurung merah hati dengan labuci-labuci di tangan.
“Labuci kot. Berat weh, berat!” Lee gelak. “Aku suka yang macam tu. Fuh, ayu!” Lee pulak menuding jari ke arah seorang gadis yang turun dari tangga.
“Bisinglah, oi. Korang tunjuklah macam mana pun. Tak akan ada orang nak kat korang dua orang.” Jan gelak.
“Ceh, kata kat orang. Hang ingat hang boleh dapat ka awek? Hang muka macam tongkang pecah!” Afiq yang pekat bahasa utaranya saja mencabar Jan.
“Agak sedap bahasa kau tu! Aku tak pandanglah perempuan macam-macam tu semua. Pakai mengalahkan artis. Pergi kelas je pun, bergaya macam nak pergi majlis anugerah.” Jan gelak bila Afiq tarik muka. “Kalau aku nak suka someone, she must be someone like her.” Jarinya dituding ke arah satu arah tanpa dia melihat siapa yang dia tunjuk.
“Ceh, plain gila pilihan hang. Boleh cari kat mana-mana ja ni. Pasar Payang banyak style macam ni.” Afiq dan Lee ketawa melihat perempuan pilihan Jan.
Jan berpaling. Dan tiba-tiba hatinya berdegup kencang. Cantiknya baju kurung warna ungu tu. Walaupun dia tak nampak wajah orang yang memakainya, dia terasa seolah-olah dah jatuh hati padanya.
“Awat hang diam?” Jan terasa kakinya disepak. Terus dia berdehem.
“Kau dah minat perempuan tu, eh?” Lee gelak-gelak.
“Diamlah wei.” Jan dapat rasa mukanya merah sendiri.
“Tudia, hang sekali minat. Teruih minat hat style lagu tu.”
“Fiq, tutup mulut sebelum aku kasi penumbuk.”
Afiq ketawa. “Kalau tak salah aku, tu budak junior kita. Sekarang dah tahun tiga.”
“Macam mana kau boleh kenal?”
“Tadi aku nampak muka dia. Lagipun, dia ahli aktif Food Science Club.”
“Aku tak pernah nampak pun.” Jan garu kepala.
Afiq terus gelak. “Hang nak nampak macam mana? Time dinner FSC, hang tak pi pun. Melepak elok dalam bilik. Time perjumpaan FSC pun, hang pi ronggeng dengan Lee dekat Syahbandar.”
“Ni kenapa nama aku naik ni.” Lee tolak bahu Afiq.
“Apa nama budak baju kurung ungu tu?”
“Alamak, aku tak ingat bhai! Kalau tanya si presiden, maybe dia ingat.”
“Tak nak aku tanya dia.”
Lee tersengih tiba-tiba. “Kenapa kau tanya nama budak tu? Nak add kat Facebook la tu.” Terus Afiq dan Lee bantai gelak dekat Jan.
“Diamlah, korang!” Terdiam terus dua manusia tu.
“Jan, kau nak aku tanya dekat si presiden?”
“Tak payah. Biar aku cari sendiri, siapa dia.”
“Kau bukan kenal pun budak tahun tiga.” Lee hirup Lipton Ice Lemon Tea di atas meja
“Aku bagi kenal.”
“Macam mana?”
“Aku nak repeat semester ni dengan semester depan.”
“What?”
“Aku nak bagi sama kelas dengan dia.”
Afiq pegang dahi Jan. “Kau demam ke?”
“Aku sihat. Alhamdulillah.”
“Tanya si presiden sudahlah! Tak payah nak repeat bagai.”
“Aku nak cari dia guna usaha aku sendiri.” Afiq dan Lee terus tak jadi nak gelak. Jan serius kali ni. Betul-betul serius!
Dan kerana keseriusan itulah, dia terdampar di sini. Bila Afiq dan Lee graduate, dia datang menyibuk je. Dia nekad nak repeat. Hanya kerana si baju kurung ungu! Dan sesuatu yang tidak disangka terjadi, orang yang dia nak cari sangat-sangat tu rupanya Syah. Izzati Aisyah! Si Syah yang dia rimas sangat tu. Si Syah yang buat dia kena ejek dengan budak-budak setahun jagung tu. Si Syah yang buat hidup dia serba salah sejak timbul kes Syah kena rogol dan Si Syah yang buat dia rasa rindu bila dekat seminggu lebih tak bersua muka. Nak bersua muka? Ceh, kau tolong dia pun tak malam tu. Ada hati nak bersua muka bagai. Simpan jelah hasrat kau tu. Jan mengeluh dengan kata hati sendiri.

