Tuesday 27 March 2012

Dia, Kawan Baik Saya!

Nobody berlagu tanda ada mesej yang masuk. Dia capai telefon bimbit Nokia 6020 yang ada dalam bekas pensil yang ada di atas meja. Peti simpanan mesej dibuka. Dahinya berkerut seketika. ‘Nombor siapa ni?’
Laju membaca mesej yang dihantar.
Kau dekat mana? Aku tak bawak kunci ni.’
Qiera tersenyum nakal. ‘Jom buat benda jahat sikit.’
Jemarinya laju menekan keypad. Niatnya hanya satu, ingin mengenakan entah siapa yang tersilap menghantar mesej kepadanya.
“Qiera, Mr. Yeoh dah masuk.” Ria bersuara perlahan, seolah-olah berbisik.
Qiera tekan butang send dan telefon itu dimatikan kerana dia tidak mahu diganggu sepanjang kelas Kimia hari itu.
“Kenapa kau sengih pelik ni?” Shikin angkat kening bila Qiera tersengih nakal.
“Shh...fokus.” Kata-kata itu bagai tak masuk ke dalam otaknya. Fikiran masih memikirkan reaksi yang bakal diterima dari si silap nombor.


Qiera menghempas badannya ke atas katil. Walaupun hari ni kelas tak pack, tapi bila berjalan dari fakulti ke kolej kediaman amat memenatkan. Seorang teman sebiliknya tengah enak dibuai mimpi. Dia pun terasa nak tidur tapi di tahan dulu matanya. Dia masih tidak menunaikan solat Zohor. Tiba-tiba lagu You and I berlagu, tanda ada pesanan yang masuk. Samsung Galaxy Mini dari dalam beg dicapai dan bibirnya menguntum senyum saat nama itu naik di skrin telefon pintarnya. Nama Adif terpapar di skrin. 
‘Buat apa tu?’
Laju dia menekan keypad untuk menghantar mesej.
‘Orang baru sampai bilik. Penat!’
Tak sampai seminit, satu lagi pesanan masuk.
‘Padan muka... ;P’
Qiera ketap bibir.
‘Untunglah orang tu duduk Johor, hari ahad cuti.’
Satu lagi pesanan diterima.
‘Sangat untung :D’
“Menyampahlah dia ni.” Qiera merungut namun bibirnya tetap mengukir senyum. Entah kenapa hatinya berbunga-bunga setiap kali nama Adif terpampang di skrin telefon bimbitnya.
Tetapi mereka berdiri atas dasar kawan baik. Kawan baik yang berlainan jantina meskipun mereka tak pernah bersua muka. Walaupun mereka berbeza umur dan perangai, mereka tetap boleh click bersama.
Hubungan mereka boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang unik. Mereka berkenalan bukan kerana MukaBuku mahupun Twitter tapi mereka berkenalan kerana Celcom. Semuanya gara-gara Adif tersalah hantar mesej padanya dua tahun lepas. Ketika dia masih menuntut di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP).
“Senyum sorang-sorang.” Sergahan Amy buat senyuman  Qiera mati.
“Spoillah. Orang nak berangan pun tak boleh.”
Amy cuma senyum. Sejak dia balik tadi, Qiera sangat ralit dengan telefon bimbitnya. “Kawan baik lagi?”
Qiera ketap bibir. “Tu nak bahan oranglah tu. Kami kawan baik jelah. Jangan buat spekulasi sendiri.”
“Yelah. Orang tak cakap apa-apa pun.” Amy dah bergerak ke meja study. “Dah lama Dhia tidur?”
“Entah, orang pun baru balik.” Qiera angkat bahu. Tudung di kepala segera dia cabut dan terus diletakkan di atas kerusi.
“Ada lagi kelas lepas ni?” Amy pun dah bukak tudung.
“Tak ada. Kamu?”
“Orang ada lagi. Tapi malamlah.”
Qiera capai tuala di ampaian, dan bekas toiletries yang ada di bawah katil. “Orang nak mandi. Nak pergi sekali tak?”
Amy geleng. “Kamu pergilah dulu. Orang nak duduk bawah kipas sekejap.”
Qiera angguk dan terus berlalu.

‘Hei kamu.’ Butang send ditekan.
Seminit kemudian, satu pesanan masuk.
‘Nak apa?’
Qiera mencebikkan bibirnya, Berlagak!
‘Tak ada apa-apalah.’
‘Rindu orang, eh?’
Qiera menguntum senyum di bibir.
‘Perasan. Siapa nak rindu orang macam dia?’
‘Dialah... ;p’
“Qiera, jom pi makan.”
 Qiera angguk dengan ajakan Jiha. “Sat. Nak siap.”
“It’s okay, take your time.” Jiha betulkan tudungnya.
Qiera capai cardigan hitam yang tergantung elok di pintu locker. “Nak makan dekat mana?”
“Express.” Jiha sengih.
“On.” Qiera turut tersengih. Telefon pintarnya yang berbunyi, dia buat tidak peduli.

Adif mengeluh.
“Kau apahal?” Suara Ayyad buat Adif tersentak.
“Tak ada apa.”
“Kalau rindu katakan rindu, kalau sayang katakan sayang.” Ayyad tersengih nakal.
Adif angkat kening. “Tak faham. Explain.”
“Kau suka kawan baik kau tu kan?”
“Lawak tak menjadi la kau ni.” Adif tinggalkan telefon di atas meja studi.
“Hei, kau punya perangai sebijik macam orang angau, tau?” Ayyad geleng kepala. ‘Dulu bukan main susah nak top-up tapi sejak kawan dengan kawan baik dia tu, rajin benar si Adif  top-up.’
“Kami kawan je. Aku sayang dia macam seorang kawan.” Adif baring atas katil. “Baik kau diam.”
“Adif.” Ayyad panggil ala dengar tak dengar.
“Hmm...” Mata dipejam.
“Malam ni ping-pong jom.”
“On.” Adif buka mata kembali.

