Saturday 3 March 2012

Salahkah Kita Mencuba (Sambungan Kau Bukan Milikku)


Airina termenung di depan laptop. E-mel dari mak su membuatkannya serba salah. Sudah hampir dua tahun dia di negara orang. Bukan tidak rindu dengan Malaysia namun luka di hati masih tidak sembuh. Cinta untuk Haziq, masih ada sisanya namun untuk kembali kepada Haziq, tidak mungkin. Antara sebab dia tidak mahu pulang kerana dia takut, dia takut cinta pertamanya itu memburunya dan dia takut dia lemah dipujuk rayu.
“Nina, kau buat apa tu?” Julia, teman serumahnya yang paling kecoh menegur.
Airina angkat kening pada Julia. “Tengah check e-mel. Mak su aku nak kahwin bulan enam ni. Dia suruh aku balik.”
Julia mengangguk. “Then, what is the problem. Balik jelah. Senang cerita.”
Airina tersenyum. Kau tak tahu cerita Julia. “Tengoklah kalau rajin.”
“Semester ni dah nak habis. Aku rasa tak salah kalau kau balik. I mean, balik for good lah.” Julia sengih. “Takkan kau nak kerja kat tempat orang ni.”
“Cadangnya macam tu lah.” Airina menjawab. “Aku nak kerja kat sini. Cari pengalaman.”
“Mak su kau nak kahwin, Nina. Kau sendiri yang cakap kau rapat dengan mak su kau sebab umur korang tak jauh beza. Mesti mak su kau nak kau ada masa hari bahagia dia.”
Airina mengeluh. “Nantilah aku  fikirkan.”

udah dua bulan berlalu dan kini dia dah sampai di bumi Malaysia. Tiba-tiba rasa berdebar. Tak tahu nak buat reaksi macam mana bila tengok ibu, abah, mak su, opah, dan ahli keluarga yang lain.
Dia keluar dari Balai Ketibaan, tiba-tiba terdengar ada yang memanggil namanya. “Along! Along Nina!”
Dada terasa sebak saat terlihat adik lelakinya, Izzad berlari mendekatinya. Dulu dia tinggalkan Malaysia tanpa sempat berjumpa dengan adik lelakinya yang ketika itu berada di asrama. Baru dia teringat dah dua tahun dia tak jumpa dengan Izzad, dah dua tahun dia buat macam keluarganya tak wujud. Ya Allah, berdosanya aku.
“Along.” Airina terasa badannya ditarik ke pelukan Izzad. “Adik rindu along. Jangan pergi lagi tau, adik tak tahu nak sembang dengan siapa bila adik balik rumah.”
Airina rasa tebing matanya dah berair. “Along minta maaf adik. Tak, along tak pergi mana-mana dah. Along stay sini je.”
Airina kemudiannya mendekati ibu dan abahnya yang jelas menahan sebak. Terus dipeluk kedua ibu bapanya. “Maafkan along ibu, abah.”
“Tak apa, along. Along tak ada apa-apa salah pun dengan ibu. Yang penting along dah balik.” Puan Aisya memeluk erat anak perempuannya itu.
“Lega opah tengok kamu, Nina.”
“Awat opah?” Airina angkat kening pada opah.
“Nampak makin sihat, makin comel. Nampak lagi kuat dari dulu.”
Airina tersenyum sahaja.
“Maksud opah tu, along dah makin gemuk!” Izzad yang entah dari mana muncul, mengusik Airina.
“Adik!” Bergegar satu rumah itu dengan jeritan dari Izzad apabila dikejar Airina.
“Assalamualaikum.”
Nina berhenti dari mengejar Izzad dan dia terus ke pintu depan. “Waalaikumussalam.” Dan dia tergamam.
“Nina, apa khabar?” Dia terasa dia dipeluk. Hilang terus rasa penat naik flight tadi.
“Kak Min, baru sampai?” Puan Aisya menjemput tetamu yang baru sampai itu. Memang keluarganya ada buat majlis makan-makan sempena kepulangannya namun Airina tidak menyangka keluarga lelaki cinta pertamanya turut dijemput.
“Nina makin cantik. Mama rindu Nina.” Puan Yasmin masih membahasakan dirinya mama namun lidah Airina terkelu.
“Saya nak rehat. Maafkan saya.” Airina terus berlalu ke tingkat atas. Tak sanggup rasa hati nak duduk berlama di bawah. Luka lama terasa berdarah kembali.

“Along, kenapa duduk kat atas ni. Tetamu ramai lagi kat bawah.” Puan Aisya masuk ke dalam bilik anak perempuannya itu.
Airina yang duduk menyandar pada sliding door balkoni cuma tersenyum tawar. “Ibu ke yang jemput mama?”
Puan Aisya menggelengkan kepalanya. “Abah yang jemput. Dua hari lepas abah terjumpa dengan ayah Haziq dekat Giant.”
Nama Haziq yang meniti di bibir ibu mencengkam jiwa. “Along tak boleh jumpa mama. Hati terasa berat.”
Puan Aisya duduk di sisi Airina. “Sayang, mama tak salah. Kenapa along nak hukum mama Haziq? Dia tak pernah sekalipun sakitkan hati anak ibu ni.” Dibelai-belai rambut Airina. “Mama mungkin dah tersinggung dengan along tadi. Along turun ye? Untuk ibu, boleh?”
Airina mengangguk. Lalu dia mencapai tudung di ampaian telekung. Benar kata ibu, mama tak salah. Bukan kehendak mama perkara itu terjadi. “Jom, ibu.” Airina menarik tangan ibunya yang cuma tersenyum dengan telatah Airina.
“Nina, bila nak cari kerja?”
Airina tersedak dengan soalan mak su yang tengah berinai. Usai selesai majlis makan-makan sempena kepulangannya minggu lepas, mereka satu family pulang ke Lenggong untuk majlis walimah mak sunya. “Nina tak nak cari kerjalah. Lepas majlis mak su, Nina mungkin balik Aussie balik.”
“Eh, kenapa pulak?”
“Nina nak kerja kat sana. Bina hidup kat sana.”
Mak su menggelengkan kepalanya. “No way young lady. I won’t let you leave Malaysia anymore. Kenapa nak balik sana balik? Nak lari dari realiti yang si  Haziq tu dah kahwin and wife dia tengah mengandung?”
Airina mengeluh. “Nina bukan nak lari ke mana-mana. I just want to get my life straight. Nothing to do with Haziq and his wife.” Sebenarnya memang dia nak lari daripada dibayangi perkahwinan Haziq dan juga lari daripada Haziq. Teringat kata-kata mama. “Chinta is a good daughter-in-law. Lepas kahwin dengan Haziq, Chinta terus berubah. Semua pakaian seksi dah ditukar dengan baju kurung. Dia dah mula pakai tudung sejak Haziq tegur. Dia memang mendengar kata. Mama ingat dia jahat tapi mama silap, dia baik sebenarnya. Selalu juga dia turun ke dapur tolong mama.” Pujian dari mama terhadap Chinta buat Airina tersenyum sahaja. Dia akui dia cemburu, tetapi pada masa yang sama dia lega kerana Chinta mampu menjadi isteri yang baik untuk Haziq. Namun hatinya masih tidak tenteram apabila teringatkan rayuan dari Haziq. Haziq masih mahukan dia. Haziq ada menyatakan dia rela melepaskan Chinta jika Airina kembali padanya. Airina tidak mahu itu berlaku, apatah lagi Chinta sedang mengandungkan anak Haziq.
“Nina?” Airina tersengih saat disergah mak sunya. Kantoi mengelamun.
“Fikir apa? Haziq?”
“Eh, tak ada maknanya nak ingat kat suami orang tu.”
“Nina, cinta pertama memang menyakitkan bila tapi itu tak bermakna cinta kedua kita akan sama menyakitkan, bahkan kita mungkin lebih bahagia dengan cinta kedua kita.”
Airina menggarukan kepalanya. “How come this strict English teacher can give a flowery talk to her niece?”
“Hello! I teach literature also, okay?”
Airina tergelak besar bila mak su menjeling. “Nina tak cakap apa-apa pun.”
“Sudahlah! Tu nak usik mak su la tu.”
“Mana ada. Nina kagum, macam ni rupanya mak su bila bercinta. Dah tak marah-marah, menjeling manja je.”
“Nurul Airina!” Airina ketawa dan dia cepat-cepat keluar dari bilik pengantin.

