Friday 2 March 2012

Dia Bukan Gemuk, Dia NurJihan


“Jihan, teman aku. Aku nak makan burger ni.”
“Oi, cik kak! Dah pukul 12 tengah malam kau tau tak? Kau call je McD, suruh diorang deliver je.” Jihan membebel. “Lagipun tak elok makan tengah-tengah malam, Ika. Aku yang gemuk ni pun tak makan lewat-lewat macam ni.”
“Tak nak! Aku tak nak burger McD, aku nak burger kat gerai bawah ni.” Ika, merayu-rayu kepada Jihan.
“Kenapa kau tak ajak Kak Zana je teman. Tak pun, si Sue. Kau saja nak susahkan aku kan?” Jihan mencapai tudung yang tersangkut di ampaian. “Kau tercegat apa lagi? Lekaih la!” Suara Jihan mencecah satu oktaf.

“Hairi, burger ayam satu. Extra mayo and veggies.” Ika tersengih kepada tuan buat burger.
Hairi tersenyum memandang Ika kemudian memandang sekilas kepada Jihan. “NurJihan, muka tu tak boleh nak kasi manis sikit ke, hah?”
Jihan cuma diam. Sabar Jihan, sabar... sabar itu separuh daripada iman.
Ada satu sebab kenapa Jihan liat nak teman Ika beli burger dekat gerai bawah. Sebabnya dia anti tahap gaban dengan Hairi yang juga pelajar jurusan Perakaunan sama sepertinya. Sejak dari semester satu sampai ke semester lapan, hubungan mereka tak pernah baik. Umpama Oggy dan the Cockroaches. Ada saja masalah yang timbul jika mereka digandingkan bersama untuk sebarang assignment.
“NurJihan...NurJihan...” Hairi tersenyum sambil menggelengkan kepala namun tangannya tetap ligat membuat burger.
Jihan menjeling Hairi, kemudian dia membuang pandang ke kawasan persekitaran Flat Seri Angsana.
“Eh, Kak Jihan ada kat sini?” E-jat, rakan kongsi Hairi yang entah dari mana muncul tersenyum apabila terlihat kelibat Jihan. Sengaja ditekan perkataan ‘kak’, dengan tujuan menyindir Jihan yang baru lepas menyambut hari lahirnya beberapa hari yang lalu.
Ika yang sedari tadi diam, mula mencelah saat terlihat wajah masam Jihan menjadi
kelat. “Eh, korang... nanti kita habis belajar, siapa take over gerai korang ni?”
“Bungkus terus la Ika, tak ada sapa nak take over. Habis belajar, balik kampung masing-masing. Kalau tak ada kerja, bukak balik.” Hairi menjawab tanpa memandang Ika.
“Betul tu, kita orang bukak kedai burger ni pun sebab nak cari duit lebih. PTPTN tak cukup.” Ujar E-jat sambil menyalakan rokok yang sudah terkepit di bibir.
“Mana nak cukup kalau dok hisap benda tu je.” Jihan bersuara tanpa memandang E-jat.
E-jat yang baru menyedut rokoknya, terbatuk. Terasa kelat tekaknya. Membalas dalam diam la Jihan ni.
Hairi yang mendengar suara Jihan tersenyum. “Pandai jugak kau bercakap NurJihan, ingatkan dah jadi patung cendana tadi.”
“Kenapa kau bukak gerai ni Hairi? Kau kan anak Datuk, budak biasiswa lagi. Aku rasa duit kau dah lebih dari cukup, kenapa kau nak bersusah payah buat burger?” Ika yang menyedari kesabaran Jihan sudah mula mencapai tahap maksima, cepat-cepat menanyakan soalan.
“Ayah aku je yang pegang pangkat Datuk, bukan aku. Biasiswa memang cukup. Tapi aku nak mula dari bawah. Aku nak belajar hidup susah. Aku nak kumpul harta aku sendiri.” Hairi menjawab, sambil menghulurkan plastik yang berisi dua biji burger.
“Eh, aku order satu je.” Ika teragak-agak untuk mencapai plastik tersebut.
“Aku bagi satu free, hadiah untuk Cik NurJihan.” Hairi tersenyum saat Jihan memandangnya.
“Tak payah! Aku tak nak!” Jihan bersuara.
“Aku bagi ikhlas, NurJihan. Hadiah birthday kau. Kau kan banyak makan, takkan kau diet pulak hari ni.” Hairi sempat menghadiahkan senyuman sinis kepada Jihan.
“Kau!” Suara Jihan dah naik satu oktaf.
“Okey, nah duitnya. Thank you Hairi for the burgers.” Ika tarik tangan Jihan. “Kita balik jom... jangan jerit-jerit Jihan, orang dengar. Malu.”
Mata Hairi tidak lepas memandang Jihan yang sempat menunjukkan penumbuknya kepada Hairi.
“Sampai bila kau nak kacau dia, Hairi? Mengaku je la apa yang ada dalam hati dan jiwa kau tu. Aku percaya dia takkan marah-marah kau dah kalau kau cakap.”
“Kau merepek meraban apa ni, bhai? Sudahlah! Kemas yok, esok ada presentation. Slide haram satu aku tak buat lagi.” Hairi berpura-pura mengemas gerai burger.
“Jom la, aku tunggu kau je dari tadi.” E-jat tersengih. Kau dah kantoi dengan aku, Hairi.

“Jihan!” Ika menarik earphone di telinga Jihan.
“Kenapa ni?” Tanya Jihan separuh berbisik.
“Jom pergi makan, aku lapar.”
“Kau punya discussion dah habis?”
“Sudah. Jomlah.” Ika bangun dan menuju ke pintu keluar perpustakaan.
Jihan mengerling jam di tangan. Dah pukul 12.30 tengahari rupanya. Dia segera mengemaskan barangnya. Usai mengemas, dia bangun dan menolak kerusi perlahan-lahan. Matanya kemudian terpandang kelibat Hairi selang tiga meja dari tempat duduknya.
Jihan mengatur langkah, mendekati Hairi. Not RM 2.00 diletakkan di atas meja Hairi.
Hairi yang asyik mencatat nota, mengangkat kepalanya saat terpandang not RM2.00 di depannya. “Apa ni?” Hairi bertanya, malas.
“Duit burger hari tu.” Jawab Jihan.
“Kan aku dah kata, aku belanja.”
“Aku tak nak terhutang budi.” Jihan bersuara. “Aku pergi dulu.”
“NurJihan Alia, duit ni aku takkan terima, aku tinggal je kat sini.” Ujar Hairi saat Jihan berpaling.
“Tinggallah kalau kau nak tinggal...duit kau, bukan duit aku.”
“Duit kau, NurJihan.” Hairi berjalan, melepasi Jihan.
Jihan berpaling ke belakang, not RM 2.00 itu terletak elok di atas meja. Perlahan dia melangkah ke meja tersebut. “Orang bagi duit tak nak, entah apa dia nak.”
Hairi yang berada di kaunter peminjaman buku tersenyum saat Jihan mencapai not di atas meja itu. “Encik, nak mintak tolong boleh?” Hairi mengukir senyum paling manis pada pegawai perpustakaan.