Qiera dah mula menguap dalam kelas Organic Chemistry. “Aku mengantuk.”
Syud di sebelah menepuk bahunya. “Aku pun.”
“Me too.” Mia mengangguk sambil menahan kuap.
“Shh...diamlah korang. Bising.” Mira yang duduk di belakang mereka menegur.
Qiera buat muka.
“Overlah minah ni. At least kita tak main handphone macam dia.” Syud berbisik pada Qiera.
“Macam bagus.” Mia mencebik.
“Memang salah kita pun. Tak apalah. Nanti kalau dia bising balik, kita tegur dia kasi kaw-kaw punya. Amacam?”
Syud dan Mia mengangguk laju. Semangat betul kalau bab nak mengenakan orang.
“Okey, class. Saya rasa kita berhenti sampai sini dulu. Ada apa-apa soalan?” Suara Dr. Shimal bergema dalam dewan kuliah itu.
“Tak ada!” Hampir keseluruhan dewan menjawab soalan Dr. Shimal. Tak sabar nak baliklah tu.
Sahabat bertiga itu cepat-cepat mengemaskan barang. Mereka nak balik. Dekat mata dah nampak bantal dan katil saja.
“Qiera, nak beli makanan tak kejap lagi?” Mia dah siap menggalas beg.
“Boleh. Aku memang lapar pun.” Qiera angguk kepala.
Dan mereka terus berjalan meninggalkan dewan kuliah tersebut.

Fiction berlagu tanda ada orang menelefon. Qiera segera capai telefon.
“Hello.” Qiera teruja bila dapat panggilan dari kawan baiknya itu.
“Wah, lajunya angkat call. Sampai salam pun tak bagi.” Suara si pemanggil kedengaran sedikit sengau.
Qiera ketap bibir. “Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Buat apa tu?”
“Tengah lipat baju. Kenapa call orang ni?” Qiera bertanya.
Adif berdehem. “Tak boleh call ke?”
“Tak adalah. Selalu jarang nak call. Kenapa suara dia sengau? Demam eh?”
“Taklah. Selesema je.”
Qiera gelak. “Selesema ke menangis?”
“Eh, orang bukan macam orang tu. Kena hantar belajar kat Terengganu pun nak menangis bagai. Manja!” Giliran Adif mengenakan Qiera.
“Siapa yang menangis?”
“Dialah!”
“Bila entah?” Qiera pura-pura tak tahu padahal memang dia memang menangis pun dekat si Adif dua minggu lepas. Si Adif gelak je bila dia menangis.
“Tak nak mengaku pulak.” Adif gelak lagi. “Qiera busuk, anak manja.”
Qiera ketap bibir. Dia panggil aku busuk. “Adif lagi busuk. Booo...”
“Eleh, dia yang busuk. Tak nak mengaku.”
Qiera merengus. ‘Malas nak cakap apa-apa. Baik diam.’
Adif di sebelah sana tergelak tiba-tiba. “Cik Qiera kita ni merajuk ye?”
“Mana ada merajuk.”
“Yelah tu.”
“Biarlah, kalau orang merajuk bukan ada orang nak pujuk pun.”
Adif gelak lagi. “Orang nak pujuklah ni.”
“Tak nak.” Qiera saja jual mahal.
“Okey.”
Qiera tahan gelak. Gaya Adif sebut okey, memang unik. Macam Lee Hyori punya lagu. Setiap kali Adif sebut okey, mesti Qiera nak gelak kuat-kuat.
“Nak gelak la tu.” Suara Adif memecahkan tawa Qiera. ‘Comel betul Adif ni.’
Adif di sebelah sana turut mengukir senyum. “Dah tak merajuk?”
“Eh, siapa yang merajuk?” Qiera turut senyum. Jantung dah mula mengeluarkan irama indah sendiri.

Air mata laju menitik. Yahoo! Messenger dilog out. Kenyataan dari Farid betul-betul buat Qiera rasa nak terjun bangunan. Dia terus capai telefon bimbit yang terletak elok di atas meja.
‘Adif.’
Tak sampai seminit mesej masuk.
‘Ye, busuk?’
Qiera senyum. Air mata yang menitik dikesat.
‘Siapa busuk?’
You and I berlagu,
‘Dialah.’
Qiera senyum. Namun, air mata masih lagi menitik.
‘Dia lagi busuk, okey?’
‘Lalalalala~ tak dengar.’
‘Adif.’
‘Ye?’
‘Ex orang dah ada girlfriend baru. Dia tak tepati janji dia yang dulu.’
‘Biarlah dekat dia.’
‘Orang suka dia lagi.’
‘Kenapa perlu suka orang macam dia?’
‘Maksud?’
‘Buat janji tapi sendiri tak ingat janji. Tak perlu ingat pasal orang macam tu.’
‘Orang sedih.’
‘Nangislah.’
‘Kenapa Adif tak ada girl friend?’
‘Sekarang kita tukar topik ke apa ni?’
‘Ala, jawab jelah. Orang nak hilangkan rasa sedih.’
‘Okey.’
‘Okey. Cepat jawab.’
‘Dulu orang pernah ada girl friend tapi putus sebelum kita mula kawan lagi.’
‘Kenapa putus?’
‘Dia cakap, kawan dengan orang tak ada masa depan. Kebetulan ada lelaki mana entah yang nak buat dia jadi isteri. Dah dia nak sangat kahwin, orang lepaslah dia pergi.’
‘Tak sayang dia?’
‘Sayang memang sayang tapi dia yang cakap orang tak ada masa depan. Nak buat macam mana?’
‘Dia dah kahwin ke?’
‘Sepatutnya dah kahwin tapi tak jadi sebab apa entah.’
‘Dia tak cari Adif balik?’
‘Ada je.’
‘Dah tu?’
‘Orang tak mungkin akan terima dia balik. Orang pun ada hati dan perasaan.’
‘Tak apalah, Jodoh Adif dengan orang lain kot, insyaAllah.’
‘Amin. Sedih lagi ke?’
‘Tak dah. Cerita Adif lagi sedih. Sekarang, Adif tak ada suka dekat sapa-sapa ke?’
‘Nope.’
‘Takkan tak minat langsung.’
‘Tak. Orang tahan hati sebab orang tahu, orang tak ada apa-apa untuk tanggung anak orang.’
‘Oh, macam tu.’
‘Dahlah. Pergi tidur.’
‘Nak tidurlah ni. Adif?’
‘Dia tidur, orang tidurlah.’
‘Okey. Good night Adif busuk.’
‘Good night Qiera masham.’