“Mak su, jaga pak su baik-baik. Jangan nakal-nakal dengan pak su.” Airina tersengih saat mak su angkat tangan mengacah untuk memukulnya.  “Opah, tengok mak su.”
“Nida, apalah dok buat perangai macam tu. Dari bujang sampai menikah, dok macam tu jugak.” Opah dah membebel panjang.
Pak sunya, cuma senyum saja. Tak banyak cakap, mana mak su dapat pun tak tahulah. Kacak pun kacak, kerja pun okey. Untunglah mak su. “Mak su pi honeymoon, jangan lupa ole-ole kami.” Airina angkat kening. Sememangnya mak su adalah orang yang paling rapat dengannya. Jarak umur yang cuma berbeza dua tahun itu membuatkan dia rapat dengan mak su..
“Yelah. Nina jaga opah baik-baik. Adik pun. Jangan nak nakal-nakal sangat.” Izzad angkat kening bila namanya disebut mak su.
“Mana ada adik nakal pun. Adik dah besarlah.”
“Setakat baru habis SPM, tak ada maknanya adik tu dah besar. Manja mengalahkan baby jugak.”
Izzad merengus. Aku jugak yang kena.
“Sudahlah tu, payah jumpa betul tiga beranak ni. Selalu bergaduh saja. Fitri, kami balik dululah. Karang lewat sampai pulak.” Encik Hasnan bersalam dengan Fitri, pak su Airina.
“Mak su, good bye. I love you!” Izzad menjerit dari dalam kereta Toyota Vios. Airina yang duduk di belakang Izzad, membuka tingkap. “Dah sampai Cameron, jangan lupa telefon.”
“Yelah. Bisinglah korang!” Mak su mencekak pinggang.
Toyota Vios mula bergerak, namun mak su masih setia menanti kereta itu hilang dari pandangan.
“Kecoh betul anak saudara Nida.” Fitri bersuara.
“Walaupun ada dua orang tu je, tapi bising mengalahkan satu kampung.” Nida ketawa. “Jomlah masuk.”

“Along, nak spaghetti! Adik lapar.”
“Eh, tadikan baru makan.”
“Lapar jugak.”
“Hmm... bersiap cepat. Ikut along pergi Giant.”
“Yeay!” Izzad melompat dari sofa dan terus berlari ke tingkat atas.
“Apa yang seronok sangat tu?” Puan Aisya keluar dari dapur.
Airina angkat bahu. “Entah, adik. Ajak pergi Giant je pun. Ibu, nak pesan apa-apa tak?”
Puan Aisya mengangguk. “Sekejap, ibu pergi buat list.”
“Along, jom!” Izzad dah muncul dengan sebuah baju Adidas, seluar jean Levi’s dan sebuah cap.
“Ni kenapa pakai macam nak pergi dating ni?”
Izzad membuka cap. “Handsome sangat ke, along?”
“Tak pun.” Airina ketawa mengekek. “Sekejap lagi ambil list barang kat ibu, okey? Along nak pergi siap.”
“Along, tak payah pakai selendang beli-belit tau? Adik rimas tengok.” Izzad cuma sengih bila Airina membaling bantal kepadanya.

“Pergi cari cheese. Along nak cari spaghetti.”
Izzad mengangguk. “Ai ai, captain!”
Troli ditolak dari rak ke rak, mencari bahan-bahan untuk spaghetti dan barang-barang lain yang dipesan oleh Puan Aisya.
“Nina.”
Airina berpaling dan terlepas bungkusan spaghetti di tangannya.
“Oh my God! Nina dah balik? I miss you.” Haziq mendekati Airina. Wajah itu tampak berbeza.
Airina
“Don’t you dare to come near me!” Airina capai botol kicap dalam troli. “Berkecai kepala you kalau I baling ni nanti.”
Haziq berhenti dari mendekati Airina. “You look beautiful.”
Tau kau takut aku nak baling dengan botol kicap ni. “Wife you mana?” Airina masih pegang botol kicap itu.
Haziq tersenyum sinis. “Nina, Haziq tak bahagia dengan Chinta. Haziq rindu Nina.”
“I don’t.” Airina membalas, sinis.
“Along, ni cheese and I want this Peel Fresh.” Izzad muncul tiba-tiba dengan bungkusan cheese dan sebotol jus Peel Fresh, besar.
“Put it in the cart. We’re going home.” Airina bersuara, datar.
Izzad angkat kening. Ni marah sapa ni? Dia berpaling ke kiri dan dia mengangguk tanda faham. “Jomlah. Along jalan depan, adik tolak troli. “ Izzad pegang pemegang troli yang di tangan Airina dan ditolak melepasi Haziq.
“Izzad, ingat abang Haziq lagi tak?” 
“Er... sorry bang. Saya tak kenal lah.” Izzad menjawab selamba dan sempat dia menyambung. “By the way, don’t you ever think to have my sister back with you. Just take care of your wife and your will-be-born baby.”

Chinta mengeluh melihat Haziq yang tekun membuat kerja. Sudah lama mereka tidak bersembang. Bayi dalam kandungannya juga langsung dia buat endah tak endah. Aku ada buat salah ke? “Abang.” Tangannya memegang bahu Haziq.
“Kenapa ni?” Haziq bersuara, datar.
“Abang marah Chinta ke?”
“Tak.” Haziq bangun selepas menjawab.
“Habis kenapa abang buat tak kisah je dengan Chinta. Apa salah Chinta?”
Haziq merengus. “Malas nak cakaplah dengan awak. Rimas, tau tak? RIMAS!” Pintu dihempas. Bahu Chinta terhincut sikit, tanda terkejut. Serentak, air matanya mengalir.
Haziq yang baru keluar dari bilik kerjanya tiba-tiba ditimpa kesal. Chinta tengah mengandung, kenapa aku buat dia macam tu? Kemudian dia teringat semula pertemuannya dengan Airina di Giant. Wanita itu nampak lebih matang dan lebih berani melontarkan suara. Dia rindu Airina. Memang dia bahagia bila berkahwin dengan Chinta tetapi dia tidak dapat menipu dirinya yang dia masih mencintai Airina. Haziq menapak masuk ke bilik tidurnya dan dia terus berbaring. Dalam fikirannya cuma ada Airina. Perasaan sesal kerana memarahi Chinta hilang begitu saja. Dan tanpa sedar, dia terlena.