“Hari ni kita kuiz.” Dan muka semua orang dalam kuliah dah cuak. Apahal ada kuiz mengejut ni?
“No copying! No talking!” Slide dibuka dan terpampang soalan di atas slide.
“Mak aih! Susahnya soalan.” Ain mengeluh.
Syah pulak ketap bibir. Matanya sekejap tengok slide, sekejap tengok Jan. Aku pernah janji nak tolong dia. Aku tak nak jadi munafik bila janji itu tak ditepati. Perlahan-lahan, pena Syah bergerak di atas kertas kajang itu.
Muhammad Izhan bin Zakaria.
UK26478.
Dan dengan lafaz bismillah, dia mula menjawab soalan kuiz.

“Kenapa kertas kuiz awak ada dua, Izhan?”
Jan diam. Matanya mengerling budak perempuan di sebelahnya.
“Aisyah...” Tak sempat ditanya soalan, Syah menyampuk. “Syah, doc.”
“Fine, Syah. Mana kertas kuiz awak?”
Syah dah terkulat-kulat. “Er...”
“Sebenarnya...” Jan cuba bersuara namun dihalang oleh Dr. Khairul.
“Saya nak tolong Jan, doc. Saya tak nak dia repeat lagi sekali.” Syah tarik nafas lega.
Jan angkat kening. “Saya yang paksa dia, doc.”
Syah pandang Jan. Jan pandang Syah.
“Sudah! Sekarang, kamu berdua duduk depan ni. Jawab kuiz ni. Lepas tu kamu boleh keluar. Jangan tulis nama Izhan lagi, Syah.”
Syah cuma mengangguk.

“Aisyah!” Langkah Syah terhenti bila Jan panggil namanya.
“Kan Syah dah cakap, orang special je boleh sebut nama Aisyah. Jan bukan orang special dalam hidup Syah.” Pernah jadi yang special tapi tak lagi sekarang.
Jan telan air liur. “Sorry.”
Syah angguk. Dia terus jalan laju.
“Syah!”
Dia berpaling.
“I’m sorry.”
“For what?”
“For that night. Sebenarnya, aku...er...Jan yang suruh orang kacau Syah.”
Syah telan air liur. Dia mendekati Jan.
“Kenapa?”
“Sebab Jan rimas semua orang tanya pasal hubungan kita and kejadian itu dirancang supaya Syah benci Jan. Supaya Syah tak lagi kacau hidup Jan.”
Buk! Dada Jan terasa sebu bila Syah pukul dengan beg yang besar.
“Puas dah sekarang? Puas dah bila Syah dah tak kacau hidup Jan? Syah tahu Jan tak suka Syah tapi jangan buat macam tu! Syah ada harga diri tau!” Air mata dah mengalir. “Jan tahu tak Syah sangat takut malam tu? Jan tahu tak yang Syah ingat Syah akan mati, ikut mama? Jan ni memang tak ada perikemanusiaan. Betullah cakap Ain, Jan memang jahat! Seriously Syah tak sangka Syah boleh suka orang macam Jan. Ingatkan Jan ni baik sangat. Kenapa dua tahun lepas Jan tak tinggalkan je Syah mati lepas kena langgar? Kenapa Jan tolong Syah time tu? Rimas sangat Jan dengan Syah kan? Jangan risaulah, Izhan! Saya takkan kacau awak lagi!” Syah terus berlalu dan Jan terkaku di tempatnya.
Wait! Selamatkan dia? Budak yang berlumuran darah tu dia? Yang kena langgar lari tu dia? Ya Allah. Terus mindanya kembali pada peristiwa dua tahun lepas.
“Aku nak pergi 7E jelah.”
“Aku nak ikut hang.” Afiq sengih.
“Lekaihlah!” Jan capai kunci kereta dan terus menuju ke destinasi.
Dalam meredah kepekatan malam, dia hampir hilang kawalan apabila sebuah Proton Saga Merah meluncur laju.
“Gila habaq hang, kereta tu. Agak-agaklah kalau nak buang ayaq besaq pun. Ingat jalan ni bapak dia punya ka?” Afiq di sebelah dah menjerit pada kereta tapi Jan cuma tersenyum.
“Eh, Jan! Hang nampak dak tu? Ada orang kena langgaq la.” Jan segera berhentikan kereta dan dia terus mendekati gadis yang baru dilanggar lari.
“Cik...” Ya Allah, habis berlumuran darah.
“Awak.” Suara gadis itu tersekat-sekat. “Sakit.” Dan si gadis terus terkulai.
“Fiq, tolong aku.” Jan berpaling ke belakang dan dia terus mencempung si gadis yang sudah tidak sedarkan diri. Dia terkedu bila nampak Afiq dah pitam di luar kereta. Terlupa yang si Afiq ni fobia darah. Dia segera letak si gadis di tempat duduk belakang dan dia terus papah Afiq yang lemah longlai. Dia kemudiannya terus memecut keretanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Gadis itu perlu di selamatkan.
Telefon berbunyi. Jan terkejut. Nama Afiq terpampang.
“Fiq, aku dah buat benda yang sangat bodoh!”

Pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu terakhir di UMT. Dah dua bulan peristiwa itu berlaku, namun Syah masih mengelak dari bertembung dengan Jan. Jan pula tidak seaktif dulu dalam melawan cakap pensyarah. Jan seolah-olah dah jadi orang lain. Pendiam. Di rumah sewa pun dia dah tak macam dulu.
Esok dah last paper tapi kenapa dada ni terasa sakit. Dia tahu dia bakal kehilangan Jan tapi dia tidak mahu jadi perigi cari timba. Dia nak Jan cari dia dulu. Dia rindukan Jan. Sungguh! Tak tipu! Syah rindu Jan. Biarpun hatinya sudah banyak kali sakit kerana Jan, Syah masih menyayangi Jan. He is my saviour!
Jan tengok kertas A4 yang ada muka Syah. Dia renung lalu dia sentuh lakaran wajah Syah. Aku rindu dia. Sungguh, tak bohong! Rindu kat budak lurus yang kelam-kabut. Afiq dengan Lee marah aku. Aku tahu salah aku tapi aku nak buat macam mana. Aku tak suka didesak. Aku tak suka diprovok. Aku memang selalu buat keputusan tak fikir panjang. Aku rindu dia, bukan sebab dia si baju kurung ungu tapi aku rindu dia sebab dia Izzati Aisyah. Dia capai telefon bimbit. Nama Dr. Khairul dicari dan terus dia tekan butang hijau.