“Adif, siapa budak ni?” Wajah Qiera yang ada dalam folder, Qiera di zoom oleh Hakim.
Purhhh! Tersembur terus air teh o’ ais yang baru masuk dalam mulut.
“Damn! Aku bagi pinjam laptop, bukan suruh kau bukak folder dalam laptop aku.” Ayyad dan Hakim dah bantai gelakkan Adif. Adif rasa macam nak hempuk saja  laptop atas kepala Hakim.
“C’mon lah. Takkan itu pun nak marah. Siapa ni?”
Adif  meraup rambut. Tiba-tiba dia terasa rimas.. “Kan kat folder tu ada tulis nama Qiera.”
Tiba-tiba telefonnya berlagu tanda ada pesanan masuk. Nama Qiera Busuk tertera di skrin.
‘Cik Ad.’
‘Ye? Ada apa?’
Butang send ditekan.
‘Saja. Tengah buat apa tu?’
‘Ada kat kedai makan ni. Dengan member.’
Seminit kemudian.
‘Nak pesan air boleh?’
‘Nak air apa?’
‘Teh ais, please. Adif belanja.’
‘Orang tak ada duit.’
‘Kedekut.’
‘Yelah, orang belanja.’
‘Tak naklah. Tak ikhlas!’
Tiba-tiba Adif rasa nak marah Qiera.
‘Ni nak apa sebenarnya ni? Sekejap nak, sekejap tak nak. Bila orang nak belanja, cakap tak ikhlas pulak.’
‘Garangnya :p...’
‘Memang garang pun!’
‘Sorrylah kalau orang buat Adif marah. Sorry sangat. Take care, bye. Salam.’
Adif raup muka bila baca mesej terakhir dari Qiera. ‘Bengang dengan orang lain, lepas kat orang lain. Kesian Qiera.’

Qiera terkaku di depan telefon bimbitnya. ‘Garang nak mampus. Orang main-main pun nak marah sampai macam tu sekali. Sebelum ni tak ada pulak macam ni.’
“Qiera, kenapa?” Amy tengok Qiera yang tiba-tiba diam. Tadi elok je bergelak ketawa.
“Adif.”
“Kenapa dengan Adif?” Dhia pulak bersuara.
“Entah dia. Tiba-tiba emo lebih.” Qiera turun dari katil lalu dia duduk di atas lantai. Hati tiba-tiba resah. ‘Aku salah cakap ke?’
“Jiha.” Bahu Jiha dicuit Qiera.
Jiha buka headphone yang terlekap elok di telinga. “Kenapa?”
“Nah, baca ni.” Samsung Galaxy Mini diunjukkan pada Jiha.
Jiha tepuk dahi usai dia membaca mesej tersebut. “Kenapa dia marah sangat?”
“Orang tak tahu.” Qiera angkat bahu.”
Dhia dan Amy turun dari kerusi lalu duduk di atas lantai bersama Qiera. “Nak baca.”
Qiera terus bagi telefon bimbitnya pada Dhia dan Amy. “Nah.”
“Eh, marahnya dia!” Amy bersuara usai dia baca.
Qiera cuma angguk. ‘Aku bergurau tapi perlu ke kau marah macam tu sekali?’
“Qiera nak buat apa lepas ni? Pujuk dia ke?” Dhia angkat kening.
“Tak ada masa. Orang nak merajuk sebulan.”

Adif renung telefon bimbit di depannya. Dah hampir seminggu tiada mesej dari Qiera. Ada rindu di hati tetapi ego lebih meninggi. Tiada ucapan maaf pun yang terbit dari dirinya. Kalau tidak silap, lagi beberapa hari Qiera akan menduduki peperiksaan akhir semester satu.
Screen locker di buka beberapa kali. Hatinya melonjak-lonjak ingin menghantar pesanan tetapi egonya macam mana?
Tiba-tiba telefon ditangan berlagu, tanda ada pesanan masuk. Nama Qiera di skrin buat dia melonjak kegembiraan.
‘Adif, marah orang lagi?Janganlah marah dah. Orang nak exam ni, kalau dia tak maafkan orang, macam mana orang nak buat exam?’
Adif tersenyum sendiri.
‘Bila orang marah?’
Tak sampai seminit, satu lagi pesanan diterima.
‘Hari tu. Yang pasal teh ais tu.’
‘Bila masanya orang marah?’
‘Sekejap, orang forward mesej adif yang hari tu.’
Seketika kemudian, satu pesanan masuk.
‘Ni nak apa sebenarnya ni? Sekejap nak, sekejap tak nak. Bila orang nak belanja, cakap tak ikhlas pulak- ni mesej Adif yang hari tu.’
‘Orang saja je. Siapa suruh percaya.’
‘Menyampahlah dengan Adif ni.’
Adif sengih sendiri.
‘Lalalala~’
‘Orang nak merajuk dengan Adif sampai bulan depan.’
‘Eleh, mampu ke?’
Pesanan diterima.
‘Mampu je. Sudahlah! Bye... ;p’
Adif tepuk dahi. ‘Ah, sudah! Merajuk pulak dia ni!’