Pagi itu, Chinta menyediakan sarapan seperti biasa. Hari ini, sudah tiga kali solat subuhnya tidak berimam. Haziq lebih selesa solat dalam bilik tetamu. Chinta sedar saja dari tidurnya, Haziq dah tiada. Betapa tak sudinya dia nak berjemaah dengan aku. Chinta mengeluh namun tangannya masih lincah menyediakan sarapan.
“Chinta Nur Natasya!”
Terlepas sudu di tangan Chinta dek terkejut dengan jeritan Haziq. “Ye.”
“Ni apa yang kau dah buat, hah? Siapa suruh kau kemas bilik kerja aku ni?”
Chinta terkedu dengan bahasa Haziq. Aku dan kau? “Semalam, Chinta tengok bersepah sangat. Chinta kemaslah sikit.” Takut-takut dia menjawab.
“Suka sangat menyusahkan orang kan? Dari dulu sampai sekarang! Kalau aku kahwin dengan Nina, mesti tak macam ni!” Haziq mencapai beg kerjanya. “Tepilah sikit!” Ditolak badan Chinta yang terkaku dengan kata-kata Haziq. Aku menyusahkan dia? Dari dulu sampai sekarang? Kenapa lepas dua tahun baru nak cakap macam tu?  Airina? Airina ke punca abang jadi macam ni?

Airina meraup wajahnya. Rambutnya yang tidak diikat itu dibiarkan lepas. Dia tertekan. Panggilan telefon dari Chinta membuatkannya serabut.
“Assalamualaikum. Nina, boleh kita jumpa? I Chinta.” Sungguh, permintaan dari Chinta itu membuatkan dia rasa nak balik Australia tiba-tiba.
“Ibu.” Airina bangun dari duduknya lalu dia segera ke dapur.
“Ibu kamu ada kat luar. Awat ni?” Opah yang tengah menggoreng ikan , bertanya.
“Nak minta izin ibu sekejap. Nina nak keluar.”
“Nak ke mana?” Puan Aisya masuk dengan pisau di tangan kanan dan serai di tangan kiri.
Nak ke mana? Nak jumpa dengan orang yang pernah buat hidup along menderita. “Jumpa kawan kejap. Boleh, ibu?”
Puan Aisya tersenyum. “Pergilah tapi jangan balik lewat sangat.”
“Okey, ibu.” Airina tersenyum lega. “Jangan bagi tahu adik tau. Kejap lagi merengek nak ikut.”
“Ye. Pergi cepat sementara dia tak ada kat rumah ni.”
Airina menganggukkan kepalanya dan segera berlalu ke tingkat atas.

Chinta dan Airina saling membisu. Chinta tak tahu macam mana nak mula. Airina tak tahu nak kata apa.
“Er... you nak order apa-apa?” Chinta mula berbicara.
“Tak kot. Ada apa you nak jumpa I ni?” Airina malas nak menunggu lama.
Chinta mengeluh. “I nak tanya. You dengan Haziq still contact ke?”
“No!” Laju Airina menggeleng.
“Then why he’d changed? Bukan sebab you ke, Nina?”
“Eh, apasal sebab I pulak? Dia suami you. You lah patut tahu.” Airina tiba-tiba rasa nak mengamuk. Ni apahal main tuduh-tuduh aku ni?
Chinta mengeluh lagi. “Sorry kalau I buat you marah tapi dia ada sebut nama you. I ingatkan dia ada hubungan dengan you lagi.”
“Ya ALLAH! I bukan bodoh Chinta untuk terus bersama dengan lelaki yang tak pernah menghargai cinta I. I admit, memang I ada terjumpa dia dekat Giant beberapa hari lepas. Dia ada cuba bercakap dengan I tapi I ugut nak baling botol kicap dekat dia.” Laju Airina membela diri. “Apa yang dia cakap dengan you pasal I?”
“Dia cakap I menyusahkan dia. Dia kata kalau dia kahwin dengan you, mesti you tak akan menyusahkan dia.” Chinta mula menangis. “Dan punca dia kata I menyusahkan dia tu hanya sebab I kemaskan bilik kerja dia. Salah I ke Nina?”
“Hei, jangan menangis macam ni.”
“Mungkin ni balasan untuk I sebab buat you dan Aizam terluka tapi I...” Chinta tersedu. “I check semua e-mel dia tadi. I terkejut bila I dapat tahu yang dia nak tinggalkan I kalau you setuju untuk bersama dia balik. Tolong, Nina. Tolong jangan terima cinta Haziq. My baby and I need him more. I merayu.” Sungguh-sungguh Chinta merayu.
Airina menarik kerusi dan terus duduk di sebelah Chinta. “Chinta, jangan menangis. Macam I cakap tadi, I tak akan mungkin kembali pada dia. I tak akan ambil hak orang lain.” Walaupun orang tu pernah merampas hak I. Kata-kata itu cuma di sambung dalam hati. “I janji dengan you, I tak akan terima cinta dia walau sehebat mana dia merayu pada I.”
“I minta maaf, Nina. I pernah buat you terluka, I memang perempuan jahat.” Airina terkejut saat Chinta memeluknya. “I percayakan you tapi I tak percayakan husband I. He will do anything just to have you back in his life.”
“I know tapi I tak tahu apa yang patut I buat.”
Chinta mengesat matanya. “I tahu apa yang akan buat Haziq berhenti mengejar you.”
“Macam mana?”
“Find a husband, Nina.” Dan Airina terus terkedu.

Haish, mana aku nak cari suami ni? Suami ni bukan boleh pakai ambil je. Airina merenung laptop yang terpasang namun fikirannya masih teringat pada perbualannya dengan Chinta semalam. Sejak itu, hidupnya terasa serabut. Memang dia kesian pada Chinta tapi dia macam mana? Siapa yang nak kesiankan dia? Mak su? Mesti bising sebab mengada nak tolong orang yang pernah buat hidup dia kucar-kacir. Nak bercerita dengan mama, mama mesti marah Haziq dan lepas tu, Chinta pula kena marah dengan Haziq. Arghhhh!!!! Serabutnya! Airina bangun dan dia laju mencapai tudung di ampaian dan terus disarungkan ke kepala. Kunci kereta dicapai dan dia terus keluar rumah.

Dia tak tahu kenapa dia memandu pulang ke kampung walhal dia tahu kat kampung tiada sesiapa pun. Mak su masih berbulan madu, opah ada kat rumah. Yang dia tahu, dia nak lari dari semua masalah. Dan dia kini dah ada di pondok RnR Simpang Pulai, tempat yang sama dia pernah terjumpa Aizam. Telefon yang berbunyi dibiarkan saja. Nama Chinta di skrin, dia buat tak tahu.
“Telefon tu kita beli untuk kita angkat bila dia berbunyi. Bukan untuk dibiarkan macam tu je.”
Suara tu. Airina berpaling dan dia terkedu. Sekali lagi di tempat yang sama, mereka berjumpa.