Kertas terakhir sedang dikutip oleh pengawas peperiksaan. Dewan Sultan Mizan sunyi sepi. Syah mengeluh. Lepas ni, entah bila aku boleh jumpa Jan lagi. Jan, pusinglah belakang. Tengok Syah ni. Nanti Syah rindu Jan. Tiba-tiba Jan berpaling ke belakang dan Syah terus pandang Zatie di sebelahnya. Kuatnya telepati.
Jan meraup muka. Alahai, aku kena buat jugak kalau tak sampai bila-bila aku takkan jumpa dia lagi. Maybe time konvo boleh jumpa tapi time tu dia mau ke jumpa aku? Sekarang pun aku tengok dia, dia tengok tempat lain. Marah lagi nampaknya.
“Para pelajar, sila tunggu sebentar.” Suara Dr. Khairul dari atas pentas memecah kesunyian malam itu.
“Muhammad Izhan bin Zakaria. UK26478. Sila naik ke pentas sekarang.”
Syah terkejut. Eh, bukan Syah je. Semua terkejut. Semua tengok langkah Jan yang menapak ke pentas.
“Psst.. Syah.”
Syah berpaling pada Ain yang memanggilnya dari depan.
“Kenapa?”
“Jan meniru ke?”
Syah telan air liur. “Entah.” Bahu diangkat. Takkan Jan nak meniru pulak.
Sementara itu, di atas pentas.
Dr. Khairul menyerahkan mikrofon kepada Jan. “You better make it fast.”
Jan angguk. Dia renung semua student yang turut merenungnya. Mak aih, kenapa ketar lutut ni?
“Ehem... testing... testing...” Suara Jan menimbulkan gelak tawa semua orang.
“Assalamualaikum dan selamat pagi.” Jan berhenti seketika sebelum menyambung. “Firstly, aku nak minta maaf sebab curi masa korang sebelum korang balik. Aku tahu, mesti excited kan nak balik? Aku je kot yang tak excited.” Jan gosok belakang tengkuk. Skrip yang dia hafal sejak semalam dah hilang. Dia dah rasa peluh merenik di dahi walaupun DSM ni dah sejuk tahap gaban. “Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa aku berdiri kat sini, berucap macam nak suruh korang undi aku, kan? Aku sebenarnya nak bagi tahu korang semua kenapa aku sanggup repeat dua sem, kenapa aku sanggup duduk belajar lagi dalam UMT ni dan kenapa aku sanggup menghadap muka lecturer yang pernah mengajar aku sebelum ni.”
Syah diam je. Khusyuk dengar butir bicara Jan.
Jan tarik nafas sebelum menghembusnya perlahan-lahan. “Setahun lepas, aku ejek kawan-kawan aku bila dia orang tuding-tuding jari tunjuk perempuan mana entah yang dia orang suka. Dalam mengejek tu, aku ternampak seorang perempuan berbaju kurung ungu. Dan tiba-tiba jantung ni berdetak laju.” Semua ketawa kecuali Syah.
“Dalam diam aku tekadkan dalam hati untuk jejak langkah budak tu yang rupanya junior aku. Batch korang tapi batch korang ramai yang baju ungu. Yang pasti, baju kurung dia sangat cantik di mata aku.” Jan senyum segaris. “And as the time pass by, aku tak pernah jumpa dia. Sampailah aku satu kelas dengan korang, aku still tak dapat cari budak tu. Dalam aku mencari budak tu, aku dapat amaran pasal penggantungan pelajaran and then, ada seorang budak perempuan datang menghulurkan bantuan dekat aku.”
Jan berdehem sebelum menyambung. “Mulanya aku rimas. Aku serabut. Tiba-tiba datang bagi bantuan padahal aku tak mintak. Last-last, aku bagi jugak dia tolong aku tapi situasi terbalik bila aku yang sebenarnya tolong dia. Dalam diam, aku tertarik dengan dia, tertarik dengan perangai lurus dia, dengan sikap kelam-kabut dia, tertarik dengan muka dia yang serius bila buat kerja. Dan dalam sekelip mata, si baju kurung ungu lenyap dari ingatan aku.”
“Tapi aku jahat. Sangat jahat! Sebab aku tak tahan diprovok dengan kawan serumah aku, aku buat rancangan untuk buat dia benci aku. Dan yeah, rancangan itu berjaya. Sangat berjaya sampai dia langsung tak nak tengok muka aku, langsung tak nak cakap dengan aku. Bila dah jadi macam tu, aku mula rindu. Aku mula tahu apa isi hati aku tapi aku tak mampu luahkan.”
Syah segera bangun. Muka terasa panas. Dia nak keluar dari DSM.
“Aisyah?” Langkah terhenti.
“Banyak lagi benda yang Jan nak cakap.”
Syah rasa malu tiba-tiba. Ei, Jan ni! Orang malu tau tak.
“Jan nak minta maaf pasal sebelum ni. Pasal semua benda. Yang marah-marah Syah. Yang buat Syah menangis. Upah orang kacau Syah. I’m really sorry. I’m not good with words, Syah.”
“Apa Syah, Syah?” Syah berpaling.
Jan garu kepala. “Takkan nak panggil Izzati.”
“Tadi elok je panggil Aisyah. Kenapa panggil Syah pulak?” Syah mencerun.
Jan dah menapak turun.
Syah dah gelabah. Ah, sudah. Janganlah turun. Dok jelah kat atas pentas tu diam-diam.
“Marah Jan?” Tanya Jan bila dia sudah pun berada di depan Syah.
Angguk.
“Benci Jan?”
Geleng tidak. Angguk pun tidak.
“Sayang Jan?”
Hampir dia mengangguk namun dia cepat-cepat menggeleng.
Jan senyum.
“Tapi kan, Jan sayang sangat dekat Syah.” Perlahan suara Jan. Syah terkaku. Dahi terasa basah. Nervous. Nervous.
“Izhan? Tak habis lagi ke? Kami dah nak balik ni!” Suara Dr. Khairul memecahkan kesunyian DSM.
Jan kerut dahi. “Kacaulah doktor ni.”
Syah ketawa melihat kerutan di dahi Jan. “Dahlah, nak balik.” Syah terus berlalu meninggalkan Jan termangu sorang-sorang di situ.
Dan pelajar lain juga turut keluar meninggalkan dewan. Jan kaku. Dia blah macam tu je? Tak apalah Izhan, dah nasib kau. Dia berjalan perlahan menuju ke pintu dewan.
“Jan, kenapa lambat sangat jalan? Cepatlah.” Jan angkat muka. Izzati Aisyah tersenyum padanya.
“Ingatkan tinggalkan orang sorang-sorang tadi.” Perlahan suara Jan kedengaran.
“Apa?” Syah angkat kening.
“Tak ada apa-apa.” Jan menikus. Dia tak takut tapi entah kenapa, dia tak berani angkat muka namun dia lega teramat sangat. Fiq! Lee! Aku dah dapat budak baju kurung ungu! “Sorry Jan tak ingat muka Aisyah dulu. Muka Aisyah penuh darah dulu sebab tu Jan lupa.”
Syah cuma angguk. Ada sesuatu yang bermain di fikiran sebenarnya. “Jan.”
“Ye?”
“Siapa budak baju kurung ungu tu?”
“Siapa yang pakai baju ungu sekarang?”
Syah tengok baju kurung pemberian arwah mamanya. “Syah? Syah budak baju kurung ungu?” Dia tuding jari ke arah diri sendiri.
“Yes, you are.” Jan senyum malu dan terus berjalan laju ke hadapan.
“Jan.”
“Ye?”
“Syah suka Jan.” Dan mereka sama tersenyum malu. Macam ni ke rasanya cinta berbalas. Rasa nak terbang-terbang.
“Aisyah.” Syah tengok Jan. Alahai, lembutnya suara dia panggil aku.
“Petang ni siapa ambik?”
Syah tiba-tiba rasa sayu. Dah nak balik. Sedihnya! Tak boleh jumpa Jan dah. “Abang ngah.”
“Pakai baju ungu ni tau. Jan nak jumpa abang ngah Aisyah.”
“Kenapa?”
“Mestilah nak jumpa bakal abang ipar. Senang sikit time meminang nanti.” Jan terus berlalu meninggalkan Syah yang terlopong dengan jawapannya.