Balik dari Dewan Sultan Mizan (DSM), Qiera dah monyok. Hari ni hari Jumaat, hari ni ada exam. Paper yang paling Qiera tak minat. Matematik Kejuruteraan!!! Qiera letak barang dalam bilik dan terus dia keluar bilik.
‘Pagi tadi, menangis sebab ada benda yang tak berapa best jadi. Lepas tu, tadi paper Math Kejut, rasa macam nak pengsan. Nak cerita kat siapa ni? Adif? Tengah merajuk dengan dia.’ Air mata yang ditahan meleleh akhirnya. Qiera menyembamkan wajahnya di atas bantal dan dia terus menangis sampai tertidur.

Malam itu,
Telefon di tangan direnung. ‘Nak mesej ke tidak? Nak mesej ke tidak?’
Qiera hela nafas panjang sebelum tangannya laju menekan keypad.
‘Cik Ad.’
‘Eh? Dah masuk bulan baru, eh?’
Qiera ketap bibir. ‘Sajalah dia ni. Nak membahan aku la tu.’
‘Aah. Kan dah masuk bulan 1 ni.’
Satu pesanan baru masuk.
‘La, ye ke? Nak kena setting balik telefon ni.’
Qiera ketawa.
‘Hah, setting jangan tak setting. Tak guna handphone mahal kalau tarikh tu salah.’
Satu lagi pesanan masuk.
‘Eleh, orang taulah tak masuk lagi bulan 1, nampaknya ada orang tu rindu kat orang.’
Qiera menguntum senyum.
‘Please. Siapalah nak rindu dekat dia?’
Samsung Galaxy Mini berlagu lagi.
‘Erk... tak nak mengaku nampaknya...’
“Adif?” Suara Jiha mengejutkan Qiera.
“Yup.”
Dhia gelak. “Mana kata-kata yang nak merajuk sampai sebulan tu?’
Qiera ketap bibir. “Orang ada masalah. Nak kena share dengan dia.”
“Yelah.” Serentak Amy, Dhia dan Jiha bersuara.
Tiba-tiba telefon berlagu, tanda ada pesanan yang masuk.
Qiera tepuk dahi. ‘Terlupa pulak nak balas mesej dia tadi.’
‘Dah tidur ke, busuk?’
Jari jemari Qiera laju berlari di atas skrin telefon pintar tersebut.
‘Belumlah. Tengah sembang dengan roommates.’
‘Eleh, yelah tu.’
‘La, betullah.’
Seminit kemudian,
‘Balik rumah bila?’
Qiera mengerutkan dahi sebelum jarinya laju menaip.
‘Next week hari Selasa. Kenapa?’
‘Nothing. Saja tanya.’
‘Dia balik tak?’
‘Entah, orang pun tak tau.’

Qiera angkat kening.
‘Tak nak balik ke? Tak rindu rumah ke?’
‘Rindu. Tapi orang ada seminar nanti.’
Qiera mengeluh.
‘Kesian Adif.’
Seminit kemudian.
‘Ala, biasalah ni. Orang dah final year, memang banyak benda kena buat.’
‘Jom, balik Aloq Staq.’
‘Tanggung makan minum orang. Okey?’
‘Orang tak ada duit. Hahaha...’
Sepuluh minit kemudian,
‘Orang ada hal ni. Nanti kita mesej lagi, okey? Salam.’
Qiera sengih. ‘Kenapa rasa macam nak terbang-terbang ni?’

Adif menyusun kertas-kertas report yang dah siap bertulis di atas meja study. Otak rasa serabut sekejap dengan paper yang berlonggok di atas meja.
Telefon berbunyi tiba-tiba.
‘Mangkuk.’
Telefon di atas katil dicapai. Adif geleng kepala.
‘Ada apa sudu?’
Seminit kemudian.
‘Kenapa mesti sudu?’
Jari jemari Adif laju menaip.
‘Kalau dia makan cornflakes dalam mangkuk, dia guna apa? Garfu ke?’
Dua minit kemudian,
‘Tak, sudu.’
Adif senyum.
‘Macam itulah kita dua. Kalau orang mangkuk, dialah sudu. Saling melengkapi, tak gitu?’
Tak sampai 30 saat,
‘Eww...please lah.’
Adif ketawa dengan balasan Qiera.
‘Suka lew tew...’
1 message received.
‘Orang nak tidur.’
‘Good night, Qiera.’
Adif letak telefon kembali ke atas meja.