“Never thought we will meet each other again at the same RnR after two years. Awak sihat?” Aizam tersenyum.
Eh, dia ni ada lesung pipit kat belah kiri. Kenapa sebelum ni aku tak pernah nampak pun? “Alhamdulillah. Awak sihat ke?”
“Macam ni jelah.” Aizam ketawa. “You look different.”
“Berbeza dekat mana? Memandai je awak. Saya macam ni jugak. Tak ada yang berubah.”
“Ada je.” Aizam berdehem. “Awak makin manis.”
Airina tersipu sekejap. “Awak pun makin kacak.”
Aizam cuma ketawa. “Where’s your husband?”
“Where’s your wife?”
“Saya single lagi la awak.” Aizam tersenyum tawar.
Airina menganggukkan kepalanya. “Same here.”
Tiba-tiba mereka hilang modal untuk berbicara. Aizam diam sambil matanya memandang sekeliling. Airina pula membelek telefon di tangan.
“Aizam.” Aizam menoleh pada Airina.
“Awak nak pergi mana ni?”
“Balik kampung. Macam biasa. Lari dari kerja.” Aizam senyum lagi. “Awak?”
“Balik kampung jugak.”
“Lari dari kerja jugak?”
“Nope! Lari dari masalah.”
“Masalah apa?” Aizam memandang sekeliling sekali lagi.
“Masalah Haziq dan Chinta.” Dan Aizam terus menoleh kepadanya.

“Zam, jom makan.” Suara Puan Sofiah lembut menyapa telinga Aizam yang duduk di kerusi buaian di laman.
“Zam tak lapar bonda. Zam dah makan kat RnR tadi.” Tipu. Kau tak lapar sebab kau tengah serabut fikirkan masalah Chinta. Kau kesiankan Chinta. Kau sedih bila dapat tahu Haziq layan dia macam tu.
“Zam ada masalah? Bonda tengok Zam asyik termenung je.”
Aizam tersenyum. “Tak ada apalah, bonda. Fikirkan hal kerja je. Bila ayahanda nak balik, bonda?”
“Esok atau lusa. Kenapa?”
“Zam nak minta tolong ayahanda dan bonda.”
“Tolong apa?”
“Tolong pinangkan Nurul Airina untuk Tengku Aizam, boleh bonda?” Aizam tersenyum saat bondanya terlopong dengan permintaannya. Ini untuk Chinta. It’s the least that I can do.
“Zam, tunggu sekejap. Bonda nak telefon ayahanda.”
Aizam tersenyum. Kalut benar bonda bila aku nak kahwin. Mentang-mentang aku je yang tak kahwin lagi. Aizam mencapai telefon bimbitnya. Didail nombor Airina yang baru dia ambil petang tadi, ketika terjumpa dengan Airina.
“Assalamualaikum.” Aizam tersenyum mendengar suara Airina. “Nina, jom jumpa esok.”

“Kenapa awak nak jumpa saya tiba-tiba ni?”
“Nina, awak tak nak Haziq kacau awak dah kan?” Aizam terus bertanya.
“Yelah.” Airina mengangguk.
“Apa kata kalau awak kahwin dengan saya?”
“What? Not funny lah.” Airina bangun dari duduknya.“Benda ni bukan untuk main-main, awak.”
“Saya serius nak memperisterikan awak.”
“Kenapa awak nak saya kahwin dengan awak?”
“Sebab saya rasa awak yang terbaik untuk saya.”
Airina mengeluh. Masalah baru pulak dah. “Saya bukan nak kahwin untuk sehari dua, Aizam.”
“Me too.”
“Seriously, Aizam. Why?”
“Sebab saya kesian dengan awak. Masalah rumah tangga orang lain, awak yang jadi mangsa. Sekurang-kurangnya bila kita kahwin, awak cuma perlu fikir masalah rumah tangga kita.”
Airina tersedak. Mukanya terasa panas lantas dia menundukkan wajahnya.
“Nina.”
Mak aih, lembutnya dia sebut nama aku. Nak cair, boleh tak? Airina angkat sikit kepalanya.
“Salahkah kita mencuba? Awak single, saya single. Kita tak ada komitmen lain dalam hidup kita. So, why not?”
“Berikan saya masa.” Airina bangun. “Saya balik dulu” Dan Aizam cuma mampu melihat bayang Airina pergi. Please say yes, Nina. Kita sama-sama tolong Chinta. Saya tak nak tengok dia menderita.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej baru masuk. Dan bibirnya terus mengukir senyum apabila membaca kandungan mesej tersebut. ‘Hantar rombongan meminang next Sunday. Lambat, reject.’

“Kahwin jugak kamu, Nina. Alhamdulillah.” Tok chik, adik opah menepuk-nepuk bahu Aizam. “Suami kamu pun kacak. Bukan calang-calang orang. Anak Tengku lagi.”
Airina cuma tersenyum. “Terima kasih, tok chik. Doakan jodoh kami panjang, ye.”
“Nina, mama datang.” Puan Aisya berbisik perlahan pada telinga Airina.
Airina tengok Aizam, Aizam tengok Airina. “Jom.” Tangan Airina digenggam. Sejuknya tangan isteri aku ni.
Dari kejauhan dapat mereka lihat Puan Yasmin sekeluarga datang namun kelibat Haziq langsung tidak kelihatan. “Tahniah, Nina. Mama tak sangka Aizam yang jadi pilihan anak mama ni.”
Airina cuma tersipu malu. Aizam pula ralit merenung Chinta yang mengusap perutnya yang sudah membesar. “Haziq tak datang, auntie?”
Mati terus senyuman Puan Yasmin. “Dia outstation.”
Chinta yang melarikan wajahnya bila tahu di sedang diperhatikan oleh lelaki yang pernah dia lukai dua tahun lepas. “Tahniah, Nina.” Chinta peluk Airina. “Haziq mengamuk bila dapat tahu you nak kahwin dengan Aizam. Dia tak balik rumah dari semalam.” Bisik Chinta pada Airina.
“Sekejap ye, Nina nak bersembang dengan Chinta. Abang tolong temankan mama dengan papa makan, ye.” Aizam cuma mengangguk. Abang? Kenapa rasa berbunga bila dia panggil aku abang? Kalau Chinta yang panggil, mesti lagi sedap.
“Dia mengamuk?” Chinta cuma mengangguk. Mereka duduk di buaian di halaman rumah banglo dua tingkat itu.
“Macam mana Nina boleh kahwin dengan Zam?” Chinta bertanya perlahan. Hatinya terasa macam nak pecah bila dapat kad undangan perkahwinan Airina. Tengku Aizam dan Nurul Airina. Nama yang nampak sepadan.
Tiba-tiba Airina terasa macam nak marah Chinta. Eh, dia ni. Suka hati akulah nak kahwin dengan Aizam. Nampak sangat suka Aizam lagi. “You yang suruh I cari husband and I found Aizam, the best husband material in the whole world.” Sinis Airina berkata.
“You jangan salah sangka tau. I tak kisah pun. I happy untuk you.” Chinta tersenyum ikhlas.
Airina tersenyum. Tak baik buruk sangka, Nina. “Thank you, Chinta.”
“Jaga dia baik-baik, tau. Jangan lukakan hati dia macam I pernah buat dekat dia dulu.” Airina cuma mengangguk. Aku cuba Chinta. Aku cuba.

