Tuesday 27 March 2012

Dia, Kawan Baik Saya!

Nobody berlagu tanda ada mesej yang masuk. Dia capai telefon bimbit Nokia 6020 yang ada dalam bekas pensil yang ada di atas meja. Peti simpanan mesej dibuka. Dahinya berkerut seketika. ‘Nombor siapa ni?’
Laju membaca mesej yang dihantar.
Kau dekat mana? Aku tak bawak kunci ni.’
Qiera tersenyum nakal. ‘Jom buat benda jahat sikit.’
Jemarinya laju menekan keypad. Niatnya hanya satu, ingin mengenakan entah siapa yang tersilap menghantar mesej kepadanya.
“Qiera, Mr. Yeoh dah masuk.” Ria bersuara perlahan, seolah-olah berbisik.
Qiera tekan butang send dan telefon itu dimatikan kerana dia tidak mahu diganggu sepanjang kelas Kimia hari itu.
“Kenapa kau sengih pelik ni?” Shikin angkat kening bila Qiera tersengih nakal.
“Shh...fokus.” Kata-kata itu bagai tak masuk ke dalam otaknya. Fikiran masih memikirkan reaksi yang bakal diterima dari si silap nombor.

Friday 16 March 2012

Tentang Dia (Syah Suka Jan)


“Syah, kau serius ke?” Syah berpaling pada Ain yang di sisinya.
“Serius apa pulak kau ni?”
“Serius ke kau nak tolong budak Jan tu?”
Syah angkat kening. “Kenapa aku nak main-main pulak? Aku serius nak tolong dia. Aku tak sanggup tengok dia jadi cicak kepanasan.”
 “Cicak kepanasan?”
Syah garu kepala. “Salah ke?”
“Cacing kepanasan la mak cik.” Syah mengaduh kesakitan saat kepalanya diketuk dengan fail.
Jan atau nama sebenarnya Muhammad Izhan Zakaria budak nakal di Universiti Malaysia Terengganu. Sebutlah namanya, semua orang pasti kenal. Ponteng kelas nombor satu, cari pasal dengan pensyarah dan semuanyalah. Masuk tahun ni dah dua semester dia mengulang pelajaran. Jan sebenarnya budak pandai, tiap semester dapat Dekan tapi entah kenapa semester terakhir ni dah dua kali dia mengulang. Kenapa dia repeat? Semua orang tak tahu.

Friday 9 March 2012

Jangan Marah Lagi, Sayang


Jangan marah-marah lagi. Itu pesan mama. Jangan asyik nak mengamuk tak tentu hala. Itu pesan papa. Tok dengan opah pula kata, jangan nak menyebai selalu. Tau tak menyebai tu apa?? Orang utara sebut bebai, orang luar sebut bebal. Bebal ni maksudnya macam jangan nak menunjuk perasaan sangatlah kiranya. Oh ya, abang kata jangan nak baran sentiasa. Haih, susahkan bila orang panas baran ni kena pergi belajar jauh-jauh. Cuma abang, papa, mama, tok dengan opah je yang tahan dengan aku. Siapa aku? Akulah minah paling baran di abad ini or maybe not tapi yang pastinya, aku memang mudah baran.

Wednesday 7 March 2012

Teaser untuk Tentang Dia :)


Syah renung Jan yang menconteng kertas kajang di depannya. Orang suruh buat report, dia pergi conteng pulak. “Eh, janganlah conteng dah. Tulislah report tu. Esok dah nak hantar.”
“Apa kata kau tolong buat je report tu untuk aku? Lagipun kau yang beria-ia nak tolong aku, kan?” Jan tersengih jahat sambil tangannya terus menconteng kertas kajang itu.
Syah terdiam. “Tak apa ke? Lagipun tulisan kita tak sama.”
“So? Tirulah bagi sama!” Jan buat muka.
“Yelah.” Syah ambil sehelai kertas kajang dan terus dia capai buku nota Jan.
“Kau nak buat apa dengan buku nota tu?”
“Nak tiru tulisan Janlah.” Syah garu kepala.
Lurusnya budak ni. “Oh, okey.” Jan angguk kepala sikit.
Syah segera menulis report untuk Jan dan dia langsung tak sedar yang Jan asyik merenungnya. Jan pula perlahan-lahan capai sehelai kertas A4 dan dia terus melakar wajah gadis depannya. Entah kenapa wajah Syah yang tekun membuat kerja membuatkan dia tertarik untuk melakar wajah gadis itu.
“Weh, minah!” Syah angkat muka.
“Kau tak ada kawan ke? Kenapa kau nak sangat tolong aku? Kenapa kau terkejar-kejarkan aku? Kau minat aku ke?”
“Ada. Ramai je. Ada Ain, Ika, Nabila.” And maybe Jan jugak. “Syah tak nak Jan repeat lagi, Syah kesiankan Jan.” Syah menjawab perlahan. Soalan terakhir Jan dibiarkan tanpa jawapan.
“Kau pelik. Lagi satu, kenapa kau nak orang panggil kau Syah? Kenapa bukan Aisyah atau Izzati, kenapa Syah?”
“Sebab arwah mama Syah selalu panggil Syah, Aisyah. So, orang special macam arwah mama je boleh panggil Aisyah. Izzati pulak sebab dah banyak sangat nama Izzati dalam kelas Food Tech.” Syah jawab sambil terus membuat report.
Terngiang-ngiang jawapan Syah di telinga Jan. ‘Orang special macam arwah mama je boleh panggil Aisyah.’