Qiera termenung merenung dinding. Buku novel ditangan, tidak dibuka langsung.
“Qiera?” Tepukan di bahunya membuat dia sedikit tersentak.
Qiera menguntum senyum. “Awat?”
“La, dia tanya kita awat. Dia tu yang awat? Orang tengok, asyik termenung je.”
“Orang tengah fikir.”
“Fikir apa?” Dhia angkat kening.
“Orang tengah fikir pasal mesej Adif tadi.”
Dhia angkat kening. “Adif mesej apa?”
“Orang panggil dia mangkuk.”
“Mangkuk? Dalam banyak-banyak benda, mangkuk?!”Jiha menjerit dari katil.
Qiera angguk nak tak nak. “Orang saja panggil dia mangkuk.”
“Then, dia marah ke?” Dhia angkat kening.
“Tak. Suprisingly, dia tak marah.”
“Dia cakap apa je?” Jiha turun dari katil.
“Dia panggil orang sudu.”
“Sudu?!” Serentak Jiha dan Dhia menjerit.
“Why sudu?”
“Kenapa bukan pinggan?”
Qiera garu kepala. Serabut sekejap kepalanya dengan teman sebiliknya yang dua orang tu. Nasib baik Amy tak join sekali, kalau tak mau beruban kepala layan tiga-tiga sekali. “Sebab dia cakap, kami ni melengkapi satu sama lain. Dia ibaratkan kita makan cornflakes yang ada susu. Mestilah kita bubuh cornflakes dalam mangkuk and kita makan guna sudu, kan?”
“Bapaklah dia punya perumpamaan. Lain dari yang lain.” Jiha tepuk dahi.
“Kawan siapa? Kawan orang kan?” Qiera angkat kening.
“Are you guys sure yang korang sekadar kawan baik?” Dhia bertanya.
“Yeah. Tak mungkin kami akan ada apa-apa.” Qiera angguk tapi kenapa rasa macam ada rasa je dalam hati ni?

“Adif, senyum sorang-sorang nampak?” Ayyad dah menapak ke dalam bilik Adif. Inilah tempat yang paling dia suka lepas sejak dulu.
“Tak adalah. Aku tengah senyum berdua ni.” Adif membalas, sarkastik.
Ayyad pandang sekeliling bilik itu. Setahu dia, Adif tinggal seorang diri dalam bilik. “Kau serius, Dif?”
“Betullah. Nak menipu apanya?”
“Kau senyum dengan siapa lagi seorang?” Ayyad terasa seram sejuk.
Adif mendekati Ayyad lalu dia berbisik kepada ayat dengan suara yang cukup meremangkan bulu roma. “Gambar kat dalam laptop aku.”
Mata Ayyad yang terus tengok skrin laptop Adif dan dia terus tarik nafas lega. “ Si Qiera ni rupanya.”
“Are you sure that is  Qiera?” Masih dengan nada suara yang meremangkan bulu roma, Adif bersuara.
“Baik kau berhenti Adif. Aku rasa nak terkencing ni.”
Adif terus ketawa. “Kau ni, penakut jugak kan? Aku ingat beranilah sangat.”
“Diam!”
“Adif?” Pintu terkuak dari luar. Muka Syahir terjengul dari luar.
“Masuklah.” Adif mengukir senyum.
“Eh, siapa tu? Nak kenal boleh?” Tercengang Adif sekejap dengan Syahir. Masuk bilik orang, terus tegur gambar dekat laptop.
Ayyad yang sedar Adif tercengang terus menjawab bagi pihak Adif. “Kawan baik dia. Kenapa? Berkenan?”
“Comel.” Syahir sengih. “Aku nak kenal boleh, Adif?”
“Er...”
“Dia kawan baik adik a.k.a kawan istimewa Adif, so tak boleh kenal.”
“La, ye ke? Patut pun kau macam teragak-agak je nak bagi dia kawan dengan aku.”
“Eh, kau jangan percaya cakap di Ayyad ni! Dia kawan aku je. Nanti aku tanya dia, kot-kot dia nak kawan dengan kau.”
“Okey. Thanks bro.” Syahir tersenyum, bahagia.
Ayyad menggeleng. “Kau jangan menyesal, bro.”
“Aku takkan menyesal, Ayyad. Aku bukan ada apa-apa pun dengan Qiera.”
“Whatever, Dif. Kadang-kadang kita kena rendahkan ego kita. Aku tau aku dengan Hakim selalu provok kau tapi kami buat supaya kau sedar sikit apa yang dalam hati kau tu.”
“Aku tak ada perasaan dekat dialah. Aku akan buktikan dekat kau, Ayyad. Dia cuma kawan baik aku.”
“Mungkin sekarang, dia memang kawan baik kau. Esok lusa, mungkin dia dah tak jadi kawan baik kau.” Ayyad dah berlalu mendekati Syahir.
Adif mengeluh. ‘Betul ke apa yang Ayyad cakap?’

“Orang tak nak!” Qiera bersuara separuh menjerit.
“Ala, bukan susah pun. Kawan je dengan dia. Kalau jodoh panjang, maybe korang akan jadi lebih dari kawan.” Adif telan air liur sendiri. ‘Kau yakin ke, Adif kau boleh tengok dia dengan Syahir?’
Qiera mengeluh. Telefon yang ada ditangan direnung. Wayar handsfree nampak serabut saja di matanya. “Adif, orang cakap orang tak nak, orang tak naklah! Adif ni kenapa? Dah bosan sangat kawan dengan orang? Dah bosan dengar orang membebel? Dah bosan asyik main sms dengan orang?”
Adif terdiam terus. Usaha memujuk Qiera nampaknya macam takkan berjaya. Entah kenapa, hatinya sedikit lega dengan penolakkan Qiera tapi pada masa yang sama dia rasa tak senang hati. “Bukan macam tu.”
“Dah tu, macam mana lagi? Sudahlah! Orang dah tak ada mood nak cakap dengan Adif. Assalamualaikum.” Qiera tekan butang merah.
Adif yang di UTM dah terkulat-kulat bila talian di sebelah sana mati. ‘Mungkin betul cakap Ayyad. Aku akan hilang kawan baik aku.’