“Penatnya!” Airina dah baring atas katil. Dia berdebar-debar. Buat-buat tidur, Nina.
Seketika kemudian terdengar pintu bilik pengantin itu dibuka dan ditutup kembali. “Nina, tak payah nak selimut sangat. Bukan sejuk sangat pun bilik ni.” Suara Aizam kedengaran seperti mahu mengusik.
Jangan jawab Nina. Buat-buat lena. Matanya dipejam seolah-olah dia tak mahu membuka matanya sampai bila-bila.
Tiba-tiba terasa macam ada yang menyelak selimut yang menutup seluruh wajahnya. “Tidur pun dahi nak berkerut seribu ke?”
“Eh, biarlah kat Nina.” Airina dah bangun. Kacaulah dia ni. Sejujurnya, Airina malu. Mereka tak pernah rapat. Mereka cuma rapat bila terjumpa di RnR Simpang Pulai sahaja.
“Yelah. Saya biarlah ni. Saya nak mandi dulu.” Aizam mencapai tuala dan terus berlalu ke bilik air.
Airina pula terus bangkit dari baringnya. Dicapai beg Aizam yang tersadai di depan almari. Dikeluarkan sehelai t-shirt dan sehelai seluar track dan terus diletakkan di atas katil. Kemudian dihamparkan sejadah untuk Aizam bersolat selepas selesai mandi. Dia kemudiannya terus duduk di sofa dan terus dia mengambil sebuah novel. Pintu bilik air terdengar seperti dibuka dan ditutup.
“Ni baju saya, eh?”
Saya? Kenapa bukan abang? “Ye.” Airina mengangguk.
Usai berpakaian, Aizam terus menunaikan solat fardhu Isya’. Airina cuma mengerling Aizam dari jauh. Kenapa dia guna saya? Kenapa bukan abang?
Airina segera mengembalikan pandangannya pada buku novel di tangannya saat Aizam selesai bersolat.
“Nina, saya nak tidur dulu.” Aizam segera baring di atas katil. “Good night. Assalamualaikum.”
Airina pula terus terkaku di atas sofa. Dia tidur macam tu je? Hatinya diserang tanda tanya.

Airina membetulkan baju kurungnya. Sengaja dia memakai baju berwarna biru kerana semalam dia sudah menyeterika baju kemeja Aizam yang juga berwarna biru. Biar sedondon. Hari ni merupakan hari pertama dia bekerja setelah berkahwin. Airina segera turun ke bawah, menyediakan sarapan pagi untuk Aizam.
Ketika Airina sedang menuangkan air teh ke dalam cawan, Aizam turun dari tingkat atas. “Abang, minum dulu.”
Aizam mengerling sekilas. “Sorry. Saya dah lambat.” Aizam terus berlalu dan seperti biasa, Airina mengeluh. Tak nak minum. Dan Airina sedar, kemeja yang tersarung di tubuh Aizam bukan kemeja yang sama dia pilih. Bukan kemeja biru tetapi kemeja coklat. Tak sedondon langsung.
Sudah tiga bulan mereka berkahwin, sudah tiga bulan juga dia tidak pernah mengecapi bahagia alam perkahwinan. Sejak berpindah rumah ke Damansara, mereka tidak lagi tidur sebilik. Mula-mula sampai di rumah itu, dia ikut Aizam yang dah meluru masuk ke dalam rumah. Dahlah beg baju, semua dia angkat sendiri. Dia tidak pasti kenapa Aizam terlalu dingin dengannya. Bila Airina letak saja beg bajunya di atas lantai bilik utama, Aizam segera mengambil beg bajunya dan dia terus masuk ke dalam bilik tetamu. Dan Airina cuma berfikiran positif, Aizam masih belum bisa menyesuaikan diri bersamanya. Tapi kalau tak boleh sesuaikan diri, kenapa ajak aku kahwin? Pernah dia tanya pada Aizam namun Aizam cuma membisu. Aku ada buat salah ke?

Malam itu, Airina bertungkus lumus memasak untuk Aizam. Ibu kata kalau nak pikat suami kena dari air tangan sendiri.
Kedengaran enjin kereta di garaj. Airina segera membuka apron yang tersarung dan dia terus menyambut Aizam dengan senyuman tapi seperti biasa, Aizam cuma membalas ala kadar sahaja.
“Abang nak makan? Nina dah masak makanan kegemaran abang.” Tadi Airina menelefon bonda untuk belajar memasak makanan kegemaran Aizam.
“Saya dah makan kat luar.” Aizam mahu segera berlalu. Tak betah terus duduk di depan Airina namun langkahnya terhenti saat Airina memegang lengannya.
“Kenapa abang langsung tak sudi makan masakan Nina? Tak sedap sangat ke masakan Nina?”
Aizam mengeluh. “Saya dah makan tadi. Tolonglah faham.” Direntap lengannya dari pegangan Airina. Briefcase di tangan Airina dicapai. “Tak payah susah-susah buat semua ni untuk saya.” Dan dia terus berlari menuju ke biliknya.
Air mata itu gugur sekali lagi. Setelah dua tahun ia tidak jatuh, Akhirnya ia jatuh kembali. Kali ini bukan kerana tunang tetapi kerana suami!

Airina mengacau kopi di dalam cawan. Panggilan dari Chinta membawanya ke cafe ini. Penantiannya berakhir apabila Haziq muncul.
“Nina.” Wajah itu tersenyum.
“Saya datang sini bukan nak bermesra dengan awak. Saya nak cakap something.”
Mati terus senyuman di wajah lelaki itu. “Apa yang Nina nak cakap?”
“Saya nak tahu, kenapa awak layan Chinta macam sampah? Awak sedar tak yang dia tu isteri awak? Bukannya perempuan yang awak kutip tepi jalan. Kenapa awak salahkan dia bila dia kena tangkap basah dengan awak? Awak ni manusia ke apa, hah?” Airina mengawal suaranya.
“Haziq...”
“Dulu, sebab dia awak tangguhkan perkahwinan kita. Sebab dia, awak sanggup lukakan hati saya. Kenapa sekarang awak tergamak buat dia macam tu? Dia ikhlas mencintai awak, menyayangi awak. Tolonglah jaga hati dia, jangan sakitkan hati dia seperti mana awak pernah sakitkan hati saya. Tambah-tambah awak akan dapat anak tak lama lagi. Fikirkanlah, Haziq.” Airina bangun.
“Nina, awak cintakan Aizam?”
“Cinta untuk dia sudah ada sejak dia melafazkan akad ke atas saya.” Usai Airina berkata-kata, telefon Haziq berbunyi.
“What? Chinta jatuh tangga?” Telefon terjatuh dan dia terjelepuk, di atas lantai.