“Jihan, buku apa tu?” Ika menegur Jihan yang membelek buku di tangannya.
“Librarian tu bagi kat aku. Dia kata ada orang suruh dia bagi kat aku.” Jihan masih membelek buku di tangannya.
“Aku tanya buku apa tu, bukan siapa bagi buku tu.” Ika menggelengkan kepala.
“Tips untuk Kuruskan Badan.” Jihan menjawab.
Ika menelan air liurnya. Siapa yang cari pasal bagi buku lagu ni kat minah ni? Dah lah hal-hal badan ni dia sensitif. “Kau okay tak ni?”
Jihan tersenyum. “Okay je.”
NurJihan Alia, gadis berbadan besar itu sering jadi bahan usikan pelajar kolejnya. Dulu, dia memang marah kalau orang panggil dia Debab, Tong Dram, Dugong, Gemuk namun dia sudah lali. Yang selalu jadi ketua mengusik tak lain tak bukan, Adam Hairi.
“Ika.”
“Hmm??” Ika yang baru nak menyuap mee kari, berhenti.
“Salah ke kalau aku gemuk dari orang lain? Salah ke aku tak lawa macam budak-budak fashion tu? Salah ke kalau aku tak mau kuruskan badan aku? Hodoh sangat ke aku ni, Ika?” Terjatuh terus sudu di tangan Ika. Wajah Jihan yang mendung ditatap.
Bodoh punya manusia, pi buat kawan aku macam ni kenapa entah? Aku kasi patah dua baru tau.
 “Jihan, bukan semua manusia sempurna. Manusia ni penuh hasad dengki Jihan. By the way, kurus tak bererti kau tu sihat. Jadi kurus bukan best, penyakit banyak kot.” Ika dah duduk sebelah Jihan. “ Contohnya, aku kurus macam ni darah rendah.” Ika peluk bahu Jihan. “Lagipun, dah fitrah Allah nak buat kau macam ni, kau tak ada la gemuk mana pun, tembam je. Comel apa pipi macam kau ni. Macam apam yang jual kat pasar malam tu.” Digosok-gosok bahu Jihan. “Mulut orang ni tak boleh kita tutup macam tempayan. Dah, tak mau bermuram durja. Biaq pi la hang kuruih ka, gemok ka, hang tetap kawan terbaik aku.” Ika terus peluk Jihan.
Jihan yang terharu dengan kata-kata Ika terus memeluk Ika. “Aku sayang kau, Ika.”
“Dah... dah... tak mau sedih-sedih, nanti dia orang kata apa pulak. Aku sayang kau jugak, Jihan. Aku nak makan. Dah lapaq terok dah ni.” Ujar Ika dalam slang utaranya sambil kembali ke tempat duduknya.
“Wah, macam couple pulak aku tengok korang ni.” Hairi dah datang.
“Jemput makan, Hairi.” Ika mempelawa sambil tersenyum. Aku tak faham, kenapa Jihan benci sangat dengan Hairi. Dia good looking, pandai pun pandai cuma sifat mengusik tu je yang teruk pun. Lagipun si Hairi ni tak pernah panggil Jihan dengan nama-nama yang menyakitkan hati. Selalunya mesti NurJihan.
“Aku baru sudah makan, Ika.” Hairi duduk di sebelah depan Jihan. “Kau tak makan ke, NurJihan?”
“Tak lapar.” Jihan menjawab sambil menutup buku Tips untuk Kuruskan Badan itu dengan meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas meja.
“Tak payah nak tutup sangat la, aku nampak dah.” Hairi tersenyum sinis. “Baguslah kalau orang gemuk macam kau ni nak kurus.”
“Kau nak apa sebenarnya ni?” Jihan dah bengang.
“Tak nak apa-apa.” Hairi tersenyum lagi. “Saja nak tegur coursemate, salah ke?” Matanya menjeling Jihan yang mengetap bibir, geram kat aku la tu.
“Hairi, you buat apa duduk dengan si Gemuk ni?” Puteri Sofea Natasya, pelajar jurusan fesyen tiba-tiba menegur mereka.
Hairi tersenyum lalu berdiri sebelah Sofea. “Dia bukan Gemuk, dia NurJihan.” Hairi membisikkan sesuatu kepada Sofea. “And you, don’t you ever dare to call her that again.” Hairi tersenyum, “Mintak diri dulu. Assalamualaikum.”
Jihan dan Ika menjawab salam Hairi di dalam hati. Jihan tersenyum sedikit ketika Sofea menjeling tajam kepadanya.

“Hairi, apa hubungan you dengan Gemuk tu sebenarnya?” Hairi yang sedang berbual dengan rakan-rakannya tersentak dengan kehadiran Sofea.
“Nothing special.” Hairi menggarukan kepalanya.
“Hari tu you bukan main lagi bela dia, lagi you kata nothing special.” Sofea merengus. “Dah dia memang bukan Gemuk, dia NurJihan.” Hairi tersenyum. “Yang you nak emo bagai ni kenapa?”
“Hello, reality check. I am obviously your girl friend.” Sofea memeluk tubuh.
Hairi mengerutkan dahinya. “Sejak bila pulak kita declare?”
“Kita dah kawan sejak sekolah tadika, Hairi. I know you inside out, so do you. That makes me your girl friend.”
“Sofea, reality check. Kita memang kawan sejak tadika tapi kita tak pernah declare apa-apa. We’re not even that close.” Hairi dah berdiri.
Mata Sofea dah bergenang dengan air. “Then, you tell me siapa girl friend you? Budak gemuk tu ke?”
“You nak tahu buat apa?” Hairi dah malas nak melayan.
“I nak serang dia!” Kata-kata Sofea mengundang gelak tawa rakan-rakan Hairi.
Hairi tersenyum. “Cik Sofea, you yakin ke you boleh lawan dia? Sekali dia tumbuk you, koma sebulan kot.” Hairi tergelak.
 “You simpanlah tenaga you tu. NurJihan bukan pilihan hati I, I tak suka perempuan gemuk, brutal macam dia.” Sambungnya lagi. “Dia bukan taste I. And I tak bela dia hari tu, I cuma tak suka orang lain usik dia, kutuk dia. Cuma I je yang boleh kutuk dia, boleh perli dia, usik dia. Dia tu ibarat barang permainan I je.”
Jihan yang berdiri di muka pintu bilik kuliah, terasa nak lari saat mata-mata pelajar lain di dalam bilik kuliah itu memandangnya namun dia tetap melangkah masuk. “Apa tengok-tengok?” Suaranya mengejutkan seluruh pelajar dalam bilik kuliah.
Ika tahu Jihan tengah marah, masakan tidak, Adam Hairi menganggap dia sebagai satu permainan. “Hang buat apa kat sini? Berambus lekaih. Sini tak dak kelaih lukih-lukih baju.” Ika dah keluar slang utara.
“Ika, jangan ditegur. Jom.” Mata Jihan terpandang wajah pucat Hairi namun dilarikan dan terus dia menarik Ika ke tempat duduk mereka.