p/s: masih dalam pembikinan :)

Saturday 3 March 2012

Salahkah Kita Mencuba (Sambungan Kau Bukan Milikku)


Airina termenung di depan laptop. E-mel dari mak su membuatkannya serba salah. Sudah hampir dua tahun dia di negara orang. Bukan tidak rindu dengan Malaysia namun luka di hati masih tidak sembuh. Cinta untuk Haziq, masih ada sisanya namun untuk kembali kepada Haziq, tidak mungkin. Antara sebab dia tidak mahu pulang kerana dia takut, dia takut cinta pertamanya itu memburunya dan dia takut dia lemah dipujuk rayu.
“Nina, kau buat apa tu?” Julia, teman serumahnya yang paling kecoh menegur.
Airina angkat kening pada Julia. “Tengah check e-mel. Mak su aku nak kahwin bulan enam ni. Dia suruh aku balik.”
Julia mengangguk. “Then, what is the problem. Balik jelah. Senang cerita.”
Airina tersenyum. Kau tak tahu cerita Julia. “Tengoklah kalau rajin.”
“Semester ni dah nak habis. Aku rasa tak salah kalau kau balik. I mean, balik for good lah.” Julia sengih. “Takkan kau nak kerja kat tempat orang ni.”
“Cadangnya macam tu lah.” Airina menjawab. “Aku nak kerja kat sini. Cari pengalaman.”
“Mak su kau nak kahwin, Nina. Kau sendiri yang cakap kau rapat dengan mak su kau sebab umur korang tak jauh beza. Mesti mak su kau nak kau ada masa hari bahagia dia.”
Airina mengeluh. “Nantilah aku  fikirkan.”

Kau Bukan Milikku

Airina mengeluh. Sudah lima kali Haziq mungkir janji. Sepatutnya mereka bersama-sama pergi butik pengantin tu. Tapi lain yang ditunggu, lain yang tiba.
“Nina, nak saya hantar ke rumah ke?” Aizam menegur.
“Eh, tak apa. Saya balik sendiri.” Airina tersenyum. Kenapa bukan tunang aku yang datang tengok baju pengantin dengan aku?
“Haziq ada mesyuarat tadi. Kelam-kabut dia.” Aizam tiba-tiba bersuara seolah-olah tahu apa yang ada dalam hati Airina.
Airina tersenyum tawar. Setiap kali Aizam datang, setiap kali itu jugalah Aizam bagi alasan yang sama. “Aizam, Haziq tu nak ke tak kahwin dengan saya sebenarnya?”
Aizam tergamam. “Kenapa cakap macam tu? Haziq tu sayang awak. Mestilah dia nak kahwin dengan awak. Dia cuma busy, ada client dari Jepun datang.”
“Okeylah awak. Saya nak balik.” Airina bangun dan terus berlalu tanpa pamitan.

Friday 2 March 2012

Dia Bukan Gemuk, Dia NurJihan


“Jihan, teman aku. Aku nak makan burger ni.”
“Oi, cik kak! Dah pukul 12 tengah malam kau tau tak? Kau call je McD, suruh diorang deliver je.” Jihan membebel. “Lagipun tak elok makan tengah-tengah malam, Ika. Aku yang gemuk ni pun tak makan lewat-lewat macam ni.”
“Tak nak! Aku tak nak burger McD, aku nak burger kat gerai bawah ni.” Ika, merayu-rayu kepada Jihan.
“Kenapa kau tak ajak Kak Zana je teman. Tak pun, si Sue. Kau saja nak susahkan aku kan?” Jihan mencapai tudung yang tersangkut di ampaian. “Kau tercegat apa lagi? Lekaih la!” Suara Jihan mencecah satu oktaf.