Ini kisah tentang dia
Dia yang kucinta dalam diamku
Dia yang tidak pernah tahu isi hatiku
Dia yang menyelamatkan aku dari malapetaka
Dia yang sentiasa buat jantung ini bergetar
Dia yang bisa membuatku terkelu dan terkedu
Sungguh
Ku cinta dia!

15 comments:

  1. thumbs up & keeep it up.
    suke suke. hehe
    <3 <3 <3

    from: shida lyna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you shida lyna :D, tak sia2 perah otak untuk cerita ni :D

      Delete
  2. Kelakar, sedih, terharu... sweet... Best...

    ReplyDelete
  3. najwa..cite ni mmg best..ade turun naiknya..cuma plot by plot tu better najwa kembangkan sikit ye..

    ReplyDelete
  4. thnk u kak rehan.insyaAllah sy akn cuba perbaiki lgi nnti

    ReplyDelete
  5. serius... i like it..
    jalan cite ni sweet, sedih, saspen..
    cuma nak tgur penggunaan ayat jeh..
    awak guna pov3 kan..
    jadi kalau bercakap dalam hati,
    awak kena buat macam ni..
    'Aku tengah serius, dia main-main pulak!' Bisik hati Jan..
    hehehe.. lebh kuranglah.. bukan pe, takut pmbaca confuse jeh..
    by the way.. puas hati bc cite nih.. moga hadir dgn cite y lbh gmpak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sis..akan diperbaiki lagi, insyaAllah...terharu :')

      Delete
  6. Comelnya Izhannnnnn! OMG

    ReplyDelete
  7. best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    tpi ptutnyer jan tu kne debik dlu biar dier tau jgn maenkn anak dara org camtu..ish3
    emo plk..heeee

    ReplyDelete
  8. Akhirnya selesai sudah membaca cerpen Tentang Dia ( Syah suka Jan)...best sngat!..lain daripada yang lain..saya tak sangka, ade jugak namaku di dlm cerpen ini..heroin lak tu..selama nie jarang jumpa org guna nama Izzati Aisyah dlm novel mahupun cerpen..hehehe..terharu..tq kak Najwa...:)

    ReplyDelete
  9. aduh..diabetes akak dik..haha..sweet..comel n jan d best la repeat paper untuk cinta ehhh untuk nama..haha..sengal tapi comel!!

    ReplyDelete
  10. Crita akak buat sy rindu UMT.hehe..Dr Khairul yg mna tu? Majoriti sy kenal dr yg akak sebut tu.hahaha

    ReplyDelete