“Kau apahal weh? Monyok gaban je.” E-jat meletakkan mug berisi Nescafe di atas meja sebelum duduk di sebelah Hairi. “Ni mesti pasal kes tadi.”
Hairi tersenyum tawar. “Kes apa kau ni? Aku bukan peguam nak serabut-serabut pasal kes.”
Sempat lagi berlawak budak ni. “Munsyi dengan Izyad dah cerita kat aku. Now tell me, betul ke si NurJihan tu sekadar barang permainan kau?” E-jat dah masuk mode serius.
E-jat si lepas laku. E-jat si perokok. E-jat yang orang gelar sebagai budak jahat tapi cuma E-jat sorang saja yang faham dia. E-jat yang banyak membantu dia. “Munsyi cakap apa?”
E-jat tersenyum. “Kenapa kau cakap macam tu kat Sofea?”
“Aku tak nak dia kacau NurJihan.” Hairi bersuara, perlahan.
“So, you do like her don’t you?” Munsyi yang entah dari mana, bersuara.
Hairi mengukir sengih. “No, I don’t like her.”
“Kau ni apa hal? Tak suka dia tapi tak bagi orang lain kacau dia.” Munsyi menggeleng kepala sambil mencapai gelas Nescafe E-jat. Mat Romeo betul.
“Aku tak suka dia tapi aku sayang dia.”
Purhhhh...tersembur Nescafe yang baru masuk mulut. “Statement! Berani mati kau, jah.”
Hairi ketawa. “Aku memang sayang NurJihan. NurJihan yang comel bila marah, yang comel bila senyum, yang comel bila menjeling and...”
“Cukup! Cukup! Loya tekak aku, oii!! Dasar Mat Romeo.” Munsyi dah bangun.
“Kau yang tanya tadi.” Hairi mengekek ketawa.
“Hoi, kau dok gelak apa lagi?” E-jat yang sedari tadi diam, dah bersuara.
Hairi terdiam disergah oleh E-jat. “Ye, aku diam ni.”
“Kira sekarang ni Jihan marah dengan kau la?”
“NurJihan, bila masa dia tak pernah marah dengan aku.”
“Jadi?”
“Masalahnya, dia dah tak melawan cakap aku. Pandang muka aku pun tak nak. Even si Ika tu pun bolayan aku.”
“Kalau aku jadi Ika, aku pun malas nak layan kau.” E-jat tersengih. “NurJihan kau tu bukan marah dah tu.”
“Dah tu? Takkan dia benci aku kot? Susah la aku nak masuk meminang macam ni.”
“Benci pun tak kot.”
“Dah tu?” Hairi menggarukan kepalanya.
“NurJihan kau tu.., M.E.R.A.J.U.K.” E-jat mengeja satu-satu huruf.
“Kau serius ke ni?”
“Ye. Percayalah, dia tak benci kau. Dia merajuk je.” E-jat tersenyum penuh makna.
“Habis, apa aku nak buat sekarang ni?” Hairi menopang dagu manakala E-jat cuma buat tidak tahu. Kau cari pasal, kau selesai sendiri.

“Jihan, jangan la senyap macam ni je. Aku, Sue, Kak Zana risau.” Mata Jihan cuma memandang ke skrin televisyen. Sikit pun tidak memandang Ika di sebelahnya.
“NurJihan Alia binti Iskandar!” Syazana dah berdiri depan Jihan. “Don’t you dare to go to your room young lady.” Syazana mencekak pinggang saat Jihan bangun.
“Nak apa? Orang penat!” Jihan merengus.
“Kak Zana tahu, Jihan sebenarnya nak nangis kan? Kenapa nak tahan? Just let it out.” Syazana merapati Jihan.
“Jihan tak rasa nak menangis pun. Sikit pun tak.” Tipu! Air mata dah bergenang dalam kolam mata Jihan.
“Just cry, Jiji. Kami ada kat sini.” Dalam ramai-ramai orang, Sue sorang je yang panggilnya Jiji. Manja la konon.
Ika peluk Jihan. “Nangislah Jihan. Itu akan melegakan kau sekarang.” Serentak dengan kata-kata itu, Jihan menangis teresak-esak di bahu Ika.
“Aku...tak...kisah kalau...” Jihan tersedu sebelum menyambung. “Kalau dia nak...kutuk aku tapi...” Air mata Jihan merembes lagi laju. “Jangan samakan aku dengan....barang!” Jihan terus menangis.

Malam itu,
“Hoi!” Hairi dan E-jat berpaling pada manusia yang menjerkah mereka.
Syazana yang diapit oleh Sue mendekati gerai burger itu.
“Kak Zana, nak burger?” E-jat bersuara. Suasana tegang ni. Aku dah kata jangan bukak gerai, kau nak bukak Hairi. Ni singa betina dah datang, nak menyorok memang tak sempat.
“Tak ada burger malam ni. Aku tak hingin nak makan burger korang.” Syazana mencekak pinggangnya.
Hairi masih ligat membuat burger. “Tak nak makan burger, akak boleh naik balik kot. Tak payah buat kacau kat gerai kita orang ni.”
“Ewah, mulut kau! Menyesal aku beli burger kat korang la.” Syazana dah naik angin.
“Kak Zana!” Satu suara di tangga flat menghentikan pergaduhan mereka. “Kak Zana buat apa ni? Jom naik!” Jihan menarik tangan Syazana yang masih mengeluarkan aura singa. “Sue, naik!”
“Kak Zana, kan orang dah kata jangan kacau hal dia orang.” Ika memarahi Syazana.
“Dah! Naik! Tunggu apa lagi!” Suara Jihan memetir lagi. Kak Zana ni, umur lagi tua dari aku tapi selalu buat apa-apa ikut suka hati dia. Ika dan menarik tangan Syazana manakala Sue cuma mengekor dari belakang.
“E-jat, sorry for what Kak Zana just did.” Jihan bersuara pada E-jat manakala Hairi berpura-pura tidak memandang Jihan.
E-jat tergamam. Tak pernah-pernah dia cakap baik-baik dengan aku. “No biggie. Hal kecik je.” Jihan mengukir senyum tawar pada E-jat sebelum melangkah ke tangga.
E-jat mengerling Hairi di tepinya. “Mata dia bengkak. Aku faham kenapa Kak Zana tu marah sangat.”
Tangan Hairi masih ligat membuat burger.
“Kau jangan ego sangatlah. Tak bawak ke mana ego kau tu.” Ujar E-jat sebelum pergi ke motornya.
Hairi mengangkat muka. Damn! Pedih! Menusuk kalbu ayat mangkuk ni. “Kau nak pergi mana?”
“Beli roti burger.” Jawab E-jat sebelum  menghidupkan enjin motornya. Sebelum pergi sempat dia berpesan pada Hairi. “Mintak maaf itu bukan satu dosa, Adam Hairi.”

