Sunday, 22 April 2018

[Mini Novel] FLY (Bab 23)


Johanna melangkah perlahan-lahan, mendekati pintu masuk Pediatric Intensive Care Unit (PICU). Dia menolak pintu itu perlahan sebelum melangkah longlai. Saat dia berjalan menuju ke katil menempatkan Jehan, matanya bersabung dengan mata Encik Suffian.
Jihanna yang berdiri di sebelah Encik Suffian turut memandang ke arah Johanna dan tak menunggu lama, dia menerpa ke dalam pelukan Johanna, “Kak long...”
Air mata yang dia tahan sedari tadi, mengalir jua. Johanna yang kuat dah jadi lemah, “Ma... mana... Jehan?”
Jihanna meleraikan pelukannya lalu dia mengesat air mata Johanna sebelum dia menuding jari ke sebuah katil yang ditutup dengan tirai putih, “Kat katil sana...”
Johanna mengetap bibir lalu dia melangkah perlahan menuju ke arah katil yang ditunjukkan oleh Jihanna. Sebaik saja dia menyelak tirai yang menutupi ruang katil yang menempatkan Jehan, lututnya terasa lembik lalu tanpa dapat ditahan, tubuhnya jatuh.
Air matanya mengalir lebih laju dari tadi. Tiada lagi senyuman yang terukir untuknya. Tiada lagi suara Jehan menjerit memanggil namanya. Tiada lagi keletah Jehan yang ceria. Yang cuma ada, sekujur tubuh kaku yang sudah terpejam rapat matanya. Ya Allah, kuatkanlah aku!
“Pia...”

Wednesday, 18 April 2018

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 16)


“Aik, tak tidur lagi korang?”
Danny yang sedang buat assignment panggung kepala memandang Lutfi yang menegur, “Assignment tak siap lagi, hoi! Mana boleh tidur.”
Lutfi mengangguk, “Eh, Aman dah sampai kampung?”
“Dah.” jawab Danny.
“Teruk ke atuk dia?” Tanya Lutfi lagi.
“Aku mesej dia tadi. Dia cakap tak ada apa yang serius. Penat je katanya,” balas Danny, tak mengangkat wajah dari komputer ribanya, “Nasib baik tak jauh mana kampung si Aman tu.”
Lutfi mengangguk. Teringat dia tadi, Aman terkocoh-kocoh balik ke rumah sewa mengemas baju. Ketika itu, hanya ada dia dan Danny saja di rumah. Walaupun kalut, Aman masih lagi mampu bergelak ketawa dengan dia dan Danny.
“Lut...” Danny meleretkan suaranya, manja.
“Mende kau? Panggil manja-manja macam gitu. Nak kena sepak?”
Danny sengih, “Aku mengantuk...”
“Dah? Kau nak aku buat apa? Dodoi kau?”

Saturday, 1 July 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 15)

“Tengahari ni jom lunch sekali,” ajak Radzi yang sedang menyarung kasut ke kaki kanannya.
Kasyaf yang sedang memanaskan enjin kereta mengangguk saja, “Aku okey je.”
Lutfi yang sudah duduk di atas motornya angkat isyarat bagus, tanda setuju dengan idea Radzi, “Jumpa tengahari karang. Aku gerak dulu!”
Radzi dan Danny serentak mengangguk. Kasyaf pula tanpa kata terus berlalu, mengikut motor Lutfi.
“Radzi, kau tak payah tanya jawapan aku. Ke mana saja kau pergi, aku rela ikut!” Danny sengih sambil menjungkit-jungkit keningnya.
Radzi buat muka sebelum dia memandang Aman yang sedang membetulkan kemeja yang tersarung pada tubuhnya, “Amboi, segaknya! Berkemeja bagai, ada presentation ke?”
Aman sengih lalu angguk, “Madam Evelyn punya kelas.”
“Aaa... yang suka panggil nama secara random aje kalau nak suruh orang buat presentation, kan?” Danny memetik jari setelah wajah Madam Evelyn bermain di mindanya.

Friday, 2 June 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 14)

"Ika..."
"Hmm?"
"Thanks."
Ika yang sedang mengutip sampah yang bertaburan di kawasan program Sehati Sejiwa tadi berdiri terus, "Kau cakap apa?"
"Aku cakap terima kasih."
"Tiba-tiba je kau ni. Kau letih sangat ke ni?"
Kasyaf ukir senyum, "Aku cakap terima kasih je kot."
"Dah tiba-tiba je kau cakap terima kasih."
Kasyaf menggeleng. Cakap terima kasih pun pelik ke?
"Wei, Kasyaf."