Qiera duduk bersandar pada dinding biliknya. Otaknya kosong. Tak mampu nak berfikir apa-apa. ‘Kenapa Adif buat aku macam ni? Dah menyampah sangat ke dengan aku? Yang aku rasa nak menangis ni kenapa?’
“Kenapa ni?” Amy duduk bersandar di sebelah Qiera.
“Nothing.” Qiera cuba untuk mengukir senyum tapi entah kenapa bibirnya terasa kaku. Sakit hatinya masih terasa saat Adif beria-ia suruh dia berkawan entah dengan siapa.
“Adif?” Jiha menebak sebelum dia melabuhkan punggung mengadap Qiera.
Qiera senyum hambar.
“Apa dia buat kali ni?” Dhia pulak turun dari katil lalu duduk di sebelah Jiha.
“Dia suruh orang kawan dengan siapa entah, kawan dia kat UTM tu.”
“Eh, nak matchmaking pulak.”
“Tulah. Orang tak nak. Tapi dia paksa orang.”
“Adif tu kenapa? Orang nak marah ni!” Dhia dah berdiri sambil mencekak pinggang.
“Ala, nak marah pun, dia bukan ada kat sini. Dia ada dekat Johor, jauh dari Terengganu.”
Dhia duduk kembali saat Jiha tarik tangannya. “Tapi Qiera tak boleh macam ni. Kena ajar sikit dia.”
“Orang tak nak mesej dia selagi dia tak minta maaf.”
“Yelah tu.” Serentak, Amy dan Jiha menuturkan.
“Orang serius ni. Orang takkan hantar mesej selagi dia tak minta maaf dekat orang.”
“Good. Tetapkan hati, okey?” Amy peluk bahu Qiera.
Qiera cuma mengangguk. ‘Aku cuba.’

“Dia merajuk?” Ayyad bertanya sambil dia petik gitar kapok milik Hakim.
“More too mad, I guess.” Adif renung Hakim yang tengah layan YouTube.
“Ignore him. Dah berapa hari dah asyik melekat depan YouTube. Aku ingatkan dia tengah layan Creed tapi rupanya dia layan EncikMimpi.”
“Encik who?” Kening Adif terangkat sebelah.
“Penyanyi YouTube tapi bukan artis. Study kat luar negara, buat video, menyanyi hanya untuk suka-suka. Tapi suara dia memang sedap. Dia banyak buat cover lagu and ada certain lagu yang dia cipta sendiri. And semua lagu yang dia cover, semuanya akustik.”
‘Akustik? Qiera suka lagu akustik.’ Adif melangkah mendekati Hakim.
“Bro, nak dengar lagu ni?” Hakim buka headphone.
“Lagu apa ni?”
“S.U.K.A.” Dan headphone bertukar tangan. Dan saat Adif  mendengar lagu itu, bibirnya menguntum senyum.

‘Budak busuk?’
Qiera angkat kening.
‘Nak apa? Orang tak nak kawan dengan kawan dia tu.’
Seminit kemudian.
‘Orang nak minta maaf.’
Qiera kuntum senyum. “Jiha, dia dah minta maaf.”
“Serius?”
“Yup.” Qiera terus taip mesej.
‘Susahlah nak maafkan dia. Orang terluka tau.’
‘Tau. I’m so sorry. Dia tengah online ke?’
‘Aah. Ada kerja nak dicari. Kenapa?’
‘Bukak YouTube, cari lagu S.U.K.A- EncikMimpi.’

Qiera kerut dahi.
‘Kenapa ni?’
‘Bukak je. Orang bagi lagu tu dekat dia. Orang tidur dulu. Good night.’
Qiera garu kepala. “Awalnya dia tidur. Baru pukul 11.30.” Tapi tangannya tetap laju mencari lagu S.U.K.A nyanyian EncikMimpi.
Headphone dipakai dan dia tiba-tiba rasa terharu. Lirik lagu S.U.K.A dihayati sepenuh jiwa.

Ku suka padamu
Suka caramu
Pabila ku bersamamu
Hatiku riang selalu

Ku suka tawamu
Suka senyummu
Pabila kau bercerita
Akulah pendengar setia

 Qiera menguntum senyum. ‘Dia tengah meluahkan perasaan ke apa ni?’

Namun ku tidak tahu
Cara untuk kata padamu
Aku jatuh suka padamu

Maka ku tuliskan lagu
Menyampaikan rasa sukaku
Ku ingin kau dengarkan aku

C/o
Ku mahu kau selalu suka
Bila ku mulai petikkan gitar
Ku tak mahu dirimu berduka
Itu aku tak suka

Ku mahu kau selalu suka
Bila ku mengalunkan suara
Ku mahu mendengar kau ceria
Sebab itu yang paling ku suka

Terkadang ku malu
Bila denganmu
Tak tahu kenapa begitu
Mungkin sebab ku suka kamu

Ku bayangkan kamu
Sebagai temanku
Walau sebenarnya ku takut
Akan kehilanganmu

“Adif, kau takut kehilangan aku, huh?” Hati dia makin berbunga-bunga.
Jangan kau jauh dariku
Aku jenis tak tahan rindu
Nanti hidupku bercelaru

Tolonglah dengar lagu ku
Jika kau juga rindukan aku
Ku suka kau dengarkan aku

Ulang C/o

“Feel habis, lagu apa tu?” Qiera berpaling pada Amy yang menegur.
“Dengarlah.” Ditarik wayar headphone dari laptopnya.
Dan lagu itu bergema sekali lagi di dalam bilik IA-306. Di luar sedar, Qiera menguntum senyum sendiri. Mungkin saya dah ter-S.U.K.A awak, Adif.