Kuliah Marketing Dr. Hazri baru selesai. Semua pelajar dalam bilik kuliah dah mula berpusu-pusu keluar. “Korang nampak NurJihan, tak?” Munsyi menggeleng, menjawab pertanyaan Hairi.
“Tu Ika. Try tanya dia.” Izyad menunjuk pada Ika yang sedang bersembang dengan Ain.
Dah tiga hari peristiwa itu berlaku dan dalam tiga hari itu jugalah Hairi sudah tidak nampak kelibat NurJihan.
“Ika!” Ika berpaling pada Hairi.
“Ain, tunggu aku kat luar tau.” Ika mendekati Hairi. “Nak apa ni?”
Kerana peristiwa itu juga, Ika dah tak beli burger dekat gerai mereka. “Mana NurJihan?”
Ika mengecilkan matanya merenung Hairi. “Jihan tak ada.”
“Dia pergi mana?”
“Eh, biarlah dia pergi mana pun.” Ika menjawab, malas. “Kau nak tau ni kenapa?”
“Adalah benda aku nak cakap dengan dia” Hairi menjawab.
“Itulah, cakap main lepas je. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...padanlah muka.” Izyad dan Munsyi ketawa terkekek. Seronok dapat mengenakan Hairi.
“Susah sangat ke kau nak mintak maaf Hairi?” Soal Ika seketika.
“Minta maaf senang, tapi ego menghalang.” Munsyi dah menjawab sebelum sempat Hairi membuka mulut.
“Ye, aku ego! Aku salah! Aku nak mintak maaf la ni.” Hairi merengus. Sedikit terasa dengan kata-kata Munsyi.
Ika mengeluh. “Dia tak pergi mana pun. Jangan risau. Dia ada kat rumah sewa kita orang tapi dia kena demam panas.”
“Demam panas?” Ika menggeleng apabila ketiga-tiga lelaki di depannya menjerit.

“Aku tak kisah kalau kau demam biasa-biasa je. Aku faham la kalau kau demam terkejut sebab Hairi cakap kau macam tu tapi ni sampai kena demam panas. Dahlah panasnya melampau. Dasyat jugak penangan Hairi dekat kau, kan?” Sue ketawa sambil menatang semangkuk bubur nasi dan segelas air lalu diletakkan di atas meja sebelah katil Jihan.
Jihan menjeling Sue. “Kau bukak mulut sekali lagi, aku sumbat bubur ni sekali dengan mangkuk dalam mulut kau!”
“Demam-demam pun nak brutal-brutal lagi. Cakap sikit pun tak boleh.” Sue ketawa kecil. “Jangan lupa makan ubat, Jiji.”
“Stop calling me Jiji!” Jihan menjerit, kuat meskipun Sue sudah pun keluar dari biliknya.
Jihan merenung bubur di tangannya. Kenapa aku tiba-tiba nak makan burger ayam double ni?

“NurJihan Alia!!!” Serentak, dua kepala yang sedang asyik menonton televisyen berpaling pada pintu depan rumah sewa mereka. “Jihan dalam bilik la!” Syazana mengerutkan dahinya. “Tak reti bagi salam ke, Nur Syafikah?”
Ika menggarukan kepalanya lalu dia menguntum senyuman serba salah kepada Syazana dan Sue. “Hehe...sorry..sorry...excited ni. Orang nak pergi jumpa Jihan, kejap.” Ika segera berlalu meninggalkan ruang tamu.
Jihan yang baru nak terlena, hilang terus mengantuknya apabila terdengar namanya dipanggil orang.
“JIHAN!!!” Ika muncul di dalam biliknya dengan plastik di tangan.
Jihan merengus. “Kau ni, kalau tak jerit tak boleh ke? Spoil mood aku nak tidur, tau?”
Ika ketawa. “Aku ada hadiah untuk kau.”
Jihan angkat kening. “Hadiah apa pulak kau ni? Birthday aku dah lepas.”
“Bukan aku yang bagi.” Ika tersenyum. “Nah, ambik ni.” Plastik di tangan dihulurkan kepada Jihan.
Apa benda ni? Jihan membuka plastik ditangannya. Eh, burger. “Burger apa ni?”
“Burger ayam double. Ada orang buat special untuk kau.” Ika tersengih. “Aku keluar dulu.” Ika cepat-cepat berlalu.
Macam tau-tau je aku tengah mengidam burger ni. Jihan tiba-tiba tersedar sesuatu. “Nur Syafikah!” Jihan menjerit kuat.
Ni tak lain, mesti burger budak hampeh tu. Ika ni cakap tak serupa bikin la. Kata nak bela aku, ni siap dapat burger bagai ni. Confirm dah kena rasuah dengan burger lima biji.
Plastik di tangan di buka kembali. Jihan ternampak ada sticker note melekat elok dekat burger. Sticker note itu dibaca, ‘Burger ini untuk dimakan bukan untuk dibuang atau dicampak, harap maklum... p/s: I’m SORRY NurJihan, SORRY with capital letters.’ Jihan menguntum senyum.
Unik betul cara orang mintak maaf zaman sekarang. Bungkusan burger dibuka lalu dengan lafaz bismillah, burger itu selamat dimakan.