Di hospital, Airina dan Haziq bergegas ke wad kecemasan dan di situ, Airina terkaku. Aizam sudah sedia di situ, di sisi ibu bapa Chinta.
“Daddy, where’s my wife?”
“Kau!” Aizam mengenggam penumbuk, ingin segera dilepaskan di wajah Haziq.
“Abang!” Airina menahan.
“Wah, nak tahan pulak? Aku ingat kau baik, Airina. Rupanya kau pun lebih kurang dengan Haziq. Perosak! Kau saja pura-pura nak tolong Chinta kan? Padahal kau nak rampas dia dari Haziq! Kau nak tau tak? Aku kahwin dengan kau sebab aku ingatkan kau ikhlas nak tolong Chinta. Aku tak sangka langsung kau macam ni!” Aizam menjerit pada Airina.
Airina terkaku. “Maksud abang? Selama ni abang kahwin dengan saya hanya sebab Chinta?”
“Yes! Aku kahwin dengan kau memang sebab Chinta! Aku kesiankan Chinta sebab berkahwin dengan lelaki yang tak guna macam ni. Dan kau nak tau tak, aku tak pernah mencintai kau! Sikit pun tak ada dalam hati aku!”
Pang! Aizam terasa perit di pipinya. Dia terkaku melihat air mata yang tumpah di pipi Airina.
“You such a jerk! No wonder Chinta don’t love you! Memang! Memang Nina yang jahat. Memang Nina yang salah! Semua yang berlaku memang sebab Nina. Ninalah perampas. Semuanya Nina, kan? Nina ingat abang ikhlas kahwin dengan Nina, tapi sebenarnya abang tu lagi jahat dari Nina! Kahwin dengan Nina sebab tak nak Chinta terseksa but don’t you know, Nina lebih terseksa dari Chinta? Ada suami tapi macam tak ada.” Air mata dikesat kasar. “Abang pernah tanya pada Nina, salahkan kita mencuba. Nina cuba abang, Nina cuba jaga kebajikan abang, Nina cuba jadi isteri terbaik untuk abang. Semuanya Nina dah cuba. Nina dah cuba untuk miliki cinta abang tapi abang tetap kaku. Abang layan Nina macam sampah. Abang dengan Haziq sama je. Dah ada isteri tapi gilakan orang lain!” Airina menarik nafas yang sesak. “Salahkan kita mencuba, huh? Ya. Kita tidak patut cuba untuk bersama dari mula lagi! Perkahwinan bukan percubaan. Terima kasih Tengku Aizam. You’ve made me realize who I am to you.” Airina berlalu meninggalkan Aizam yang terkaku.
“Pesakit dah sedar.” Suara doktor membuatkan Aizam ingin segera melawat Chinta namun lengannya dipegang Haziq. “Wife aku yang ada kat situ, bukan wife kau.” Aizam cuma diam membisu. “Nina tak salah, Zam. Dia yang sedarkan aku dengan tanggungjawab aku sebagai seorang suami. Nina tak pernah berjumpa dengan aku.” Haziq berlalu meninggalkan Aizam.

“Abang mana?” Hanya Haziq yang dicari semasa dia membuka mata.
“Sayang.” Haziq muncul di sebalik orang lain. “Maafkan abang. Abang banyak berdosa pada Chinta. Maafkan abang, sayang.”
“Abang tak salah.” Air mata Chinta bergenang. Wajah Haziq diusap. “Abang, Chinta minta maaf sebab Chinta bukan isteri abang yang terbaik.”
“Sayang, Chinta isteri abang yang terbaik. Takkan ada sesiapa yang mampu menggantikan Chinta. Not even Airina.”
“Where’s Nina? I want to thank her for giving my husband back.”
“What do you mean she give your husband back?” Aizam muncul dengan pertanyaan.
“I yang suruh dia jumpa Haziq. I yang minta dia sedarkan Haziq. She’s really a good friend, listener and I bet, she is a very good wife.” Chinta menggenggam erat tangan Haziq. “Nina sangat sayangkan you, Aizam. Dia cakap kat I, cinta dia pada you ada sejak you lafazkan akad ke atas dia.”
Aizam terkejut. Nina cintakan aku? Ya ALLAH, aku tuduh dia macam-macam. Berdosanya aku. Aizam segera lari meninggalkan wad kecemasan itu.

Airina mengesat air matanya. Patutlah selama ni dia dingin. Patutlah selama ni dia tak pernah hiraukan aku. Kenapalah aku boleh jatuh sayang dekat dia? Bodohnya kau Nina. Airina mengemas semua bajunya. Dari dulu, kau tak patut jatuh sayang dengan dia Nina. Patutnya kau sedar kenapa dia nak sangat kahwin dengan kau. Air matanya kian laju saat terlihat gambar penikahannya di dalam almari. Ni semua palsu. Senyuman ini palsu, wajah ini palsu. Segalanya palsu. Tapi kenapa aku buta, tidak nampak langsung kepalsuan Aizam. Ya ALLAH, bila aku mampu kecapi kebahagiaan aku? Airina meletak kembali gambar itu. Dicapai sehelai kertas dan terus dicoret luahan hatinya di dalam kertas itu.

“Nina!” Aizam segera berlari ke atas.
Dibuka pintu bilik Airina. “Nina?” Dan Aizam terkedu apabila dia terlihat pintu almari terbuka namun tiada sehelai pakaian pun yang tinggal.
Ya ALLAH, apa aku dah buat? Dia segera berlari ke tingkat bawah. Dia pelik, kereta Airina masih ada di garaj tetapi di mana Airina? Aizam mendekati meja kopi setelah menyedari ada sehelai kertas di atas meja kopi itu. Dicapai kertas itu, dibaca sejenak dan dia jatuh terduduk.

Buat suamiku,

Aku pernah kecewa
Aku pernah terluka
Aku pernah pergi membawa diri
Dan bila aku kembali
Dia kembali memburuku
Memburu cintaku yang sudah pasti bukan miliknya
Aku tidak mahu terus dipujuk rayu
Aku takut aku menyerah
Aku takut aku kembali kepadanya
Kerana sisa cinta lama itu masih ada
Namun kau hadir
Tiba-tiba
Menawarkan cintamu padaku
Namun setelah aku kau miliki
Kau biarkan aku sendiri
Melayani cinta ini sendiri
Aku tahu kau pernah kecewa
Aku tahu kau pernah terluka
Aku juga pernah merasa peritnya cinta
Salahkah kita mencuba?
Salahkah kita mencinta?
Duhai kekasih hati
Ketahuilah
Cinta dan hati ini milikmu
Sejak kau lafazkan akad ke atas aku...

Abang, Nina minta izin untuk keluar dari rumah. Maafkan Nina kerana menampar abang. Maafkan Nina kerana cuba untuk memenangi cinta abang yang ternyata bukan untuk Nina. Nina jatuh cinta dengan abang ketika di RnR Simpang Pulai. Sebab itu Nina tak teragak-agak untuk terima abang dalam hidup Nina tapi Nina tersilap, abang berkahwin dengan Nina bukan kerana Nina tapi kerana Chinta. Nina faham, cinta itu perlukan pengorbanan dan Nina rela jadi korban sekali lagi. Abang, ampunkan Nina. Halalkan makan minum Nina sepanjang Nina duduk menumpang di rumah abang ni. Andai abang nak ceraikan Nina, Nina redha.

Salam sayang, Nurul Airina

Aizam memeluk kertas itu. Hatinya sedih bukan kepalang. Maafkan abang, Nina. Tadi abang tuduh Nina sebab abang cemburu, abang cemburu tengok Nina datang dengan Haziq. Nina, abang tak tahu apa yang abang rasa tapi kenapa abang rasa kehilangan Nina bila Nina tinggalkan abang? Kenapa abang resah selepas tengok Nina menangis tadi? Nina, abang perlukan Nina.