Hubungan Adif dan Qiera sudah berbaik semula. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir mereka.
“Jiha.”
Jiha berpaling. “Why?”
 “Cooler pad orang rosak rasanya.”
“Kenapa?”
“Kipas tak berpusing.”
Jiha yang memang terkenal dengan kepakaran membaiki barang segera mendekati Qiera. “Dah tu, dia nak buat macam mana ni?”
“Nak bukak skru cooler pad ni.”
Jiha ambil gunting dari atas meja studynya dan dia terus membantu Qiera mengeluarkan skru cooler padnya.
“Okey, try.” Dan kipas itu berpusing.
“Wayar dia ni problem ni.” Qiera mengomel sendiri sambil dia capai telefon bimbit yang tadi berbunyi. Nama Adif tertera.
‘Busuk, buat apa tu?’
Qiera taip mesej laju. Entah kenapa dia tiba-tiba nak menguji Adif.
‘Tak buat apa. Eh, Adif tadi ada kawan orang nak kenal dengan dia.’
‘Hahaha... kenapa nak kenal dengan orang?’
‘Sajalah kot. Suka lah tu ada orang nak berkawan dengan dia.’
‘Hahaha... biasa je.’
‘Nak kenal ke tidak?’
‘Kenal je kan?’
Qiera ketap bibir. Nak kenal lah tu. Langsung dia tidak hiraukan mesej Adif sebaliknya dia capai gunting di tangan Jiha. “Biar orang buat. Jiha sambunglah kerja Jiha balik.”
Jiha cuma angguk tanpa banyak bunyi.
Dalam dia gunakan gunting untuk memasang kembali skru entah macam mana, jarinya terhiris sikit akibat terkena bilah gunting yang tajam itu. Darah mula keluar.
“Jiha, darah.” Adu Qiera.
Jiha yang baru nak buka buku ternganga. “Ambik tisu. Cepat.” Tisu di tangan Jiha diambil dengan cermat lalu dia letakkan di atas luka di jari.
Qiera capai telefon.
‘Adif, darah.’
Tak sampai seminit.
“Darah kat mana?’
‘Kat jari. Sakit.’
‘La, taip mesej pun boleh berdarah jari?’’
‘Tak, tadi orang guna gunting, tiba-tiba terkena jari.’
‘Guna buat apa?’
‘Bukak skru dekat cooling pad.’
‘Bukak skru guna gunting?’
‘Aah. Hehe...’
‘Belilah screw driver... tak pun testpen.’
‘Malam-malam ni nak cari dekat mana?’
‘Yelah. Dah bukak belum skru tu?’
‘Kena berhenti. Dah terluka berdarah ni.’
‘Ok.’
‘Sakit.’
‘Letaklah ubat.’
‘Dah.’
‘Ingatkan apalah yang berdarah tadi...’
‘Kenapa? Dia ingat apa?’
‘Tak ada apa-apalah.’
‘Qiera.’
‘Ye?’
‘Tadi orang tau.’
‘Tau apa?’
‘Tau yang dia sengaja gunting jari sebab tak nak kawan dia kawan dengan orang betul-betul.’
Qiera ketap bibir.
‘Eh, apahal pulak?’
‘Tak nak mengaku. Jealous ye?’
‘Dahlah, orang nak tidur.’
Namun bibirnya masih mengukir senyum. Hati rasa bahagia tiba-tiba.

Qiera termenung di atas katil. Dia teringat peristiwa seminggu lepas. Sebelum kelas Kimia Analisis ada gap empat jam. Dan dia ada hantar mesej pada Adif supaya mengejutkan dia pada pukul 3 namun Adif membalas dia tidak janji untuk kejutkan Qiera kerana dia sendiri nak tidur ketika itu.
Dia ingat lagi. Tepat pukul 3 petang, dia bangun dari tidur dan terus bersiap. Ada juga dia check telefon bimbit andai Adif ada menghantar pesanan atau miscalled untuk mengejutkan dia dari tidur tetapi sayangnya tiada. Sangkanya Adif memang sudah tertidur. Dalam perjalanan nak ke kelas, dia ada dapat satu panggilan telefon dari Adif. Ketika itu jam menunjukkan tepat pada pukul 3.30 petang.
“Hello.”
“Hello, dah bangun ke?” Suara Adif mamai.
“Dah. Orang dah on the way pun.”
“Hah, baguslah.” Suara itu masih kedengaran mamai.
“Adif bangun dari tidur ke untuk kejutkan orang?”
“Hah? Aah, takut dia tak sempat pergi kelas pulak.” Adif bersuara semakin perlahan.
“Thank you Cik Ad. Cik Ad pi tidur eh.”
“Okey. Orang nak tidur. Bye.” Dan talian di sebelah sana terus mati. Mengantuk sangatlah tu.
“Mia.”
“Ye?” Mia berpaling.
“Kalau aku nak terbang kat jalan biawak ni boleh tak?”
Dan Mia cuma terlopong dengan kata-katanya.
Lamunannya mati saat reminder di dalam telefon berbunyi. ‘Sekejap lagi 12 tengah malam, dah masuk birthday dia. Nak wish macam mana, eh?’