“Dia makan tak burger tu, Ika?” Tanya Hairi saat kaki Ika menapak di kedai gerai burgernya.
“Entah. Lepas bagi burger, aku terus keluar.” Ika menjawab.
“Kenapa kau tak tunggu dia makan dulu?”
“Gila kau! Nak aku kena baling dengan burger tu?” Ika tersenyum. Dia tahu sebenarnya Jihan dah makan burger tu, dia tahu jugak yang E-jat ada datang jumpa Jihan sehari lepas kejadian. Habis semua rahsia Hairi dia cerita. Dia tahu yang E-jat dah beritahu Jihan yang Hairi sayang Jihan, dia tahu jugak yang Jihan berpura-pura tak tahu dan dia tahu jugak yang Hairi je yang tak tahu apa-apa. Macam mana dia tahu? Yang tu Jihan dan Hairi tak tahu.
“Kau senyum apa? Aku dah naik gelisah ni.” Hairi terduduk di kerusi yang dah tersedia di belakangnya.
Aku tahu kau gelisah Hairi. Ika masih tersenyum. “Jihan tak pernah menangis selama ni. Kau usik dia, kau kutuk dia, dia diam je. Tapi ni sampai dia menangis, take time la kot.” Ika mengerling E-jat yang ligat membuat burger.
“NurJihan, tolonglah cepat baik demam tu.” Hairi meraup wajahnya. Ika dan E-jat tersenyum bila nampak Hairi resah gelisah macam tu.
“Esok baik la demam si Jihan tu.” Ujar Ika, penuh makna sambil tangannya mencapai bungkusan burger dari E-jat.
“Eh, bila kau order?” Hairi tiba-tiba bertanya. Aku rasa tak sampai lima minit dia turun, dah siap burger dia?
Ika tersengih serba-salah. “Aku order tadi lagi. Kau tu yang resah gelisah, mana nak sedar.” Ika menjeling E-jat yang berkerut dahi menahan tawa yang hampir meletus. “Aku naik dulu. Assalamualaikum.” Berdecit Ika lari untuk naik ke rumah sewanya.
“Eh, tak bayar ke budak tu?” Hairi menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
“Dah la. Kau ni tengah berhalusinasi ke apa?” E-jat ketawa.
Hairi merenung E-jat. “Korang ni ada apa-apa ke?”
“Choi! Aku dengan Ika? Urghh...please.” E-jat menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Hairi mengangkat bahu. “Yelah kot aku berhalusinasi.”
E-jat menarik nafas, lega. “Kau jangan risau lah, esok Jihan mesti pergi kelas punya.”
“E-jat...” E-jat berpaling pada Hairi.
“Ika tu not bad apa walaupun kerempeng sikit.” Hairi tersengih.
“Kau nak rasa kena hiris dengan pisau ni tak?”
“Emo lebih la kau.” Hairi dah gelak-gelak namun dalam hati, rasa nak menangis meraung je ni.

Hairi menapak awal ke kelas pagi itu. Duduk di bahagian atas. Mudah nak tengok sama ada Jihan masuk ikut pintu depan atau pintu belakang. Telefon bimbitnya dicapai saat dia terasa getaran dari poket seluar. “Assalamualaikum, umi...”
Sedar tak sedar, jam di dinding dah masuk pukul 8.55 minit pagi, Hairi tidak sedar yang dia sudah hampir sejam bersembang dengan uminya.
“Umi, Hairi ada kelas pukul 9. Nanti Hairi telefon umi balik, ye?” Hairi menganggukkan kepala saat uminya membebel di hujung talian. “Ye, Hairi balik hujung minggu ni. Ada benda Hairi nak cakap dengan umi dan baba. Baik, umi. Assalamualaikum.” Hairi menekan butang merah di telefon bimbitnya.
“Kau gayut dengan siapa, pagi-pagi ni?” Izyad duduk di sebelah Hairi.
“Umi aku la. Aku bukan macam kau, mengendeng dengan awek 24 jam.” Hairi, senakal-nakal dia, tak pernah mengusung anak dara orang ke hulur ke hilir macam Izyad. Mereka semua bersahabat baik. Dia, Izyad, Munsyi dan E-jat. Tapi Izyad dan E-jat yang terlebih nakal. Munsyi, kaki surau. Pernah sekali mereka berempat ke pusat snuker, nak main snuker la kononnya tapi sampai-sampai di tempat tu, Munsyi ajak balik. Rasa seram sejuk katanya.
“Sindir baik punya nampak?” Izyad tersengih.
“Tak adalah. Mana ada aku sindir. Aku punya sopan berbicara ni.” Hairi tersenyum manis.
Munsyi yang baru sampai terus duduk di belakang Hairi. “Awal kau keluar rumah hari ni?”
Hairi tiba-tiba tersedar sesuatu. “Ya ALLAH!! Alamak, dia dah masuk ke belum?”
“Kau apahal ni? Macam kena sampuk je.” Izyad pelik dengan reaksi Hairi.
“Jangan cakap kau datang awal sebab Jihan.” Munsyi bersuara selepas Hairi tertoleh ke depan belakang, kiri kanan.
Hairi mengeluh. “Korang nampak dia tak?”
“Dia ada je.” Munsyi menjawab.
Hairi berpusing 360 darjah. “Serius? Mana dia?”
“Ada k kat depan. Dah, fokus kuliah. Cintan cintun lepas ni.” Munsyi dah membebel. Izyad dan Hairi diam, tak berkutik.

“NurJihan. Tunggu!” Hairi berlari mengejar langkah Jihan.
Jihan berhenti melangkah. Dia berpaling ke belakang. Hairi termengah-mengah di belakangnya.
“Jihan, kau tunggu apa? Jom lah.” Ika tarik tangan Jihan. Ika jadi pelik, selalunya Jihan mesti jalan lagi laju kalau Hairi panggil dia, ni first time dia tunggu Hairi. Pelik bin ajaib.
“Nak apa?” Perlahan Jihan bertanya.
Hairi menarik nafas. “Aku nak mintak maaf.”
“Untuk?”
“Hari tu.”
“Pasal?”
“Yang aku cakap kau ni ibarat barang permainan aku tu.”
“Bukan aku ni memang barang permainan kau?”
“Maksud?” Hairi angkat kening.
“Kau mainkan aku, usik aku, kau suka buat aku marah dari semester satu sampai kita kat final semester ni, belum pernah kau tak kacau aku.” Jihan mengeluh. “Aku ada hati dan perasaan Hairi. Betul, kau tak pernah panggil aku dengan menyakitkan macam orang lain tapi kau mainkan aku dengan bagi buku pasal berat badan. Kutuk stail pemakanan aku. Sedikit sebanyak aku terasa. Salah ke aku jadi diri sendiri, Hairi? Salah ke aku tak kurus macam Sofea? Salah ke aku badan besar macam ni? Menyakitkan mata sangat ke?” Pandangan matanya dilarikan dari Hairi.
Hairi tergamam terkedu. “Aku...”
Jihan menghela nafas sebelum menyambung. “Kalau kau nak aku maafkan kau, jangan muncul depan aku lagi. Aku tak nak tengok muka kau!”
Hairi tergamam dengan permintaan  Jihan. “Maksud kau?”
“Bayang kau pun jangan melintas depan aku.” Jihan menarik nafas. Sebaknya dada, Ya ALLAH.
Hairi mengeluh. “Kalau itu yang kau nak, aku tunaikan.”
“Jihan, apa ni?” Ika pegang tangan Jihan.
“Aku maafkan kau. Ika jom.” Jihan terus berlalu meninggalkan Hairi yang masih terkejut dengan permintaan Jihan. “NurJihan...”
Jihan berjalan dengan laju, tak terkejar dek Ika.