“Adik, jangan beritahu ibu atau sesiapa pun tau? Kalau abang long tanya buat tak tau je, okey?”
 Izzad cuma mengangguk. “Berapa lama along nak stay kat situ?”
“Entah. Selama-lamanya kot.”
“Along.”
“Kenapa?”
“Adik akan pastikan along bahagia semula.”
Rambut Izzad diusap lembut. “Along dah tak kisah adik. Bagi along sekarang, bersendirian lebih baik. Dahlah adik, bila nak bertolak balik? Dah lewat ni.” Airina memeluk bahu adiknya.
Izzad terasa sebak. “Along, selalu call adik tau.”
“Yelah. Bawak kereta elok-elok.”
“Along.”
“Ye?”
“Adik sayang along.” Izzad menjerit.
Satu-satunya cinta hatinya. Yang tidak pernah berpaling, yang setia padanya. Kenapa dia bukan seperti kau, adik?

“Aizam, abah tak sangka kamu sanggup buat Airina macam ni.”
Aizam cuma tunduk menekur lantai.  Tambah-tambah bonda dan ayahanda turut datang ke Kuala Lumpur untuk mencari Airina. Sudah seminggu Airina hilang. Sudah seminggu Puan Aisya sakit. Sudah seminggu Aizam mencari. Sudah seminggu Aizam terasa seperti orang gila. Ini rupanya rasa menunggu cinta yang tak pernah kunjung tiba. Dia rindu Airina. Dia rindu kelembutan Airina. Dia rindukan senyuman manis Airina. Abang rindu Nina.
“Bonda tak kira, Zam. Kamu mesti cari Nina sampai dapat.” Puan Sofiah mengeluh.
Aizam rasa sesak. Dia terasa mahu menangis. Seperti anak kecil namun dia tak mampu. Bukan Zam tak cari bonda, tapi Zam tak jumpa dia. Semua tempat Zam pergi. Dia betul dah bencikan Zam.
Izzad melangkah masuk ke rumah. Dia berpura-pura tidak melihat semua mata yang memandangnya.
“Adik, pergi mana? Ibu sakit, along hilang. Kamu berani lagi nak keluar rumah.” Abah, jarang marah namun dia mula meledak.
Izzad berhenti dari melangkah. Aku rasa dah sampai masa abang long pujuk along balik. “Adik pergi jumpa along.”
“Apa?” Aizam dah berdiri.
“Along tak pergi jauh, abang long. Dia ada dekat rumah lama kami. Ni alamat dia. Pandai-pandai lah abang long pujuk along.” Izzad menghulurkan sekeping kertas pada Aizam. “And ini kunci rumah.”
“Abah, jangan marah adik. Ini semua amanat along.” Izzad bersuara apabila abahnya merenung seolah-olah ingin menelannya.
“Eh, mana Aizam?” Opah muncul dari dapur.
“Cari along.” Izzad lepak duduk di sofa sambil menonton Maharaja Lawak.

Aizam melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu. Matanya menangkap gambar perkahwinannya dengan Airina ada digantung di dinding rumah itu. Mana Nina?
“Adik, kenapa datang balik? Ada tertinggal apa-apa ke?” Airina keluar dari dapur dan dia terkaku.
“Awak buat apa kat sini?” Kasar suaranya pada si suami.
Aizam meraup wajahnya. “Abang datang nak jemput Nina, balik semula ke rumah kita.”
“Tak nak! Ini rumah saya.”
“Nina, jangan degil please. Ibu sakit.”
Airina ketawa sinis. “Saya degil? Saya ada hak untuk berdegil. Awak datang sini pun sebab bonda, ayahanda, ibu dan abah yang suruh kan? Tak payahlah, Aizam. Awak balik je. Saya mampu hidup sendiri walaupun tanpa awak di sisi.”
Aizam mengeluh. “Abang datang sini untuk Nina. Untuk pujuk Nina, kembali pada abang. I want you back.”
“Untuk apa? Saya ni perosak, Aizam. Perempuan jahat. Tak sesuai dengan lelaki yang baik macam awak.”
Aizam mendekati Airina. Airina capai bingkai gambar di atas meja. “Jangan dekat! Kalau tak benda ni saya baling dekat awak.”
Aizam sedikit pun tidak takut dengan ugutan Airina. Dia semakin mendekati Airina. Dia tidak gentar. Biarlah beribu bingkai gambar dibaling kepadanya, asalkan Airina sudi memaafkannya.
“I warned you, Tengku Aizam.” Dan bingkai gambar itu dibaling, tepat mengenai dahi Aizam.
“Aduh.” Aizam terduduk.  Airina sedikit gelabah melihat darah yang mengalir di dahi Aizam.
“Padanlah muka. Saya dah bagi warning kan? Awak yang degil.”
Aizam terdiam. “Nina, tak boleh ke kalau Nina maafkan abang?”
“Maaf? Not that easy. Hati saya bukan batu, bukan juga kayu. Saya dah cukup terluka.” Airina bangkit. “Jom. Saya hantar awak ke klinik.”
“Abang tak nak pergi mana-mana. Abang nak duduk kat sini sampai Nina maafkan abang.”
Airina menjeling. “Suka hati awaklah. Malas nak layan.” Airina memanjat tangga dan terus masuk ke bilik. Dan di situ air matanya tumpah.  Dia tak sengaja membaling gambar perkahwinan mereka itu. Sangkanya Aizam akan mengelak tapi dia tidak menjangka langsung yang Aizam langsung tidak mengelak. Seolah-olah rela menerima apa sahaja yang dibaling oleh Airina. Sungguh, dia mahu merawat luka Aizam namun dia tak mampu. Dia terasa sangat berdosa. Dia masih suami kau, Airina. Tergamak kau baling bingkai gambar itu, Airina.
Pintu bilik diketuk dari luar. “Nina, janganlah menangis. Abang tak apa-apa.”
Airina mengesat matanya. “Siapa yang menangis? Tak ada masalah nak menangis untuk awak.” Namun air mata dia mengalir lebih deras dari tadi.
“Ye, memang Nina tak menangis untuk abang. Nina selesema je, kan?”
Airina makin kuat tersedu. Entah kenapa suara lembut Aizam meruntun jiwanya. Dia terus menangis dan Aizam cuma diam, membiarkan si isteri menangis.