Qiera duduk di tangga. Menanti panggilan dijawab oleh orang yang disana.
“Hello.” Suara di sebelah sana kedengaran
“Hello. Adif ke?” Eh, kenapa suara dia lain ni.
“Bukan. Ni kawan dia.”
“Hah? Serius. Serius. Siapa ni?” Qiera dah gelabah sendiri.
Lelaki di talian ketawa. “Sekejap ye, dia dah datang.”
“Hello.” Suara yang sama di talian.
“Adif!” Qiera bersuara separuh menjerit manakala Adif ketawa.
“Adif jahat.”
“Hahaha... siapa suruh percaya.”
‘Shhh...diam! Diam!”
Adif masih ketawa.
“Diam. Orang nak cakap ni.”
“Okey.” Adif cuba tahan ketawa.
“Orang nak wish, Happy Birthday!”
“Eh? Bila birthday orang?”
“Hari ni kan birthday Adif.”
“Bukanlah.”
“Seriuslah!”
“Hahaha...okey! Thank you.”
Qiera rasa muka dia panas. Entah kenapa dia malu.
“Qiera.” Lembut suara itu memanggil.
“Ye?”
“Lagi lima tahun...” Adif berdehem.
“Kenapa dengan lagi lima tahun?”
“Dengarlah dulu.” Adif keluar aura nak membebel.
“Okey. Cakaplah.”
“Lagi lima tahun, kalau orang single and dia pun single, kita kahwin?”
Dan Qiera terdiam terus di talian.


p/s: ini adaptasi kisah benar. Maaf kalau cerita ini tak best, tak seronok dan lain-lain. Ini karya yang paling saya sayang. Ini kisah saya dan kawan baik saya. Hari ni, 27/3 adalah birthday dia. Ending cerita ni, betul-betul saya cedok dari perbualan kami *tapi yang part ajak kahwin tu tak ada tau, kalau ada pun bukan tadi. Adalah dalam a few years back dia cakap macam tu*. Tadi dia memang seronok betul gelakkan saya. Jujur saya memang tergelincir dengan dia. Oh yes, penghargaan saya berikan kepada EncikMimpi sebab sudi bagi saya gunakan lagu S.U.K.A dalam cerita ini. Cerita ini mostly 90% based on true story. Silap dan salah harap dimaafkan. Harap terhibur.

Untuk Cik Am,
Selamat hari jadi. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Seronok betul diakan dapat kenakan orang tadi? Gelak macam tengah tengok cerita lawak tapi serius orang suka dengar Cik Am gelak. Cik Am, orang saaaaaaaaaaaayyyyyyaaaannnngggg Cik Am tau? Orang mintak maaf sebab cedok semua kisah tentang Cik Am untuk buat cerita ni tapi Cik Am tak tahu kan? Hehehe... Cik Am, orang doakan Cik Am berjaya sampai Syurga.
Khas dari orang, kawan baik dia, Cik Wa
:)

19 comments:

  1. suweett...kte pun ade kisah tersendiri...tp xreti nk ceritakan blk kkekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you :)...cubalah ceritakan...nak tau jugak :D

      Delete
  2. dah lama baca.. tp baru kesempatan nak komen..
    hmm... cerita ni ok walaupun ending mcm tergantung..
    sebab tang ending tu, btul2 jadi dlm idup ai..haha..
    tp suka dia owg berdua ni.. sweet muet ajeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnks...sweet ke???hahaha...endingnya tergantung...nak thu endingnya, kena tunggu 4 tahun lagi :)

      Delete
    2. Kak.. dh 4 tahun dh ni... sharelah ending dia..

      Delete
    3. Kak.. dh 4 tahun dh ni... sharelah ending dia..

      Delete
  3. najwa i wait for the ending ekeke.. nak tggu la 4 tahun lagi nak tengok apa yang jadi after 4 tahun jangan lupa tulis cerpen ni balik hehehe.... nice story la penulis berbakat sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk....sila tunggu ye, mungkin ending dia tak sehappy ending cerita lain :)

      Delete
  4. saya pernah alami kisah janji mcm ni. kata nak couple bila di sem 4. rupa-rupanya belum abih sem 1 dia da couple ngan org lain.hikhik.x semestinya yg janji itu akan ditepati.

    p/s: skrang saya sem 4 dan dia tengah bahagia ngan couple dia. tapi saya suka tgk dorang. sweet. *ayat jujur

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun...tambah2 kami cuma berdiri atas nama kawan baik...benda itu kadang2 cuma gurauan saja :)

      Delete
  5. Alah comelnya :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...thank you...tapi rasanya cerita ni takkan ada ending kot :)

      Delete
  6. wah best! xnk buat sequel ke??

    ReplyDelete
  7. bestnyer ad kawan yg baik smpai mcm tu :D teringin nk ad sorang... yg btol2 baik w/o feeling n opposite gender of course.....slalunya saya ad kwan prempuan yg btol2 baik... 1 je..... tpi dia u lain saya u lain... lma x jumpa dia.... saya pindah mse f3 n until now kteorg contact through phone je... huhuhu... i miss her sooo much T_T
    ceh... buat luahan prasaan plak..... tpi serious cter akk even ending dia trgantung tpi... tu buat saya rindu sngat kawan saya T_T

    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  8. huhuhuhuh...sweetnye cerita dieeeeee...terbaik la sis...saya akan tggu 4 tahun lagi...nk tau jgk ape ending die...huhuuhuhu...


    nadia zaidi...

    ReplyDelete
  9. awak mmg berbakat..sempoi je jalan cerita..n lari dari topik novel yg klise..

    ReplyDelete
  10. so sweet..4 thun da ni..😘sambung2

    ReplyDelete