“Jihan tak nak jumpa kau?” Munsyi menggelengkan kepalanya. “Marah benar dia dengan kau.”
Hairi mengeluh. “Entahlah, pening aku. Serabut. Semua serba tak kena.”
“Habis tu, macam mana sekarang ni?” E-jat mengeluh. Aku ingat bila aku bagitau si Jihan pasal perasaan mamat ni, lembut sikit hati dia. Makin keras ada lah.
“Macam mana apa? Jangan tunjuk muka la dekat dia.” Hairi bangun dari duduknya. “Aku nak balik hujung minggu ni. Nak jenguk umi dengan baba aku.” Lebih kepada nak membawa hati, sebenarnya.
“Malam ni, burger?”
“Aku tak turun la.” Hairi mengeluh. “Karang NurJihan turun ternampak aku, terus naik kot.”
“Tak apa, Jat. Aku tolong kau.” Munsyi bersuara, perlahan.
“Hairi tu nak kena tarbiah, Munsyi.” Lighter dinyalakan, dicucuhkan pada rokok yang terkepit di celah bibir.
Munsyi mengerling E-jat. “Kau yang nak kena tarbiah dulu ni.”
E-jat tak jadi nak merokok. “Izyad mana?” Tukar topik, tukar topik.
“Tau takut kena tarbiah dengan aku.” Munsyi ketawa kuat. “Entah, dating lagi la tu.” Munsyi menggeleng. Izyad dengan awek keliling, Hairi dok serabut dengan Jihan, si E-jat tak boleh berenggang dengan Cik Rokok kesayangan, aku je tak ada masalah.

Sudah sebulan berlalu. Dalam sebulan itu, bayang Hairi memang tidak kelihatan di mana-mana. Jihan menjalani kehidupan dengan seronok, namun dalam hati tetap rasa kehilangan.
“Jihan, lapar.” Ika dah merengek di sebelah Jihan.
“Kejap. Nak taip assignment. Sikit je lagi.”
“Jihan..” Ika merengek.
“Ye, jom. Cafe sana.” Jihan menutup komputer riba yang dah di shut down.
Matanya melilau mencari bayang Hairi. Kata tak nak tengok muka, tapi dok tercari-cari.
“Kau cari sapa Jihan?” Ika bertanya tiba-tiba.
“Mana ada cari sapa-sapa?” Jihan menggeleng. “Nak makan apa ni?”
“Aku macam biasa. Mee kari.” Ika tersengih. “Kau?”
“Aku... sama macam kau lah.” Sahut Jihan.
“Hai, Jihan.” Satu suara menegur.
Jihan menguntum senyum pada E-jat. Dulu susah benar nak senyum tapi sejak kes tu, mereka dah baik. Boleh senyum-senyum lagi. “Sorang je ke?” Mana Hairi? Ayat itu disambung dalam hati.
“Sorang je. Izyad pergi dating, as usual. Munsyi, pergi library. Nak study dengan Hair...” E-jat, tutup mulut. Alamak tersebut pulak. “Sorry, my bad.”
Oh, dia ada kat library. “Tak apa. It’s nothing.” Sejak Hairi dah mula menghilangkan diri dari Jihan, dah tak ada orang nak usik atau kutuk Jihan. Panggilan Gemuk, Tong Dram...semua dah tak ada. Semua orang bagai takut nak mengutuk. Kalau berselisih, semua menunduk.
“Dengan Ika ke?” E-jat tersengih.
“Yup. Tu dia dah datang.” Ika yang menatang dulang dengan dua mangkuk mee kari tersenyum pada E-jat.
“Korang makan la, rasa nak menyusul Munsyi pulak.” E-jat membalas senyuman Ika. “Pergi dulu. Assalamualaikum.”
“Nak ke mana E-jat tu?” Ika bertanya pada Jihan namun matanya pada E-jat yang melambai padanya.
“Library.” Jihan menjawab, perlahan.
“Rajin betul.” Ika membalas.
“Ika, jom pergi library lepas makan. Tiba-tiba terindu Hairi.” Ayat itu cuma bergema dalam hati. Nak dilepas keluar. Malu pulak rasanya.
“Kau cakap apa-apa ke?” Ika angkat muka dari mangkuk mee kari.
Jihan tersentak seraya menghadiahkan senyuman. “Mana ada. Mengarut. Dah, makan cepat.”
“Jihan, lepas ni kau balik dulu tau. Aku nak pergi library, nak pulangkan buku.”
“Eh, aku boleh je temankan kau. Tak ada hal” Ini peluang aku nak jumpa Hairi. Grab the chance, baby.
Ika tersenyum dalam paksa. Nak ikutlah pulak. “Okey, tak ada masalah.”

“Jihan, tunggu sini tau.” Ika berpaling pada Jihan. “Pegang beg aku. Aku malas nak letak dalam locker.”
“Okey.” Ala, baru nak ikut masuk.
Jihan cuma melihat bayang Ika yang dah masuk dalam library. Nampak Hairi, kirim salam tau.
“Hey, guys! Tu kat sana, ada budak gemuk la.”  Suara Sofea menyapa dari belakang. Terlupa pulak, ada seorang je manusia yang masih tak reti-reti duduk diam. Yang ni, kalau berselisih menjeling tu umpama satu tabiat.
“Weh, Gemuk! Kau buat apa kat sini?” Sofea tergelak-gelak. Matanya menangkap beg di tangan Jihan. “Kau jadi penjaga beg, eh?”
Jihan diam. Malas layan, karang layan menjadi-jadi pulak mengadanya.
“Kau bisu eh, Gemuk?” Sofea ketawa, gedik. “Kesian kau kan, dahlah Gemuk. Bisu pulak tu!” Yang peliknya, cuma Sofea je gelak, kawan-kawan dia diam je.
“Eh, Gemuk! Responlah.” Sofea dah geram.
“Sofea!” Jihan berpaling pada suara yang dia rindu dalam diam.
“Hai, Hairi.” Sofea tersenyum pada Hairi yang baru keluar library.
“Sofea, dah lama tunggu? Jom lah gerak sekali.” Hairi tidak memandang langsung Jihan.
“Eh?” Sofea mengerutkan dahinya. “Jomlah.” Sofea menjeling Jihan dengan pandangan menjengkelkan.
“Bye, Gemuk!” Sofea beriringan dengan Hairi meninggalkan Jihan yang masih terpinga-pinga.
Dia tak nampak aku ke? Langsung tak nampak ke? Jihan tiba-tiba terasa sebak. Jihan, kau yang tak nak tengok muka dia. He is just doing his job.
Aku kena balik. Aku tak boleh duduk sini. Jihan mengambil telefon bimbit dalam poket. “Ika? Kau lambat lagi ke?” Jihan menghela nafas yang rasa tersekat di dalam dada. “Aku nak balik dulu, boleh? Hmm... okey, aku tunggu.” Jihan menganggukkan kepalanya.
Tak sampai lima minit. Ika keluar beriringan dengan E-jat dan Munsyi. “Jom, Jihan.”
Jihan tersenyum tawar. “Jom.”
Ika mengambil beg di tangan Jihan. Dia mengerling E-jat dan Munsyi. “Jihan, kau okey?”
“Okey je. Kenapa?” Jihan tersenyum.  Paksa diri kau, NurJihan Alia.
“Muka kau... ah...never mind.” Ika tersenyum.
“Dah habis study?” Jihan berpaling pada Munsyi dan E-jat yang sedari tadi mengekori mereka.
Munsyi tersenyum pada Jihan. Mesti ada nampak Hairi ni. “Dah untuk hari ni.”
Jihan tersenyum cuba menutup kesedihan yang baru melanda. Aku ni kenapa sebenarnya?