Airina membuka pintu bilik. Dia terkaku di depan pintu biliknya apabila terlihat Aizam yang sudah tertidur di depan pintu bilik yang bertentangan dengan pintu biliknya. Darah di dahi lelaki itu jelas sudah kering. Airina masuk kembali ke dalam bilik dan keluar semula dengan sebuah peti kecemasan dan sebotol air.
Dia mengambil kapas lalu diletakkan sedikit air di atas kapas tersebut. Airina kemudiannya mula membersihkan luka di dahi Aizam. Perlahan-lahan supaya Aizam tidak terjaga dari tidurnya. Dia kemudiannya lap luka itu sehingga kering. Mesti nanti berparut dahi Aizam. Ya Allah, jahatnya aku. Air mata tiba-tiba merembes keluar. Mesti sakit kan kena bingkai gambar tu. Airina mengesat matanya lalu dia capai plaster polka dot di dalam peti kecemasan itu dan dengan penuh hati-hati dia melekatkan plaster itu di dahi Aizam. Seketika, dia merenung wajah lelaki itu. Dulu kacak, sekarang comel dengan plaster dekat dahi tu. Macam budak nakal. Airina kemudiannya mengemaskan peti kecemasan itu dan dia ingin kembali ke bilik. Baru dia nak berdiri, tiba-tiba lengannya dipegang. “Maafkan abang, Nina.”
“Awak baliklah. Luka awak saya dah bersihkan.” Airina tidak sikit pun memandang Aizam.
Aizam berdiri. “Marah abang lagi?”
Airina menggeleng. “Saya tak marah tapi saya sakit kat sini.” Tangannya dibawa ke dada. “Susah rasanya saya maafkan awak.”
Aizam terus melutut di depan Airina. “Nina, abang tak tahu apa lagi yang boleh abang buat untuk Nina maafkan abang. Jangan tinggalkan abang lagi. Cukuplah seminggu abang terseksa, Nina. Abang dah tak sanggup. Maafkan abang, Nina.”
Airina terharu apabila Aizam sanggup melutut di depannya tapi dia tidak mampu memaafkan Aizam. Hatinya lebih sakit dari apa yang ditanggung Aizam. “Seminggu belum cukup untuk menampung penderitaan yang Nina tanggung. Tiga bulan lebih Nina hidup tanpa suami walaupun sudah bergelar isteri kepada Tengku Aizam. Nina cuba abang, kenapa abang tak cuba? Kenapa abang biarkan Nina cuba semuanya sendiri?”
“Abang mengaku. Semua salah abang. Abang ego. Abang tak mengaku yang abang perlukan Nina. Abang takut untuk memberi cinta sekali lagi. Abang takut yang abang akan dikecewakan buat kesekian kali. Bila abang jatuh cinta pada Nina, abang tak nak mengaku sebab abang fikir yang abang cuma keliru dengan perasaan sendiri. Bagi abang, abang bukan cintakan Nina, tapi abang kesiankan Nina tapi abang tersilap. Kesian Nina menanggung derita kerana abang.” Aizam mengelus pipi Airina yang sudah basah dengan juraian air mata. “Memang mulanya abang kahwin dengan Nina dengan niat untuk menolong Chinta tapi abang terjatuh cinta pada Nina dan abang nafikan segalanya. Masa dekat hospital, semua yang abang cakap tidak pernah terniat langsung dari hati abang. Semuanya kerana marah, cemburu sebab abang tengok Nina datang hospital dengan Haziq.” Aizam dah berdiri di depan Airina. “Maafkan abang, Nina.”
“Tak nak! Abang jahat! Abang jahat.” Airina memukul-mukul dada Aizam dengan tangannya. Mungkin mahu melepaskan geram.
Tangan yang masih memukul dadanya di pegang dan digenggam erat. “Nina benci abang?”
“Nina tak pernah benci abang tapi Nina terkilan dengan abang.” Airina tersedu kembali. “Hati Nina tersayat bila abang tuduh Nina macam-macam. Hinanya Nina di mata abang dan mulianya Chinta di mata abang. Itu yang Nina rasa. Nina sayang abang tapi abang...” Airina mengesat air matanya  yang mengalir.
“Abang pun sayangkan Nina.” Aizam mengesat air mata Airina lalu dia kucup kedua-dua belah kelopak mata Airina. “Nina, boleh tak kita cuba sekali lagi? Just one more time.”
Airina membentak. “Tak nak! Nina tak nak!”
“Kenapa? Salahkah kita mencuba sekali lagi? Tolong Nina, bagi abang peluang untuk tebus kesalahan abang.” Aizam menundukkan wajahnya. Air mata yang ditahan terasa nak keluar. Terimalah abang balik, Nina.
Airina tergamam saat melihat bahu Aizam terhincut-hincut menahan tangis. “Abang menangis?”
“Abang sayang Nina. Abang tak tipu.” Suara itu kedengaran sengau.
Airina angkat wajah Aizam yang menunduk lalu dikesat air mata Aizam yang mengalir. “Jangan menangis. Nina pun sayang abang, sangat.” Dielus pipi suami yang basah. Comelnya dia menangis. Macam baby.
Aizam memegang erat tangan Airina yang masih melekat di pipinya. “Maafkan abang, Nina. Tolong maafkan abang.”
Airina tersenyum lantas dia menganggukkan kepalanya. Kenapa aku perlu berkeras sedangkan dia sudah meminta maaf, melutut dan menangis untuk aku? “Kita cuba sekali lagi, okey?”
Dan dalam sekelip mata, Aizam menarik Airina ke dalam pelukannya. Bibirnya tidak henti-henti mengucapkan syukur. “Terima kasih, Nina.”
“Kasihmu ku terima, Tengku Aizam.”
“Nina.”
“Ye.” Sahut Nina yang sudah terbuai dengan pelukan Aizam.
Aizam berdehem seketika sebelum bersuara. ““Lain kali baling benda yang tak keras macam bingkai gambar tu, eh? Sakit sangat kepala abang. Dahlah gambar kahwin kita.”
“Oh, nak kena baling lagi?”
“Tak nak.” Aizam tersengih.
“Tau takut.” Airina tersenyum.
“Sayang, terima kasih sebab terima abang balik.”
“Abang, terima kasih kerana sudi mencuba sekali lagi.”
“I love you, Nurul Airina.” Dahi Airina dikucup, lama.
“I love you more, Tengku Aizam.” Dan Airina terus memeluk suaminya itu.



11 comments:

  1. waahhh,best!! hurmm,biasanya org akn menghargai sesuatu selepas kehilangannya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :), selalunya memang macam tu :)

      Delete
  2. bila dah kehilangan baru menyesal 6ixth sense..nice n sweet cerpen..sukeeeeeee

    ReplyDelete
  3. geram dgn haziq n aizam nie sama je dua2 x mghargai isteri.ksian tul la pada nina asyik dia je kena mgalah tp yg best nye akhirnya bhagia juga sdar gak kedua2 laki nie

    ReplyDelete
  4. wah adeidea nk bling ape klau laki wat msalah nie..thanks writer..hahaha

    ReplyDelete
  5. sedih, geram semua ada bila baca cerpen ni. sangat menghiburkan. tahniah Najwa! :)

    ReplyDelete
  6. ye..nk ulang komen yg same..dah xad baru nak cari..lumrah manusia kot bila benda dah takde baru la sebok mencarinye..mengingatkan diri sendiri jugak untuk apprieciate benda yg ade dkt dpn mate sebab biaselah manusia lemah..lalai n leka..

    ReplyDelete
  7. rasa mcm nk mintak author wat sambungan lg..hehehe..mcm xcukup..
    rasa mcm airina terlalu baik, n trlalu cpat diorang baik..(mcm jahat plak, nk diorg gaduh lama2) haha..lau bleh, rasa mcm nk tau hepy ending diorg n kisah chinta n haziq..msti lg syok..author,bg la teaser lebih special ending kat kitorg..hehehe
    hehehe..r

    ReplyDelete
  8. best sangat2 cerpen ni......sampai meleleh air mata time bce ni.....sweet sangat.....uhkhuk.....tq writer utk cerpen yg best....nanti boleh teruskan lgi dgn cerpen yg best2 ea?????hhuhuh

    ReplyDelete
  9. best giler..superb!!!

    ReplyDelete