“Kenapa Jihan tu, Ika?” Sue mengerling pada Jihan yang sedang termenung.
“Entah.” Ika menjeling pada Syazana yang menghembus hingus. Sedih sangat tengok cerita Kabhie Kushi Kabhi Gham. Menangis je kerja. Setiap kali tengok, setiap kali itulah dia menangis. “Kak Zana, dah lah menangis tu. Tengok si Jihan tu.”
“Ish, jangan kacau Kak Zana nak feel.” Syazana buat tak tahu
“Jihan?” Sue memanggil.
Ika pelik dengan Jihan. Tadi balik kelas monyok. Ni muka macam biawak tercekik je. “Jihan.” Ika menyentuh bahu Jihan.
“Eh, kenapa? Anjali dah kahwin dengan Rahul ke?” Jihan terus berpaling pada kawan-kawannya.
“Jihan, cerita dah nak habis pun. Kau kenapa sebenarnya ni?” Ika masuk mode serius.
“Tadi time kita balik kan, ibu aku telefon.”
“Ha, awatnya?”
“Mama aku kata dua minggu lepas ada orang masuk meminang aku.”
Serentak, tiga pasang mata memandangnya dengan mulut melopong. “Kau serius?”
“Aku serius la ni. Ibu kata ayah aku dah setuju. Lepas habis semester ni, aku kena kahwin.”
“Kau tak bantah ke?” Ika tiba-tiba risau sendiri. Mak aih, parah ni.
“Aku takkan bantah, Ika. Aku kan pernah cakap jodoh aku, aku serahkan seratus peratus pada ibu.” Jihan tersenyum.
“Habis, Hairi?” Ika tiba-tiba bertanya.
“Kenapa dengan Hairi?” Jihan terpana sekejap.
Ika mengeluh. “Kan E-jat cakap hari tu, dia buat semua benda tu sebab nak cover kau dari Sofea. Kan E-jat cakap dia sayang kau.”
“Ika, itu E-jat yang cakap.” Mulanya memang aku memang nak menolak pinangan tu sebab dia tapi bila teringat petang tadi... “Dia ada Sofea. Dia tak pernah mengaku dia sayangkan aku, Ika.”
“Sebab kau halang dia jumpa kau. Kau tak bagi dia tengok muka kau langsung.” Ika membalas.
“Dia boleh je jumpa aku sebenarnya. Dulu, aku pernah cakap macam tu dengan dia. Time semester tiga, yang dia beria-ia minta maaf sebab dah ‘terbuang’ kertas assignment aku. Bila aku cakap aku tak nak tengok muka dia, muka dia yang tercongok depan aku setiap hari.” Jihan menjawab.
“Mungkin dia fikir kau marah teruk dengan dia.”
“Bukan aku tak pernah marah, Ika.” Jihan bersuara, lirih.
“Suka hati kau lah.” Ika merengus.
Jihan terdiam. Sedikit berkecil hati sebenarnya. Kawan baik sendiri tak bela dia, siapa lagi yang dia ada.
“Ika, Jihan berhak tentukan jodoh dia sendiri.” Syazana yang sedar perubahan wajah Jihan cuba mengambil langkah untuk meredakan ketegangan yang melanda. “Ika sendiri tahu macam man Jihan tanggung seksa, malu, marah semua sebab Hairi. Kak Zana tahu Jihan suka Hairi sama macam Hairi suka Jihan tapi kalau Jihan pilih untuk ikut pilihan ibu dengan ayah dia, kita tak boleh nak kata apa, Ika.”
Giliran Ika terdiam. Dia tahu dia terlalu emosional. Dia tidak ambil kira perasaan Jihan.
“Orang dah ngantuk. Nak tido dulu. Assalamualaikum semua.” Jihan tak mahu berlama. Karang mengalir lagi air mata di pipi.
“Ika, kau paling rapat dengan Jihan. Aku rasa kau lebih faham Jihan berbanding aku dengan Kak Zana.” Sue pun dah berlalu ke biliknya.

“Hairi, I need to talk to you.” Ika muncul tiba-tiba di depan empat sahabat.
E-jat mengangguk. “Aku nak pergi kelas dah. Chow people.”
“Jumpa nanti.” Munsyi tarik tangan Izyad yang asyik bergayut.
Hairi tersenyum pada Munsyi. “Kenapa ni?”
“Ada orang masuk meminang Jihan.” Tiada mukadimah, kita terjah.
Hairi tersenyum. “Apa kaitan dengan aku?”
“Jihan kena pinang, lepas habis semester ni terus kahwin.”
“Baguslah untuk dia. Ada jugak orang nak perempuan macam dia tu.”
Ika terdiam seketika. “Aku dah faham maksud Jihan semalam. It’s okay. Lupakan apa aku cakap. Assalamualaikum.”
Hairi mengeluh. “Aku tak boleh buat apa, Ika. Dia bukan milik aku. Aku tau yang dia dah pun terima pinangan tu kan?”
“Kau pengecut, Hairi!” Ika berlalu namun Hairi mengukir senyum. Aku bukan pengecut, Ika.

Semester dah habis, hidup di universiti pun dah habis. Majlis akad dah selesai semalam. Ni baru habis kenduri. Alhamdulillah. Jihan tersenyum.
“Senyum apa sorang-sorang ni?” Sang suami memeluk pinggang si isteri.
“Teringat dulu-dulu.” Jihan bersandar pada suaminya.
“Dulu-dulu yang mana?”
“Kisah semester satu sampai semester lapan.”
“NurJihan tak marah abang dah?”
“Tak.” Jihan tersenyum pada suaminya.
“Dah tau kan kenapa abang suka usik NurJihan, suka kutuk NurJihan?” Hairi merenung mata Jihan.
“Tau. Sebab abang nak tarik perhatian NurJihan abang ni.” Jihan memeluk suaminya.
“Abang mintak maaf sekali lagi sakitkan hati NurJihan.” Hairi tersenyum. “NurJihan bukan barang permainan abang, tapi permaisuri hati abang. Yang selamanya akan mendiami hati ini.” Dibawa tangan Jihan ke dadanya.
“NurJihan nak tau, macam mana abang yakinkan umi dan abah untuk meminang NurJihan?”
“Kan lepas kita buat scene aku minta maaf, aku maafkan bagai tu?” Hairi ketawa.
Jihan mengangguk. “Ha, kenapa?”
“Minggu tu abang balik rumah. Abang suruh umi dan abah masuk meminang NurJihan. Abang tak ada pilihan, abang nak mengaku abang sayang NurJihan, NurJihan tak nak jumpa abang.” Hairi menghela nafas. “Umi dan abah tak setuju mulanya. Takut abang main-main tapi bila abang bagi tahu umi dan abah yang abang tanggung semua duit hantaran guna duit jualan burger tu, umi dan abah terus bersetuju.”
“Duit hantaran tu, semua duit abang?” Jihan terkejut.
“Semua duit abang.” Hairi senyum. “Okey, abah ada top-up kan jugak.”
“Abang nak jaga anak orang, abang kena bertanggungjawab, kan?” Hairi tersenyum. “Masa first time tengok NurJihan kena denda dengan senior sebab tertidur time orientasi, hati abang dah terpaut. Abang terus buat keputusan, nak simpan duit. Nak masuk meminang NurJihan.”
“Kenapa abang sayang NurJihan? NurJihan ni tak macam Sofea, serba serbi cantik.”
“NurJihan cantik di mata abang. Pipi comel macam apam.” Hairi mencubit pipi Jihan. “NurJihan cantik bukan dari segi fizikal, tapi dari segi hati.”
“Abang tau tak NurJihan terkejut bila sain surat nikah semalam.”
“Kenapa terkejut?”
“Sebab pengantin lelaki nama Adam Hairi Ahmad Hanifah.” Jihan peluk suaminya.
“NurJihan ingat E-jat tipu NurJihan.”
“Tipu apa sayang?”
“Tipulah. Kononnya budak Hairi tu suka kat Jihan.” NurJihan tersenyum.
“E-jat memang suka kasi pecah tembelang.” Hairi ketawa. “Tapi abang terkejut bila tengok Ika dengan E-jat tadi. Mengalahkan pengantin.”
Jihan ketawa. “Ika dah beritahu NurJihan semalam, dia dengan E-jat dah lama berkawan. Sebab tu dia rajin suruh NurJihan teman dia turun beli burger kat gerai abang.”
“Lepas tu, NurJihan merengus sebab kena tengok muka Hairi tu, kan?” Hairi menarik hidung NurJihan.
“Tau tak apa.” Jihan ketawa. “Abang...”
“NurJihan gemuk sangat ke kat mata abang?”
“Tak adalah. Tak gemuk, tembam sikit je. Kurus sudah. Makan hati dengan abang, eh?” Hairi merenung Jihan.
“Mau taulah.” Jihan menarik muka. “Abang tu, suka mengendeng dengan Sofea.”
“Mestilah, buah hati abang.” Hairi ketawa.
“Dah tu, kenapa kahwin dengan NurJihan?”
“Ala, merajuk pulak. Abang tak nak kat Sofea tu lah. Saja mengendeng dengan Sofea, nak bagi NurJihan ni cemburu.” Pipi Jihan dicium.
Jihan tersenyum. “NurJihan bersyukur sangat suami NurJihan ni Adam Hairi.”
“Kenapa?”
“Sebab NurJihan dah terjatuh sayang dekat Adam Hairi ni.” Pipi Hairi diusap.
“Patutlah buat tak tahu je bila ibu suruh edarkan kad kahwin. Mentang-mentang kat depan kad tu tulis Adam, bukan Hairi.”
“La, kan time tu kita dua ada exam. Jangan nak mengada tuduh-tuduh NurJihan.” Jihan dah cekak pinggang. Hailah, dah jadi laki aku pun dok mengusik je kerjanya.
Hairi ketawa lalu terus dia memeluk Jihan. “Tau, saja nak usik dia.”
“Dia? Budak gemuk tu, eh?” Jihan bertanya, manja.
“Dia bukan gemuk, dia NurJihan.” Ayat yang pernah dituturkan kepada Sofea, dibisikkan kepada Jihan. “Adam Hairi sayang NurJihan Alia.” Pipi Jihan dicium dan kemudian pelukannya dieeratkan. Ya Allah, semoga kami terus bahagia dalam menjalani kehidupan ini.


15 comments:

  1. Best sangat..masa bangun jam 3 pg tadi terus on fb..bila dah subuk scroll bwah nmpklah cik writter punya blog..
    Mmg berbakat..sya suka cara penulisan cik writter..teruskan ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...:)insyaAllah akan diteruskan :D

      Delete
  2. bezz...tp cita ni tergantung ke apa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh....tak sedar cerita ni tak letak endingnya
      sorry along, my bad :)....nnti endingnya akan dimasukkan balik

      Delete
  3. wohhh. cerita menarik. pengolahan cerita yang bagus. good attempt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...cerita ni cerpen pertama saya setelah sekian lama saya tgglkan bidang penulisan :)

      Delete
  4. ha ha ha.... cerita ni buat sya teringat cerita saya sendiri. hubby memang kaki mengusik masa kat kolej dulu, memang geram sgt dgn dia yg mulut tak ada insurans. tapi akhirnya rupa-rupanya saya pilihan hati dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tak sangka terkena,cikgu sy pernah cakap...kalau org tu kuat mengusik kita dalam diam dia suka kita...tak tahulah betul ke tak :)

      Delete
  5. cerita nie bagi inspirasi pulak...
    sebab saya pon gemuk jugak! :)

    ReplyDelete
  6. hmmm..klau la jmpe laki camnie... :)

    ReplyDelete
  7. yg bru btl2 sweet.........siyesly n honestly...........ade ker lelaki yg cm ni eh............dreaming...........uhmmmmmmm

    ReplyDelete
  8. ok..melting ngn adam hairi..
    cair secair-cairnya..
    cam aiskrim kna tgl tgh panas.hahhaha

    ReplyDelete
  9. Bagus. Sejuk je hati bila bc cerpen ni. Suka!!

    Su.

    ReplyDelete
  10. Wahh nice story... Dari mengantuk lepas settle final report.. Saja lama x baca cerpen... Terbukak site ni... Hilang terus ngantuk... 3.16 am already hahahaaa.. Tq for this story.. Love it....

    ReplyDelete